Sabtu, 17 Disember 2011

11.MERESAP





 
 sayembara puisi  ke final


Kuresapi nikmati sunyinya malam
kurengkuh kegelapan dalam pelukan
ku pungut serpihan bintang-bintang Kupacakkan kedada bumi
Agar jadi bunga kehidupan Kuteguk air suci dari sungai
kehidupan yang dialirkan kumpul debu suci setiap perjalanan
Kugenggam ia menjadi satu harapan
terkoyak duri mengganggu langkah buat kaki-kaki disepanjang jalanan
Kurangkai setiap kelopak bunga
Menjadi untaian kalung keyakinan sematkan kedalam denyut nadi,
biar mengalir bersama darah yang membalut tubuh dan jiwa
Membimbingku meresap sunyinya malam

 
Oleh:Apek Liew
sajak dari wa pnya kawan SYED UWAIS bersara dari guru bahasa
di SMK Kuala Kangsar 28 November 2011 2:25 PTG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI SEPARUH AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Apek Liew masih menerima sajak cikgu bahasa dan sastra yang telah bersara , kali ini dengan betajuk: MERESAP. Pengucapannya terlalu biasa buat orang berjiwa perasa.,namun samar dan mengelirukan Cuma indah pada pengunaan bahasa yang diolah pada bait-baitnya atau dengan kata lain pandai bermain dengan ungapan bahasa, Temanya tidak dinyatakan.mesej keindahan malam. Penceritaannya mungkin si penulis sedang menekmati rasa keindahan alam dan kesunyian malam yang dihayatinya,lantas diresapi dan dipergunakan malam itu untuk menilai atau muhasabah dirinya kearah jalan yang diredhai disisi Allah swt. Ke empat sajak kali ini baik tetapi 2 sahaja yang layak. Kami memelih mesej berat . Apa pun harap maaf dan thaniah cuma di sini sahaja penyetaan anda buat kali ini terpaksa berhenti di sini (TK).

Nurimanja berkata...

CERPEN PERGI KEPALA PENGHUNI RUMAH PUTIH

siri kedua.

Semua keluarga kepalapenghuni umah putih telah dibendung rasa kesayuan, air mata kasih keluar berjujuran. Terasa sebak di dada hendak bernafas, kesayuan terasa bagai bergantung di mana-mana di ruang rumah itu.

Malam itu kampong Mas Tepawan menjadi gempar. Semua sanak saudara, dan sahabat handai telah dihubungi dari kampung hulu hinga ke kampong hilir. Semuanya merasai akan kesedihan itu. Ramai keluarga yang terdekat berpusu-pusu dating. Ada yang mengeloh dan menghurut dada, ada yang meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana iada lagi dapat bertemu wajah.

Waktu itu ; wajah kepala penghuni umah putih sileh berganti terbayang di ruangan mata para pengunjung yang datang bersimpati. Akhirnya mereka bercadang untuk mengadakan solat ghaib, solat hadiah, doa tahlil, bacaan yasin dan khulhu selama tiga malam berturut-turut. untuk menghadiahkan kepada aruah kepala penghuni rumah putih.

Bila malam semankin dicengkam kesepian, setiap ruang rumah putih itu bagai diisi dengan lambang kesayuan, kepoi asap keminyan masih lagi mengambakkan baunya di segenap penjuru. Anak-anak kecil seprti mengerti; Malam itu tiada ketawa riang, tiada tempek sorak atau gurau senda, malah, semua anak cucu terasa semacam ada satu kehilangan besar daripada satu pemergian yang tidak akan kemabli. lagi. semuanya diam bagai melayani hati sendiri.

Ramai saudara mara, sahabat handai mengalirkan airmata, masing-masing erpandangan di tengah ruang rumah, kerana tiada mayat kepala penghuni rumah putih,Inilah yang menjadikan mereka sedih dan sayu, masing-masing duduk termanggu dan terharu.

Anak gadis bungsu penghuni rumah putih merupakan penanggung derita yang paling tenat, kedua kelopak matanya dibendung air jernih yang mengalir bagai tidak mahu berhenti, sehingga kedua kelopak matanya menjadi kembang dan bengkak.

bersambung esok...

