-buat pekerja makan gaji -
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
aku kira rasa keluhuranmu tiada
betapa pun kedudukkanmu tinggi
pahala ibadatmu cuma sadikit sahaja
dihujung dan di awal bulan hidupmu cemas.
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
waspadalah pada pukauan masa
dan pada keindahan dunia sejagat
kerana keadaan sekeliling sering menipu
membuat kita alfa kecewa sepanjang hayat.
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
jengoklah akan kamar keagongan
kerana hidupmu ini cuma bagai tetamu
yang datang sejenak ziarahi dunia fana ini
sebelum kita dijemput kembali berangkat pergi.
Oleh : Nurimanja,
Gerai Mara Bagan serai,
1/OGOS, 1995.
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
aku kira rasa keluhuranmu tiada
betapa pun kedudukkanmu tinggi
pahala ibadatmu cuma sadikit sahaja
dihujung dan di awal bulan hidupmu cemas.
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
waspadalah pada pukauan masa
dan pada keindahan dunia sejagat
kerana keadaan sekeliling sering menipu
membuat kita alfa kecewa sepanjang hayat.
Kawanku!
jika hidupmu membilang hari,
jengoklah akan kamar keagongan
kerana hidupmu ini cuma bagai tetamu
yang datang sejenak ziarahi dunia fana ini
sebelum kita dijemput kembali berangkat pergi.
Oleh : Nurimanja,
Gerai Mara Bagan serai,
1/OGOS, 1995.
