sayembara tempat ke enam
Saat mula bicara jiwa di atas para
berpentas nyata berkocak lara
bersoal mudah menjawab lama.
kemana saja ia berkelana nanti?
pulanglah sebelum kering pena ini.
tinggalkan kelu pada lisan.
pulanglah jika ingin menyapa dunia
Tapi jangan terus bermain,
Saat mula bicara jiwa di atas para
berpentas nyata berkocak lara
bersoal mudah menjawab lama.
kemana saja ia berkelana nanti?
pulanglah sebelum kering pena ini.
tinggalkan kelu pada lisan.
pulanglah jika ingin menyapa dunia
Tapi jangan terus bermain,
kerana kami disini makin kehilangan wajah
Oleh: Pak kassim
sajak buat pemimpin yg leka bermain kata tanpa mengendahkan rakyat
sajak buat pemimpin yg leka bermain kata tanpa mengendahkan rakyat
yang semakin sengsara/1 Disember 2011 4:29 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011
Pak Kassim sajak buat pemimpin kali ini bertajuk KEHILANGAN WAJAH. Pengucapannya agak tergesak-gesak, jika diberi sadikit lagi perhatian dan penekanan pada pemilihan ungapan yang tepat dan mantap pasti lebih berkesan pada mesej yang hendak disampaikan. Penceritaannya menarik, berbau politik tentang YB –YB yang suka atau pandai bermain kata di atas pentas, tetapi bila sudah menang wajahnya pun tidak nampak, semua
janji tinggal janji sahaja, tunggu 5 tahun lagi dicalun atau tidak. Setelah dikaji dan dinilai semula kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke enam (6)
1 Datuk Borhan berkata...
PAS BARU BINA MASJID (SM)
Pas hanya bina sebuah masjid
apa agaknya motif cerita
hingga dibesarkan sedemikian rupa
hanya kisah sebuah masjid
jika masjidnya sudah cukup
setiap mukim dan daerah ada masjid
segenap kampung ada masjid
untuk apa dibina yang baharu
baikilah mana rosak ubahsuai mana perlu
mengapa mesti dibazirkan duit
untuk apa ia dicanang agaknya
apakah ada udang disebalik batu
atau pengisi waktu atau hanya propa
untuk apa dibanyakkan masjid
jika makmumnya hanya satu saf
Oleh: Datuk Borhan
sajak sinis/11 Disember 2011 3:09 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 201
Datuk Borhan kali ini dengan sajak sinisnya bertajuk PAS BARU BINA MASJID . Pengucapannya terasa ada dua motif satu bertanya dan satu lagi menjawab mesejnya berbahas dan berbau politik juga. Bicaranya biasa kisah orang politik kekadang tersalah ucap makan diri sendiri , cerita 20 tahun pas cuma bina sebuah masjid ini pengakuan orang pas sendiri. Begitu juga dengan Hassan Ali yang tidak dicalunkan dlm PRU13 mungkin tersalah langkah membawa padah. Ini semua adalah cerita biasa buat mereka yang terluka dalam kancah kepolitikan lewat kebelakangan ini..Layak untuk sayembara puisi seterusnya. (SM)
2. Datuk Hasbi berkata...
KAMI BAGAIKAN BUNGA DI TEMBOK (SM)
Kami umpama bunga yang hendak tumbuh
Engkau lebih suka membangunkan
Kami adalah bunga yang kau kehendaki
Kami adalah bunga-bunga dilanyak
terbiar di bumi kami sendiri
Jika kami bunga kau adalah tembok
Tetapi perlu ingat di tubuh tembok itu
Telah kami sebarkan biji-biji benih
Suatu saat kami akan tumbuh kembali
Bersama keyakinan kau harus hancur!
Oleh:.Datuk Hasbi
sajak politik/11 Disember 2011 1:22 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 201
Datuk Hasbi juga dengan sajak politiknya bertajuk BUNGA DAN TEMBOK sebaiknya kami bagaikan bunga di tembok batu. Pengucapannya juga berbau politik dan sinis tajam dalam arca ungapan simboliknya. Bicaranya mungkin buat pihak tertentu. Kerana bunga-bunga ini diperlukan sewaktu masa tertentu. Tetapi dilupakan bila tembok tidak perlu perhiasan lagi.lalu dilanyak dan dibiarkan begitu. Tetapi tembok jangan lupa ada binih yang akan tumbuh kembali dan dipihak mana tidak tahu? Mungkin boleh merobohkan tembok yang angkuh itu. Sajak meragukan tetapi diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya. (SM)
