Selasa, 6 April 2010

SEBUAH CATATAN LAMA


Dalam sebuah catatan lama
masih tersimpan disudut hati
khazanah kenangan sukaduka,

Kini benarkanlah hari membaca
akan cerita yang menyetuh hati
kita dapat ambil pengajarannya.

Jikalau  dirimu terasa gementar
untuk mencatat akan kebenaran
zaman pasti akan terus menangis
kerana membiar kemungkaran,

Kita sepatutnya tidak mahu dihitung
atau diheret di padang mahsyar
sebagai orang yang bersubahat.

Oleh : Nurimanja,
satu catatan lama,
waktu Keghairahan 2008.

33 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 4 SIRI 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK.

Dari situlah aku mula mengikut sikit-sikit lagu nasyid yang di ajar Pak Haji Dollah sebelum memngajar membaca Al Quran, seperti, Qalamul qadiqmullah, Walaaspuriri,Dunia fitegeri,secara tidak langsung, aku pun berminat membaca Al Quran, cuma tidak pandai sangat berlagu..

Mak bila ada majlis kenduri kawin sering dijemput membaca Al Quran bersama beberapa orang lagi kawannya,Ayah yang hantar , balik lewat hingga jam dua belas malam, aku selalu rasa sepi dan hendak marah tinggal di rumah .

Aku masih ingat bagaimana Pak haji Dolah nak berkawin dengan Mak Teh Tijah janda muda anak satu itu ,walaupun Mak Teh Tijah berkulit hitam manis namun dia maseh galak, ketawanya mengatasi bacaan murid yang baru hendak berlajar berlagu .
Malam perkhawinan itu aku dengar orang kampung ramai yang marah, Pak haji Dolah mengajar Quran di rumah Mahmud itu , bukan hendak mengajar sangat nak mengurat anak dara dan janda muda di kampung ini.
Ayah terpaksa mengatar Pak Haji Dollah pergi ke rumah pengantin perempuan melalui jalan sungai mengunakan sampanlopek, mudek ke hilir, takut kalau-kalau Pak haji Dolah tidak sampai ke rumah Mak Teh Tijah ,Jikalau melalui jalan baruh (darat). aku tak tahu kenapa orang kampung marah sangat. Ini agaknya mungkin yang ada hati kepada Mak Teh Tijah telepas peluang. Aku maseh kecil , aku tak ambil tahu hal itu semua.
Dalam diam-diam aku tak sangka abang Halim juga belajar Al Quran berlagu di rumah Pak Haji Dolah dengan dua tiga orang kawan-kawannya di sebelah malam, patut abang Halim selalu pulang lewat malam.

Dia memang banyak ilmu sebab dia belajar banyak guru, Haji Majid, Haji Masdar dan termasuk juga guru silat, bila tidak ada Tok Bilal mereka lantek abang Halim jadi bilal, akhirnya, dia pula menjadi iman selepas dia berkhahwin dengan Kak Sariah cucu Tok Wan Dollah.@

@ Tok Wan Dollah inilah yang pernah aku cerita dulu nama sebenarnya Pak Tuan Syaied Abdullah.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

NFO AGAMA MENCARI PAHALA MUDAH NURIMANJA
_______________________________________________________________________________________________________________________________

- Bangun pagi lihat muka ibu bapa
- Lihat gambar kaabah
- Baca al Quran
- Senyum
- Buang sampah

Oleh sebab itu, beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini. tetapi banyak
pula yang malang, kerana beban menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua, bukan pahala seksa.jangan mencerca atau pun menceritakan keburukkan ibu bapa kita kepada orang lain, memalukan saja.

Dibilik tidur atau ruang tamu eloklah digantung gambar kaabah, sejuk hati melihatnya, amin, dari
gantung gambar separuh bogeldan lucah.

Banyaklah baca al Quran, jangan bila nak mati lidah keluar separuh
dada, sebab tak pernah menyebut kalimah Allah.

Senyumlah dg ikhlas kepada siapa saja, kluarga, jiran, dan sahabat
untuk menyenangkan hati mereka nampak ceria.

Buaglah sampah bila jumpa dimana sahaja, agar suasana kebersihan dapat terjaga. Kebersihan tu satu daripada Iman. Amin.

Suka Suki berkata...

GARISAN PERAK DI HUJUNG AWAN

awan hitam sembunyikan mentari.
yangku terima serpihan
cahaya perak dari hujung awan.
pergilah awan hitam,
aku rindu pelukan sang mentari.
menangislah sesukamu,
turunkan hujan itu.
bertempiklah sekuat hatimu,
sebarkan ribut taufan
tapi janji pada aku.
selepas kamu menangis
selepas kamu bertempik,
tolong pergi secepat mungkin pergilah. aku rayu.


Suka Suki
Tanjung Malim
2.4.2010

Budak Rap berkata...

walaspuiri,Qalamul qadiqmullah, Walaaspuriri,Dunia fitegeri,ape benda tu???

