Rabu, 24 Februari 2010

JIKA HIDUPMU MEMBILANG HARI.

 
-buat pekerja makan gaji -

Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
aku kira rasa keluhuranmu tiada
betapa pun kedudukkanmu tinggi
pahala ibadatmu cuma sadikit sahaja
dihujung dan di awal bulan hidupmu cemas.

Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
waspadalah pada pukauan masa
dan pada keindahan dunia sejagat
kerana keadaan sekeliling sering menipu
membuat kita alfa kecewa sepanjang hayat.

Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
jengoklah akan kamar keagongan
kerana hidupmu ini cuma bagai tetamu
yang datang sejenak ziarahi dunia fana ini
sebelum kita dijemput kembali berangkat pergi.

Oleh : Nurimanja,
Gerai Mara Bagan serai,
1/OGOS, 1995.

22 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMBUNGAN AKHIR RAJA ABRAHAH (PERISTIWA TAHUN GAJAH)

Raja Abrahah membenarkan Abdul Mutalib menemuinya berbincang masalah unta yang dirampas itu, kata raja Abrahah,
"unta engkau, aku boleh memulangkannya, tetapi tidakkah kau takut dengan kedatanganku ini hendak meruntuhkan Kaabah?
" Unta itu miliku, Kaabah itu ada yang menjaganya," jawab Abdul Mutalib
"Esok aku akan meruntukkannya.." tegas raja Abrahah.

Esok Waktu pajar menyesing tentera Abrahah datang menyerang Kaabah (Baitullah-Rumah Allah) Abdul Mutalib telah pun terlebih dahulu
memerentah penduduk kota Mekah sepuya bersembunyi di sebalik bukit untuk menyelamatkan diri.

Tiba-tiba angin kencang datang.
Ketua Gajah raja Abrahah tidak mahu bergerak yang lain lari ke bukit.

Selepas angin topan bertiup. datang pula berkumpulan burung (ababil) yang membawa batu-batu kecil dan melontarkannya
ke atas tentera bergajah. Semua habis hancur seperti daun-daun kering mati yang dimakan ulat. (lihat surah alfill)
Raja Abrahah sempat lari balik dan mati dinegerinya, akibat luka teruk.

Dengan kuasa Aallah Kaabah pun terselamat sehingga kini dan menjadikan tempat orang Islam mengerjakan salah satu ibadat haji.
Itulah dinamakan tahun gajah. Binatang kesayang Raja Abrahah yang diberi nama Mahmud engan meruntuhkan Kaabah. Ini semua Kuasa Allah SWT. Peristiwa ini berlaku pada 570 masihi, tahun Gajah. sebelum nabi dilahirkan.

Pengajaranya;
-Dalam kehidupan kita seharian ini, kita tidak boleh bersikap sumbong dan angkoh.
-Manusia cuma boleh merancangkannya, tetapi Allah SWT yang akan menentukannya.
-Manusia hanya makhluk lemah tidak akan dapat melawan kuasa Allah AWT yang menjadikannya.

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA KE 15. SIRI AKHIR ; BERTAJUK : KEKOSONGANYA TERISI KEMBALI : NURIMANJA ; SIAR DI RTM SWRAK 19/7/1982.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

"Abah! . Mak Cik As cantik, mama pun cantik juga, tapi mama Haila sudah tiada, kenapa abah tak ambil saja Mak Cik As itu sebagai
peganti mama...?" Aanak kecil itu berkata seperti orang dewasa, mungkin bergaulannya selama ini tinggal bersama Asmah.

Hat terasa pintu hatinya bagai diketuk, bila dia terdengar kata-kata Ruhaila itu, seolah-olah Ruhaila pun mengerti tentang dirinya
selama ini terbelenggu di dalam ruang kekosongan .

Hat memang tidak menduga bahawa Allah merastui pengorbananya selama ini kerana dia memelihara amanat cinta sucinya kepada
aruah isterinya Rubiah. Agar mendidik Ruhaila sehingga dia pandai berkata dan berfikir dapat menentukan siapakah yang sesuai
bakal menganti tempat mamanya.

"Abah! Ambillah Mak Cik As sebagai penganti mama.."
"Ruhailaaa.."
"Kalau abah kawin dengan Mak Cik As, senanglah kita tinggal bersama, abah tidak perlu lagi tinggal di brek bujang di kem Terendah itu."
Hat bertambah terharu, bila dinilai dari kata-kata Ruhaila itu memang ada kebenarannya, mengapa mesti bersusah payah mencari orang
lain, Asamah pun apa kurangnya. Adakah Asmah orang yang benar-benar dapat mengisi ruang kekesongan hatinya.

