Selasa, 11 Mei 2010

MANUSIA DENGAN NAFSU SEXNYA


Dalam tubuh seorang manusia
ada akal dan nafsu sex tabie
ingin kepada kaum sejeninya
jika bersua berlainan jentina.

Manusia diarah mengawal diri
si wanita sepatut tutup aurat
agar nafsu tidak terangsang
mencabar rasa kelelakiannya.

Allah mengatur perentahNya
agar nafsu mengikut saluran
bukan bebas bagaikan haiwan
dimana saja asal mendapatnya.

Si Lelaki dan si perempuan ini
dijadikan berpasang dan berpuak
berkenalan cinta berkasih sayang
dan berkhawin melahirkan zuriat.

Oleh; Nurimanja,
Catatan Malam Hari.
jam 12,00.awal Muharam 1431

52 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMBUNGAN SIRI 5 CERPEN BERTAJUK MARAH SEORANG NYONY
____________________________________________________________________


“Budak-budak, Nyonya jangan kasi layan, nanti mereka lagi suka kacau Nyonya,”Kata Pakcik Bam; Dia tahu kalau tidak anak cucunya, mungkin anak cucu Pak Ndak Ludin yang suka mengusik Nyonya.

“Nyonya datang dari mana?” Tanya Pakcik Bam untuk menenangkan keadaan Nyonya.

“Gua datang dari kampung hulu, lumah Aji Lesad, dia cakap mahu beli pucuk nipah gua. Bila gua cakap tiga kupang satu batang, dia tata mau, dia cakap banyak ata mahal…,” Terang Nyonya sedih bunyinya.

“Tiga kupang satu batang, upah tebang sekupang, tinggal dua kupang,upah siat sekupang, tinggal dia sekupang. Mana dia mahu, sekarang orang jual dua batang tiga kupang saja, satu batang dia punya modal , satu batang adalah sikit untung.” kata Pakcik Bam.

“Tapi Cik, itu pucuk manyak musat, selupa matang pinang woii, satu matang boleh dapat satu kilo tujuh kupang lebih, mesti ada untung punya,”

“Eeeh!, Pucuk lu di mana?” Tanya Pakcik Bam lagi.
“Lu mahu kee Cik? Gua kasi mullah sikit sama lu,”
“Berapa Nyonya?”
“Dua kupang lima luit,”
“Tak mahulah, saya banyak lain kerja mahu buat, kasi sama orang lainlah,”jawab Pakcik Bam.
“Cik ! Wa tanya lu, itu Sarif, dia ata beli lokok daun lagi ke?” Tanya Nyonya.Sambil berjalan menuju ke sampan lopeknya. Dia menolak haluan sampan yang tersadai sekerat di gigi air itu.

“Nyonya pergi tanya sendirilah,” jawab Pakcik Bam, sambil memusing-musing cerut di bibirnya, kemudian menjentek-jentekkan dengan hujung jarinya bagi mengugurkan habuk yang berada di hujung curut itu.

Nyonya naik semula ke dalam sampan lopeknya, lalu mencapai dayung. Pakcik Bam berdiri di tebing , dia Cuma memerhati sampan lopek Nyonya dihanyutkan air pasang petang surut pukul lima pagi itu.

.Nyonya mencebak semula air sungai dengan daun dayungnya, kemudian merengkuh kedua dayung itu, sampan lopeknya terdorong ke hadapan menongkah air. “Pulang Cik!” kata Nyonya.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

SAMBUNGAN SIRI 5 CERPEN BERTAJUK MARAH SEORANG NYONY
____________________________________________________________________


“Budak-budak, Nyonya jangan kasi layan, nanti mereka lagi suka kacau Nyonya,”
Kata Pakcik Bam; Dia tahu kalau tidak anak cucunya, mungkin anak cucu Pak Ndak Ludin yang suka mengusik Nyonya.

“Nyonya datang dari mana?” Tanya Pakcik bam untuk menenangkan keadaan.

“Gua datang dari kampung hulu, lumah Aji Lesad, dia cakap mahu beli pucuk nipah gua. Bila gua cakap tiga kupang satu batang, dia tata mau, dia cakap banyak mahal…,” Terang Nyonya sedih bunyinya.

