Isnin, 14 November 2011

SIAPA SETAN


 



16 menang bersama ke final


Siapa setan kitakah atau dia
atau hanya si setan seorang saja
si setan itu sememangnya setan itu tak payah kau fikir dan tilik
memang telah dijadikan tugasnya
menyesatkan sejak zaman adam semua tahu persetankan setan itu
mengapa perlu kau puja setan itu
mengapa perlu dipersetankan mengapa ikut menyetan itu t
empat setan berumah air setan kau hirup
itu makanan setan kau lahap buangkan segera topeng setan itu
tanggalkan tanduk setan itu 


Oleh: Dang Anum
sajak nasihat buat muda-mudi yang selalu mengunjungi disko dan minum arak
/23 Oktober 2011 7:05 PM





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Dang Anum dengan sajak penasihatnya bertajuk: SIAPA SYAITAN. Pengucapannya terlalu biasa . Penceritaanya menyeduh tentang kerja setan yang telah dijadikan dari api dan mengoda dan menghasut. Begitulah manusia jika ingin mengikut kerja setan kita pun jadi setan juga. Jadi pujalah Tuhanmu daripada memuja setan yang biasanya akan menghancurkan hidup kita sebenarnya. Harap maaf Cuma setakat ini penyertaan anda . Apa pun thaniah kerana termasuk dalam 14 orang pemenang bersama sayembara citranuri kali ini. (TK)

Geletek Petang berkata...

257 penyokong Pas Kelantan sertai UMNO

TANAH MERAH 6 Nov. - Seramai 257 penyokong Pas di negeri ini menyertai UMNO selepas kecewa dengan kepimpinan Pas yang didakwa hanya pandai menabur janji tetapi tidak tahu melaksanakannya.

Sebanyak 187 daripada mereka adalah penyokong Pas dari Kampung Bechah Peleting, Pondok Lama dan Banggol Pisang Galadi di sini, yang menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu majlis di Kampung Banggol Pisang Gala di sini malam semalam.

Dalam majlis berasingan, seramai 70 nelayan tradisional pantai di Kuala Kemayan juga mengisytiharkan keluar Pas dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kemasin, Bachok hari ini.


KOMENTAR


PAS sejak bermandu dengan PKR dan DAP ramai ahlinya telah tidak puas hati, rakyat minta apa pun kurang layan, di klantan orang UMNO duk bantu demo, la ni hambo nak oyak. sapo yang bantu kami,, demo kami sokong. tak leh fikir banyak kali dah! tak ser lagi dok berdolak dalik...mumutar memelik kejo apo? tak leh lagi dok terima.

Saizul maizav berkata...

BERJUANG

hidup untuk berjuang,
kadang berjuang untuk hidup
selalu tak diperdulikan
bukan hina bila seorang disanjung
kini dirinya karena tak berdaya
mungkin dahulu dialah
pejuang negeri dan keluarga
lelah dirinya tapi sekarang
makin merunduk dan terbaring..
terlelap dia dalam mimpinya
mimpinya dulu hilang terbenam

Saizul Maizav
sajak membela nasib pejuang bangsa yg kini x diperdulikan

Tuan Haji berkata...

ANUGERAH

Anugerah terindah dalam hidup ini
Hiruplah udara sekitar
Rasakan mentari cairkan darah pagi
Ikuti nyanyian angin yang bertiup
Hirup udara tak berasa perasaan
Hanya kepekaan dapat merasakan rasa
Fokus fikiran temukan rasa tersebut
Rasa alam menyatu dalam diri
Dalam belantara hiruk pikuk kota
Apakah rasa tersebut telah hilang Mungkin untukku rasa tetap ada
Alam telah sentuh jiwaku..

Tuan Haji
sajak alam sekitar

En Sanusi berkata...

BUKAN DIRASAI

Ketika bunga liar tumbuh lapangan
tanaman liar pula
tersembul dari belantara
kusadari masih tetap ada..
tetap hidup menghidupkan lain..
cermin dari genggaman pudar..
Dinikmati bukan untuk dikuasai..

En Sanusi
sajak ni bukan sy punya minta bantuan rakan

Julia berkata...

