89.
AWAL MUHARAM DETIK PERMULAAN MAAL HIJRAH
1437
Setiap
kali kau datang masjid dan surau penuh sesak nampaknya
Aku
juga turut terharu melihat ketaatan umat Nabi Muhamad S.A.W
Mereka
berdoa dan membaca yasin sebagai acara menyambutmu
Minta
agar sepanjang tahun barumu ini dilempah Nekmat dan rahmat
Bagi
kami menjalani kehidupan di bumi ini Ya Allah Ya Rabbal alami
Kami
juga berharap makmurkanlah Negara ini dengan kurniaanMU
Pelihara lah
keharmonian dan keselamatan dari ancaman mara bahaya
Hidup kan
rasa perpaduan di antara penduduk yang berbilang kaum
Jauhkan
segala musibah buruk sangka dan hasad dengki dan fitnah
Jadikan
lah kami orang Islam yang hidup sejahtera serba sederhana
Oleh:
Nuri Manja,
Catatan
2.30 petang
14 Oktober 2015 / 1437H.
22 ulasan:
KUPUTUSAN PERSAIANGAN PERTAMA YANG TERPILIH SEMULA 8 ORANG DIBERI PELUANG LAYAK KE PUSINGAN KE 2.
1.Hilal Ashraf
2.Quratul Aini
3.Mat Noh
4.En Sanusi
5.An Saley
6.Seri Suri
7.Dian Papinjey
8.Pilot Hafizah
HARAP MAKLUM MAKASIH!
MEREKA YANG DAPAT TANDA DALAM KURUNGAN (LPK) BEERTI LAYAK PUSINGAN KE DUA TAHNIAH DAN KINI PERLU MENYEDIAKAN PUISI LAGI UNTUK PUSINGAN KE 3 ATAU PUN KE SEPARUH AKHIR ATAU AKHIR.
KINI ADA 24 ORANG PESERTA KEMBALI BERSAING SEMUA ADA 4 KUM SAJA DAN SETIAP KUMPULAN ADA 6 ORANG SEDIA BERSAING ATAU BERENTAP. OKEY!
HARAP MAKLUM
sajak kami lepas trus 8 peserta esk 8 peserta sbb datuk hasbi dgn m.hassan akan sibuk lps belanjawan ni jd mereka beritahu bagi hbis trus sayembara ni cepat nnt mula lain sbb sy dpt peryertaan beberapa ahli lama yg nk masuk sayembara antaranya nuri jaguh,inspektor halim,teksi manaf,penduga akal,nasruq haqq,nurse lisa,datin maimun dan ada lgi beberapa muka bru sy lupa... apa2pun kita habiskan sayembara yg ni kita mulakan yg baru...
ari ni 8 sajak sy lepas ambik 4 esk pun sy lps 8 ambik 4 jgk
1001 RAHSIA
Dari puncak itu aku memandang
Hamparan malar hijau menenangkan
Berselimutkan kabus angin menderu
Embun tanpa bicara bagaikan suatu lakaran…
Pendakian yang penuh berliku-liku
Ranjau berduri kuredah
Pasrah melayari gelombang dunia
Dengan hati yang tabah serta doa
Hanya ke hadrat Ilahi…
ku bertapak dan bertaut di bumi Tuhan
Mencari dan cuba menggapai sesuatu
Terfikir sejenak terbayang di minda cetek
adakah aku ditakdirkan ke sini
jika itu yang sebenarnya
akan ku harungi ranjau kehidupan…
walau disini penuh pelakon utama
Berwatak yang beremosi dan sensitif
Sering kali aku tercuit hati
terkadang ada kalanya terguris sepi
tapi babak dalam cerita ku ini
bagaikan menyingkap 1001 rahsia ilahi
Penyair Agung
sajak kenangan manis dan pahit ketika pertama kali
menjejak kaki mengajar di daerah pendalaman
ulu tembeling 1.1.2013
SIAPA INSAN NI?
