sayempara tempat ke tujuh.
Tahun-tahun kian mengering
detik perjalanan terasa gundah dan samar
daun enggan menguning lagi
buat menatap wajah semakin duka ini
jelas tanpa ruang maha dalam sekilas sesak
bertabur mimpi-mimpi malam
terkadang gagah berpangku tangan
dan pandangan jauh meniti dunia
bukan itu harapan raut wajah titik biru semua telah hilang
mencari atap tuhan antara butir air
tumpukan pecahan karya
disini kua taku kumpulkan
Oleh: Syeikh AL Habib
sajak tentang pengertian kehidupan/1 Disember 2011 4:24 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011
Sdra Ustaz Syeikh Al Habib tentang pengertian hidup dalam dunia penuh dengan pancaroba ini. Kali ini bertajuk: LANGIT LARA. Pengucapannya baik, bersimbolikkan pada alam semula jadi, tetapi ungapannya agak mengelirukan. Seperti burung yang lama terbang untuk turun kebumi, akhirnya tidak punya apa-apa hajatnya. Penceritaanya samar, namun skopnya nampak luas tetapi terbantut pada akhirnya.seperti mesej yang tidak sampai pada sasaran .kami cuba perbetul tetapi masih gagal menangkap pengertian hidup yang bagaimana? Sekadar andian mungkin ada istilah lain atau perbezaan dalam kehidupan buat negara yang berbeza agaknya.Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ketujuh (7)
TENTANG SEBUAH GERAKAN
tadinya aku terpikir
tentang sebuah gerakan
tapi mana mungkin
aku menuntut sendirian
aku bukan orang suci
hidupku hanya makan
sekepal nasi dan air sekendi
aku perlukan celana dan baju kolar
agak mereka gentar melihatku
tapi mana mungkin terjadi
jika aku hanya diam?
puteri salju
sajak dari datuk di kampung sy pun tak pasti sajak psl apa
PENAT MENUNGGU
pujian sanjungan manis mengiris
sangat sadis tapi aku menolak
tak ada keceriaannya disitu
hanya kedukaan terus mengerak sendu
makin lama mesesak ke paru-paru
selalu berkata rindu
tak pernah lepas dari syahdu
aku bukan itu aku hanyalah
pemburu bukan pencemburu
penat aku hampir pecah otak ku
termangu menunggu sendiri berlalu
Ku Aisyah
sajak jiwa2
SEMUA SAMA SEPERTI BIASA
semua sama seperti malam kelmarin
bila datang lalu diam tanpa kata
tak ada satu kata mukadimah di ucap
kemudian semua duduk lalu diam
tanpa tegur sapa tak ada
kata pembuka yang harus di nyatakan
setelah selesai semua pergi berlalu
tanpa ucap salam
tanpa ada satu kata penutup
kemarin besok dan mungkin lusa
mungku semua hanya tersenyum masam
menerima harapan palsu
Raja Ahmadiah
sajak sinis
BERKAKHIR TUGAS AGUNG
berakhirnya tugas agong ke 13
tanda peralihan sebuah kuasa
mentadbir penuh setia
pada negara malaysia
tuanku mizan zainal abidin
istana negara akhirnya ditinggalkan
setelah lima tahun berbakti
akhirnya inilah titik akhir
sebuah tugas ternyata hebat
amanah teguh dijunjung
kembali akhirnya ke bumi indah
negeri cantik budaya menarik
sang penguasa negeri tercinta
pada raja pentadbir negeri
pemergian yang lama dinanti
demi tugasnya pada pertiwi
berganti pula agong ke 14
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
kedah bakal ditinggalkan
buat lima tahun lagi
moga tugas terpikul jadi mudah
moga sejahtera aman damai
sejahtera malaysia kita semua
Sang arjuna
sajak buat agung baru
JUBAH HITAM
selamat datang prajurit muda
lautan ini masih menantimu
tak ada fatwa dikertas bergaris
hanya angin saja menusuk perut
