Memaparkan catatan dengan label buat yang terjebak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat yang terjebak. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

BERHATI-HATI MEMILIH WATAK



sajak sms suara pulau

Dalam hidup ini ada banyak watak
jika anda memilih watak jahat
samalah  memilih gelarannya.
Jika memilih watak menjadi dalang
tidak ada orang mengelarnya watak baik.

Jika anda terlalu sangat suka persenda
mempermainkan orang dan rakan
tidak hairanlah  hari ini juga
ada musuh yang ingin  mencabar
tentang kewibawaan diri anda.

Jika anda sering memutar belitkan fakta
jika cerita sadikit dikaitkan  berjela
tidak hairan sejarah akan merakamkan
dimana  kelemahan  lakonan anda
pasti akan terserlah kepada khayalak.

Berhati-hatilah memelih watak
dalam lakonan hidup  yang sadikit  ini
kita sebagai pelakon tanpa skrip
jika watak telah pun  tercalar
terlalu sukar untuk memadamnya.


Oleh:Suara Pulau
sajak  sinis catatan dari akhbar  UM.
Isnin  jam pagi di perkarangan mahkamah.
kekalahan dijangka  tanggal 12hb Mei, dua kosong sebelas