ada seorang insan ini
hatinya keras tapi bicaranya sayu
ia cekal merentas buih dengan hati yang kering
kerna ingin meminta seteguk ihsan dari unggas kota
ada yang hulurkan selaut impian
moga kocek hatinya terasa nikmat.
kerna hiba melihat ia
sedia menanti hujan emas tiap hari
walau dangau itu telah usang
tapi terlihat berseri pada wajahnya
Walaupun tanpa senyuman terukir
namun ramai berkata-kata
tiada bicara semurni dari luahannya
hanya dusta dan tipu daya
tapi ia gigih membina suatu kemenangan
kerana dalam saham keberanian itu
ada titian menuju satu kejayaan
M.Hassan
sajak simbolik untuk sahabat sy
dalam perjuangkan membela nasib kita semua
N.Sembilan
(adakah qalam tahu siapa orangnya? jika dapat
meneka memang saya akan pengsan sbb setakat ni
ramai rakan2 sy x dapat meneka dengan tepat)
MENJARING BULAN
Apa yang tergenggam kini cuma harapan
sedang aku masih di sini
terbuai irama mengasyikkan
dari rahang kemunafikan
perlahan-lahan membunuh
saat mentari rakus membakar keazaman.
Waktu luntur adalah angka
yang telah berhenti dan menghilang
menjadi bintang menyeri malam
Hari ini dan pada saat ini juga
aku harus bangun dengan kudratku
kerana aku mahu menjaring bulan
yang selama ini membekukan mentari
dalam menyinarkan kembali cahaya bintang
Hero Kampung
sajak simbolik sinis kalau qalam dapat tangkap sini berkenaan apa?
saya sanggup bawak moto hanya berkain pelekat sahaja tnpa pakai baju.. hehe
KEBEBASAN MEMILIH
Kebebasan memilih telah kuajukan
meyakinkan akalku mengerti makna diri.
Tapi bagaimana perjalanan yang panjang ini
bersama dengan lorong bersilang
sedangkan jalan ini terlihat
sama seperti jalan semalam
cuma likunya berganti
sedangkan sungai beralih haluan
aku kurang sedia memahami perubahan.
biarlah aku di sini berteduh bersama besi
sambil menghitung waktu kebebasan.
Abang Japp
sajak berkenaan kehidupan seharian yg agak membosankan
kerana selama 12jam menghadap kereta dan moto
7 pagi di selangor
EJEKAN
Hentikan ejekan dan biar kupecahkan kaca ini
biar ia mengenai rumpun yang redup itu
pengakuan itu menjernihkan mataku ini.
musim telah terlalu tua
kaca sudah menjadi pudar
aku menjadi terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayang
sedangkan senja pun semakin larut
apakah aku harus mengebumikan
buku ini di samping pusara yang sepi
aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagakan penawar dalam lautan
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar telah melunturkan kehijauan
Keris Berlian
sajak simbolik tentang hidup saya sepanjang menjadi menjual barang antik
kedah 1ptg
PENULISAN CERPEN
hidup seperti penulisan cerpen
Dicetak mengikut rentak dan adegan
Walau tanpa warna tetapi
pada tiap satu coretan,luahan,perkongsian
Tidak pernah dihitung nilainya
Biarpun hanya sepatah kata
ada cerita yang dapat ditambah
kerna ia Adalah bicara yang terungkap
Adiwira Angkasa
sajak simbolik kehidupan
sekinchan
NOSTALGIA LALU
aku pandang sebuah kampung di sebatang jalan raya
aku teringat sebuah nostalgia lalu
tapi pertanyaan ini sering aku tanya pada diri
aku sudah ke bersama keluarga
merantau utara,selatan,timur dan barat
tapi tidak juga kutemui
apa bezanya warna-warni kehidupan ini
melainkan sepanjang penghijrahan
aku terlihat hitam belaka
aku hampa dan mengharapkan esok lebih baik
