Jika ada segugus anggur yang ranum
buahnya pula berbagai rasa dan warna
setiap setangkai buahnya pula berbeza
ada pula rasa manis, masam dan kelat
Baimana mungkin nilai sedapnya sama?
Begitu juga dengan pencipta sebuah lagu
penulis lirik, penyanyi dan pemain muzik
mesti seirama, nyanyi , tari dan gendannya
masakan lagu a go go berirama tarian asli
pasti pincang irama, nyanyi dan tariannya?.
Begitu bidalan dalam hidup kita seharian
sudah sebulat suara mestilah sepakat kata
Jangan satu golongan membuat kata janji
golongan lain berkata itu bukan janji kami
carilah nilai dan keyakinan buat diri sendiri?
Oleh : Nurimanja,
Jabatan Pertanian Rilau, Penang.
projek anak angkat sekolah Sgi Ara. 2002.
buahnya pula berbagai rasa dan warna
setiap setangkai buahnya pula berbeza
ada pula rasa manis, masam dan kelat
Baimana mungkin nilai sedapnya sama?
Begitu juga dengan pencipta sebuah lagu
penulis lirik, penyanyi dan pemain muzik
mesti seirama, nyanyi , tari dan gendannya
masakan lagu a go go berirama tarian asli
pasti pincang irama, nyanyi dan tariannya?.
Begitu bidalan dalam hidup kita seharian
sudah sebulat suara mestilah sepakat kata
Jangan satu golongan membuat kata janji
golongan lain berkata itu bukan janji kami
carilah nilai dan keyakinan buat diri sendiri?
Oleh : Nurimanja,
Jabatan Pertanian Rilau, Penang.
projek anak angkat sekolah Sgi Ara. 2002.
40 ulasan:
BAB 4 SIRI 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK.
Lain pula dengan keturunan sebelah ayah, aku tahu sangat , sebab aku tinggal di Bagan Serai Perak Darul Ridzuan.Sejak kecil aku tahu rumah aku luas, aku terpaksa mengatur kaki melangkah lantai papan rumah, ada yang lantainya jarang dan nampak tanah, aku cukuplah takut dengan lantai yang luas lubangnya kecuali mak letak tikar mengkuang, aku pernah tenguk satu malam ada kulit pisang timbul daripada celah lubang yang luas di tepi dinding, aku tak tahu siapa yang cuba usek aku. Satu lagi yang aku takut waktu turun tangga , anak tangga itu kayunya bulat dan jarang pula jaraknya ,aku terpaksa guna tangan dan kaki turun satu-satu begitu juga waktu nak naik tangga , seksa aku rasa dan lebeh seksa lagi bila pernah beberapa kali aku jatuh dan benjul tahi, mak cuma sapu air asah kulit pelam telur campur gambir, dua tiga hari beransur baik dan sembuh semula.
Semasa aku kecil, aku suka tengok wajah aku di dalam cermin, Almari yang ayah beli cukup nampak antik, bekerawang di sekelingnya. Aku suka lihat mata aku di dalam anak mata aku nampak satu cahaya tegak bewarna kekuningan, yang pelek di sebelah mata saja, aku tak ingat sebelah kiri atau kanan, sebab hari ini warna itu telah tiada lagi,bertahun lama aku benggung, aku tak cerita dekat siapa pun, aku takut nanti mereka gelar aku anak harimau sebab warna itu sama dengan mata harimau.Dalam hati aku mungkin cahaya lampu minyak tanah.
Di rumah aku , setiap hari isnin, ada Pak haji Dolah datang mengajar mengaji Al Quran dengan berlagu atau teranum, Emak orang pertama jadi pilihan suruhan Pak haji Dolah membacanya selepas Pak haji Dolah membacanya. Suara Mak itu Kadangkala aku dengar macam orang lelaki, bunyinya dalam dan garau, aku tak berapa suka dg suara itu, macam dibuat-buat,sedapkah dan merdukah suara macam itu?
Sebenarnya aku tak tahu apa,suara mersek, garau, suara dalam , di kepala, di dada, di perut, itulah mereka kata bacaanberlagu.Patutlah Pak Haji Dolah kawin dua tiga, termasuklah Mak Teh Tijah yang tergila-gilakan Pak haji Dolah, mungkin disebabkan suaranya yang sedap dan merdu itu bila dia mula berteranum.
BERSAMBUNG.
INFO AGAMA BERAT HATI KE SURAU/MASJID NURIMANJA
______________________________________________________________________________________________________________________
Adakah anda rasa berat hati hendak pergi ke surau atau masjid? Cari puncanya, kerana malu,segan atau takut, sebab rasa jahil tidak tahu bahasa arab solat tidak berapa betul orang lihat? dan berbagai andaian yang bermain di kepala otak anda? Lalu anda pun sering kali tertanguh.
Ini semua adalah bisikan syaitan yang perlu kita hindarkan di dalam hati,perlu kita ingat hanya satu, kita datang ke masjid/surau ini kerana Allah.Jika kita tidak tahu bertanyajika tidak pandai belajar, kerana alah bisa tegal biasa.
Sebenarnya tidak ada siapa yang lahir saja ke dunia ini telah pandai semuanya, kena belajar juga
sedikit demi sedikit lama kelamaan jadi bukit, ditambah dengan amalan harian dan pengelaman,kerja yang berulang lama kelamaan dia akan menjadi pandai. Insyaallah!