"Abah!!...selama ini abah sepi.." Ruhaila bersuara lagi, kali ini suaranya cukup manja dan menarik sekali telinga Hat mendengarinya.
"Kalau Abah sayangkan Haila.. Abah ambillah Mak Cik As . Haila sayangkan Mak Cik As.... Haila sayangkan abah jua.."
Hat menjadi bertambah gelisah dan bertambah terharu lagi. Sedangkan mata Ruhaila terkebel-kebel memandang muka Hat, seperti
meminta kebenaran dan kepastian dari dirinya.
"Cakaplah Abah??" Ruhaila mengulanginya lagi.

Diketika itulah segala ingatan kepada Rubiah tersingkap kembali. Betapa seksanya Rubiah melahirkan anak sulungan Ruhaila dahulu.
Darahnya turun dengan banyak, Rubiah terlantar di atas katil, menahan sakit.
"Abang! jika Rubi pergi, jagalah anak kita ini baik-baik bang, janganlah abang khawin sebelum anak kita ini pandai berkata-kata atau menilai bakal penganti ibunya, itulah pesanan Rubi, jika abang benar-benar kasih dan sayangkan kepada Rubi,"

"Abah katakanlah, abah setuju mengambil Mak Cik As sebgai penganti Mama Haila ya?" Ruhaila terus bertanya lagi, seperti merayu dan memujuk hati Hat, kini perasaan hati Hat kian dicengkam resah dan terharu.
"Haila sukakah, Abah mengambil Mak Cik As sebagai penganti Mama Haila?" Hat bersuara lembut, dia ingin mengetahui dan menilai hati
Ruhaila pula untuk menentukan dan mendapat satu kepastian.

"Haila setuju.. Cuma Abah saja lagi..?"
"Mak Cik As, bagaimana?""
"Kata Mak cik As, kalau dia sayangkan Haila, dia juga sayangkan Abah.."

Hat teringat kata-kata Asmah dalam sepucut surat yang diterimanya se waktu di kem Terendak Malaka, berbunyi:
"As tak kisah Abang Hat, jika sesiapa saja yang sudi mengambil As sebagai isteri, walaupun dia bekas suami orang, As akan terima,
apa yang As harapkan biarlah dia seorang yang bertanggungjawab.."

Hat terasa segala ruang kekosongan di benak hatinya selama kini bagai terisi kembali.
"Benarkah semua ini Haila..?"
"Sudah lama Mak Cik As menunggu kata-kata daripada Abah, tetapi Abah saja yang buat tidak tahu." Ruhailah bagai memberi satu
keyakinan kepada Abahnya Hat.

Dengan jawapan itu, Hat benar-benar terasa segala kekosongan hatinya selama ini telah terisi kembali. Hujung minggu ini dia akan ke pusara Rubiah bersama Ruhaila dan Asmah. Dia ingin benar mengatakan kepada aruah Rubiah, bahawa segala kekosongan hatinya selama ini , telah pun terisi kembali.

S E L E S A I .

nurimanja berkata...

ISU SEMASA ; SEBAB PANAS DAN KEMARAU BERLAKU
____________________________________________________________________________________________________________

Kepanasan dini hari kian mencabar kanak-kanak dan orang tua, sering kali alah dengan situasi begini.

Dulu ada saya dengar seorang ustaz memberi ceramah, sewaktu itu saya masih kecil, kini dia pun telah meninggal, dia sering mengajak saya mengikutinya yang sering dijemput memberi ceramah, sehingga jadualnya padat, tetapi saya engan
turut serta masih sekolah, jika tidak tentu banyak ilmunya saya punggut..............

Apa yang hendak saya katakan ; sebab-sebab berlaku kepanasan, selain dari ozon yang telah nipis, pengondolan bukit hutan, dan pencemaran udara asap dari usaha
tangan teknologi manusia sendiri.

Tetapi bagi Uztas Anuar ini, memandang dari sudut lain pula , katanya; Manusia telah banyak dosa, membuat zalim dan tidak menghormati dan menyayangi tiga makhluk ini; (Allah tidak akan menurunkan hujan melaikan disebabkan ada tiga makhluk ini)

1. Kanak-kanak atau bayi diseksa dan dibuang sesuka hati merata tempat tanpa ada rasa belas kasihan oleh perlaku maksiat ini.

