Rabu, 21 Oktober 2015

TETIBA AKU DISERANG PENYAKIT MALAS





93. TETIBA AKU DISERANG PENYAKIT MALAS


Pagi semalam entah kenapa agaknya
Tetiba aku bagaikan diserang penyakit malas?
Malas sesungguh bukan main-main atau sengaja
Badan pun rasa lemah dan tidak selesa seperti hari biasa
Jadi semua apa yang telah aku rancang terpaksa dibatalkan saja
Lalu aku diam di rumah sahaja bersama keluarga tidak pergi kema- mana.


Tetiba hari ini aku dengar perkhabaran
Rerakanku yang pergi turut serta bersama
Satu perhimpunan telah ditahan pihak berkuasa                                                                                                             
Kerana melanggar perhimpunan haram tiada kebenaran
Aku pun terselamat kerana aku cuma diajak untuk turut serta
Rupanya penyakit malas yang tetiba menyerang aku ada hikmahnya juga.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan tanpa tarikh
selepas subuh sebelum jam 8 pagi.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dalam kehidupan kita ni kekadang ada juga hikmahnya bila diserang penyakit malas .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa ke tidaknya ? Sewaktu kawan saya seorang ni di ajak oleh rerakannya nak pergi KL tetiba saja pagi tu tak jadi pula

nurimanja49@gmail.com berkata...

Alasannya mudah aje . Tak sihat, sebenarnya dia diserang penyakit pemalas entah kenapa dia pun tak tahu tetiba sahaja .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetapi itulah baiknya , esok pagi dia dapati rerakannya yang seorang tu dah kena tahan pihak berkuasa ? kononya depa pi KL ikut serta dalam perhimpunan bersih yg kurang bersih.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Himpunan tak ada kebenaran haramlah namanya ? Kasian ... Tetapi nasiblah rerakan aku nan seorang ini tak jadi pegi. Kalau tak dengan dia sekali ke tangkap.