sayembara puisi Cr ke final
Berbahagialah
bila menemukan jati diri
hebat dapat lepas dari sedu rindu
terasa cukup luar biasa baginya
mengejar mimpi dan cita
hebat dapat lepas dari sedu rindu
terasa cukup luar biasa baginya
mengejar mimpi dan cita
padanya menemukan arti
lalu bertanya siapakah diri?
lalu bertanya siapakah diri?
terbang di udara oksigen
Menunggu tangkap berhasil
Menunggu tangkap berhasil
merayu kemudian mengurung aku
Tapi menunggu sampai meronta
Jangan lepas waktu kau dapat
Aku tak mungkin mati
Tapi menunggu sampai meronta
Jangan lepas waktu kau dapat
Aku tak mungkin mati
Oleh: Ambuyak
Sajak simbolik/25 November 2011 1:48 PTG
Sajak simbolik/25 November 2011 1:48 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011
Sdra Ambuyak pula dengan sajak simbolik pada apa ya? Tidak dinyatakan sadikit penerangannya. Kali ini bertajuk: MENGEJAR MIMPI DAN CITA. Pengucapannya agak samar dan mengelirukan pembaca , pastinya diolah dalam kaadaan yang tergesa-gesa. Jika disusun dengan baik dan berhati2,sajak ini boleh diangkat, tetapi ternyata lari dari maksudnya terutama pengucapan pada bait akhir semacam melompat-lompat agak longgar dan kurang menyakinkan.pembaca pun gagal menangkap maksudnya. Apa pun cuma Sekadar andaian mungkin menilai erti jati diri sebagai mengejar mimpi dalam cita.. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)
CERPEN BERTAJUK:
KEMBALINYA SEORANG MUALAF
Siri4
SEMENTARA itu dibalai lintang, Tok Ketua , Tok Iman dan Tok Bilal dan AJK masjid semuanya telah mengadakan mesyuarat tergembar, bagi menyangelarakan jenazah Mahmood dan kutipan derma untuk keluarganya.
Setelah mesyuarat selesai, dan kutipan derma kilat pun dibuat hamper dua ratus ringgit dapat dikutip dari sumbangan orang kampong, sekadar alah kadar demi membantu kesusahan keluarga Mahmood, begitulah kerjasama penduduk kampong hulu.
Dari kejauhan, kelihatan Umai dan Harban Sing dengan pakai baju hujan meredah di celah hujan renyai-renyai itu. Menghala ke masjid, kedua kaki seluar mereka dilipat hingga ke parasa lutut, kedua belah betis mereka disalut lumpur tanpa berkasut.
Umai menghampiri Tok Ketua, dia mengangkat tangan memberi hormat dan diikuti pula oleh Harban Sing,
“Aya!,,,” Suara Umai bagai tersekat di kerongkong. Dia menelan air liur, dan melontarkan suaranya
“Ayaa!... Tolonglah Ayah,Kita punya abang sudah kembali, Sana kampong punya dekat, itu kebun kelapa Nyonya Chu Thau.” Suara Umai terputus lagi. Kemudian dia menepok-nepok dahi kepalanya. Bagai tidak tertahan menanggong sedih.
Harban Sing memeluk Umai dan menepok-nepok bahunya agar bersabar dan menahan sedih. Umai pula bagai hendak pengsan nampaknya.
“Sabar Umai! Sabar!!.Ingat Tuan Ala,” kata Tok Ketua.
“Kita tidak ada kenal sapa, masa kecik-kecik sini kampong juga duduk, sekarang saya tidak punya saudara lagi. bapa sudah lama pergi, kini saya punya abang pula pegi, saya tak ada sapa lagi …Ayo yo…” Umai mengesat air matanya yang keluar , bagai tidak dapat dibendung lagi.
Harban Sing kelihatan diam dan tunduk saja. Dia cuma memerhati kesedihan yang dialami oleh Umai, namun di dalam hatinya dia juga turut menanggong sedih.kerana babak Umai dan Mahmood anak Ramlan kawan baiknya dahulu
“Jangan susah hati Umai, semua orang kampong akan tolong, jangan susah, jangan bersedih lagi,” Pujuk Tok Ketua kampong.
“Terima kasih Aya! Teima Kasihh!!”
“Sekarang kita sudah suruh satu orang kasi tahu OCPD, sikit jam OCPD akan datang, Sekarang kita semua boleh pergi rumah Mahmood,” kata Tok Ketua yang sengaja mengunakan loghat percakapan orang India baru belajar bahasa melayu.
Maaf ada ralat sadikit dalam siri ke tiga dalam cerpen ini:
Bukan Ramlan yang meninggal. tetapi Mahmood anak aruah Ramlan yang meninggal.
Maaf sekali lagi. begitu juga dengan ejaan yang salah jika Terlepas pandang.