Ustaz Mahfuz berkata...

eh! en nuri ni kira hebat bertaranum jgk ker! wahh!!! mmg en nuri idola sy!! hidup en nuri!!!

Brader Joe berkata...

wah! mak teh hitam tp kwin jgk dgn tok wan dollah? nk buat mcm mna en nuri? dh jodoh....

Nama Aku berkata...

hebat mak en nuri selalu bertaranum?? eh! ayah en nuri x terlibat sama ker?

Sulaiman Embong berkata...

tok wan dollah gatal ker? mengajar semata2 nk tgk anak dara??? tak dapat apa dia mengajar agama klu mcm tu...

Mat Noh berkata...

bila baca cerita en nuri dari mula ada nama2 dalam cerita en nuri ni mcm saya kenal? tapi rasanya semua dh tak ada lagi.... halim tu yang jadi bilal tu? bukan nama dia dahlan ka?

Bob Kuli berkata...

eh! tok wan dollah ni rama peminat jgk? sian anak2 dara kmpung bila dia kwin dengan mak teh...

Ali Conan berkata...

abg halim tu sapa? abg en nuri ka?

Atuk berkata...

tuan syed abdullah??? tu macam nama en nuri cerita sebelum ni dalam cerpen apa sy sudah lupa... rupanya dia tok wan dollah...

Orang Lama berkata...

abg en nuri belaja silat? en nuri pun sama ka? sy ada jgk dulu belaja silat2 ni tp dh lupa lama x blaja...

Putera Damien berkata...

wah! tgk muka parent kita pun dpt pahala!!! nnt aku selalu nk tgklah...

Harimau Berantai berkata...

hmm... info yg menarik ni aku nk buat lps ni! sbb slama ni byk dosa aku... terima kasih en nuri!!!

Abang berkata...

alamak! mcm mana sy nak tgk ibu bapa saya? sy tinggal di terangganu? keluarga di sarawak?? apa2pun saya buat yang bawah-bawahlah kot? hehe

Kota Gersang berkata...

wah! senang je perkara2 dalam ni??? pun boleh dpt pahala!! wah... mcm ni snanglah nak cari pahala... thnkz en nuri!!!!

Juragan Desa berkata...

eh! perkara nk dpt pahala senang2 jer? semua boleh buat ni... cantik!! trima ksih en nuri!!

Halilintar berkata...

aku ingat susah nk dpt pahala? rupanya senang jer... lps ni senang aku nk kumpul pahala...

Bulan Terang berkata...

selain dari ada lagi tak perkara yg boleh dpt pahala en nuri?? mmg menarik info ni...

Abul Hassan berkata...

apa2pun en nuri senaraikan perkara2 yg boleh dapat pahala aku nak niat dulu sbb niat pun dah dpt pahala klu buat? dpt lagi... hehehe

Umar Haslam berkata...

snang2 je nk dpt pahala klu org x ikut apa en nuri tulis x thulah...

Kelana Juara berkata...

lps ni aku nk ikut senarai en nuri bg ni sbb semua mmg aku dh ada....

Lelangit Biru berkata...

lps baca info en nuri aku dah lakukan semua sekali! hehe tima ksih en nuri!!!!

Lelangit Biru berkata...

lps baca info en nuri aku dah lakukan semua sekali! hehe tima ksih en nuri!!!!

Saizul Maizav berkata...

apa yg en nuri senaraikan info psl nak dapat pahala ni aku mmg boleh buat selama ni tp cuma malas jer... hehe ape2pun lps ni kena buang plak sikap malas....

Julia berkata...

terima kasih en nuri sbb bagi info psl dapat pahala ni!!! sy nak boleh? nak lekat kat bilik darjah sy mengajar sbb dorg ni semua pemalas... hehe

PENYAIR AGUNG berkata...

HAHAHA SAJAK EN NURI NI SAYA BACA MACAM MANA PUN DENGAN TELITI SEKALIPUN MESTI ADA BERBAUR POLTIK JUGAK?? HAHAHA APA2PUN TERUSKAN PERJUANGAN ANDA!!!

lebai Noh berkata...

sajak kali ni puitis sgt en nuri susah nk phm ni...

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni psl apa plak en nuri??? semakin penaing sy baca sajak2 en nuri.... maaf....

Syeikh Al Habib berkata...

maaf en nuri sajak anta kurang phm.... tajuk pun dh misteri...

Keris Sakti berkata...

sy baca byk kali pun susah nk phm... termsuk sajak2 sebelum ni sbb semua sajak2 en nuri sastera tinggi.... minta maaf cuma pendapat...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN
\
Sajak baik berbentuk simbolek pada panorama alam dan kejadian Allah SWT.

Hasil Suka Suki dari Tanjung Malin bertajuk Garisan Perak Di hujung Awan, Seorang yang cintakan satu kedamaiyan, pastinya akan resah melihat suasana alam yang hitam, melindungi cahaya mentari, lalu dia meminta segera dihendarkan
awan hujan dan kilat serta rebut, bertempeklah, selepas itu elok engkau segera pergi.