3. Ismail Harakam berkata...
ANJING MENYALAK PANJANG
Aku tak boleh tidur
ketika anjing menyalak panjang
Dunia jauh mengabur
Kelam mendinding batu
Dihantam suara bertalu-talu
Di sebelahnya api dan abu
Aku hendak berbicara
Suaraku hilang tenaga terbang
Sudah tidak jadi apa-apa
dunia enggan disapa ambil peduli
Keras membeku air yang dulu kembali
Sambil bertutup telinga,
Menunggu reda yang mesti tiba
Oleh:.Ismail Harakam
sajak seram/11 Disember 2011 1:24 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Ismail Harakam lama tidak Nampak, kini muncul dengan sajak anih dan seramnya bertajuk: ANJING MENYALAK PANJANG. Pengucapannya semacam siri seram pula. Tema pun penuh misteri. Kisahnya semacam kau bermimpi atau khayalan di alam fantasi? Atau kau deman panas mengingau berjalan dilorong hantu. Biasa anjing menyalak panjang anjing itu nampak hantu.Kenapa kau pula yang mengigil ketakutan? Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)
4. Husni Kola berkata...
TAK ADA SATU KATA PUN (TK)
pernah sekali waktu dalam khayalan
aku ingin menuliskan sajak indah
walau terus ku cari dibalik cahaya
tetap tak ada satu kata
aku boleh tuliskan untukmu
pernah juga waktu dalam khayalan
aku ingin menuliskan sajak
kau datang menagih semua sajak itu
aku harus mencari ditiap buku
sayangnya tetap tak ada
satu kata pun tak bisa aku tuliskan
Oleh:.Husni Kola
sajak simbolik/11 Disember 2011 1:27 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Husni Kola ini mesti suka minum air cocacola? lama tidak nampak, kini muncul dengan sajaknya bertajuk: TAK ADA SATU KATA PUN. Pengucapannya masih tercari-cri daya kreatif dan puitisnya, ada semacam tidak berani melontarkan suara. Tema simbolik, tetapi tidak n ampak dimana cerita atau ungapan simboliknya? semacam kau bermimpi atau khayalan di alam fantasi? Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)
5. Roslan Bidin berkata...
REMAJA MENDEWASAKAN USIA (SM)
detik deras berlalu
aku bertanya apa mahumu
para remaja mendewasakan usia
cepat lidah dibalik bibir
khayal memperbudakan rasa
mimpi serta cita terus mendampingi
bagai jaga tiap jiwa manusia
waktu menjelang senja
tebar bintang sebelum terang
kata per kata sedikit menggema
pekik hati ini tak sentuh jiwa
sekarang menanti menjadi tawar
aku mulai mengingat rindu menghimpit
siang membentang tak ada batasan
Oleh:.Roslan Bidin
sajak tentang kehidupan/11 Disember 2011 1:27 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Roslan Bidin masih menulis ceriata kanak-kanak? Apa pun lama tidak muncul dalam blog ini sajaknya bertajuk: REMAJA MENDEWASAKAN USIA Tema kehidupan. Pengucapannya agak bersahaja . Bicaranya tentang alam rumaja dengan kehidupan yang mengharubirukan jiwa penuh dengan fantasi dan khayalan kekadang hanyut hingga di luar dugaan.Apa pun dengan mendekatkan diri kepadaNya. Semua kemelut kehidupan ini bisa mengajar usia kita menjadi lebih dewasa . Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (SM)
6. Nakhoda Belantara berkata...
BAYANGNYA JUGA (TK)
Siang itu tatapan matanya
telah butakan mataku
kata-kata ku tak satu keluar
Seakan aku tak menginginkn
penjelasan yang ku ingin
melihat raut wajah itu kini.
