batu tanda persemadian aruah
Saban hari petang dan pagi
sileh berganti datang dan pergi
wajah-wajah aruah saja yang kuingat.
datang satu-satu dalam sepi dan dingin waktu.
Mula ayah kemudian ibu.
datuk nenek moyang minyut
bapa dan juga ibu saudara, abang adik,
sileh berganti datang dalam mimpi tidurku kini.
Apakah petanda mereka?
dalam kesusahan atau sebaliknya
biasanya yang datang muka selamba saja
tidak berkata sekadar memerhati dan pergi pula.
Aku yang masih bernafas.
sering berpeluh dalam tidur mimpi
bila tersedar sekadar membaca al fatehah
dan ayat tiga kulhu sebagai hadiah buat sedekah.
Memang lama aku terlupa,
buat kenduri doa tahlil untuk aruah
al maklum lewat kini ekonomi kian parah
anak masih belajar gaji pula sudah kurang setengah.
Oleh: Nurimanja.
Catatan bila terjaga diganggu mimpi ngeri
jam tiga pagi waktu kedamaian malam sunyi sepi.
Tanggal 11hb, Mei, 2011. semoga ditolak segala musibah.
50 ulasan:
ULASAN: Qalam Mutiara
Sajak en nuri bewrtajuk bila wajah aruah sahaja yang kuingat. sebaiknya banyak-banyaklah kita berastatagfar kepada Allah swt. kerana mungkin kita lama tidak berjumpa dengan aruah atau roh -roh yang lama telah pergi sesekali sedekahlah kulhu atau al fatihah sebaiknya buatlah kenduri sadikit dan baca doa tahalil sedekah pahalanya kepada aruah –aruah yang telah pergi. Amin.
Saiful saksi bercakap benar
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my
2011/05/17 (2)
“Daripada penjelasan itu yang dibuat tanpa tokok tambah dan mengada-adakan cerita, saya mendapati beliau adalah seorang saksi yang bercakap benar, keterangannya utuh dan boleh diterima,” katanya.
Mohamad Zabidin berkata, tindakan Mohd Saiful tidak melarikan diri ketika diliwat atau meminta tolong daripada pemilik kondominium atau pengawal keselamatan adalah difahami kerana beliau masih muda dan bukan bekas pekerja biasa tertuduh, malah mengagumi ketokohan Anwar serta diberikan layanan istimewa.
“Alasan mengapa beliau tidak meminta tolong pemilik atau individu lain di unit kondominium bersebelahan itu adalah kerana mereka rakan Anwar dan berdasarkan keadaan itu, ia tidak menjadikan keterangannya tidak boleh dipercayai,” katanya.
Hakim juga berkata, Mohd Saiful dalam keterangannya berkata dia mengadu kejadian itu kepada beberapa individu, termasuk bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor; bapa saudaranya, Tuah Mohd Alip dan kenalan keluarga, Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar tetapi ada antara mereka yang ragu-ragu serta tidak menggalakkannya melaporkan kejadian itu kepada polis.
Mohamad Zabidin berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Anwar dan Mohd Saiful berada di lokasi itu pada masa kejadian dikatakan berlaku.
Katanya, keterangan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan yang menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful juga menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa ada kemasukan zakar ke dalam duburnya.
Menyentuh keterangan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, Mohamad Zabidin berkata keterangan mereka perlu dilihat secara menyeluruh tanpa memperincikan bagaimana kaedah pemprofilan dijalankan dan peralatan digunakan.
“Profil DNA diperoleh Dr Lay Hong daripada seorang penyumbang dikenali ‘Lelaki Y’ adalah berpadanan dengan profil DNA daripada berus gigi, tuala putih dan botol air mineral yang diambil dari lokap tertuduh.
“Berdasarkan semua alasan itu, saya memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka dan tertuduh diperintahkan membela diri,” katanya di akhir penghakimannya.