Geletek Petang berkata...

Pas takut bayang-bayang sendiri
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tindakan Pas mengheret UMNO dan menuduh Pengerusi Hal Ehwal Agama,
Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas
Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda parti Melayu terbesar itu
jelas menunjukkan parti itu takut kepada bayang-bayang mereka sendiri. petekan akhbar UM


KOMENTAR

PAS membangun dahulu kini dan selamanya bukan bersama Islam , tetapi bersandarkan di atas
meletakan kesalahan diri sendiri kepada orang lain terutamanya UMNO jadi sasaran, Rakyat perlu
perasan dan menilai kembali, kerja ini bukan sekali sudah mangli. Begitulah caranya

Pagok Lana berkata...

TURUN KE BUMI

turunlah ke bumi
kerna langit berubah menjadi abu
kunang-kunang malam yang terang
tak bertandang di bulan ini
hanya kelelawar senja berpadu
memadu kasih tanpa sayap megahnya
bumi telah lama terinjak pergi
beri kesempatan bernafas lega
bungkam mulut busuk penuh caci
mentari menari-nari
apa terus tersipu seperti itu?
gerakkan sepatu lama itu
baju sudah lama tergantung
nyaris berkarat dek teriakan kosong

Pagok Lana
sajak sinis

Atan Yahoo berkata...

SATU KATA BERNYAWA

satu kata satu roh bernyawa
kian tersesak menghimpit jiwa raga
kini manusia tak mau kalah
lahirkan jutaan bayi
kata puja puji seolah memupuk
tapi kau tahu terjadi saat ini?
setelah hadir didunia
bayi mengembara sendiri
di lembaran putih realiti nyata
buaian hanyalah buaian
karna kata telah porak poranda

Atan Yahoo
sajak tentang pembuangan bayi

Anjang Aku berkata...

JALANAN SUNYI

ku ingin mulai lagi langkahku
susuri jalanan dulu masih sama
penuh sampah-sampah dan gelak riang
apa yang terjadi! ditempat ini.
tempat yang sama kala itu.
tak ku temukan lagi kesunyian dulu.
kesunyian penuh ketegangan.
mungkin dewa sunyi sudah mati.
hingga singgasananya runtuh.
kini tatapan malam semakin jauh
terus mengelak diajak bicara.
bunyian tak lagi sama
sepoi angin tak lagi menyejukan
apakah semuanya berubah? berpindah?
biarkanlah kuingin susuri
jalananku yang dulu.

Anjang AKi
sajak tentang perubahan yg berlaku di tempat saya

NAhul Hidzar berkata...

DUDUK MERENUNG

Setahun sudah roda berputar
Kini saatnya kita belajar menapak
Dataran kecil hingga sandaran
Aku bahagia setahun sudah umur kita
Seribu janji tlah kita langgar
Tapi sejuta lagi kita buat
Aku bahagia Mari duduk dan merenung

NAhul Hidzar
sajak simbolik

Mr CAsanova berkata...

HATI MURNIMU

hati rasa mahu lari laju-laju.
terbang tinggi sampai cecah awan.
mahu berenang sampai laut merah.
mahu menjerit atas gunung
mahu pijak atas kelikir tajam.
mahu baring atas daun pisang.
mahu duduk atas batu hitam kabur.
mahu senyum bersama laut biru
mahu tanam badan dalam pasir
mahu kejar bayang bayang sendiri.
mahu melompat sampai ke pelangi
mahu hidup sampai seribu tahun.
sampai akhir hayat ku mahu
selalu dekat sama hati murni kau.

Mr CAsanova
sajak ceria

Syed Faizal berkata...

MENJENGAH KEPADAMU

Izinkan aku menjengah kepadamu
mengintai di balik awan
menyentuh bebola matamu
menyapa kamu melimpah tiada
menghangatkan tidak
Izinkan aku hadir titipkan sinar
biar tidak seterang mentari
biar tidak seindah rembulan

Syed Faizal
sajak terkenang

Sang ARjuna berkata...