Pengelola Sementara:
Pena Uara ganti tempat TA.
TOYO DI PENJARA
pasti besar sekali hikmah
di sebalik semua cerita
setiap kesalahan ada balasan
salah didunia bisa disorok
di akhirat nanti apakah jua mampu
hadapan mahkamah tuhan paling adil
jika benar beliau bersalah
maka hukuman itu wajar
itulah bukti keadilan sistem
selama ini kita pegang
usah dikaburi mata dengan permata
usah dibayangi hidup dengan dunia
apalah sangat harganya dunia
di sisi tuhan tiada nilainya
hanya kamu bawa cuma amal soleh
Nahul Hidzar
sajak buat toyo
MUSTAPA VS HASSAN
apa sudah jadi agaknya
bagai ada sesuatu tidak kena
bermain di kelompok minda
masing-masing punya agenda
atau hanya sebuah sketsa
hadir hangatkan suasana
sekadar beza pendapat
kadangkala untuk kebaikan
sekadar menambah perisa
bila sahabat mula berubah
pasti si sahabat mula terasa
mana pergi watak dahulu
sentiasa berdiri teguh bangun jatuh
kini seakan makin menjauh
mula meretak mahu pecah
harus ada jalan penyelesaian
buang yang keruh ambil yang jernih
jika salah sama betulkan tegakkan
Geletek Malam
sajak nasihat
LANGIT KOSONG
Ini bukan perkara besar
Mungkin bayangan ataupun
ia hanya sekilas kata diperjalanan
Apa bezanya bila pilihan
Tak selalu sama ketika
duri menusuk di kepala
Menguapkan seluruh tenagaku
Aku berpaling menatap bulan
kelihatan bintang ada disitu
sedang matahari diketepikan
ketika itu keliharan langit kosong
Ustaz Mahfuz
sajak sinis
GELAGAT SI MERAH DAN SI BIRU
Si merah terlihat rakus menjilat kekotoran penuh semangat
walau angin bertiup gejolaknya
Lancang nafasnya panas udara
lalu tumbuhlah ia sebagai pemusnah
si biru walaupun lembut membelai hening malam sunyi berhembus,
dia tegar menari ceria
walau ramai mahu menembusinya
dia tetap tegar berdiri
Menunggu nyawa untuk ia curi
Prof Naquib
sajak simbolik politik
1. Nahul Hidzar berkata...
TOYO DI PENJARA (TK)
pasti besar sekali hikmah
di sebalik semua cerita
setiap kesalahan ada balasan
salah didunia bisa disorok
di akhirat nanti apakah jua mampu
hadapan mahkamah tuhan paling adil
jika benar beliau bersalah
maka hukuman itu wajar
itulah bukti keadilan sistem
selama ini kita pegang
usah dikaburi mata dengan permata
usah dibayangi hidup dengan dunia
apalah sangat harganya dunia
di sisi tuhan tiada nilainya
hanya kamu bawa cuma amal soleh
Oleh: Nahul Hidzar
sajak buat toyo/25 Disember 2011 1:37 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra. Nahul Hidzar dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk: TOYO DIPENJARA. Tema isu semasa. Pengucapannya berbentuk gambaran situasi urutan pihak tertentu nampaknya. Namun kesahihannya hamper sama bila dua orang MB selanggor sebelum ini telah di jatuhakan. Mesejnya mengambarkan, kepada rakyat soal jatuh menjatuhkan perkara biasa dalam politik. Sebenarnya perkara business ini soal peribadi ada untung dan ada rugi. Cuma mungkin salah guna kuasa dan kedudukannya. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar . cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi. TK)
2.Geletek Malam berkata...
MUSTAPA VS HASSAN (TK)
apa sudah jadi agaknya
bagai ada sesuatu tidak kena
bermain di kelompok minda
masing-masing punya agenda
atau hanya sebuah sketsa
hadir hangatkan suasana
sekadar beza pendapat
kadangkala untuk kebaikan
sekadar menambah perisa
bila sahabat mula berubah
pasti si sahabat mula terasa
mana pergi watak dahulu
sentiasa berdiri teguh bangun jatuh
kini seakan makin menjauh
mula meretak mahu pecah
harus ada jalan penyelesaian
buang yang keruh ambil yang jernih
jika salah sama betulkan tegakkan
Oleh: Geletek Malam
sajak nasihat /25 Disember 2011 1:39 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra. Geletek Malam dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk: MUSTAFA VS HASSAN. Tema isu semasa. Pengucapannya berbentuk gambaran situasi urutan kepada pihak tertentu. Namun kesahihannya hamper sama kepada ahli parti yang enggan mengikut arahan kepala atau iman yang tidak boleh ditegur dalam solat berjemaah, biasanya yang engkar di jatuhakan dan disingkerkan. Mesejnya sama dan rakyat pun mengerti soal jatuh menjatuhkan perkara biasa dalam politik.terutama bila ada kuasa dan kedudukannya. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar . cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi. TK)
