Marah yang dipuji
perlu ada pada manusia
jika tidak marah
maka kamu dayus.
Marah juga seketika
yang lain cuma emosinal
jika kamu mahu marah
pesan nabi ada tiga
bijak, ikhlas, benar.
Marah yang terpuji
bila ada rasa kawalan
berhemah,ikhlas,berani
mendidik untuk kebaikan.
OLEH: Nurimanja,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Setelah melihat perkara mungkar 2010.
44 ulasan:
BAB 5 SIRI 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK.
Tok Wan Dolah juga dikenali dengan nama penuhnya Tuan Syaid Abdullah, dia seorang siak di masjid Sungai Star, sempadan di antara Pulau Pinang dengan Parit Buntar, Perak, Waktu aku belajar di sekolah Pondok di Tanjung Piandang Tok Wan Dolah selalu datang melihat aku, Aku cukup kagum dengan orang tua ini, selalu saja dia bagi semangat pada aku, Tok Wan Dolah lebeh banyak mengingati aku kisah-kisah nabi dan para ambiak dan pernah dia menyebut kepada aku, banyak-banyaklah menyebut nama Allah daripada menyebut nama manusia,
Aku juga pernah dengar daripada mulut Tok Wan Dolah sendiri, Aruah Tok Wannya dahulu pernah menebang batang nibung , kemudian merejam batang nibung itu ke arah perahu lanun, di kuala sungai Aceh, Malah ilmu keduniaanya luar biasa, pernah satu hari Tok Wannya menampar seorang tauke jual ikan di market, satu markek diam , tidak berani berkata apa.Tok Wan Dolah ada menyebut jampinya; Allah di hadapanku, Muhamad di kananku, jika bergerak putus sendi, jika melompat patah kaki, Haq Hu Haq. berkat doa lailahaillallah. jangan amal bahaya kata Tok Wan Dolah pada aku, aku terdiam (.tak yakin tak jadi aku tak yakin)
Sikap Tok Wan Dolah membuat aku rasa hairan, Bila dia datang ke kampung kami , tanpa disuruh , dia kan menebas ,dan mencabut rumput hingga cerah halaman rumah, kemudia dia membawa benih kopi, nangka madu ,dan belembing, bila aku tanya buat apa ini semua ? Tok Wan Dolah tersenyum menjawab, kalau halaman rumah semak, fikiran kita juga jadi semak, pokok-pokok ini kalau tidak berbuah pun , tidak mengapa , sekurang-kurang dapat juga burung bertenggek atau orang berteduh, dapat juga pahala.
Tok Wan Dolah yang aku tahu tidak pernah nampak dia sakit atau deman , sentiasa sihat,amalannya senang sahaja, solat lima waktu jangan lupa, solat subuh itulah yang berat sekali hendak melaksanakannya, tetapi itulah solat yang tak pernah Tok Wan Dolah tinggalkan , Pernah abang Halim kata, Tok Wan Dolah berjalan dalam gelap pergi solat subuh, di dadanya semacam ada lampu,liplap-liplap, Dia masuk Hospital Parit Buntar pun kerana hendak pergi solat subuh, entah macamana di langgar lori ikan, berminggu dia terlantar di Ward itu, Setiap pagi bila masuk waktu subuh, bila dengar suara azan berkumandang, dia bergelut dengan kaki tangan Hospital herndak pergi solat subuh, sedangkan hidung dan tangannya dipenuhi wayer air dan udara, Sesekali dia memekek, Aku nak pergi solat , kamu tak bagi, dosa aku, semua kamu tanggung, pekek tok Wan Dollah.
BERSAMBUNG ESOK.
ISU SEMASA MENGENANGKAN WR SUARA PULAU
______________________________________________________________________________________________________________________
Jika PM mengatakan kerja setahun rasa bagai semalam dilaksanakan, ini agak menghairankan Ada orang yang telah bekerja bertahun, minta cepatlah masa berjalan, aku nak bersara ini, dah tak tertahan menanggung beban.
Kata-kata ini patut diambil pengajaran buat pembangkang dua tahun memerentah selangor, perak
kedah, pulau pinang, dan kelantan jangan kira lagi. Tidak sepatutnya WR terasa macam mimpi? Sudahkah anda tunaikan janji-janji pada pelihanraya dulu?
DAP Jangan buat andaian palsu semua warga emas pulau pinang dapat 100 RM kawasan TK ini
berapa kerat yang dapat? Bagaimana nak bagi 10,00 RM warga mas satu malaysia,cakap biarlah masuk akal.
