Khamis, 17 November 2011

BELENGGU



16 menang bersama ke final

Perempuan yang terjebak
rasanya bukanlah yang disengajakan
berkubang luka dapatkah aku peluk
bukannya damai yang ku rasakan hanyalah kebohongan 
kenapa berlari jika katamu cinta itu ada di hati
dahulu sakitmu sakitku tawamu tawaku
kita sebenarnya sama- sama menipu 
adakah kau tahu itu!
 
 
Oleh: Ummu Akilah
sajak luahan hati/22 Oktober 2011 3:27 PM
 
 
 

30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

PUSINGAN SUKU AKHIR SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Ada 4 sajak boleh dikira jiwa tetapi semua kisah peribadi , luahan hati, sepintas rasa, sembolik cinta, kecewa cinta dan. Cuma satu sahaja terpilih. Oleh Dang Anum, itu pun ada pembetulan pada ungapan yang tidak menasabah. Ummu Akilah dengan sajak BELENGGU.
Penceritaan biasa yang dialami oleh seorang yang dulu tidak memikirkan masa depan, lalu mengikut kata cinta dalam usia yang terlalu muda, tapi bila sudah berkhawin ditinggal pula semua kerana tugas sehariannya. Terasa sepi dan terbelenggu. Kerana kebanyakkan rumaja kini suka enjoy, tetapi bila beranak dan ada tanggung Jawab bagaikan membebankan dalam usia yang begitu muda. Harap maaf kerana sajak anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. dan usaha lagi lain kali Apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA ENTAH BERANTAH DISIAR MULAI SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN DICERITAKAN SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA.

Bahagian ke 2 / Siri 45 atau siri keseluruhan 78 kini siri akhir.

“Sebentar tadi bukankah tuan hamba yang meminta saya tunjukkan jalan untuk pulang ke selatan tanah air? Pangal tengkuk tuan hamba yang lebab itu tadi sudah pulih ke?” Mendengar kata-kata orang itu . bukannya jawapan tetapi soalan yang telah memberi jawapan kepadanya berkaitan dengan adik kandungnya yang telah pulang ke selatan tanah air.

Mendengar akan jawapan dan pertanyaan orang tua itu Putera Wira Syahir meraca kecewa
Dan dengan pantas dia memecutkan kudanya hingga sampai ke kawasan sempadan negaranya. Tetapi ternyata adiknya Putera Wira Syakir telah jauh meninggalkan negerina dan
Pasti telah pulang ke selatan tanah air.

Dengan penuh peraaan kecewa dan kesal dia pulang kmbali ke istana kayangan tempat penginapan isterinya Puteri Ramblan Senja. Hatinya penuh rasa kesal dan malu pada dirinya sendiri, apatah lagi kalau hal keperibadiannya ini diketahui pula oleh Puteri Rambulan Senja, pembesar –pembesar istana atau rakyat jelata.

Sesampai sahaja dia di Istana orang amai yang meliatnya agak tercengang dan terkejut melihat Wajahnya yang begitu muram duja, sehingga Puteri Rambulan senja juga mersa hairan dengan sikap suaminya itu. Terasa anih dan skar difikikannya.

Puteri Rambulan Senja segera menerkam dan mndapatkan suaminya dengan tangis sedih dan sendunya dia cuba memeluk suaminya, ternyata kali ini sangkaannya meleset kerana Putera Wia Syahir sendiri mmbalas pelukkan dengan penuh keinafan.


BERSAMBUNG.

Tan Sri Yunus berkata...

MEMASUNG

Nafas menghunuskan nada Surga?
Di telapak kaki nadi jadi dermaga.
Tidak terkecuali sang keparat,
erat merapat mencuba untuk tak luruh,
Semoga pelangi tetap
memasung tegaknya keadilan

Tan Sri Yunus
sajak sinis

Ziarah Makrifat berkata...

BANGKU BULUH PANJANG

bangku buluh panjang
kadang ditinggal berdua
bangku berjalan keatas..
menyongsong hangat mentari pagi..
Buluh panjang saksi 2 generasi
Mungkin hari inibuluh panjang saksi
warna terbentang diatasnya..
Beban telah pergi untuk selamanya..
Generasi tua saatnya pulang..
buluh panjang menahan pedih
takkan ada beban lagi
diatasnya dikala pagi

Ziarah Makrifat
sajak simbolik

Ustaz Saad berkata...

