85.
KEINDAHAN YANG TELAH DICEMARI
Bagaikan
ada satu cerita simbolik
Pada
suasana tanah tumpahnya darahku
Pemandangan
yang indah yang mesra alam
Kini
telah dicemari dengan kabus panas kemarau
Segala aktiviti kita bagaikan terhenti
Pengurusan
harian juga tidak berjalan lancar
Kanak-kanak
dan orang tua menjadi mangsa
Kerana
alahan sesak nafas dan penyakit asma
Bila
jerebu menghalang pergerakan kita
Segala
perancangan banyak yang tergendala
Perjalanan
penerbangan di udara juga terhalang
Elok
kita menjauhkan diri dari apa yang tidak diingini
Oleh:
Nuri Manja,
Catatan
Ahad jam 10 35 pagi
Tanggal
4hb September 2015.
5 ulasan:
Rata-rata kini rakyat mengeluh dengan ancaman jerebu yang melanda negara kita Malaysia , keindahan semula jadi dan tambahan dari daya
kreatif rakyat Malaysia membena bangunan sana sini nampaknya semacam tercemar .
Apa pun para pemimpin kita masih akur dengan pencemaran ini waklaupun kita tahu punca sebenarnya dari pembakaran beberapa buah syarikat perladangan di Indonesia agaknya . Kita dan Singapore menjadi masanya.
Apa pun kerajaan Malaysia kita lebih gemar mengambil sikap berbincang, kita tidak mengikut tindakkan kerajaan Singapore yang menghantar surat saman atau bantahan kepada kerajaan Indonesia
Kekadang kita sukar menilai ? Adakah yang di kata JEREBU ini kabus panas kemarau ia itu satu bala kecil dengan kata lain debu beracun yang Allah SWT turunkan sebagai amaran kepada rakyat rantau Asian ini?
Sebaiknya kita banyak muhasabah dan menginsafkan diri : Jika Allah mulai bosan melihat tingkah laku kita yang banyak melakukan segala dosa-dosa terutama yg suka melakukan kerja onar dan mungkar. Lalu Allah akan mengantikan dengan genarasi baru pula . Mungkin yang lebih beriman dan bertakwa .
Wallahuaklam .
Catat Ulasan