Untuk cara menghafal bacaan dalam bahasa Arab senang sahaja,mulakan dengan lima ayatsaja,bacaberulang kali, sehngga dia lekat dihati, bila sudah dapat tambah lagi lima, ulang lagi yang sudah dapat dan sambung pula yang baru dapat buat sehingga dia lekat di hati anda. Insyaallah, amin!
huh! mata en nuri ada cahaya!!! wah! mmg aneh!
huh! suara mak en nuri garau?? hahaha mcm mne bleh jd mcm tu plak? adoi...
suara garau setahu saya kalau tercekik jagung? hehehe gurau saja...
sapa plak bg kult pisang kat en nuri??? mmg seram...
eh! ade kulit pisang plak celah dinding??? sapa plak yg letak tu...
waH! mmg misteri ada cahaya dalam mata!!!! woo!!!
eh! mak en nuri mengajar mengaji ker??? tp kenapa bila nak bertaranum suara dia jd garau??? hehehe
lantai rumah berlubang!!! bahaya tu.. kenapa x tampungkan lubang tu....
eh! sama la dgn sy! sy pun ska tgk cermin jgk kecik2 dulu... hehe
pak dollah sapa? dia mengajar mak en nuri? eh! ayah en nuri x jeles ker? hehe
mcm mne boleh ada cahaya dlm mata??? peliklah dh mcm mata harimau plak?
masa en nuri ada cahaya dalam mata en nuri x rasa apa2 perubahan yg berlaku kt en nuri x masa tu????
anak harimau??? mnbkin jgk sbb mana ada manusia dalam dunia ni ada cahaya kat mata kecuali harimau saja...
ada kulit pisang kat celah dinding??? mmg pelik sapa yg letak tu????
eh! masa kecik2 mata en nuri ada cahaya!!! wow! mmg misteri... en nuri xpnh tnya sapa??? xpun cari dalam intenet apa mksudnya...
suara garau mne la sedap bertaranum? hehe suara gemersiklah sedap...
wah! mmg warak mak en nuri dulu.... dia ada x msuk pertandingan mangaji al quran ker?
mata ada cahaya??? mustahil.... mngkin pelita kot sbb mne ada manusia ada cahaya dlm mata kecuali harimau? hehe
mngkin ada org usik en nuri kot? ape2 pun pikir logik je la... seram plak...
kulit pelam dan gambir??? boleh elok ker??? kenapa x letak terus minyak gamat....
lantai berlubang!! kenapa boleh jd mcm tu? ni msti keja anai2....
suara garau kdg2 setengah org kata menarik! sedap bila nak bertaranum tp bkn semualah sy suka suara gemersik lagi...
turun guna tangan?? lagi bahaya... ape2pun selamat en nuri x apa2...
ha! ni bru cerita psl en nuri! bru best baca! sbb sblm ni asyik cerita psl org lain jer...
teruk jgj rumah en nuri dulu.. kenapa x perbaiki??? sedih plak saya baca....
hahahhaa xkn dorg nk kata en nuri anak harimau plak? ape2 pun bg sy mngkin pelita minyak tu....
info yg menarik! sesuai saya letakan di masjid.... minta izin en nuri sy nk ambil info ni....
info yg menarik psl masjid? syabas! smoga ramai akan ke masjid nnt.. amin...
info agama ni mmg menarik! semoga yg baca akan insaf.... insyaallah...
sajak psl buah plak? apa makna kali ni?
sajak ni psl apa? mcm ada mksud tersirat saja....
sajak aku xphm la.. qalam nnt ulas... tp ape2 pun anggur mmg sedap! heheheehe
sajak buah anggur? mmg x phm tp ayat2 dia mmg best! heheheehehehehhe
SAJAK KALI NI DAN SAJAK2 SEBELUM NI SETELAH SAYA TELITI BERKALI-KALI MEMBACA DAN CUBA SELAMI ADA BERBAUR POLITIK... MACAM EN NURI TUJUKAN KEPADA PEMBANGKANG SAJA? APA-APA PUN SAYA TAK BERANI KOMEN APA-APAPUN? SEBAB APA SAJA PENDAPAT EN NURI SAYA SOKONG SAJA...
smoga kita semua dpt iktibar kepada info en nuri tentang masjid ni...
SELOKA ORANG TUA TENTANG WARNA
mari aku ingin khabarkan sesuatu
aku ada dengar dari orang tua
dia bilang
putih itu suci
hitam itu kelam
biru itu tenang
ungu itu nafsu
merah itu marah
tapi satu yang aku lupa
aku lupa warna untuk cinta
sama seperti aku lupa apa itu cinta
Abang
sajak saya masa zaman remaja
sajak jiwa2 siki cikgu? sory...
-Saya setuju juga dengan kata Abul hassan mmgkin cahaya lampu pelitak minyak tanah.
-Dulu tak ada hiburan siapa yang
berada sadikit jemput tok guru datang kerumah kumpul ramai orang kampung dengar baca kitab, pakat bayar sekupang dua.
-Rumah saya kira baik juga masa itu,alhamdullillah makan nasi juga,
ada orang lantai batang pinang atau
nibung, dinding atap atau beretam.
-Masa itu siapa jadi tok guru atau
ustaz, silap haribulan bini pun boleh dapat free, sanjungnya orang.
ULASAN
Sajak Abang kali ini main firasat pula. Atuk dia berfalasafah. Dua bercucu Ini penyumbang tetap blog CR.
Tetapi nabi paling tak suka warna merah,Dan lembu pun sangat marah orang pakai baju merah. Kecuali orang China Merah ada ong! Untung kata mereka. Hari raya penuh dengan warna merah.
Syabas!! Abang pun dah jadi pensyarah, amin!
Catat Ulasan