akan kuterus perjalananku ini
jika kaulihat aku di jalanan
khabarkan kepada semua orang
jangan hina dan pinggirkan aku seluarga
John Bagerna
sajak apabila melalui jalan dan terlihat rumah-rumah yang aku diami dahulu
sbb semasa muda sy slalu berpindah randah sbb selepas dibuang dari keluarga
akibat pahaman agama kerana keluarga sy semua penganut agama Ateist sedangkan
saya agama kristian
JALAN RAYA KOTA
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan raya kotaku lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
Demikian etika di perjalanan
seperti banjir kilat melanda dipinggir perjalanan
fitrah sang manusia di jalan raya bagaikan
gelanggang dan perlumbaan kebiadaban
Raja MUda
sajak untuk samseng jalan raya kerana kereta sy hampir dilanggar
di bukit bintang 1 pagi
KUMPULANAN SATU
PUSINGAN KE DUA SEPARUH AKHIR
1.1001 RAHSIA ( LS)
Dari puncak itu aku memandang
Hamparan malar hijau menenangkan
Berselimutkan kabus angin menderu
Embun tanpa bicara bagaikan suatu lakaran…
Pendakian yang penuh berliku-liku
Ranjau berduri kuredah
Pasrah melayari gelombang dunia
Dengan hati yang tabah serta doa
Hanya ke hadrat Ilahi…
ku bertapak dan bertaut di bumi Tuhan
Mencari dan cuba menggapai sesuatu
Terfikir sejenak terbayang di minda cetek
adakah aku ditakdirkan ke sini
jika itu yang sebenarnya
akan ku harungi ranjau kehidupan…
walau disini penuh pelakon utama
Berwatak yang beremosi dan sensitif
Sering kali aku tercuit hati
terkadang ada kalanya terguris sepi
tapi babak dalam cerita ku ini
bagaikan menyingkap 1001 rahsia ilahi
Penyair Agung
sajak kenangan manis dan pahit ketika pertama kali
menjejak kaki mengajar di daerah pendalaman ulu tembeling 1.1.2013
ULASAN:
Sajak thema satu pengorbanan berhijrah utk anak bangsa , demi berbakti bagi mencurah ilmu bagi mendidik mereka yang kurang mengerti untuk bekalan hidup di dunia dan akhirat nanti. Apa pun Layak utk sayembara seterusnya. (LS)
2.SIAPA INSAN NI? (LS)
ada seorang insan ini
hatinya keras tapi bicaranya sayu
ia cekal merentas buih dengan hati yang kering
kerna ingin meminta seteguk ihsan dari unggas kota
ada yang hulurkan selaut impian
moga kocek hatinya terasa nikmat.
kerna hiba melihat ia
sedia menanti hujan emas tiap hari
walau dangau itu telah usang
tapi terlihat berseri pada wajahnya
Walaupun tanpa senyuman terukir
namun ramai berkata-kata
tiada bicara semurni dari luahannya
hanya dusta dan tipu daya
tapi ia gigih membina suatu kemenangan
kerana dalam saham keberanian itu
ada titian menuju satu kejayaan
M.Hassan
sajak simbolik untuk sahabat sy dalam perjuangkan membela nasib kita semua N.Sembilan (adakah qalam tahu siapa orangnya? jika dapat meneka memang saya akan pengsan sbb setakat ni ramai rakan2 sy x dapat meneka dengan tepat)
ULASAN:
Sajak simbolik pada Pak tua yang sedang mencipta nama kembali kini setelah tersekat dalam perjuangannya selama ini . Kini Pak tua sedang mencipta empaya dalam penalokkan dunia penorakaannya. Dari hasil usaha kejayaan luar dan dalam. Kemenangan Pak tua memang atas dasar kebijaksanaannya. (LS)
3.MENJARING BULAN (LS)
Apa yang tergenggam kini cuma harapan
sedang aku masih di sini
terbuai irama mengasyikkan
dari rahang kemunafikan
perlahan-lahan membunuh
saat mentari rakus membakar keazaman.