3. Ustaz Mahfuz berkata...
LANGIT KOSONG (SM)
Ini bukan perkara besar
Mungkin bayangan ataupun
ia hanya sekilas kata diperjalanan
Apa bezanya bila pilihan
Tak selalu sama
Ketika duri menusuk di kepala
Menguapkan seluruh tenagaku
Aku berpaling menatap bulan
kelihatan bintang ada disitu
sedang matahari diketepikan
ketika itu kelihatan langit kosong
Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak sinis dalam simbolik /25 Disember 2011 1:47 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Ustaz Mahfuz dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk LANGIT KOSONG. Tema isu semasa sinis politik terkini. Pengucapannya menarik simbolik pada ungapannya dan boleh diterima ada daya kreatif dan puitisnya. Mesejnya menyentuh tentang apa yang berlaku lewat kebelakangan ini . Apa pun sebagai seorang pemikir dan pencatat masa, sekadar dapat menilai cekerawala mana yang layak untuk mengisi kekosongan di langit Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
4. Prof Naquib berkata...
GELAGAT SI MERAH DAN SI BIRU
Si merah terlihat rakus
menjilat kekotoran penuh semangat
walau angin bertiup gejolaknya
Lancang nafasnya panas udara
lalu tumbuhlah ia sebagai pemusnah
si biru walaupun lembut
membelai hening malam sunyi berhembus,
dia tegar menari ceria
walau ramai mahu menembusinya
dia tetap tegar berdiri bergaya
Menunggu nyawa untuk ia curi
Oleh: Prof Naquib
sajak simbolik pada politik/25 Disember 2011 1:48 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Prof Naquib dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk GELAGAT SI MERAH DAN BIRU Tema isu semasa berbau politik terkini. Pengucapannya menarik simbolik pada ungapannya dan boleh diterima ada daya kreatif dan puitisnya. Mesejnya menyentuh tentang apa yang berlaku diantara si merah dan si biru. Apa pun sebagai seorang pemerhati bebas sekadar dapat menilai kelompok mana yang rangkus mencari mangsa dan kelompok mana yang bersahaja menarik mangsa dan menjinakkanya. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
BUNGA KOPI
Bunga Kopi Menebar Senyum
Kala itu waktu pagi meremang sepi
hening tiada keraguan menyambut
sepasang burung bersiap
terbang di langit biru.
Sejenak bertemu berpandang,
bertukar jejak pada pelupuk mata,
semoga di musim akan datang,
jika bunga kopi tersenyum,
sesaat hening di mentari naik
terlarut dalam berkata,
berpikir dan merasakan
Prof Lanang
sajak simbolik
KEMARAU
Nikmatmu semakin kujangkau
Bagai terjebak dalam dunia
tanpa nafas akankah dekat
di antara kita dalam beningnya
sepucuk ikrar suci kelopak harapan
mekar pupus sebiduk penantian
Aku belummenanggung kenyataan suram
Tapi membuatku tak berdaya
mengharapkan bagaimana mungkin
kata-kata kadang tak berarti
Untuk sekian lama kemarau
kadang menyakitkan
Pagok Lana
sajak simbolik
RIUH RENDAH
siang ini di jalanan ramai
riuh rendah panas mencekam
terik matahari membakar otak,
aku berjalan dengan kekerahan hati
agar kekusutan ini terlintas pergi
bersama beranjaknya sesaat
walau aku yakin semua berakhir
pada sebuah tanda tanya.
sepanjang jalan ramai hiruk pikuk
Roy Rashid
sajak simbolik apabila pulang dari berniaga pasar malam
WAKTU SEPERTI MERAYAP
Waktu seperti merayap
Hari seolah tak pernah berganti
Tapi perasan semakin menyesak kalbu
Makan hanya ingat badan
Tidur hanya sekadar memejamkan mata
Karena hatiku gundah gulana
berpikir jiwa yang serba salah
walau senyumku pada biru tapi
hati mahu berpaling kepada mentari
sesungguhnya dalam kalbuku mendung tapi kuharus hadapi karena
hanya ini satu-satunya cara
untukku sekedar menghilangkan
Waktu yang segerakan berlalu
Jalil Janggut
sajak serba salah
25 Disember 2011 5:57 PTG
1. Prof Lanang berkata...
BUNGA KOPI
Bunga Kopi Menebar Senyum
Kala itu waktu pagi meremang sepi
hening tiada keraguan menyambut
sepasang burung bersiap
terbang di langit biru.