DIRIKU DALAM MIMPIMU

Tak perlu menangis lagi
mengingkari cinta telah terjadi
Hadapi dan terima sepenuh hati
Tak usah hirau jalan ditempuh
Meski terhalang badai
aku sudah tahu mana harus berlabuh
Meski kau melangkah lebih dulu
Aku akan tetap merestuimu
hidup terlalu indah khabarkan cinta
Selalu ku ukir kata di dalam hatimu
Bawa diriku selalu didalam mimpimu

Sang ARjuna
sajak jiwa2

Datuk Murad berkata...

BAHAGIA

Hadirya memberikan suatu yang baru
mampu menenangkan risau dalam hati
mampu mejadi penyejuk jiwa
Lembutnya tutur kata
Ketulusan cinta membuatku
semakin tak berdaya
Membayangkan parasmu
hati ini menjadi tenang
Berada disampingmu jiwa ini damai
Rasa gundah melanda berlahan pergi
kini rasa bahagia yang kurasakan

Datuk Murad
sajak buat isteri datin maimun semperna menyambut ulang tahun perkahwinan

Qalam Mutiara berkata...

17 Disember 2011 10:10 PG
1. Pagok Lana berkata...

TURUN KE BUMI (SM)

turunlah ke bumi
kerna langit berubah menjadi abu
kunang-kunang di malam yang terang
tak bertandang di bulan ini
hanya kelelawar senja berpadu
memadu kasih tanpa sayap megahnya
bumi telah lama terinjak pergi
beri kesempatan bernafas lega
bungkam mulut busuk penuh caci
mentari masih menari-nari
apa terus tersipu seperti itu?
gerakkan sepatu lama itu
baju sudah lama tergantung
nyaris berkarat dek teriakan kosong

Oleh: Pagok Lana
sajak sinisdan simbolik /17 Disember 2011 2:44 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Pagok Lana kali ini sajak keduanya agak mencabar dengan tajuk TURUN KE BUMI. Tema tidak dinyatakan sekadar simbolik dalam sinis ungapannya saja.Pengucapannya ada daya kreatif yang tinggi, harap bukan palagiat. Bicaranya bukan semacam di negara kita, apa pun ada juga perbandingan dengan situasi masa terkini.sekadar andaian saja. Isu politik juga sepatutnya para pemimpin YB turun ke padang melihat keadaan di bawah, jangan bercakap kosong. Asyik di kerusi lembut, memutar belit untuk mengukuh kedudukan dan bertukar pula di kawasan lain untuk tahun depan mempengaruhi pengundi lain pula. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

2. Atan Yahoo berkata...

SATU KATA BERNYAWA (TK)

satu kata satu roh bernyawa
kian tersesak menghimpit jiwa raga
kini manusia tak mau kalah
lahirkan jutaan bayi
kata puja puji seolah memupuk
tapi kau tahu terjadi saat ini?
setelah hadir didunia
bayi mengembara sendiri
di lembaran putih realiti nyata
buaian hanyalah buaian
karna kata telah porak poranda

Oleh: Atan Yahoo
sajak tentang pembuangan bayi/17 Disember 2011 2:48 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra. Cikgu Atan Yahoo dengan sajaknya bertajuk: SATU KATA BERNYAWA. Tema sudah baik pembuangan bayi sahaja Tajuk dan Pengucapannya agak samar dan mengelirukan walaupun daya kreatifnya ada.. Pembaca gagal menangkap maksud atau isi ceritanya sedangkan temanya mudah
.. Harap beri penyusunan yang teliti bila menyatakan isi ceritanya. tidak terlalu terlompat-lompat yang boleh mengagalkan mesej atau penyampaiannya.Apa pun kali ini diberi peluang sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

3. Anjang Aki berkata...

JALANANNYA SUNYI (SM)

Aku kepingin mulai langkahku
susuri jalanan dulu yang masih sama
penuh sampah-sarap dan gelak riang
tetapi apa yang telah terjadi kini?.
tempat yang sama dikala itu.
tidak ku temui lagi kesunyian dulu.
suasana penuh ketegangan.
mungkin dewa sunyi sudah mati.
hingga singgasananya runtuh.
kini tatapan malam semakin jauh
terus jauh untuk diajak bicara.
irama sunyi tidak seindah dahulu
sepoi angin tidak lagi menyejukan
sewaktu aku masih muda dulu
apakah semuanya telah berubah?
kini aku gagal mencari jalananku yang dulu.


