Malam,
Keindahanmu
Pada kegelapan
Bersama kegerlipan
Bintang-bintang kecil.
Malam,
Jika bintang
Enggan mengerlip
Sinar kecilnya
Kau pun menjadi muram.
Malam,
Sepimu itu
Cukup menawan
Menjadikan aku alpa
Pada kepenatan di siang hari.
Oleh: Nurimanja,
Catatan September 1983.
Brown Garden Pulau Mutiara.
28 ulasan:
TERKENANG KE MASA DULU, HATI MERASA RINDU : WAKTU AKU KECIL DAHULU
___________________________________
Mak juga pandai bercerita, waktu malam atau tengah hari, mak duduk saja kalau tak ada kerja yang hendak mak buatnya. Aku inilah anak kecil mak yang manja sekali dapat banyak mendengar cerita dahulu kala.
Mak suka cerita kisah lucu atau seram, ataupun dogeng rakyat, hantu kopek, hantu dapur,hantu panjang, hantu che mak hela, dan cerita lucu, kisah pak bagok, mat jenin, pak pander, dan abu nawas.
Bila aku masuk sekolah dalam darja satu, cigu pula banyak bercerita, hang tuahn, mahsuri, batu belah batu bertangkup, si tengang, kisah perang Inggeris, jepun dan juga komunis. Bila aku pandai membaca , aku berangan nak kumpul cerita sebanyak mungkin.
Bila aku tengok buku yang ada bergambar, aku tertarek hati hendak jadi pelukis kartun pula.
Aku guna nama YUSMA , siar juga di berapa buah majallah tempatan. Akhirnya aku berminat hendak jadi penulis.
Mula sekali aku tulis sajak siar dekat RTM Ipoh, bertajuk demi masa, sajak itu hilang entah
kemana. Aku pun bertambah seronok, minat pun kian menebal.sehinggalah terlajak kepada rencana, drama radio dan cerpen.
Aku mencari nama pena atau samaran yang sesuai. Agar teman-teman tidak tahu. pilih punya pilih , aku tertarik hati dengan saekor burung yang cara tiba-tiba terbang dan hinggap di bahuku, sewaktu aku berada di asrama Al Mashoor Pulau Pinang.
Kebetulan nama burung itu ada persamaan panggal hurufnya dengan nama aku N dan aku seorang anak yang manja dan kecil sekali dalam keluarga, maka aku sambungkan perkataan ini menjadi NURIMANJA.
Sampai ke hari ini, walaupun aku jarang-jarang menulis, tetapi bila ada masa hujung minggu aku tetap menulis bila ada sesuatu yang menyentuh perasaan. Aku lebih suka menulis sesuatu yang benar, cuma aku ubah suai, agar jangan menyentuh nama dan tempat itu berlaku.
Untuk kawan-kawan dan teman penulis sahabat CR di malaysia timur dan barat daerah selatan
dan utara tanah air semoga dengan secebis kisah ini, aanda tidak bertanya lagi,kenapa nama pena yang
aku gunakan dalam tulisan kecil aku selama ini.
MENCARI MALAM SERIBU BULAN. (B)
___________________________________
Fadilat puasa dan orang berpuasa
RAMADAN amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam yang ke tiga, iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah.
Begitu juga ia memberi kepada kita banyak pahala dan keuntungan berlipatkali ganda pahala bagi mereka yang berpuasa serta dan melakukan ketaatan pada bulan Ramadan. Apa sahaja kita sedekah sepuluh kali ganda pahala. nilai ganjaranya (BH)
Awasilah malam sepuluh terakhir ini lebih lagi malam ganjil, untuk mendapat satu malam seribu bulan bersamaa 83 tahun kita beribadat cuma satu malam nilainya begitu berkali lipat gandanya, bukan senang, kekadang dia datang kita terlena, lalu melepas, apa hajat dipohon pada malam itu akan di perkenankan hingga terbit fajar. Amin.
Biasanya malam lailatul qadar itu satu malam terlalu sukar untuk digambarkan hanya pada orang
yang mungkin diberi pertunjuk dapat merasainya, satu malam yang cukup tenang. cuaca sejuk terasa udara bagaimana kita buka peti ais. sunyi sepi, makhluk semua bagai terpukau melihat para
malaikat yang dibenarkan turun ke bumi...dengan izin Allah memberi keselamatan kepada yang meminta hingga terbit pajar.
KAU LAHAP HABIS SEMUA!
Berehat dari dunia indah
Tetapi semacam neraka di dalamnya.
Semoga aku tidak lagi meminta minta
Sampai bila kau lapah
Siat! Lahap! Cicah! Kerat! Ratah!
Sahaja maruah berulamkan jantung,
Juga bertegukkan air mata
Sehingga kau kenyang puas enak
Dan bila kau lapar lagi,
Akan ku hidang ini semua
Untuk santapan kau sampai muak.
Zuraifah
Sarawak
4pagi
Zuraifah asal Serawak dari mana daerah tidak pula dinyatakan, sebab dahulu di SK Abang Galau Rajang en nuri ada seorang murid bernama Jurifah Job anak irau .
Harap bukan anda. Sajak bertajuk Kau lahap habis semua!
Pengucapannya ini agak tenat dan berat bunyinya. Mengharapkan alam indah tetapi sebaliknya. Kehidupan di dalam perkhawinan yang dialami bagai daging mentah yang dilahap oleh saekor harimau ganas,hidup dengan penyeksaan dan sesuka hati untuk diperlakukannya . Sehingga rasa kering airmata. Jika benar anda perlu bertinda,jangan biarkan si harimau pelahap itu asyek saja bermaharajalela. Minta bantuan kepada orang-orang tertentu. Amin.
bicara malam? pelik plak sajak susah nk paham sikit la..
eh! bicara pada malam? msti sajak jiwa2 saja...
sajak malam? wah! siang xde ker?
eh! sajak ni misteri plak bunyinya...
bicara malam plak sajak kali ni? menarik...
sajak malam ni seram plak baca..
wah! mak en nuri pun pandai cerita jgk?
wah! patutlah en nuri ni byk cerita rupanya mak en nuri dgn tok embing suka bercerita
fuyo! byk btol cerita2 en nuri dapat dari kcik sampai besar?
KALAU EN NURI GUNA NAMA YUSMA? DALAM CHATBOX ADA NAMA YUSMA DAN VIGER? ADAKAH YUSMA TU EN NURI??? TAPI SAPA PLAK VIGER TU?
hantu che mah hela mcm pnh dgr je cerita tu....
wah! dari mengarang ke mlukis kartun plak?
wah! serba boleh en nuri ni jd plukis plak?
eh! sajak demi masa pun ada? en nuri xpnh siar pun?
eh! dah lama en nuri menulis rupanya patutlah setiap hari ada sajak... hehe
eh! kiranya en nuri setanding dgn A Samad Said la nampaknya?
wah! lengkap semua kisah en nuri... mmg best!
en nuri selalu dapat ilham kt mana?
wah! en nuri ni mmg istimewa! bkn mksud sy istimewa mcm sy tp bakat semula jadi...
eh! mak en nuri pun ska bercerita dia pengarang jgk ke masa muda2 dulu?
org selalunya nk jd pengarang kena byk merantau en nuri byk dgr cerita pun dh jd pengarang! wah!
brulah kami semua dh thu asal usul en nuri... terima ksih!
mmg menarik kisah2 en nuri ni buat buku best ni..
hmm.. seronok baca kisah2 hidup en nuri...
Catat Ulasan