Ahad, 23 Mei 2010

MANUSIA BAGAI BUIH

-sajak legenda-

Asalnya
kita bagai buih
besih dari tepian
keluar daripada hembusan
dan bisikan  urutan yang tenang,

Kini kita
dibawa arus deras
mengalir hanyut ketengah
kocakan gelombang muara sungai,
Lalu kita
betemu dengan alun laut,
ganas dan buas menghempas
diri kita  dihimpit dan dilambung
terapong, mungkin tidak kembali lagi ketepi.
 Oleh ; Nuimanja,
Di tepi parit,sungai dan laut. 
30hb, 12,1972.(B)

12 ulasan:

nurimanja berkata...

10. SALAH SANGKA.

Ah Seng seorang yang tinggal di seberang sungai . Dia selalu menaiki sampan penambang pulang ke rumahnya selepas membeli barang di kuala kurau. Di sebuah pekan kecil di kuala sugai itu.

Pada suatu hari Ah Seng , bersama bininya pergi berbelanja di pekan kecil itu, waktu pulang, Ah Seng berjumpa dengan kawan lamanya bernama Abu juga hendak pulang ke kampung seberang.

Abu pulang bersama dengan ibunya Sewaktu hendak membayar tambang Ah Seng dengan pantas berkata, “Abu Lu gua, mak lu, bini gua, jangan susah, lu duduk diam-diam,” Ulang Ah Seng.

“Apa lu cakap Ah Seng , wa punya mak , lu mahu bikin bini, lu jangan main-main Ah Seng, nanti wa hentam lu punya muka,” kata Abu , marah .

“Tata, gua cakap, lu, gua, mak lu, bini gua, wa kasi bayar semua tambang , lu jangan susah” Kata Ah Seng sekali lagi.

“Wooo, Cakap lah itu macam , gua salah dengar dan gua salah faham , soryylah Ah Seng, syoryyy” Kata Abu , agak malu, kerana tersalah sangka.

TAMAT.

ULASAN:Dalam pergaualan kita sehari di kalangan hidup rakyat berbilang kaum ini, ada berlaku kesilapan salah faham tentang mengucapan kata. Oleh itu eloklah di amati terlebeh dahulu, sebelum kita bertindak.

Budak Rap berkata...

PENJARA KONKRIK

Dinding batu empat bersatu
pintu satu pagar beribu
hati berbuku mengenang ibu
tua ibu menanti aku
penjara dunia menyumbat daku

air mata kaca berkaca
mencurah laju tanpa berkata
doaku Tuhan dengarlah bicara
bebaskan dari penjara dunia
menghukum tanpa usul periksa
menyumbat aku dalam merana

penjara dunia kubur yang nyata
adilnya ia tidak sekata
di akhirat kelak terimalah ia
Tuhan yang esa penghukum dosa
barulah tahu siapa yang kuasa.

Budak Rap
20.5.2010

Danial berkata...

haha lawaklah cina ni! hahaha ckp btol2 la lain kali apek! hahaha

Angker 13 berkata...

sepatutnya sebut mak lu dan bini gua bru btol! hahahaha

Harimau Berantai berkata...

ade plak mak lu bini gua??? hahahahhahaa

An Nur berkata...

lawaklah cina ni! hahaha mmg kdg2 cina ckp susah nk paham...

Saidatul Husna berkata...

serius mmg lawak habis! adoi... nasib baik x kena pukul cina tu... hahahahhaa

Kembara Budiman berkata...

lawak la ade plak mak abu bini ah seng? hahaha ape2pun kena pikir sebelum cakap..

Ezad Emir berkata...

cina ni kena belajar cakap melayu lagi... mmg lawak la...

Kakiku Kaku berkata...

ape la abu ni mmg cina cakap mmg pening sikit...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak Budak Rap dengan sajak Penjara Konkrik bagai merentih terasa dunia bagai penjara, sebenar ada hadis mengatakan, dunia ini penjara bagi orang mukmin Islam dan syurga bagi orang kapir bukan Islam. Apa yang kita lakukan Allah amat maha mengetahui, Sebenarnya tapak tangan bagi orang yang bekerja berat dan kematu itu adalah sebagi bukti mereka susah hidup menyara keluarga, Allah amat maha adil dan bijaksana segalanya.