Oleh: Anjang Aki
sajak tentang perubahan yg berlaku di tempat saya/17 Disember 2011 2:52 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Atuk Anjang Aki dengan sajak ke duanya bertajuk: JALAN YANG SUNYI. Tema isu semasa setempat agaknya Pengucapannya agak menarik nostalgia seorang tua, ada daya kreatifnya Pembaca boleh dibawa menghayatinya bersama. Mesejnya menarik bila kita dibawa terkenang ke sebuah tempat mungkin yang dahulunya tenang dengan kesunyian, kini dilanda kesebukan pembangunan perumahan atau bandar baru yang tumbuh bagai cedawan lepas hujan. Itulahlah perkembangan kemajuan negara kita. Layak menyertai sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

4. Nahul Hidzar berkata...

DUDUK MERENUNG (SM)

Setahun sudah roda dunia berputar
Kita pun telah banyak belajar saat menapak
Melalui dataran kecil hingga jajarannya
Aku bahagia sudah setahun umur kita
Seribu janji telah pun kita langgar
Tapi sejuta lagi janji kita padu semula
Namun aku masih juga bahagia disini
Kini mari kita duduk merenung dan memikirkan
Masa kahadapan yang penuh mencabar.

Oleh: Nahul Hidzar
sajak simbolik pada kehidupan /17 Disember 2011 2:53 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra. Nahul Hidzar dengan sajaknyabertajuk: DUDUK MERENUNG. Pengucapannya boleh diterima dan menarik juga. Sadikit pembetulan telah dilakukan isinya tidak lari. Tema kehidupan bersimbolik pada ungapannya. Pembaca terpaksa membaca dua atau tiga kali bagi menangkap isi maksudnya. Bicaranya lebih kurang sama dengan sajak Datuk Murad, cuma lebih sadikit pada daya kreatif dan puitisnya mesejnya sekadar merenung dan menilai kehidupan bersama pasangannya.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

5. Mr CAsanova berkata...
HATI MURNIMU (TK)

hati rasa mahu lari laju-laju.
terbang tinggi sampai cecah awan.
mahu berenang sampai laut merah.
mahu menjerit atas gunung
mahu pijak atas kelikir tajam.
mahu baring atas daun pisang.
mahu duduk atas batu hitam kabur.
mahu senyum bersama laut biru
mahu tanam badan dalam pasir
mahu kejar bayang bayang sendiri.
mahu melompat sampai ke pelangi
mahu hidup sampai seribu tahun.
sampai akhir hayat ku mahu
selalu dekat sama hati murni kau.

Oleh: Mr CAsanova
sajak ceria/17 Disember 2011 2:56 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Mr Casanova kali ini sajak ke duanya muncul dengan tajuknya :HATI MURNIMU . Tema nampak ceria pun jiwa2 nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja tapi banyak ungapan ulangan. Sebaiknya dielakan. . Bicaranya atau mesejnya menyentuh tentang kisah orang muda punya biasa. Dengan harapan tinggi mengunung untuk menghilangkan haserat hati yang lamanian terpendam rasa untuk hidup berkeluarga. Apa pun semoga berjaya agar tuhan makbulkan . Amin! Harap maaf cuma disini saja dahulu terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

6. Syed Faizal berkata...

MENJENGAH KEPADAMU (TK)

Izinkan aku menjengah kepadamu
mengintai di sebalik awan biru
melihat bebola matamu
yang lembut dan syahdu
menyapa kamu melimpah tiada
menghangatkan tidak
Izinkan aku hadir titipkan sinar
biar tidak seterang mentari
biar tidak seindah rembulan
namun hati tetap senang menatapnya.