Mohamad Zabidin kemudian mengadakan perbincangan dengan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam bela, Karpal Singh dalam kamarnya serta menetapkan 6 hingga 30 Jun depan untuk perbicaraan bagi tertuduh membela diri
FAKTA:
* Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
* Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
KOMENTAR:
BERAPA upah orang tiap orang untuk menyokong dirinya yang kena bela diri? Bapa dia orang yang ke tiga kaya di Malaysia. Lagi pun bukan baru balik dari Londan banyak banyak duit.Siapa pun boleh baca . Syarikat jam Omega pun guna lambang untuk PKR tentu ada duit . Ini semuanya gara-gara rantaiuan pembangkang . Kalau negara tergadai Melayu jadi boneka saja. Sejarah lama banyak mengajar kita. Sehingga harga telur ayam kampung pun mereka menentukan harga.
LELAH
ada saatnya aku merasa lemah
seperti si tua tanpa tongkat
ada saatnya ku kehilangan harapan
meski hati terus menyemangati
ada kalanya aku ingin menyerah
walau hati tak pernah memberi
ada kalanya aku pasrah
merasa diri terlalu lelah
walau wajah ku hiasi senyum secerah mentari
adakalanya aku teramat rapuh
Zuraifah
sajak sedih
TEGAR
Pagi ini ku becermin
Menatap gelapnya sedihnya
Dalam balutan beban
Senyum yang terlontar
seakan menutup pedihnya hati
ketegaran yang di kenakan
menutupi rapuhnya jiwa
Bertahan dalam badai
seharusnya menggeleparkannya
Hanya keyakinan pada kasihnya
membuat kematiannya dia hardik
Laila Mellisa
sajak jiwa2
MEREJAM
mengintai sebalik jemari
melihat adanya hati
Lama menyepi ke sini,
aku mahu mengerti apa tersurat
tak samakah erti bagi tersurat?
beban ini terlalu berat
meluahkan takut tersekat
kenampakan cetek hakikat
menoreh hati mereka bunga hati kita
adilkah? mampukah? aku bukan kejam
sampai sanggup merejam
namun tak mahu memendam
membiarkan hati karam
sambut seruanku hati
jangan sampai rasa ini mati
Puteri Bunian
sajak simbolik
SENYUM PUAS
jangan tanye kenape bila
sume kau yang minta minta
sekarang aku boleh senyum puas
takkan ada lagi sindiran sarkastik
aku bukan pesimis lagi
semuanya aku dah lepaskan
biar ayat aku yang ganti pedang
melelah setiap inci jantunghati kau
biar kau mati bersama mimpi !
Hajjah Jamilah
sajak simbolik
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Sajak Zuraifah dengan tajuknya LELAH . Pengucapannya nampak sekali akan kebenaran sifat kewanitaanya. Ada pepatah melayu berkata Hati wanita ini sekeras kerak nasi bila diletak air dia akan lembut juga. Nampaknya begitulah apa yang hendak diceritakan oleh si penulis. wanita bila dipuju dan dirayu akan menyerah, walaupun letih melayan kerenah. Lebih lagi wanita yang seksi selalu saja menjadi mangsa si lelaki.Sajak sedih atau simpati buat kaum sejenisnya. Layak untuksayembara seterusnya (SM)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
.TEGAR sajak oleh Laila Mellisa Nampak ada kemampuan sadikit kini. Walaupun bertemakan jiwa-jiwa. Pengucapannya menceritakan betapa sensaranya menghadapi badai keadaan semasa dalam kehidupan ini, perlu ada kekuatan atau tegar hati. Apa pun saying pada penutup ceritanya agak lunggar, sukar mencari pengajaran setelah selesai membaca sajak ini. Perlu usaha lagi. Dan kerana ada persaingan yang lebih hebat .Harap maaf sajak anda cuma di sini terpaksa berhenti (TK)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Puteri