“Tiga kupang satu batang, upah tebang sekupang, tinggal dua kupang, upah siat
sekupang, tinggal dia sekupang. Mana dia mahu, sekarang orang jual dua batang tiga kupang saja, satu batang dia punya modal , satu batang ada untung.” kata Pakcik Bam.

“Tapi Cik, itu pucuk manyak musat, selupa matang pinang woii, satu matang boleh dapat satu kilo lebih, mesti ada untung punya,”

“Eeeh!, Pucuk lu di mana?” Tanya Pakcik Bam lagi.
“Lu mahu kee Cik? Gua kasi mullah sikit sama lu,”
“Berapa Nyonya?”
“Dua kupang lima luit,”
“Tak mahulah, saya lain kerja mahu buat, kasi sama orang lain lainlah,”jawab Pakcik Bam.
“Cik ha! Wa Tanya lu, itu Sarif, dia ata beli lokok daun lagi ke?” Tanya Nyonya.
Sambil berjalan menju ke sampan lopeknya. Dia menolak haluan sampan yang tersadai se kerat di gigi air itu.

“Nyonya pergi Tanya sendirilah,” jawab Pakcik Bam, sambil memusing-muing cerut di bibirnya, kemudian menjentek-jentekkan dengan hujung jarinya bagi mengugurkan habuk yang berada di hujung curut itu.

Nyonya naik semula ke dalam sampan lopeknya, lalu mencapai dayung. Pakcik Bam berdiri di tebing , dia Cuma memerhati sampan lopek Nyonya dihanyutkan air pasang petang surut pukul lima pagi itu.

.Nyonya mencebak semula air sungai dengan daun dayungnya, kemudian merengkuh kedua dayung itu, sampan lopeknya terdorong ke hadapan menongkah air. “Pulang Cik!” kata Nyonya.

BERSAMBUNG.

Tanpa Nama berkata...

ISU SETEMPAT ACEH STREET ATAU LEBUH ACEH DAN MASJIDNYA



Badan Warisan Melayu Masjid Aceh dimenopoli oleh siapa? bila ada mesyuarat agong tidak ada seorang
pun muka orang rawa yang datang, datuk nenek mereka datang dari Aceh dahulu dan betempat disitu
satu perkampungan ditengahnya masjid. Di belangkang Masjid Aceh ini ada pula Lebuh Melayu, atau malay street, tetapi malangnya tidak ada sebiji pun rumah orang melayu? cuma tinggal papan tanda saja. jikalau papan tanda itu dibuang. sejarah pun akan hilang dan terpadam. orang melayu pulau pinang perlulah renungkan!


Jadi tidak hairanlah baru ini pada petengahan bulan April 2010 bertempat di masjid Lebuh Aceh ,
diadakan satu pehimpunan pula masyarakat rawa yang berhijrah ke negara ini,lebih 500 orang yang
hadir dari segenap negeri dan perusuk tanah air. Untuk mengenang kambali asal usul datuk nenek
mereka semasa menjejakkan kaki di bumi pulau ini. termasuk anak bekas perenden PAS WR perleman Parit Buntar.
ahlinya bila sesiapa saja khawin dengan keluarga rawa. Saya juga dijemput bila sebelah
isteri ibu dan bapaknya orang rawa.tetapi kereta rosak, tidak dapat hadir, ada hikmatnya.

Abul Hassan berkata...

sajak jiwa2 sikit en nuri... hehe

UDARA.

Seandainya udara ini
mampu membawa cintaku kepada mu,
aku pasti setiap liang rongga
yang ada di tubuh
dan peparu mu,
akan penuh terukir
dengan nota cinta dariku.


Abul
Bukit Jambul
1ptg

Golok Buta berkata...

mahal ke 30kupang? aku rasa murah sgt tu...

Mat Noh berkata...

30kupang! mahal tu! btol kata pak cik bam...

Umar Haslam berkata...

30kupang? rasanya boleh sgt la.. murah je mne ade mahal...

Penjejak Badai berkata...

pak cik bam ni sapa? penghulu kmpung ke??

Teratai Mekar berkata...