naiklah keatas kapal
terus dayung sampai tengah
perhatikan arah gerakmu
ombak akan terus mengepal
jangan menoleh kebelakang
tanggalkan jubah hitam itu
biarkan ia tenggelam
bersama mimpi indah mu
Syed Faizal
sajak pejuangan
BERTANDANG
rindu merayap menyapu sudut kelam
tika bintang temui mentari
gelisah memaksa menjawab sendu
tanpa tahu ataukah berlalu
seolah mengerti arti hampa
mengusik risau ruang kecilku
rosak sudah termakan malam
hancur lebur bersama seandainya
maaf mengapa tak sanggup bertandang
Saidatul Husna
sajak jiwa2
MILIMETER
akhirnya tiba masa dimana aku
harus bertatap cermin
nantikan engkau telah lama
sebelum hari ini tiba
lima milimiter saja jarak kita
aku hampir menyentuhmu
aku pandang matamu kau demikian
risau ku kini bukan risau mu dulu
sudah berkarat tebal
katakan padaku tapi masih sama
diammu menambah risauku
Denilson Fata Fat
sajak pasrah
MALAM BUKAN MALAMKU
aku melihat malam
malam itu yang bukan malamku
disana ada seekor gagak pekat
sedang asyik mematuk rembulan
rembulan merengkek merintis
tapi mentari tak pernah menangis
di langit ini kita saling tebar bakar semangat hidup
kali ini aku melihat malam
malam yang bukan malamku
Anjang Aki
sajak simbolik sinis
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdri. Puteri Salju kini dengan sajak datuknya bertajuk TENTANG SEBUAH GERAKAN. Pengucapannya agak mengelirukan tidak pula dinyatakan temanya malah tiada sadikit pun penerangan. Ini sudah terkeluar dari syaratnya. Apa pun sekadar andain saja , Ini mungkin isu semasa agaknya, politik ada pergerakan untuk menjatuhkan sesuatu, tetapi mana mungkin jika pebelanjaan tidak ada dan semangat yang sebenar tidak wujud di hati.Diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdri Ku Aisyah mungkin ahli yang tidak begitu aktif kerana tidak diberi peluang selama agaknya, sajak pertamanya yang bertajuk: PENAT MENUNGGU. Temanya kisah jiwa-jiwa. Pengucapannya boleh diperbaiki lagi untuk lebih daya kreatif dan puitis. Penceritaan ternyata orang muda Punya biasa, menunggu jawapan dari buah hati yang semacam menunggu buah yang tidak jatuh, terasa semacam nak gila . Apa pun harap maaf, cuma disini sahaja dahulu terpaksa berhenti, dan usaha lagi (TK)
SEMUA SAMA SEPERTI BIASA (TK) P
Semua sama seperti malam kelmarin
bila datang lalu diam tanpa kata
tak ada satu kata mukadimah di ucap
kemudian semua duduk lalu diam
tanpa tegur sapa tak ada
kata pembuka yang harus di nyatakan
setelah selesai semua pergi berlalu
tanpa ucap salam dan satu kata penutup
kemarin besok dan mungkin lusa
mungku semua hanya tersenyum masam
menerima harapan palsu
Oleh: Raja Ahmadiah
sajak sinis/12 Disember 2011 2:52 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 201
Raja Ahmadiah mungkin ahli yang tidak begitu aktif kerana tidak diberi peluang selama ini agaknya, kini tampel dengan sajak pertamanya bertajuk:SEMUANYA SAMA SEPERTI BIASA. Temanya semacam sinis, tetapi tidak dinyatakan sedadikit penerangan suasana?. Pengucapannya boleh diterima tetapi perlu diperbaiki lagi untuk lebih daya kreatif dan puitis. Penceritaannya semacam tidak puas hati dalam majlis yang tertentu dan apa yang berulang semacam biasa dan selalu. Menjadikan hati si penulis ini bertanya-tanya tidak adakah agenda yang berubah? Sehingga