BENCI

Ku benci kamu sungguh sederhana tapi tak mamp pilu saat bicara, membara lalu dingin seketika
Sungguh sederhana hingga saat bicara ku tak lagi rasa apa-apa
Karena kusadar untuk sementara
Andai tak ada esok kan bahagia
Tak perlu merayumu, mengingatmu
Kuingin ini berakhir
tapi tak kulihat ujung

Julia
sajak kekecewaan

Ustazah hamidah berkata...

MENEMUKAN

aku menemukan air mata dalam cinta
mungkin untuk kesedihan,
mungkin bahagia karena meninggalkan
aku menemukan ke egoan dalam cinta
mungkin memiliki juga dimiliki
aku menemukan kebohongan
mungkin karna tak ingin menyakiti,
aku menemukan kejenuhan dalam cinta
mungkin karna tak memahami, ataupun takut untuk dipahami
aku menemukan ketakutan dalam cinta
ketakutan untuk mencinta,
ataupun ketakutan untuk dicinta

Ustazah hamidah
sajak sedih

pak bostamam berkata...

BERJALAN TANPA TIDUR

angin menyapu rambutku
Aku terkenang apa telah terjadi.
Sepuluh tahun aku umpama
berjalan tanpa tidur.
Punggungku yang berkarat
aku seret dari warung ke warung.
Perut terburai di jalan lenggang
Aku tidak sedih dan kesepian.
bertualang di dalam udara berdebu.
berteman anjing dan kucing liar
tapi bernyanyi menikmati
hidup yang kelabu.

pak bostamam
sajak simbolik

Jalal Rafzee berkata...

GARIS

Setiap hari bilaku lihat
tapak tangan aku lihat garis-garis
kasar dan halus benarkah
seluruh hidupku tertulis di atasnya
kalau apa yang di kata tu benar
Makin aku pandang dan tilik
tapi aku nampak cuma garis-garis
kasar,halus lama dan baru
Mungkin memang ada yang tersirat
di setiap garis-garis
cuba memberi erti makna petunjuk
Mungkin sebenarnya ada tersurat
yang dibawa oleh setiap garis
hingga sekarang aku tak mengerti

Jalal Rafzee
sajak kebingungan

Orang Lama berkata...

SATU KALI SAJA

sering jiwa raga tak dibadan
sering fikir tak menetap
jauh lepas menerawang
melukis wajah si pencuit hati
ketika angan melayang
kucoba menarik anganku
mengajaknya berdansa di kayangan
menyempurnakan hidup satu kali saja

Orang Lama
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Saizul Maizav bagai lang sewah pemerhati keadaan kali ini dengan sajaknya bertajuk PERJUANGAN atau berjang tema kehidupan . Pnucapannya bersahaja. Mesejnya punya dua tangapan pada kehidupan seorang atau perjuangan pihak tentera yang mempertahankan negara.ada berlaku pada zaman komunis dia perjuang bersama beritis menentang pengganas. Bila pihat beritis pulang mereka terseksa.kini baru diberi perhatian oleh BN. Jika dapat dekat mat sabu komunis dia kata hero Negara. Atau pun perjuangan inividu membela nasin anak-anaknya. Bila mereka sudah besar melupai akan pengorbanan orang tuanya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011


Tuan Haji semoga tidak troma dengan penipuan. jika ada wajah seperti muka misteri itu baru
boleh diterima untuk pihak en nuri. Kerna peristiwa ini merupakan kali ke ke tiga atau empat. Apa pun sajak tuan haji kali ini bertajuk ANUGERAH . Pengucapannya bersahaja menyentuh tentang bumi hijau atau alam sekitar kurniaan yang dianugrahkan Allah swt. Tetapi kini dunia dilanda kemelut keadaan diatas ketamakan manusia yang rangkus memcari keuntungan , tanpa memperdulikan lagi akibat bencana yang akan berlaku diatas kerangkusan mereka. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra En Sanusi nampaknya kekeringan idea nampaknya sehinggadibantu kawanya. Kali ini sajak bertajuk: BUKAN DIRASAI . Pengucapannya agak kabur dan tidak dinyatakan pula tema atau sadikit penerangan. Apa pun agak berbilit mesej yang hendak disampaikan mungkin cerita yang terbalik bunyinya . Apa yang kita harapkan tidak menjadi yang tidak diharap pula menampakan keceriaannnya. Cuma andaian . Harap maaf ada persaingan yang hebat, maka sajak anda.terpaksa berhenti disini saja dahulu.Apa pun sajak ini boleh dicalunkan jika ada yang tarik diri (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011