Bunian dengan sajak yang berselerak nampaknya bertajuk MEREJAM sebaiknya sajak ini cerita rengkas dan padat intro yang menarik , isi yang padat, penutup yang beri pengajaran.. Isi ada tetapi masih tidak dapat dijangkau.Simbolik juga tidak dinyatakan pada bentuk apa, alam atau haiwan atau lain2. contoh jika sesumpah. simbolik pada haiwan yang pandai bertukar warna pada keadaan tertentu untuk melepaskan dirinya. Okey! Maaf usaha lagi Cuma di sini pohon berhenti (TK)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Hajjah Jamilah dengan sajaknya bertahuk SEYUM PUAS Barangakali ada kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna oleh orang yang tertentu, kini tiba masanya melepaskan senyuman puas.Dan tidak ada siapa yang boleh sendir dan mengatakannya ketidak ada kebaikan. Malah keyakinan hati pun berkata , semua tugas telah dilaksanakan dengan sempurna. Namun jika ada juga yang berkata atau mahu membuat keritikan. Hanya kata-kata bedas atau ayat tajam sepertti pedang yang patut dilepaskan agar dia terasa kepedihan untuk tidak memperserda lagi, bagi mematikan keritikannya. Layak kesayembara seterusnya (SM)
mimpi arwah plak? seram sy dgr
mimpi arwah kalau rupa elok ok kalau rupa menakutkan habis la
aku dulu msa kwn aku meninggal masa merempit slalu aku mimpi dia tp skrg jarang
sy selalu jgk mimpi kwn2 sy meninggal sewaktu bertugas smpai skrg kdg2 takut jgk
seram la cerita psl org mati ni
mimpi org mati bermaksud apa?
dalam tafsir mimpi kalau x salah mimpi org mati bgus
mimpi org mati kalau dorg senyum bagus kalau masam x bagus la
mimpi ni mainan tido tp kdg ada maksud
sy kalau mimpi org mati msti buat tahlil kat arwah
rasanya mngkin en nuri x lawat pusara mereka agaknya
kalau mimpi arwah baik pergi lawat pusara mereka
aku xpnh plak mimpi org mati lagi
sy plak kerap mimpi isteri dulu plak? hmm....
sy selalu mimpi arwah mak sbb tu sy buat sajak utk ibu dulu skrg sy ada mak jgk tp mak tiri la
mimpi org mati aku xpnh mimpi aku sendiri yg mati pnh la takut sbb tu aku trus xnk keja jahat2 dah
mimpi org mati sy selalu jgk mimpi kdg2 seram jgk
sy selalu mimpi wali2 lagipun mmg sy ada jgk sahabat di alam lain ni
mimpi org mati sama jugak dgn saya hari mimpi org mati
kalau mimpi org mati ni baik buat tahlil utk mereka
sy xpnh mimpi arwah sy mimpi sy sndiri jadi arwah pnh la
mimpi arwah ni maksud apa ek?
sy selalu mimpi hantu ada la..
sy semenjak keja ni boleh dikatakan setiap hari mimpi arwah sampai skrg
mimpi arwah mngkin en nuri lama x lawat kubur mereka agaknya
selalunya kalau mimpi arwah ni mngkin en nuri jarang lawat mereka
saya kalau mimpi arwah mmg sy buat solat hadiah buat mereka yg sy mimpi tu
mimpi arwah kalau x salah maksud yg baik
sy selalu mimpi dtg malaysia tp sampai skrg x berkesempatan lagi
mimpi arwah ni bagus kalau x salah
dalam ramalan mimpi kata apa kalau mimpi arwah ni?
mimpi arwah ni hidup akan diberkati kalau x salah la
sy pun kerap jgk mimpi arwah ni
saya selalu mimpi pusara arwah saudara mara
arwah ni apa en nuri?
mimpi arwah? Arwah ni nama orang ke?
arwah ni kalau orang cina dorang panggil mendiang
arwah ni sapa saudara en nuri ke? tinggal kat mana?
seram plak dgr mimpi arwah ni
saya selalu jugak mimpi arwah isteri sy yg pertama bila tiba ulang tahun perkahwinan kami kdg2 sedih jugak
Catat Ulasan