sajak sms suara pulau
Dalam hidup ini ada banyak watak
jika anda memilih watak jahat
samalah memilih gelarannya.
Jika memilih watak menjadi dalang
tidak ada orang mengelarnya watak baik.
Jika anda terlalu sangat suka persenda
mempermainkan orang dan rakan
tidak hairanlah hari ini juga
ada musuh yang ingin mencabar
tentang kewibawaan diri anda.
Jika anda sering memutar belitkan fakta
jika cerita sadikit dikaitkan berjela
tidak hairan sejarah akan merakamkan
dimana kelemahan lakonan anda
pasti akan terserlah kepada khayalak.
Berhati-hatilah memelih watak
dalam lakonan hidup yang sadikit ini
kita sebagai pelakon tanpa skrip
jika watak telah pun tercalar
terlalu sukar untuk memadamnya.
Oleh:Suara Pulau
sajak sinis catatan dari akhbar UM.
Isnin jam pagi di perkarangan mahkamah.
kekalahan dijangka tanggal 12hb Mei, dua kosong sebelas
50 ulasan:
ULASAN:
Sajak en nuri bertajuk MEMILIH WATAK tak per diulas semua orang dapat faham. kecuali bagi mereka yang sengaja tak mahu faham dan ingin membuat kacau sekadar mencari publisiti murahan semacam cuba pula menghina mahkamah. Bila keputusan dipertikaikan sehingga selama tiga tahun dimana lagi
perlu diputar belit. Sebelum malaikat maut datang menjemput. Bertaubat dan bersumpah laknat bukti bukan sebagai fitnah. Cukup memalukan bawa penyokong untuk menegak kemungkaran..
OLEH: MENTARI SENJA
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke Sepuluh.
SETELAH ketujuh kepala naga itu tidak bergerak lagi. Putera Wira Syhair segera menuju ke ancah-ancah yang terdapat tuan puteri Rambulan Senja. Dengan tidak membuang masa dia segera melompat sempantas kilat menurunkan tuan puteri yang terikat di kerusi di atas ancah-ancah itu.
Orang ramai yang melihatnya bertempek sorak dengan girangnya melihat keadaan itu. Berbagai andain telah kedengaran. Mereka memuji dan menceritakan sesame sendiri tentang kehebatan Putera Wira Syahir itu. Ada yang mengatakan dia pantas melompat seperti kilat dengan pantas mencantas dan memancung ketujuh kepala naga sang rajunatapa itu.
Akhirnya berita ini telah dipersembahkan kepada bendahara dan dikahbarkanlah kepada raja Gundang Gulana ayahnda kepada Tuan Puteri Rambulan Senja. Makan dengan sukacitanya ingin mengistiharkan akan janji-janjinya kepada sesiapa yang telah menyelamatkan tuan puterinya itu.
Dalam keadaan yang kurang jelas dan nyata itu dating pula tyuan orang putera di raja dari Negara Entah berantah member pengakuan bahawa mereka berdua yang telah membunuh Sang Naga rajunatapa itu.
Bukannya seperti yang dicanangkan oleh penduduk nelayang kampong miskin dan penduduk tukang besi Guni Sekarung.
Perbalahan pun berlaku dan pertikaian pun bermula Bedahara dan penasihat kepada memanda menteri yang telah tua dan uzur terpaksa membuat penyiasatan membuktikan kesyahihan siapa yang sebenarnya membunuh dan memancung kepala Sang naga Rajunatapa kepala tujuh itu.
Dua orang putera raja itu amat khuatir jika tuan puteri Rambulan Senja itu berkhawinan dengan gulungan yang bukan berdarah raja dengan rasa cemburu mereka sesama mereka cuba raja itu dengan memberanikan diri mengaku mereka yang membunuhnya.
Dengan Pantas mereka naik ke atas ancah-ancah sambil memperkenalkan diri mengatakan kepada kyalayak ramai. beta yang bernama Putera Naga Samundera dan saudara beta ini yanmg bernama Putera Sastria Juragan mengistiharkan kamilah yang membunuh Sang Naga Rajunatapa berkepala tujuh itu.
BERSAMBUNG.
GADIS ITU MEMILIKI 5 SENYUMAN
senyuman pertama
mengurai ikhlas buat hati terpesona
tak ada jengah seluruh cakrawala
senyuman kedua
ruang dada menyentakkan ghairah
menjalar jarimu terkibaskan hawa
serupa kesturi melemahkan sendi
lalu cinta kau tenggarai
ada terpaku didalam rusuk
senyuman ketiga
tak lebih segaris datar bibirmu
simpati dustamu pada rona suasana
tak hinggap di laluan rasa
senyuman keempat
melengkapi bahasa memainkan cerita peliknya mata menatap silau
rumitnya telinga yaring beranda
senyuman kelima
panduan jalangnya paras,
menggandakan warna rupa tepian hari
berseri susun lirik makna sendiri
Tengku Hasbullah
sajak simbolik (P.blog)
MASIH BANYAK PERLU DI TAFSIRKAN
sebuah penanda waktu.
dia kini tidak lagi merindukan
karena padanya kutahu
sebuah gerak pertautan keperibadian
lebih memberikan makna
sesuatu jelas dan pasti segalanya.
hidup bermakna ketika
masih banyak kemungkinan
selalu terbuka untuk ditafsirkan.