Sepatutnya kerajaan membenarkan rakyat mengkeritik tanpa kekebalan WR yang mereka pilih.
jika tidak menunjukkan prastasi atau akhlak yang baik dan tidak membawa perubahan apa-apa,
kepada rakyat yang memilih mereka.
apa yg di suarakan oleh Suara pulau tentang isu semasa ni saya sokong sahaja...
isu tentang politik ini sy x mahu msuk cmpur kerana sy tidak lagi dalam mana2 parti... sy Bebas apa2pun teruskan perjuangan anda!!!
tahniah suara pulau! isu anda mmg menarik! semoga nnt ramai yg tersedar....
suara pulau masih seta pd BN ker?? apa yg dikatakan anda sy no komen kerana hati sy pada Bebas...
suara pulau wlpn sy x mnyokong mana pari BN mahupun pembangkang tp apa yg diperkatakan anda ada betolnya apa2pun smoga yg baca dpt menilai...
tok wan dollah? bkn ke sebelum ni en nuri dh cerita psl dia????
tok wan dollah ni ada bau2 bacang dgn en nuri ker? mmg heboh 1 ketika dulu tentang tok wan dollah kat sini.... sy dgr dr ayah saya dahulu
tok wan dollah dh meninggal kan en nuri? klu dia ada lagi la msti ramai akan pi cari dia nk menuntut ilmu...
mmg waraklah tok wan dollah ni! rasa mcm sedih x dpt jumpa dia...
jampi apa tu??? biar betol jampi tu semua org takut ker?
eh! ayat ape tu??? jampi serapah ker? mcm best plak sy nk try boleh en nuri??? lgpn sy keja pub ni byk musuh lah nak harapkan brader joe rekomen sy keje? haram.. lupa kwn lps dpt kwn bru...
mmg mengerunkan bla dgr tentang jampi tu! betol2 ke semua org takut?
wah! untung en nuri dpt mengenali tok wan dollah... hrp2 ada lagi manusia mcm dia teringin sy nk jmpa org2 mcm ni... sbb dorg byk ilmu...
ha! dlm dok sakt2 pun nk solat!!! insaf sy baca... dulu sy excident 3bulan? 3 bulan x solat pun.... adoi byk dosa sy...
dada ada lampu! wow! mmg manusia luar biasa....
mmg menakutkanlah tok wan dollah ni byk kuasa luar biasa...
tok wan dollah ni x kwin ker?? cte psl dia je byk xde plak cte psl anak bini dia?
tok wan dollah ni umur brapa?? byk ilmu dia ni...
eh! rajin plak tok wan dollah tanpa di suruh terus tebas semak samun org...
dlm dok ade wayar pun nk solat jgk! wah! spatutnya klu sakit xpe sbb darurat...
byk betol ilmu tok wan dollah ni? dia menuntut ilmu kt sapa?
tok wan dollah x pnh sakit?? dgn mengamalkan solat je sntiasa sihat! hebat.....
tok wan dollah mmg misteri... ape2 pun dia mmg baik hati...
anak2 dia x mewarisi ke ilmu2 dia????
huh! berani di tampar tokei ikan! klu sy takut jgk nnt dia balas balik? ape2pun hebat tok wan dollah...
tebang pokok dgn tangan jer??? dia menuntut ilmu apa??? wah!!!
eh! tebang pokok dgn tangan! mcm badang plak.....
eh! wah! wlpn bkn psl en nuri tp tok wan dollah pnya cerita pun menarik jgk...
eh! en nuri xde ke gmbr tok wan dollah??? klu ade boleh kami tgk...
tok wan dollah mmg hebat! rasanya dia 1 dalam 1000.....
ayat 2 betol2 jd ker? cadang nk try tp x berani plak... hehehehhhhhe
eh! ade lampu plak kt dada!!! mmg pelik!
eh! cerita psl tok wan dollah plak! dia ni ada berapa adik beradik????
tok wan dollah ni orang mana? jawa ker? sbb org jawa byk ilmu.....
tok wan dollah ni meninggal sbb apa en nuri? masa umur brapa?
eh! klu binatang menumpang kat dahan kita pnya kebun dpt pahala ker! la... rugi aku tebas pokok semalam....
sajak menarik wlpn aku xphm... hehee
kenapa sajak2 yang baru ni astik politik je en nuri??? hehe
alamak! sy xphm lagi la en nuri... nnt letak sajak senang2 sikit....
SAJAK NI PUN ADA BERBAUR POLITIK??? EN NURI NI BN KER? SEBAB SAJAK2 EN NURI DALAM BULAN APRIL ASYIK KUTUK PEMBANGKANG SAHAJA.. MAAF BERTANYA...
KOTA MENJERIT
ada siapa tahu alamat kota jeritan?
disana aku mahu teriak namamu sekuat hati
biar ia terbang bersama angin lalu
kemudian akan ku lari cepat-cepat
menutup gerbang kota jeritan kuat-kuat
sebab aku takut ada suara
kalau namamu datang ketelingaku
ku jadi butiran-butiran gula
lalu tersumbat dengan sesemut yang datang menghurung
akibatnya aku tak bisa lagi mendengar nyanyian merdu
ada sesiapa tahu alamat kota jeritan?
Sinar Suria
UPM
2.4.2010
ULASAN
KOTA Menjerit pengucapannya agak terlalu sembolik, sukar ditangkap maksud isi penceritaanya.Apatah lagi untuk meluahkan cirta pada khalayak. Sekadar cuma andaian;
Sajak KM oleh Sinar Suria, UPM. melangkaui luar batasan, bagai mengharap ada kawasan yang boleh dia melepaskan tekanan, untuk melontarkan segala rasa resah gelisah yang boleh melegakan keadaannya. Sebenarnya bukan di kota,di desa di bukit gunung, di sungai hutan belantara. Kau akan hilang segala tekanan, bebanan,
dan keresahan jika kau berada di tikar sejadah di hujung malam..
Catat Ulasan