Sdri Cikgu Julia sibuk nampaknya dengan sekolah. Kali ini dengan sajak bertajuk: BENCI . Pengucapannya agak terlalu biasa kisah orang muda temasemacam kekecewaan.. Apa pun penceritaannya ingin mencari kebenaran tetapi belum menemui penghujungnya. Agak mengecewakan hati di dalam menjadikan penuh tanda Tanya.. Cuma andaian . Harap maaf ada persaingan yang hebat, maka sajak anda.terpaksa berhenti disini saja dahulu (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Ustazah Hamidah masih juga sibuk nampaknya dengan sekolah. Kali ini dengan sajak bertajuk: MENEMUKAN. Pengucapannya agak terlalu biasa kisah orang muda punya biasa Cuma temnya semacam sedih dan kekecewaan.. Apa pun penceritaannya ingin mencari kebenaran dalam cinta tetapi belum menemui kisah cinta yang sebenar , masih ragu dan takut. Agak sedih dan mengecewakan bila hati rasa takut. Cuma andaian . Harap maaf ada persaingan yang hebat, maka sajak anda.terpaksa berhenti disini saja dahulu (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Pak Bostaman orang lama yang tidak suka berkira, kali ini dengan sajaknya betajuk BERJALAN TANPA TIDUR. Pngucupannya juga menarik terutama tajuknya. Tema keharuan dan kecelaruan melihat kedaan yang kian menjadi harubiru, tetapi sebagi orang lama Menghadapinya penuh dengan kesabaran walaupun rasa derita tetapi terpaksa juga senyum dalam paksaan ,melihat anjing dan kucing liar bermain sandiwara dalam kehidupan yang penuh kelabu. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Jalal Rafzee yang kini masih melamun dilambung ombak dan badai. Kali ini tema sajak agak lain sadikit bertajuk GARIS. Pengucapannya bersahaja sekadar ingin menilai garis kasar dan halus ditapak tangan , Cuma persoalannya yang besar benar atau sebaliknya? Apa pun bagi tukang tilik boleh hidup dengan kerja begini meramal untung nasib orang lain sedangkan nasibnya sendiri tidak menentu.Tetapi kalau garis kasar arau besar mrentang putus tapak tangan biasanya dipunyai orang kaya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Menilai sajak Orang Lama masih juga membicara tentang keluh kesah yang melanda kemelut kehidupannya. Kali ini sajaknya bertajuk: SATU KALI SAJA .Pengucapannya terasa bagaikan melayan fikiran ke alam fantasi pula. Bagaikan mengharap untuk menjadi satu kali lagi muda
Agar dapat berdansa di alam fantasinya. Harap maaf ada 4 persainganyang hebat dari sajak anda. Penyertaan anda terpaksa berhenti disini saja dahulu (TK)

Sulaiman Embong berkata...

tahniah ramai menyertai BN!!!

Bulan Terangh berkata...

257 je? aku harap lps ni jd 2ribu

Bos Kacak berkata...

hrp2 lps ni byk yg kluar nnt

Pak ngah But berkata...

masuk BN ramai yg masuk PAS ada 2/3 org je hbis la PAS

Pak Awang berkata...

pandai jgk geletek ptg tulis kelantan asal kelantan ke?

Muhamad AKmal berkata...

aik! isu politik plak cerpen mne?

Nabil Quldi berkata...

politik x minat la org tua2 boleh la hehe

Kembara Budiman berkata...

padan muka dulu action sgt skrg ramai ahli dia kluar

Panglima Sakti berkata...

bila ni pilihanraya ni?

Pedang Kesatria berkata...

PAS ni sapa? aku xthu sgt psl politik ni dok london dulu dh 10thn mmg x ambil thu hal2 politik ni

Tanpa Nama berkata...

rthtrhrt

Tanpa Nama berkata...

thrtgherhndf