Tuan Haji
sajak simbolik (ahli baru)
TANPA PREJUDIS DAN WASANGKA
hari ini
kita lupakan sengketa dan duka
semalam biar berlalu
abai tangis dan sedu itu
esok genggam erat tanganku
mula langkah satu
cahaya pasti menunggu
selamanya kita tetap bersama
melayari suka duka baru disemai
tanpa prejudis dan wasangka
Kelana Nusantara
Sajak simbolik (ahli baru)
MINYAK NAIK
bila minyak naik
semua sekali naik
harga barang naik
suhu darah naik
tangan cepat naik
penyepak turut naik
naik minyak
tokey pam naik seri
tokey market naik tocang
tokey gula naik iri
tokey dapur naik geram
si kuli naik pitam
subuh-subuh naik LRT
kereta di garaj naik karat
si boss naik angin
pagi-pagi naik minyak
semua mintak naik gaji
aku naik urat di dahi naik marah!
Tommy Lee
sajak isu semasa (p. blog)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Tengku Hasbullah dengan sajak GADIS ITU MEMELIKI 5 SENYUMAN penceritaan yang agak berbelit panjang ceritanya. Maksud atau mesejnya sudah ada tetapi cara penyusunan ayat dan merengkaskan sadikit cerita agar lebih puitis dan bersahaja. Lihat sajak-sajak yang terpilih. Apakah yang dimaksudkan dengan simbolik kepada apa bayangan dan perbadingannya? sebagai panduan anda seterusnya. Okey! usaha lagi lain kali. harap maaf sekadar disini sahaja pohon berhenti (TK)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Tuan Haji ahli baru dengan sajaknya bertajuk MASIH BANYAK PERLU DITAFSIRKAN, Pengucapannya ingin menceritakan kehidupan seorang itu agak terhad ditentukan tuhan. dalam dunia sementara ini kita perlu mengunakan sebaik mungkin akan kenekmatan dan mentafsirkan seketika segala kewujudan . Buatlah yang terbaik sementara nadi masih berdenyut dan hidung masih menafas ini . Cuma andaian apa pun berbagai andain boleh ditafsirkan. Layak untuk sajak sayembara seterusnya (SM)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Sajak ahli baru sdra Kelana Nusantara dengan sajaknya yang bertajuk TANPA PREJUDIS DAN WASANGKA. Pengucapannya puitis dan bersahaja. berbagai andain boleh kita tafsirkan. Pada kisah cinta, politik dan sebagainya.Apa pun penceritaanya bagai lagu P. Ramlee buang yang keruh ambil yang jernih, sepatutnya kita bekerjasama buang segala prejudis danwasangka atau pun buruksangka demi menekmati kehidupan yang sedikit dalam dunia sementara dan yang penuh pancaroba. Layak menyertai sayembara seterusnya (SM)
PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Sajak Tommy Lee Pb dengan sajak komedi dan sinisnya dalam isu semasa yang bertajuk MINYAK NAIK. Penceritaanya mudah dan sesiapa pun boleh faham dan mengerti. Walaupun pun syabas juga ada gaya dan kemampuan untuk menulis cuma sajak komedi isu penceritaaan biasa dini hari, Kerana ada dua sajak yang lebih mencabar hebat pengucapannya dan telah memberi persaingannya yang hebat . sajak anda terpaksalah dikeluarkan. Harap maaf usaha lagi Tommy lain kali. (TK)
sambung lagi best jgk cerita ni
macam tgk cerita harry potter plak cerpen en nuri ni
cerita ni sama panjang dgn langsuir ke?
wah! makin lama makin rancak la
boleh buat novel cerpen en nuri ni
cerpen ni kalau buat versi komik byk bdk2 beli ni
cerita ni en nuri ambik kt mana?
cerita benar ke ni?
buat filem pecah panggung cerpen en nuri ni
sampai berapa siri lagi ni?
cerita mcm ni sampai berapa siri pun boleh sbb best
ancah2 tu apa en nuri?
mcm hikayat merong mahawangsa pun ada ancah2
pelik la nama raja tu? hahahaha
ada jgk nama raja gundang gulana? hahahaha
nk tergelak nama raja tu? hahahaa
pelik btol nama raja tu? hahaha
raja tu kenapa nama dia gundah gulana? hahahhahaa
semua nama dah unik cantik yang raja tu plak nama lawak? hahahha
huh! nama aku pun ada siap jadi watak antogonis plak? hahahaha terima kasih en nuri!!!!
ingatkan nama naga jadi watak naga rupanya jd watak jahat plak? ok la tu dpt jgk masuk dalam cerpen en nuri... hehe
kenapalah nama aku jadi puteri plak? alahai...
ni yang dikatakan pak sibuk pandai2 mengaku dia yg buat
2 orang mangkuk tu dtg dari mana plak?
pak sibuk la 2 orang malaun tu pandai2 je mangaku!
mmg muka xde malu la boleh plak mengaku?
kenapa x guna nama sy je en nuri jadi putera
2 org putera tu datang dari mana plak?
sebelum ni xde pun tiba2 muncul plak?
mmg xde malu langsung la putera tu boleh mengaku plak?
mg muka x malu la naga dgn satria tu
dulu xde pun dah mati naga tu dtg dari mana plak putera tu?
kurang asam pnya putera tu x malu mengaku plak?
nampaknya putera syahir xdpt la nak kwin
mcm mana dia nak kwin ada plak 2 org pak sibuk?
harap2 ada org kmpung tolong putera syahir ni
sian putera syahir
rasanya syahir xpdt kwin jgk la kot?
ada plak mangkuk 2 org tu buat kacao x kwin la syahir ni
mmg kacau daun la 2 putera tu
Catat Ulasan