bila terdengar sebuah lagu lama ebit
Adakah tuhan mulai bosan
melihat tingkah laku kita
yang sering saja melakukan
segala noda dan dosa-dosa
Atau tuhan sengaja membiarkan
semoga kita lebih bersedia
menghadapi akan rasa azab
dan seksa pedeh api neraka.
Cuba kau tanyakan pada angin
atau pun tanyalah pada ombak
apakah kita masih belum mengerti
tentang apa yang kita lakukan kini
jika angin enggan men jawabannya
atau pun ombak juga cuba membisu,
Tanyalah pada pepohon nan bergoyang
di situ mesti ada jawapannya..
Adakah tuhan mulai bosan
melihat tingkah laku kita
yang sering saja melakukan
segala noda dan dosa-dosa
Atau tuhan sengaja membiarkan
semoga kita lebih bersedia
menghadapi akan rasa azab
dan seksa pedeh api neraka.
Cuba kau tanyakan pada angin
atau pun tanyalah pada ombak
apakah kita masih belum mengerti
tentang apa yang kita lakukan kini
jika angin enggan men jawabannya
atau pun ombak juga cuba membisu,
Tanyalah pada pepohon nan bergoyang
di situ mesti ada jawapannya..
Oleh: Nurimanja
Catatn bersama lagu penuh errti,
kalau tak salah nyanyian ebit penyanyi Indonesia
dua hari yang lalu 23hb.Mei, 2011
50 ulasan:
ULASAN:
Sajak en nuri kali ini dia ambil petekan lagu dari penyanyi Indonesia jiran seberang tanah air. Apa pun saya engan mengulasnya terpulang kepada ahli sahabat Citra rasa dan penjaga blog Cr. Cuba menilai dan mengulasnya. Terima kasih
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke enambelas.
APABILA sudah menjadi pasangan suami isteri duduklah Putera Wira Syahir dengan berkasih sayang bersama Tuan Puteri Rambulan Senja. Baginda Ayahndanya telah menyerahkan sebuah intana Singahsana kayangan di atas bukit di kaki gunung Mentera Alam.
Kerana Tuan Puteri terlalu kasih dan sayang nenekndanya dia membawa neneknda tinggal bersamanya.
Disinilah rahsia Putera Wira Syahir terbongkar, apabila nenekndanya bertanya kepada Putera Wira Syahir akan keturunannya dan benarlah bahawa Putera Damien dan beristerikan puteri Orang Dusun yang bernama Serikandi Juwita Sakti.
Kata nenekanda Mayang Mengurai, Kononya ada dua orang puteri dua beradik dari Negara jiran. Si kakakn bernama Tuan Puteri Alam Maya dan adiknya bernam Puteri Alam Bunian . Disebabkan tidak mahu dijodohkan dan tidak mahu mengecewakan kedua puteri itu makan Putera Damein Sari merantau membawa diri. Kemudian dikhabarkan telah meninggal dunia.
Apa lagi berlenanglah air mata nekndanya bila mengenang anakndanya itu telah lama meninggal dunia. Patutlah watak dan gayanya tidak tumpah seperti tingkah laku ayahnya juga Putera Damein Sari sewaktu muda belia dahulu. Tangkas dan pantas bermain pedang Ternyata Tuan Puteri Rambulan Senja bersuamikan keturunan di raja juga.
Dalam keadaan dia baru saja berkhawin dan bergembira di samping tuan puteri dan sebuah istana yang dikurniakan oleh ayahnda baginda kepada mereka, tetapi hati Putera Wira Syahir masih terganggu ingatannya sering saja terbayang wajah adiknya Putera Syakir yang pergi mengembara di sebelah selatan tanah air.
Pada satu malam sedang Putera Wira Syahir beristirehat bersama Tuan Puteri Rambulan Senja. dihujung beranda istana luar kayangan yang diberi nama. Dia pun berkata kepada isterinya.
“Dinda! Sudah hamper sepurnama kekanda melihat ada api di puncak gunung Mentera Alam. Pastinya ada penghuni di atas sana?”
“Dinda tidak tahu hal itu, setahu dinda tidak ada siapa penghuni di bawah kaki gunung ini yang berani pergi menadaki di puncak gunung Mentera Alam itu kekanda, Amat membahaya.Lagi pun orang ramai telah diberi amaran oleh penunggu satki di puncak gunung itu .
Sesiapa yang samapi ke puncak gunung Mentera Alam tidak ada harapan untuk pulang kembali.”
jawab Puteri Rambulan Senja.
BERSAMBUNG
BULAN SABIT
Lengkung di langit malam
Inspirasi beribu tahun
Menjadi dewa bermasa-masa
Lengkung selepas melangkaui buana
Penanda rindu sang pungguk merana
Mengisi malam penuh dahaga
Lengkungnya memudar tatkala bayang senyummu mengisi
angan di malam sepiku.
Yasmin Davidson
sajak sy bersama abang sy ismail davidson
HAMPARAN LAGIT BIRU
Hamparan biru langit
menebarkan berjuta warna
menggoda kesunyian kesekian kalinya
Aku bosan Dengan kilau mentari
Yang membakar hijau rumput
Seperti cerahnya penatianku
Akan sesuatu tak pasti
Entah mengapa Lukisan pelangi
Tak terlihat indah seperti dulu
Letihku dalam sesak suasanaku
Juga bungkahan hati yang membeku
Sayapku lelah mengepak
Sementara bintangmu semakin memacu
Siti Hajar
sajak simbolik
KU KIRA
Ku kira cinta Ternyata sampah
Ku kira kasih Ternyata duri
Ku kira simpati untuk diri sendiri
Aku salah menilai
Atau terlalu dangkal ?