Waktu luntur adalah angka
yang telah berhenti dan menghilang
menjadi bintang menyeri malam
Hari ini dan pada saat ini juga
aku harus bangun dengan kudratku
kerana aku mahu menjaring bulan
yang selama ini membekukan mentari
dalam menyinarkan kembali cahaya bintang
Hero Kampung
sajak simbolik sinis kalau qalam dapat tangkap sini berkenaan apa?
saya sanggup bawak moto hanya berkain pelekat sahaja tnpa pakai baju.. hehe
ULASAN:
Sajak sdra HK thema simbolik tetapi berbau politik.Apa pun begitulah keadaannya alam ini, bulan tetap mengatakan cahayanya lebih hebat dari sinar mentari dan bintang.Walaupun kita tahu bulan dan bintang tidak sehebat mana bercayanya, sekadar dapat pantulan sinar cahaya mentari. Tetapi pemuja-pumujanya tetap tidak menidakkan , kerana setiap minda mereka telah dicelarukan penuh dengan khalayan dan fantasi saja. (LS)
3.MENJARING BULAN (LS)
Apa yang tergenggam kini cuma harapan
sedang aku masih di sini
terbuai irama mengasyikkan
dari rahang kemunafikan
perlahan-lahan membunuh
saat mentari rakus membakar keazaman.
Waktu luntur adalah angka
yang telah berhenti dan menghilang
menjadi bintang menyeri malam
Hari ini dan pada saat ini juga
aku harus bangun dengan kudratku
kerana aku mahu menjaring bulan
yang selama ini membekukan mentari
dalam menyinarkan kembali cahaya bintang
Hero Kampung
sajak simbolik sinis kalau qalam dapat tangkap sini berkenaan apa?
saya sanggup bawak moto hanya berkain pelekat sahaja tnpa pakai baju.. hehe
ULASAN:
Sajak sdra HK thema simbolik tetapi berbau politik.Apa pun begitulah keadaannya alam ini, bulan tetap mengatakan cahayanya lebih hebat dari sinar mentari dan bintang.Walaupun kita tahu bulan dan bintang tidak sehebat mana bercayanya, sekadar dapat pantulan sinar cahaya mentari. Tetapi pemuja-pumujanya tetap tidak menidakkan , kerana setiap minda mereka telah dicelarukan penuh dengan khalayan dan fantasi saja. (LS)
4.KEBEBASAN MEMILIH (TK)
Kebebasan memilih telah kuajukan
meyakinkan akalku mengerti makna diri.
Tapi bagaimana perjalanan yang panjang ini
bersama dengan lorong bersilang
sedangkan jalan ini terlihat
sama seperti jalan semalam
cuma likunya berganti
sedangkan sungai beralih haluan
aku kurang sedia memahami perubahan.
biarlah aku di sini berteduh bersama besi
sambil menghitung waktu kebebasan.
Abang Japp
sajak berkenaan kehidupan seharian yg agak membosankan
kerana selama 12jam menghadap kereta dan moto
7 pagi di Selangor 15 Oktober 2015 4:
ULASAN:
Sajak sdra AJ thema kehidupan yg dilaluinya seharian, terlalu biasa dlm hidup ini manusia sebenarnya telah pun ditetapkan tugas dan kerjayanya. Tetapi kita masih ragu dan terharu dengan apa yang kita ada.Sebenarnya setiap kehidupan Allah telah tentukan segalanya kita sekadar berusaha dan bersyukur dengan apa yang kita dapat dengan kebolehan kerjaya kita. Maaf terpaksa berhenti di sini (TK)
5.EJEKAN (TK)
Hentikan ejekan dan biar kupecahkan kaca ini
biar ia mengenai rumpun yang redup itu
pengakuan itu menjernihkan mataku ini.