Mungkin seribu kata aku tulis
tak mampu mewakili perasaan ini
aku akui saat in aku gundah
ku cuba tuk tepis perasaan ini
tapi gagal melupakan dia
bahkan bayangnya juga
Oleh: Nakhoda Belantara
sajak jiwa2/11 Disember 2011 1:28 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Nakhoda Belantara lama juga menghilang, kini kembali muncul dengan sajak sbertajuk:BAYANGANNYA JUGA. Pengucapannya masih tercari-cari untuk membentuk daya puisi kreatif dan puitisnya, Kisah orang muda punya biasa, sama dengan temanya. Anda perlu berani melontarkan suara.hati jika ingin bercinta.Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti dahulu , usaha lagi (TK)
7. Hadi Hamzah berkata...
CARI (TK)
apa yang kau cari
tak cukupkah semua yang kau terima
biarlah aku urus semuanya
tak perlu kau bertangis
berikanlah tuntutan itu padaku
jangan lagi kau ucapkan sendiri
sangat hina kata keluar dari mulutmu
jangan kau tambah lagi rasa malu
bersemedi dibalik cadar
Oleh: Hadi Hamzah
sajak pasrah/11 Disember 2011 1:35 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra Hadi Hamzah lama juga tidak nampak, kini muncul dengan sajaknya bertajuk CARI. Pengucapannya boleh diterima tetapi tidak begitu jelas, cuma perlu ada kekuatan daya kreatif.Tema pasrah nampaknya. Kisahnya semacam menyerah dengan apa yang ada atau memadai dengan apa yang telah didapati, tidak perlu menghina diri risau dan ditakuti kerana semuanya berserah kepada maha pencipta. Agar keadaan tidak menanggung malu. Harap maaf. Cuma di sini penyertaan sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi (TK)
8. Profesor Lanang berkata...
PELACUR MIMPI (SM)
pejalan gelap melangkah pelan
ditengah jalan bertukar muka
mencari di pinggir gelanggang
lewat jalan sempit tanpa tuan
di semilir angin menyambut malam
ku tajam kan pandangan
menggali makna tiap masa
ini bukan bayang terang
walau rasa tinggal bukan ajal
terdengar sadis memecah sunyi
mentari di atas sajadah suci
masih tegar menarik ku kesini
menari-nari jalan sunyi
kembali lagi pelacur mimpi
Oleh:Profesor Lanang
sajak tentang ragam manusia/11 Disember 2011 1:38 PTG
SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 201
Sdra Profesor Lanang semacam adik beradik tun seri lanang? Apa pun lama tidak muncul dalam blog ini disekat jalal juga agaknya. Kali ini tampel dengan sajaknya bertajuk: PELACUR MIMPI Tema kehidupan. Pengucapannya agak mengancam menberi makna tiap ungapannya. Mesejnya mengelirukan .mungkin si penulis sebagai ahli fikir sering pemerhati dan menilai gelagat kehidupan manusia. Sekelilinginya, kekadang kesempitan dan kemewahan hidup juga boleh melupakan segala-galanya, malah sesekali kita yang melihat lebih terasa lebih terharu daripada orang yang melakukannya.Apakah bayangan gelagat ini semacam pelacur dalam mimpi Sekadar cuma andaian sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan
SHAH ALAM 11 Dis. – Pas menafikan dakwaan kemungkinan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan tersebut nyata tidak benar kerana pihaknya masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili Pas pada PRU-13 nanti.
Katanya, soal calon itu hanya boleh disahkan selepas proses penamaan calon diadakan memandangkan tidak ada siapa yang tahu bila PRU-13 akan diadakan.
“Tak betul... tak betul... itu cakap surat khabar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan risalah Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini hari ini.
KOMENTAR:
Memang dah dasar suka putar belit. begitulah jadinya sekejap disingkir Hasan Ali dari PRU13 Bila dia dapat anugerah datuk , perlu dipertimbangkan pula sama ada
konon kerana PRU13 belum tahu lagi. Dalam Pas pun dah jadi tiga kumpulan satu pro PKR , ada yang tengah2, ada juga tidak setuju dengan pkr dan dap. Nampak gayanya
ramai yang bercakaran dalam PKR , PAS dan DAP tak ngam saja....macam mana nak perentah negara...jadi darcar murba habis!!
rthtrhtr
htrhtrh
rthtrhtr
ergergreg
semua sajak tema politik je nampaknya
pelik btol la smua kenapa politik je sayembara akhir?
tema politik ke qalam suruh buat utk akhir ni???
pak kassim pnya sajak agak boleh tahan
pelik la ustaz rahman pnya sajak yg menang sbb aku rasa yg no 2 dgn bawah ada lagi elok
trhtrhtrh
rhthrth
thtrhtrht
hrthrthtrhter43tgbbxc
cerpen xde ke?
sajak je yg penuh mcm mana nk ulas?
anis lps cepat sgt smpai xde ruang nk ulas
anis jaga lagi awal dia lepas? adoi... hehe
wefewfew
Catat Ulasan