Aku gagal menilai dan memilih
Ku kira rasa Ternyata dosa
Ku kira penuh rayu dan puji
Ternyata hati penuh caci dan benci
Nurin Imani
sajak kekecewaan
DUKA NESTAPA
Malam tak menghantarkan kesunyian
ku terlelap diam dalam lubuk hati
Nada kepedihan kian merasuk
Menari bersama aliran darah
tulang rusuk terpaku
dalam kebimbangan duka nestapa
Tak dapat lagi ku terbang
menari indah di angkasa
Karena sayap ku kian patah
Tak ada lagi nyanyian rindu
Karena suaraku terhimpit rasa ragu
Mawar Harum
sajak jiwa2
SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG
BULAN SABIT oleh Yasmin Davidson Penceritaannya juga sukar untuk dimengertikan, tema juga tidak diterangkan. Maaf Qalam bukan ahli falaq yang dapat menangkap semua pengucapan yang anda tulis secara anda sendiri saja yang mengatahui. Kami berharap tolong baca sajak mereka yang terpilih. Contoh sajak mudah Ai kutubudin. Jika isi dan maksudnya kurang menyakinkan. Harap maaf terpaksa dikeluarkan. (TK)
SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG
HAMPARAN LANGIT BIRU oleh Siti Hajar Pengucapannya bersandarkan pada kejadian alam ini dinamakan simbolik atau pun benda dan kehidupan dengan kata lain perbandingan. Kekadang ada sajak dirulis simbolik, tapi ada perbandingan apa langsung. Ini mungkin sajak sinis agaknya, apa pun kurang di galakkan. Berkaitan dengan sajak ini ada perbandingannya. Kehidupan kita semacam alam maya juga, gemar pada keindeahan malam, sejuk dan menenangkan, siang kurang menenangkan panas mentariyang membakar. Tetapi penutupnya kurang menyakinkan , ada sadikit kelongaran. Elakan daripada cara memberi kesimpuan yang kurang menyakinkan. Diberi peluang untuk seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG
Sajak kecewa dari Nurin Imani bertajuk KU KIRA, Pengucapannya terasa terlalu biasa buat sesaorang untuk membuat penilaiannya tersendiri pada apa yang telah dirasainya. Mungkin orang lain tidak bersetuju, kerana mereka telah dapat menekmati dengan sempurna kisah cinta mereka, tidak sebagaimana yang saudara kirakan. Mungkin perhitungan pada diri sendiri jika tersalah nilai dan menghitungnya. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (SM)
SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG
Sajak Mawar Harum bertajuk DUKA NESTAPA betemakan jiwa-jiwa kisah orang muda punya biasa. Walaupun pengucapannya bersimbolikan kewujudan alam dan suasana malam yang indah sangat diharapkan. Tetapi keadaan telah menjadi sebaliknya. Begitu juga kehidupan kita,selalunya ada kekecewaan dan leteh dalam penantian , malah kecewa dalam harapan. Kerana Penceritaannya dapat kami menangkap maksud dan isinya. walaupun pimilihan hanya dua orang sahaja sajak Mawar Harum yang agak longgar dan kurang bertenaga dalam ucapannya bernasib baik terpilih seterusnya (SM)
patutlah mcm pnh dgr je sajak en nuri ni
eh! sajak en nuri dipetik dari lagu rupanya
lagu ebiet patutlah mcm pnh dgr
en nuri ambik ni nnt ebiet marah plak plagiat sajak dia
lps ni boleh la buat sajak dari lagu
lps ni sy nk buat jgk la sajak2 dari lagu
eh! salah ni en nuri plagiat lagu ebiet
indonesia kalau tahu msti dia serang blog en nuri sbb indonesia pantang org ambik karya dorg
ptutlah mcm pnh dgr je sajak en nuri ni..
syahir ni keturuanan raja rupanya
kenapa dia x duduk istana je syahir ni?
bapak syahir kwin dgn org biasa...
eh! sajak kali ni mcm pnh dgr jer
ebiet x marah ke en nuri ambik lagu dia?
puteri alam maya pun ada? sangkut jgk nama sy kat sini
pening la salasilah syahir ni
agak pening jgk byk salasilah putera damien ni
kwin jgk syahir akhirnya
syahir dah kwin adik dia apa cerita?
puteri bunian pun ada? hehe thnkz en nuri
mcm pnh dgr je sajak kali ni? hehe
apa jadi kat adik dia???
pelik la syakir hilang ke man?
ada apa la kat gunung tu?
pelik jgk puncak gunung ada org ke?
mcm pnh dgr je sajak ni.. hehe
en nuri ambik lagu org boleh ke?
cari penyakit nk pegi puncak gunung?
eh! sajak kali ni mcm pnh baca jer lagu ebiet ke?..
eh! mana adik dia suspen jgk
eh! puncak gunung ada apa plak atas tu? nenek kebayan ke?
entah2 puncak gunung tu adik dia tinggal kot?
ada api? rumah api kot?
ada perkampungan org asli kot atas tu?
ada lagi ke cerpen ni? ingatkan dah hbis ape2pun sambung lgi best2
syakir tu kwin dgn org bunian
kenapa dia nak thu jgk atas puncak tu ada apa?
cahaya tu lampu kot? hehe
ada api entah2 alien kot yg duduk?
ada naga sekor lagi kot atas gunung?
Catat Ulasan