sajak pilihan warga Cr.
Kita tak kisah bila orang kata.
Melayu buang anak.
Melayu seks bebas.
Melayu bodoh dekat sekolah.
Melayu gaduh bila kena langgar
Melayu gaduh sebab bola
Melayu bergaduh dalam pilihanraya.
Melayu rempit sini sana.
Melayu lawan mak bapak.
Semua senyap macam tuli tak reti.
Bila si polan mula bukak pendapat.
Si polan lain dengan beri
beri amaran berani kamu?
Saya bertanya.
Kenapa hal remeh di ambil peduli.
Semua mahu tunjuk suara.
Sedang hal telungkupkan bangsa kita
Siapa pun tak endah.
Melayu kaya adat dan budi bahasa.
Melayu ada pandai bukan semua hina.
Jangan sangka setandan pisang busuk semuanya.
Kita tak kisah bila orang kata.
Melayu buang anak.
Melayu seks bebas.
Melayu bodoh dekat sekolah.
Melayu gaduh bila kena langgar
Melayu gaduh sebab bola
Melayu bergaduh dalam pilihanraya.
Melayu rempit sini sana.
Melayu lawan mak bapak.
Semua senyap macam tuli tak reti.
Bila si polan mula bukak pendapat.
Si polan lain dengan beri
beri amaran berani kamu?
Saya bertanya.
Kenapa hal remeh di ambil peduli.
Semua mahu tunjuk suara.
Sedang hal telungkupkan bangsa kita
Siapa pun tak endah.
Melayu kaya adat dan budi bahasa.
Melayu ada pandai bukan semua hina.
Jangan sangka setandan pisang busuk semuanya.
Oleh: Pak Awang
Kota Sarang Semut
10pagi Waktu Malysia Barat.
Kota Sarang Semut
10pagi Waktu Malysia Barat.
30 ulasan:
Catat Ulasan
ULASAN:
Sajak ini telah hilang ulasannya. Mungkin dulu telah diulas oleh en nuri.Apa pun sila buat ulasan sajak ini.
Sy igin menambah!Kata Pak aziz bila melayu nak rosak bangsa kenapa takendah dan tak mahu ambil kira? Malah ada pula yang menyokong kerja gila. nak jadi durhaka dan pengkianat negara.?
jangan bersubahat, buatlah kerja baik sadikit, malaikat nak catat pun nampak senyum....
CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________
Siri Ke sebelas.
SATU malam yang tidak di duga Putra Syakir bermimpikan saudaranya Putra Syahir dalam keadaan sesat mencari jalan pulang tidak ditemui, Dia seperti terperangkap dalam satu kawasan yang penuh dengan batu besar dan kecil bagaikan tidak boleh bergerak.
Lama Putra Syakir bermenung dia bagaikan menerima satu petanda kurang menyenangkan hatinya kini.Hatinya terasa berdebar-debar bagaikan ada satu isyarat daripada abangnya minta bantuan untuk dilepaskan dari kesesatan itu.
Beberapa kemudian Putra Syakir telah mengambil keputuan untuk pulang ke tempat dimana mereka telah berpisah selama ini. Dia masih ingat akan janjinya dengan saudaranya Putra Syahir untuk menetak pokok ara rentang di persimpangan jalan permiahan mereka , jika ia tidak keluar getah petanda saudara sulungnya dalam kesuahan.
Setelah perkara ini di ceritakan kepada isterinya Putri dan Dan Katuri. Keputusan telah diambil untuk menjejaki saudara sulungan Putra Syair. Dalam keadaan rasa pilu dan terharu Puta Syakir menungang kuda sakti kesayangan meredah pagi dingin yang penuh berkabus itu menuju ke tempat yang pernah di janjikan dahulu..
Beberapa purnama dalam perjalanan itu , akhirnya dia bertemu persimpangan jalan yang telah memisahkan merka dua bersaudara. Dengan tidak membuang masa Putra Syakir mencari pokok ara rentang yang masih berada di persimpangan jalan itu.
Apa bila dia memabut pedangnya dan menetak pokok ara rendang itu, tenyata sekali tidak terluka, tetapi tidak mengeluarkan getah, dia cuba sekali lagi,masih juga dalam keadaan yang sama ,lalu dia menetaknya bebeapa kali lagi, masih idak mengeluarkan getah. Keadaan cemas menguasai dirinya.
Tanpa mmbuang masa lagi Putra Syakir dengan pantas dia memecutkan kudanya menuju ke arah jalan yang saudara sulungnya Putra Syahir melaluinya dahulu. Dia amat terasa dalam gerakan hatinya bahawaPutra Syahir dalam keadaan yang mencemaskan . Ternyata mimpinya itu memberi satu pertanda yang benar dan nyata.
BERSAMBUNG.
ANGIN GUNUNG TENGAH LAUT
semua tak nampak lekuk itu gunung
kerana gunung itu di balik awan
walau gunung ada di tengah lautan
hingga badai pantai sembunyikannya
tapi ombak boleh menceritakan
jadi saya tak mahu pergi
lekas dari ini pantai
kerana mahu hirup itu embun
yang dibawa angin pantai
datang dari gunung ditengah laut
gunung itu takkan lari
cuma awan yang akan pergi
aku suka kerana gunung di lautan
membawa angin yang luar biasa
Apek Liew
sajak wa sendiri sajak ketenangan
MATA AIR
Mata air dihatiku meluap
genangi kelopak mataku
Tetes demi tetes disela mataku
Terjatuh lepas bersama seduku
Tiap tetes air mata hilang
Yang pernah untukku selalu
Semua tak sempurna
Karenaku telah temukan malaikat
Semua hanya jadi drama
Dengan tawamu diatas
Walau hatiku teriak
tapi rasa itu masih ada
walau ku harus tetap bersandiwara
apakah menanti suatu hal memuakkan
Geletek Malam
sajak sy bersama isteri sumbang idea
AKU DI MANA?