Oleh: Syed Faizal
sajak terkenang/17 Disember 2011 2:58 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Syed Faisal Dengan sajak ke duanya bertajuk: MENJENGAH KEPADAMU . Temanya terkenang tapi jiwa2 juga nampaknya. Pengucapannya biasa dan bersahaja.tapi masih perlu diperbaiki lagi. Bicaranya atau mesejnya sama saja menyentuh tentang kisah orang muda punya biasa..jangan siapa kata apa. Lautan api akan direnangi, jalan berduri akan dirempuhi itulah penyakit yang sedang bergelora diamuk badai cinta. Harap maaf cuma disini saja dahulu terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

7.Sang Arjuna berkata...

DIRIKU DALAM MIMPIMU (TK)

Tak perlu menangis lagi
mengingkari cinta telah terjadi
Hadapi dan terima sepenuh hati
Tak usah hirau jalan ditempuh
Meski terhalang badai
aku sudah tahu mana harus berlabuh
Meski kau melangkah lebih dulu
Aku akan tetap merestuimu
hidup terlalu indah khabarkan cinta
Selalu ku ukir kata di dalam hatimu
Bawa diriku selalu didalam mimpimu

Oleh: Sang Arjuna
sajak jiwa2/17 Disember 2011 3:01 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Sang Arjuna Tapa kali ini sajak ke duanya bertajuk:DIRIKU DALAM MIMPIMU. Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Bicaranya atau mesejnya menyentuh tentangkisah orang muda punya biasa..jangan siapa kata apa. Lautan api akan direnangi, jalan berduri akan dirempuhi itulah penyakit yang sedang bergelora diamuk badai cinta di hati anak muda jiwa remaja. Harap maaf cuma disini saja dahulu terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

8. Datuk Murad berkata...

BAHAGIA (TK)-P

Hadirya memberikan suatu yang baru
mampu menenangkan risau dalam hati
mampu mejadi penyejuk jiwa
Lembutnya tutur kata
Ketulusan cinta membuatku
semakin tak berdaya
Membayangkan parasmu
hati ini menjadi tenang
Berada disampingmu jiwa ini damai
Rasa gundah melanda berlahan pergi
kini rasa bahagia yang kunekmati
Terlalu sukar untuk dinilai hingga ke akhir nanti..

Oleh: Datuk Murad
sajak buat isteri datin maimun semperna menyambut ulang tahun perkahwinan/17 Disember 2011 3:03 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE DUA CITRANURI BUAT AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Datuk Murad kali ini sajak ke duanya bertajuk: BAHAGIAN . Tema kebagaian dalam kehidupan seharian. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Bicaranya atau mesejnya menyentuh tentang kebahagian hidup bersama pasangan yang sukar dinilai .Sajak ini ada persamaan dan persaiang dengan sajak sdra Nahul Hidzar bertajuk duduk merenung. Apa pun setelah dinilai layak untuk tempat ke lima (P) pertembangan semula. Harap maaf Cuma disini saja dahulu terpaksa berhenti (TK)-P

Tinta Azimad berkata...

kali ini semua sajak jiwa2 tersingkir. kerana terlau biasa saja ungapan puitisnya.

Raja Ahmadiah berkata...

penghuni rumah putih tu sapa?

Paloi Atang berkata...

apa yg berlaku kt dia?

Dayang berkata...

kenapa smua sedih je?

Anjang Aki berkata...

mcm ada kematian je

Pak Kassim berkata...

cerpen ni sy dh thu akhirnya mcm mana tp xpe biarlah org xthu baca sampai hbis

Prof Naquib berkata...

rumah putih berhantu ke?

Abul Hassan berkata...

rumah putih! mcm pnh baca

Simsalabin berkata...

sedih tau cerpen ni yg mne xthu baik baca sampai hbis

Pak Awang berkata...

misteri cerpen ni

Karim Ghani berkata...

cerpen yg agak menyedihkan