3okupang? sy x thu plak kena tanya org tua2 mahal ke murah? hehe

Sharifah berkata...

kesian nyonya ni 3okupang kira murah la....

Siti Alia berkata...

pak cik bam ni baik nape nyonya x kwin je dgn pak cik bam ni?

Putera Damien berkata...

murah giler 30kupang je! ni zaman bila ni?

Nahul Hidzar berkata...

lebuh aceh? bini sy asal org sana la... mmg x mcm kmpung mlyu pun kbykan org cina jer..

Nuri Jaguh berkata...

lebuh aceh x mcm lebuh aceh dh kbykan org luar yg dok sna... sy pnh pegi sana sbb ayah sy asal org sana...

Pedang Pendekar berkata...

lebuh aceh kt penang ke? yg ade masjid besar tu ke? klu kt situ rasa mcm pnh pegi la...

Srikandi Juwita berkata...

lebuh aceh ni ke yg ada persatuan badan warisan tu ke? rasa mcm pnh pegi je mesyuarat tu..

Jengking Perak berkata...

lebuh aceh? mcm pnh dgr kat tanjung ke? sbb awek sy asal org penang slalu jalan2 kat penang jgk...

Nasruq Haqq berkata...

sedih tgk kt penang byk org cina dr mlyu smpai kmpung melyu pun dimonopil cina..

Saizul Maizav berkata...

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya,anak2 rebut siapa nak gantikan (ayah) jadi
Pengerusi,CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang,rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada Home Teatre,peti sejuk besar,set sofa mewah.

3. Cerita polis plak? dialah pegawai penyiasat,dia jadi forensic.Semuanya dia. Polis plak dialog mesti "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan".

4.Adegan doktor kat Wad check pesakit? Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat jangan lupa makan ubat ".

5.Adegan kat umah? Ayah mesti tengah baca paper,Mak mesti menjahit atau lipat baju.Orang gaji tengah basuh pinggan.Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

6.Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah,bukak pintu kereta,bukak pintu pagar,masuk balik kereta, drive masuk umah,keluar,tutup pintu pagar.

7.Adegan sembahyang? mesti dah salam akhir atau adegan mengaji? Quran mesti sampai part sadakallah hulazim.

8.Gangster atau kuncu orang jahat melayu mesti pakai baju takde lengan dan pakai rantai besi kat leher

Drama/Filem Cina.

1.Cerita Kungfu? hero boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. cepat sampai.

2.Hero mesti miskin gila? Tapi mesti ada sekeping 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3.Kalau cerita moden cina hero boleh lawan dan 30 orang penjahat serentak.

4.Biasa kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki.

5.Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6.Hero mesti menembak pakai 2 pistol

7.Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah isu.

8.Cerita hantu? hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh.

Drama/Filem India/Hindustan.

1.kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2.Paling pendek cerita hindustan pun 3 jam.

3.Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

4.Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

5.Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

6.Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi.

7.Biasanya plot dan jalan cerita dh boleh baca apa penyudahnya. Tapi yang pelik ramai pula yang tunggu sampai abih. termasuk bini aku..

ok tak en nuri isu semasa saya ni? tentang filem cina,india dan melyu..

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Abul Hassan dengan sajaknya bertajuk UDARA. Mula dengan seandainya. Jika boleh.Abul
pengucapannya perlu tepat dan menerima kelogikanya. contoh baris kedua akhir , ayatnya akan penuh terukir dengan nota cinta dariku. sebaiknya akan penuh kuisi dengan nota cinta ; kerana dalam liang dan rongga agak terlalu sukar untuk kita ukir sesuatu. Kecuali di dinding atau ruang. Walau bagaimana pun bila sajak yang agak pendek biasa syarat dengan kata yang puitis dan segar untuk khalayak menekmatinya. Pemelihan kata penting , agar tidak hambar. ada kemampuan untuk mencipta sajak Jiwa-jiwa ini, thaniah! Abul.

Nahul Hidzar berkata...

ko kaji ke semua tentang filem saizul! wah! dasyat ko ni!

Mat Noh berkata...

sy setuju dgn pendapat saizul! smua filem2 melayu msti ada koperat...