ALAM

alam adalah mentari menghangatkan
hujan pembawa berkah
bulan bersinar lembut menenangkan
bintang penunjuk arah
air pemberi kehidupan
gunung sumber kedamaian
padang rumput hijau pemberi makanan
hutan sumber kekayaan
udara tanpa rasa angin menyejukkan
tanah tempatmu berpijak
Pada akhir nanti

Ustaz Saad
sajak alam semulajadi maaf tak berapa elok xda idea lagi

Anis Syahila berkata...

KETIDAKPASTIAN

Saat bulan tak tampak bersinar..
Saat goyah di tengah ketidakpastian
Sementara berkelana dengan waktu..
Sampai hari itu dimana
pagi membangunkan tidur
Dimana malam tak bersahabat
Saat itu kita kan disatukan kembali
Menjadi dari unsur dunia seutuhnya
kupercayaan dari semua ituâ

Anis Syahila
sajak dari atuk politik katanya

Bob Kuli berkata...

DUYONG KECIL

aku cuma sang duyong kecil
yang hidup penuh terpinggir
namun jangan kau lupa
kau juga duyong sepertiku
tak mungkin jadi jerung
kembalilah wahai duyong ke asalmu
kerna matamu sudah kabur
sudah bersalut intan
namun jika kau masih enggan
aku tetap doakan seribu bahagia

Bob Kuli
sajak buat kwn2

Siti Hajar berkata...

SENYUM BAGAIKAN

Senyum bagai air di pegunungan..
pelepas kerinduan seoang kekasih
Senyum boleh menyembuhkan
memberi kekuatan meruntuhkan dunia
Senyum mampu atasi dunia ini..
Senyum Bahawa kita tak sendiri..
semua menyayangi dapat diatasi..
Senyum indah tulus dari dalam jiwa
Senyum tidak di mulut tapi hati
Suatu kekuatan dalam kehidupan
Cahaya di tengah kegelapan malam..
senyum ubat dari segala ubat


Siti Hajar
sajak kecerian

Ustaz Omar Sharif berkata...

HATIKU KELAM

setiaku pada malam bukan berarti kuberikan hatiku pada kelam..
juga pada angin diberi atas nafasnya
tetaplah bersinar di atas sana..
agar kutahu dan kau tahu aku melihatmu dari bawah sini…

Ustaz Omar Sharif
sajak simbolik

Vijay Kumar berkata...

PERSEKITARAN DETIK

Hidup adalah persekian detik
Setelah semuanya kita fahami
resapi dalam relung terdalam dikalbu yang murni maka
bahawa kita terlahir
tiada punya apa-apa
kerana semua yang kita ada sekarang
hanya pinjam dari tuhan