kini menjadi dilema dalam benaknya. Tempat ke 5. Apa pun harap maaf, cuma disini sahaja dahulu terpaksa berhenti, dan usaha lagi (TK)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Sang Arjuna Tapa kali ini muncul dengan sajaknya bertajuk: BERAKHIRNYA TUGAS AGUNG Temaissu semasa . Pengucapannya agak perihatindan bersahaja. Penceritaanya hal semasa kerasa seorang penulis selalu perihatin dan berjiwa perasa, lantas merakamkan apa yang dilihat dan dirasa melalu hati dan jiwanya. Itulah peremulaan cara menulis, mesti sesuatu yang benar, ditokok tambah menjadimenjadi lebih baik, bukan seperti setengah penulis dia kira dapat upah dan main hentam keromo dan mengelirukan isu putar belit...Syabas! layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Syed Faizal kali ini muncul dengan sajaknya bertajuk: JUBAH HITAM Tema perjuangan. Pengucapannya agak kabur dan bersahaja tetapi ada simbolik pada ungapannya . Penceritaanya mungkin ada golongan muda yang dulu terjebak dengan kegiatan yang mengelirukan dan buangkan sikap perajudis. Mungkin kini telah sedar dan perlu kembali pada jalan kebenaran sebelum hanyut dan tenggelam ditelan ombak badai..Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdri Saidatul Husna lama tidak diberi peluang selama agaknya, kini tampel dengan sajaknya yang bertajuk:BERTANDANG . Temanya kisah jiwa-jiwa. Pengucapannya boleh diteri, Cuma perlu diperbaiki lagi untuk lebih daya kreatif dan puitis. Penceritaan ternyata orang muda punya biasa, menunggu jawapan dari buah hati yang enggan bertandang ke rumah untuk member jawapan , Ini yang menjadi cemas terasa semacam nak gila . Apa pun harap maaf, cuma disini sahaja dahulu terpaksa berhenti, dan usaha lagi (TK)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra. Denilson Fata Fat sudah mahir berbahasa Malysia kali ini sajaknya agak anih sadikit bertajuk: MILIMETER Temanya kisah pasrah jiwa2. Pengucapannya boleh diperbaiki lagi untuk lebih daya kreatif dan puitis. Penceritaan ternyata pasrah kisah orang muda punya biasa, menunggu jawapan dari buah hati yang masih tidak memjawab walaupun tidak sejauh mana? (bukan rosa long, awek tempat kerja?) Apa yang sedihnya terus diam membisu menjadikan hati bertambaha risau nanti dikebas orang lain.Apa pun harap maaf, cuma disini sahaja dahulu terpaksa berhenti, dan usaha lagi (TK)
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Anjang Aki rasanya buat pertama kali muncul dalam blog ini dengan sajaknya bertajuk: MALAM ITU BUKAN MALAMKU Tema sinis simbolik pada gelagat kehidupan manusia. Pengucapannya agak bersahajatetapi ada simbolik pada ungapannya . Bicaranya ada berbau politik juga nampaknya Bagaimana satu parti lain dipermainkan oleh satu parti yang lain untuk kerjasama bagi menjayakan agenda kepentingan peribadinya. Malah lewat berita terkini sanggup bersekongkol dengan gerakan Yahudi menerima bantuan bagi mengulingkan negara yang tidak pro Amarika. . Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (SM)
sdfgdsg
ergregerh
egerherheh
rthhttrhtr
jtrjtjrt
htrhtrhtr
htrjtykty
tyjtyjytktyk
syeikh al habib ni mcm sajak piolitik je?
pak syeikh je bukan sajak politik! hehe
ramai suka buat sajak bersiri la
budaya sajak bersambung2 plak skrg hehe
cerpen mne?
Catat Ulasan