Umar Haslam berkata...

aku sokong! filem melayu semua nak cte koperat jer....

Hatta Zaidee berkata...

tu la dorg x kaji bila nk buat filem dulu...

Julia berkata...

cerita ape2pun hero kena tembak msti tak mati...

Mona berkata...

cerita india msti panjang2 kan? pelik btol xpnh tgk cte dorg pendek2....

Olie Pajutdy berkata...

pelik la cerita india wlpn dh thu kesudahan cerita msti nk tgk jgk? hehe

Badrolshah berkata...

tak terpikr plak aku selama jd pelakon ni? haha pandailah ko saizul siap kaji semua.. nnt aku nak kasi thu pengarah tentang kajian ko ni boleh dorg ubah sikit utk bg kelainan...

Bob Kuli berkata...

aku peil jgk kenapa cerita ape2pun tembak2 menembak peluru x habis2??? hheeeheh

Janggus Juri berkata...

dorg xde idea agaknyer sbb tu tulis adegan yg sama jer...

Tanpa Wajah berkata...

adegan sembahnyg msti akhir je xpnh tgk dorg sembahyg btol2? hehe ape la filem mlyu ni...

Tengku Anita berkata...

awk hebatlah saizul! mmg btol ape awk kata semua filem wajib ade adegan ni....

Suria Kencana berkata...

lawak la filem cina dulu2 msti hero miskin2.. hehehe

Penglipur Lara berkata...

polis msti nak semua keja dlm filem mlyu kenapa yer?

Gunung Malinja berkata...

adegan kat rumah dlm drama mlyu msti ayah baca paper mak bsuh pinggan? haaha

Adi Cana berkata...

kenapa pmpuan keje kilang msti umah siap smua perabot? x logik la ape la pengarah..

Zain Issac berkata...

ha! bru perasan cerit wukong dia boleh terbang tp bila nak meneruskan perjalanan dorg berjalan plak? adoi...

Pahlawan Kesatria berkata...

adegan kluar kereta tutup pagar dan masuk rumah tu semua buang masa jer... adoi...

Brader Joe berkata...

ha! bru aku perasan gengster msti pakai bju xde lengan? masa aku dulu xpnh plak pakai baju xde lengan pakai baju biasa2 jer...

Supain Sipaun berkata...

kenapa cerita hindustan msti ade adegan kat kereta api? bru aku perasan,...

Puteri Bunian berkata...

filem org putih awk x kaji ke saizul????

Harimau Berantai berkata...

hero cina msti penjahat dia ramai terutamanya cerita jackie chan! 100org pun dia boleh kalahkan? mmg pelik....

Rossa Long berkata...

saizul nk jd mcm en nuri kretif plak? hehe

Budak Rap berkata...

eh! bru aku perasaan! dlm cerita andy lau dan jet li msti hero gna 2pistol? hahahaha terrer la ko ni saizul...

Kelana Juara berkata...

hahaha btol! hero dlm filem hindustan xkn mati wlpn di pukul dgn tukul besi! mmg x logik...

Angker 13 berkata...

cerita hindustan x sah xde joget! hahaha

Man Pendek berkata...

kenapa cerita hindustan msti ade menari? pening smpai skrg...

Golok Buta berkata...

ko hebat la saizul ko thu2 je semua tentang filem... hehe

Firasat Hikayat berkata...

saizul ko dapat mana info tentang filem ni????

Orang Lama berkata...

syabas saizul! biar pengarah buka mata sikit filem mlyu kebayakan sama sahaja

Qalam Mutiara berkata...

Dari sudut dakwah mereka , filem
India/Hindustan;

- Filem mereka kebanyakkannya mesti
wajib ada sembahyang di kuil, sami
akan membantu mereka.

- khas untuk dakwah dalam filem 10%
kalau x awal atau tengah, hujung
cerita filem meeka. kalau x ada
besar kmmkinan tidak lulus
apa....

nurimanja berkata...

PERHATIAN:

Sesiapa saja bolh menghantar rencana
untuk kita renung bersama buat kita mencari dan menyelongkar maamfaatnya.

Syabas! saizul kerana memberi rencana
dengan isu perileman dini hari.