Aku kembali dililit jerami kusam
mataku lenyap dalam gelap suram
aku kini mengembara dalam
gumpalan yang membuat tubuhku kaku
Aku tercengang melihat api itu
sepertinya ingin membakar tubuhku
apakah aku bermimpi? dimanakah aku
Kuteriakkan pada malam
bahwa aku telah dewasa
pikiranku tak lagi berlumut sepi
namun malam tak menghiraukan kataku
Apakah tubuhku kecil ini
membuat mulutku tak bisa bersuara?
tapi aku tak sekecil
awan yang membungkus matahari
Aku ingin terus berteriak
biar pun malam tak mendengar
tapi aku akan terus mencoba
Raja Muda
sajak misteri situasi dalam mimpi
MENGHITUNG MENTARI
Menghitung datang perginya mentari
Cerah dan gigil seolah mengejek
Entah bilakan berlalu
Tegak kupandang cermin jujur
Tampang buruk rupa cermin jiwa
Kuperiksa lagi jalan kutempuh
Memang kegelapan kadang membayang
Aku pasrah sambil meinsafi diri
Betapa kebodohanku menyakitiKu
Tangisan dan derita kulalui semuanya dengan tabah
Sekalipun derita masih ada
kurasa hidup bukan permainan
hidup adalah pejuangan
Siapa berlindung pada Tuhan
Tidak akan dikecewakan
Jalal Rafzee
sajak ketuhanan
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG
Apek Liew kini dengan sajaknya yang agak menyengat dengan tajuknya: ANGIN GUNUNG TENGAH LAUT. Pengucapannya juga ada daya kreatif dan puitis. Pnceritaannya simbolik pada alam semula jadi. Mengambarkan sesuatu tempat atau ngeri yang mungkin oang tidak nampak akan kemakmurannya dan kedamaiannya yang hidup penuh ketenangan.mnjadikan Apek Liew engan meninggalkan tempat ini dan sring membawa kemakmuran yang luar biasa, Tidak hairan Jika ramai pendatang asing yang datang menagih kemakmuran dan kedamaian di negara ini.Layak untuk ke hujung sayembara ini (SM)
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG
MATA AIR oleh sdra. Geletek Malam. bergabung daya cipta bersama isterinya. Penucapannya ada daya kreatif dan boleh juga diterima, Cuma masih longgar pada kepuitisannya. Pembicaraan yang hendak disampaikan, terasa kabur dan menghindarkan keykinan. terlalu banyak bermain dengan ungapan. Mesej yang hendak disampaikan menjadi hambar. Gagal untuk para pembaca menangkap maksud. Biasanya sajak berkongsi idea seperti satu kapal dua nahoda. kerana ada persaingan yang lebih hebat dengan 4 sajak lain yang begitu mencabar pada pengucapannya, agak kreatif dan puitis, Harap maaf cuma di ini penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG
AKU DI MANA? Sajak Raja Muda dengan tajuk bertaya. Pengucapannya sudah menjadi cerita
dan penceritaan. Hilang daya kreaif dan puitisna. Bentuk penceritaannya juga tergantung. Leih ketara di hujung penutupnya. Sajak ini kalau diolahkan dengan tersusun pasti akan menjadi lebih
berkesan, walaupun sekadar fantasi atau khayalan dalam mimpi atau misteri. Kerana ada sajak persaingan yang lebih hebat dengan 4 sajak lain yang agak mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf sekadar di sini saja, sajak anda terpaksa berhenti (TK)
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG
En Jalal Rafzee bersama sajaknya yang agak mengancam dengan tajuknya: MENGHITUNG MENTARI. Pengucapannya ada daya kreatif walau terasa keras puitisnya. Tema ketuhanan ini agak serius bila kita menghadapi perjuagan dalam kehudupan, Tidak ada sesuatu yang kita lakukan tanpa ada ujian? Hidup bukan maianan atau suka-suka. Justeruitu hanya padaNya kita berserah dan berdoa, Insyakallah. nescaya kejayaan akan mengatasi segala kekecewaan hambanya .Layak untuk ke hujung sayembara. (SM)
aik! dia mimpi abang dia plak?
dia mcm boleh thn je abang dia dalam kesusahan
dah lama bru dia perasan psl abang dia ke?
eh! abang syakir ni hidup ke mati?
pelik jgk apa kena mengena dgn pokok ara dgn abang dia??
pokok ara ada kluar getah ke?
pokok ara mana ada getah?
mcm mana la keadaan abang dia nnt
dia tahu ke nak ke mana nnt?
abang dia entah hidup lagi ke dh mati?
abang dia dah jadi batu kan??? makna kata dah mati la
org kembar mmg boleh rasa apa kesusahan yg dialami sesama sendiri
boleh ke dia jejak balik abang dia?
dia dgn abang dia kembar btol2 sama ke mcm adil dgn zafuan???
kalau buat filem cerpen ni org yg layak pemain bola sepak malaysia yg kembar tu... hehe
boleh ke dia jmpa abang dia semula?
mcm tipis je harapan utk dia jmpa abang dia balik
sambung lagi! best jgk ni
mcm mana la perasan dia bila thu abang dia jd batu
ada harapan ke abang dia boleh diselamatkan?
Catat Ulasan