2. Orang tua-tua tidak dijaga dengan sempurna oleh pihak yang tertentu, ada anak pun memukul , menyembeleh bapaknya sendiri tanpa ada perasaan belas kasihan.

3. Haiwan atau serangga kecil yang melata dimuka bumi ini dibunuh dengan rancun serangga, beribu mati dengan begitu saja, bila kita meracun di kebun dan sawah
padi. sebenarnya mereka ini yang berdoa agar Allah menurunkan hujan.

A.B.C berkata...

sajak org makan gaji? hehehe ape2 pun thnkz!

Nakhoda Belantara berkata...

sajak mmg best khas utk org mkn gaji ape2 pun bkn utk aku sbb aku x mkn gaji.. hehe

Bob Kuli berkata...

sajak utk org kerja sendir xde ker? hehehehee

Harimau Berantai berkata...

oh patutlah nama dia tahun gajah.... thnkz! sbb bg kami semua info yg baru....

Lelangit Biru berkata...

eh! gajah nama mahmud? haha adoi gajah pun ade nama eh! dia xnk meruntuhkan kaabah? wah! kuasa tuhan...

Mohamad Akmal berkata...

cerita ni kami baru belaja semalam kat kelas ustaz cerita kt skola saya pak cik.. ha! tah2 ustaz saya ambik cerita pakcik apa? ustza saya ahli jgk "USTAZ RAHMAN"...

Mohamad Badwee berkata...

pak cik! selalu kat skola kami ustza slalu cerita dlm kelas ambik semua cerita pak cik!!! dia kata ambik kat intenet ingat saya tak tau dia ambik yg pak cik punya.... saya dgn mohd akmal perasan..

Kota Gersang berkata...

hahaha anak dia hat ni kecik2 dh pandai nk cari jodoh kt ayah dia.. hehe

Tengku Anita berkata...

eh! haila ni umo brapa? kecik2 lagi dh pandai ckp.... hehe

Ku Dania berkata...

huh! bijak bercakap la haila ni.. hehehe dorg kwin ke akhirnya en nuri?

Sudin Ramli berkata...

sian bini dia mati sbb lahirkan anak.. tragis btol...

Tanpa Wajah berkata...

ass ni anak dara tua ker? hehe ape2 pun smoga dorg bahagia....

Busur Berduri berkata...

wah! ustaz en nuri berpendapat berbeza plak? wah....

Umar Haslam berkata...

slalu kalau org yg beragama ni dorg akan berfikiran lain dr org lain...

Pencari Inspirasi berkata...

bila difirkan balik apa yg ustza en nuri kata tu ade logik gak...

Hafizudin berkata...

eh! biar btol? slalu klu org beragama ni pendapat dorg benar....

Madah Pujangga berkata...

xthu la yg mana betol pandangan ustaz en nuri ke pandangan org lain.... allahualam...

Bulan Terang berkata...

PENGEMBARAAN BARU

Selanjutnya aku telah di dunia baru
Takda langkah sempurna
jadi ku ukirkan harapan
Hanya sisa grafiti yang mulai kabur tertindas keangkuhan
bila pulang aku asing di negeriku

Aku sekarang ada di sini
melanjutkan langkah tertunda
Meski kau tak suka,
aku akan berusaha
Lanjutkan saja apa telah kau buat
Aku pemecah tak begitu penting
Hanya aku mohon untuk tetap tinggal meski sementara

Dan kau pun hanya sedikit lemparkan senyum
Agak kecut aku tak menolak
Sebab aku harus menelan semua

Baiklah aku akan mencuba tenang
sajakku tak mengumpat atau memaki
mataku kini tak lemparkan kesejukan
Sebab sisa embun pagi telah hangus terbakar matahari


Bulan Terang
Selepas Keluar parti
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Ulasan
Bulan Terang!
Sesiapa pun punya citarasa yang tersendiri, kita boleh jua memberi sokongan dan dorongan selagi tidak melanggar syariat Islam. Kata kena kota, janji kena tunai, cakap biar benar. Kecuali senda gurau. Apa yang kita sedih bila harapan yang diharapankan, semuanya kini cuma tinggal kenangan sahaja.