Vijay Kumar
sajak pengajaran dari uthaya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Tan Sri Yunus kali ini dengan sajaknya bertajuk: MEMSUNG . Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan ungapan pada bait2nya bagaikan melompat dan hilang daya kreatif dan puitisnya, disebabkan untaian kata kurang munasabah, sukar untuk menangkap makud yang tersirat.. Tema sinis Apa pun sekadar andaian saja mungkin berbau politik juga, ada sinis buat mereka yang ada keegoannya , sebenarnya me2reka sedang memerangkap diri sendiri. Mesej baik olahannya mengelirukan pembaca Buat tan sri sekadar suka2 saja. Harap maaf terpaksa behenti disini dahulu. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ziarah Makrifat kali ini dengan sajaknya bertajuk: BANGKU BULUH PANJANG . Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan ungapan pada bait2nya bagaikan melompat dan hilang daya kreatif dan puitisnya, disebabkan untaian kata kurang munasabah, sukar untuk menangkap makud yang tersirat.. Tema simbolik Apa pun sekadar andaian saja mungkin mengenangkan kehidupan, warga desa yang kini telah melewati dua gendarasi., sebenarnya yang muda ramai yang berhijrah Cuma yang tua ini yang masih setia dengan bangku puluh panjang.. Mesej baik olahannya mengelirukan pembaca. Harap maaf terpaksa behenti disini dahulu. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Ustaz Saad bagaimana dengan orang bagan serai? Matang gerdu sekolah en nuri dulu. Kali ini sajak anda bertajuk. ALAM DIKURNIAKAN. Pengucapannya mudah menyentuh pada pemujaan pada keindahan alam fana ini yang Allah ciptakan untuk makhluk di dunia ini. Manusia perlulah berfikir jangan merosakkannya. Makan dan minumlah berjalanlah sepuasnya tetapi tetapi jangan membuat kerosakan. Layang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Anis Syahila memungut atau mengetengahkan sajak atuknya yang berbau politik bertajuk
KETIDAK KEPASTIAN. Penceritaan pada mulaannya menarik isu semasa , rengkasnya: pemikiran yang kurang pasti menjadikan pengikutnya goyah. dan kurang berkeyakinan diri, ini sekadar andaian saja. Apa pun Pengucapannya dihujung atau penutup agak longgar , mengelirukan bagi pembaca membuat kesimpulan atau menangkap maksud, begitu juga daya kreatif dan puitisnya hilang, disebabkan ungapan bait2 akhir kurang menyakinkan. Harap maaf terpaksa behenti disini dahulu. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Bob Kuli bagaimana dengan kerjaya? kini banyak mengetengahkan sajak2 kesedaran. nampaknya Kali ini bertajuk: DUYONG KECIL.Pengucapannya agak menarik juga , teasa ada semacam sinis simbolik kepada menasihati kawan yang mungkin lupa untuk kembali sedar dengan apa yang sedang diburu dan dicarinya sehingga melupakan asal usulnya. Tema nasihat dan doa Apa pun layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdri Siti Hajar tak jaga examke? Kali ini dengan sajaknya bertajuk: SENYUM BAGAIKAN?
Tajuk semacam ayat tergantung. Pengucapannya biasa sekadar mentafsirkan sebuah senyuman
pada pandangan kacamatanya sahaja. Penceritaanya cuma menyentuh tentang kebaikan amalan senyuman semata. Apa pun senyuman itu satu sedekah yang paling mudah diberikan pahala. Isi menarik tetapi daya kreatif dan puitisnya sebuah sajak diabaikan , hamper menjadi sebuah rencana senyum.. Harap maaf terpaksa behenti disini dahulu. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Ustaz Omar Sharif dengan saja bertemakan waspada. Kali ini dengan tajuk HATIKU KELAM. Pengucapannya biasa tapi simbolik ungapannya. Perinatan munkin pada ora. Apa pun sebagai orang islam kita tunduk dan patuh kepada umarak dan fukarak selagi mereka tidak melanggar syariat Allah swt. kerana rakyat di bawah menilai pemimpin di atas sana.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRA NURI PUSINGAN KE 2 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Vijay Kumar masih bersama Utaya Sangker tidak Nampak dekat tv 1 ?, kali ini dengan tajuknya DETIK PERSEKITARAN . Pengucapannya juga menarik . Cuma mengingat dan membicarakan tentang waktu dan masa yang kita lalui ini terutama di sekeliling kita adalah kehidupan yang member pengajaran yang penuh makna.Sebenar kita dilahirkan dari tuhan yang tidak punya apa-apa kemudian kpadaNya juga kita kembali.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Jalal Rafzee berkata...

24 peserta yang masih tinggal

seorang mendapat sebuah kereta Myvi sumbangan tuan haji...

3 orang akan mendapat motosikal sumbangan inspektor halim emel aku dia kata kt balai polis banyak motosikal sbb minggu lps mereka buat tangkapan 20 mat rempit byk yg x tuntut motor...

2 orang akan mendapat pakej perlancongan ke beijing sumbangan datuk hasbi..

2 orang akan mendapat laptop alienware sumbangan datuk borhan dan pedang kesatria...

final nanti aku pun x thu nak bagi tinggal berapa orang? hehe mungkin

1 ustaz rahman
2 penyair agung
3 syeikh al habib
4 Kareem Kramjit
5 Ustaz Omar sharif
6 ustaz saad
7 tok mahat
8 datin hajjah
10 tuan haji
11 jalal rafzee
12 pak bostamam
13 mr tan
14 Sulaiman Embong
15 ravi ramachandran
16 Pak Kassim
17 Lukiee
18 Raja Muda
19 puteri bunian
20 seri suri
21 Vijay Kumar
22 Bob Kuli
23 mr david
24 apek liew

Ustaz rahman berkata...

aik! dia balik smula ke?

Mak Mah berkata...

adik dia mati ke?

Jalal Rafzee berkata...

eh! adik dia ghaib mcm tu je?

Pak Kassim berkata...

bru skrg nk menyesal

Salam berkata...

padan muka abang dia dulu somboang sgt

Dam Catur berkata...

entah hidup ke adik dia

Dayang berkata...

adik dia ke mana?

Badrolshah berkata...

hilang tanpa khabar berita plak

Bos Kacak berkata...

adik dia mati kena baham binatang buas kot?

Warga Emas berkata...

adik dia mati ke hidup x jmpa ke mayat dia

Syeikh Al Habib berkata...

menyesal kemudian x berguna lagi syahir...