musim telah terlalu tua
kaca sudah menjadi pudar
aku menjadi terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayang
sedangkan senja pun semakin larut
apakah aku harus mengebumikan
buku ini di samping pusara yang sepi
aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagakan penawar dalam lautan
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar telah melunturkan kehijauan
Keris Berlian
sajak simbolik tentang hidup saya sepanjang menjadi menjual barang antic kedah 1ptg
ULASAN:
Sajak sdra KB thema kehidupan yg dilaluinya seharian, terlalu biasa dlm hidup ini manusia sebenarnya telah pun ditetapkan tugas dan kerjayanya. Tetapi kita masih ragu dan terharu dengan apa yang kita ada.Sebenarnya setiap kehidupan Allah telah tentukan dan tetapkan segalanya kita sekadar berusaha dan bersyukur dengan apa yang kita dapat dengan kebolehan kerjaya kita. Maaf terpaksa berhenti di sini (TK)
6.PENULISAN CERPEN (LS)
Hidup seperti penulisan cerpen
Dicetak mengikut rentak dan adegan
Walau pun tanpa warna
Tetapi tiap satu coretan,
Ada luahan,perkongsian
Tidak pernah dihitung nilainya
Biarpun hanya sepatah kata
Ada cerita yang dapat ditambah
Kerna ia adalah bicara yang terungkap
Adiwira Angkasa
sajak simbolik kehidupan
sekinchan15 Oktober 2015 4:42 PTG
ULASAN
Sajak sdra AA thema simbolik pengucapannya bagaikan ingin terjun dan menyelam ke lautan perasaan antara kehidupan seharian dengan teknik dunia penulisan cerpen. Mesejnya agak luar biasa , tetapi ternyata bagi kami ada sedikit daya kreatif dan puitis dalam menghasilkan karya yang berbeza. (LS)
7.NOSTALGIA LALU (TK)
aku pandang sebuah kampung di sebatang jalan raya
aku teringat sebuah nostalgia lalu
tapi pertanyaan ini sering aku tanya pada diri
aku sudah ke bersama keluarga
merantau utara,selatan,timur dan barat
tapi tidak juga kutemui
apa bezanya warna-warni kehidupan ini
melainkan sepanjang penghijrahan
aku terlihat hitam belaka
aku hampa dan mengharapkan esok lebih baik
akan kuterus perjalananku ini
jika kaulihat aku di jalanan
khabarkan kepada semua orang
jangan hina dan pinggirkan aku seluarga
John Bagerna
sajak apabila melalui jalan dan terlihat rumah-rumah yang aku diami dahulu sbb semasa muda sy slalu berpindah randah sbb selepas dibuang dari keluarga akibat pahaman agama kerana keluarga sy semua penganut agama Ateist sedangkan saya agama kristian
ULASAN
Sajak sdra JB thema kehidupan yg dilaluinya seharian bersama kelarga, semuanya ini asam garam kehidupan sebenarnya telah pun ditetapkan. Tetapi kita masih ragu dan terharu dengan apa yang kita lalui sebagai satu ujian dalam kehidupan kita sekadar berusaha Allah yang menentukan kerjaya kita. Maaf terpaksa berhenti di sini (TK)
8.JALAN RAYA KOTA (TK)
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan raya kotaku lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
Demikian etika di perjalanan
seperti banjir kilat melanda dipinggir perjalanan
fitrah sang manusia di jalan raya bagaikan
gelanggang dan perlumbaan kebiadaban
Raja Muda
sajak untuk samseng jalan raya kerana kereta sy hampir dilanggar
di bukit bintang 1 pagi15 Oktober 2015 4:56 PTG
ULASAN
Sajak sdra RM thema biasa bicara tentang samseng Jalan di kota raya. Begitulah keadaannya bila kehidupan ini tidak terkawal dan masing-masing ingin menguasai kemudahan tanpa memperdulikan hak dan keselamatan orang lain. Maaf RM Cuma disini (TK)
Catat Ulasan