Sejenak bertemu berpandang,
bertukar jejak pada pelupuk mata,
semoga di musim akan datang,
jika bunga kopi tersenyum,
sesaat hening di mentari naik
terlarut dalam berpikir
sebelum melontarkan bicara.l
Oleh: Prof Lanang
sajak simbolik/25 Disember 2011 10:04 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Prof Lanang dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk BUNGA KOPI. Tema isu semasa. Pengucapannya menarik simbolik pada ungapannya tetapi agak samar.dan sukar menangkap maksudnya. Mesejnya menyentuh tentang kemesraan dan ketenangan dalam kehidupan dengan simboliknya di waktu hening pagi.. Apa pun sebagai seorang pemerhati dan ahli fikir mereka lebih suka keadaan harmoni seperti bunga kopi yang kembang dan beburung yang bebas terbang menekmati keindahan bersama sinar mentari dan bermesra bertukar pandangan.berfikirlah akan apa yang kita nekmati selama ini. Cuma andaian Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
2. Pagok Lana berkata...
KEMARAU (TK)
Nikmatmu semakin kujangkau
Bagai terjebak dalam dunia
tanpa nafas akankah dekat
di antara kita dalam beningnya
sepucuk ikrar suci kelopak harapan
mekar pupus sebiduk penantian
Aku belum menanggung kenyataan suram
Tapi membuatku tak berdaya
mengharapkan bagaimana mungkin
kata-kata kadang tak berarti
Untuk sekian lama kemarau
kadang menyakitkan
Oleh: Pagok Lana
sajak simbolik/25 Disember 2011 10:08 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra. Pagok Lana dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk: KEMARAU. Sajak bila agaknya? Tema simbolik pada ungapan jiwa2 saja. Pengucapannya pun terlalu biasa dan bersahaja gambarannya. Apa pun mesej yang hendak disampaikan semacam ada rasa resah dan ragu dalam diri sendiri kerana terelalu lama menanti musim kemarau yang enggan berlalu, kini hati cukup terseksa dan menyakitkan, Mana tahan?.. Cuma andaian.. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar daya kreatif dan puitisnya nya . cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi.(TK)
3. Roy Rashid berkata...
RIUH RENDAH (TK)
siang ini di jalanan ramai
riuh rendah panas mencekam
terik matahari membakar otak,
aku berjalan dengan kekerahan hati
agar kekusutan ini terlintas pergi
bersama beranjaknya sesaat
walau aku yakin semua berakhir
pada sebuah tanda tanya.
sepanjang jalan ramai hiruk pikuk
Oleh: Roy Rashid
sajak simbolik apabila pulang dari berniaga pasar malam/25 Disember 2011 10:09 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra. Roy Rashid dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk:RIUH RENDAH. Tema simbolik . cerita di pasar malam. Pengucapannya boleh diterima biasa dan bersahaja gambarannya. Apa pun mesej yang hendak disampaikan menghilangkah rasa keresahan dengan riuh rendah dengan melibatkan diri dalam perniagaan boleh melupakan peristiwa yang lalu.agaknya.. Cuma andaian.. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar daya kreatif dan puitisnya nya . cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi.(TK)
4. Jalil Janggut berkata...
WAKTU SEPERTI MERAYAP
Waktu seperti merayap
Hari seolah tak pernah berganti
Tapi perasan semakin menyesak kalbu
Makan hanya ingat badan
Tidur hanya sekadar memejamkan mata
Karena hatiku gundah gulana
berpikir jiwa yang serba salah
walau senyumku pada biru muda tapi
hati mahu berpaling kepada mentari
sesungguhnya dalam kalbuku mendung
tapi kuharus hadapi karena
hanya ini satu-satunya cara
untukku sekedar menghilangkan
Waktu yang segerakan berlalu
Oleh: Jalil Janggut
sajak serba salah/25 Disember 2011 10:14 PTG
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra Jalil Janggut dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk WAKTU SEPERTI MERAYAP Tema dilanda kemelut dilema serba salah Pengucapannya menarik dan bersahaja ada simbolik juga.. Mesejnya menyentuh tentang keresahan yang dialaminya bagaikan berada dipersimpangan jalan, mana satu yang mahu di tuju? Apa pun sebagai seorang yang masih matang untuk berfikir tentulah menilai dari segi baik dan buruknya persediaan jalan yang kita rasa lebih selesa untuk dilalui selama ini.Bukan cakap tidak serupa bikin? Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
kesian mahmood
dia nnt dikebumi di mana???
mcm mana nsib anak2 mahmood
bini mahmood mana?
mahmood ni sblm msuk islam dia pakai nama apa?
mcm mana mahmood tiba2 boleh msuk islam
eh! heboh 1 kampung mahmood meninggal ke msa ni
wah! smua bangsa dtg kuat pengaruh mahmood ni
umur mahmood berapa masa ni?
cerita benar atau rekaan semata?
suspen jgk cerpen ni
Catat Ulasan