Khamis, 3 November 2011

KITA SERING BERGELUT MEMBURU KEJAYAAN






Saban pagi kita bergelut
dahulu kemudian memburu kejayaan
dalam perjalanan yang sadikit
dan mengerikan ini.


Begitulah arti kehidupan
ketika wajah kita meniti usia senja
kita alpa yang perjalanan ini
kian hampir tamat dan berhenti


Oleh; Nurimanja,
catatan hari-hari terakhir cuti persekolahan
 15 / 10 / 2002  terbit semula 3hb. November 2011.




30 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

Qalam'

Sajak en nuri ini bicara tentang kita yang sering bergelut dengan tugas dalam kehidupan seharian.

Kekadang dahulu kemudian , naik kereta, sehingga tidak sedar usia meniti senja , nak pencen dah.

Sajak memori lama agaknya.

Geletek Petang berkata...

Semlam aku dengar tuk iman yang kuat
BN itu dia mula baca tarhim waktu pagi sbelum subuh,Dulu dia merajuk
letak jawatan ada yang tak kena.

Najib kata tahun depan tuk iman dan ketua desa akan dipilih dan beri peluang tunai haji. Tahun ini cuma
permulaan 110 orang saja.

Suara Rakyat berkata...

REMBULAN DALAM KELAM

Cinta seputih selembut awan
Perih dalam dekapan
Lihat apa ketulusan tak tertawar
Lebur menyatu dalam rindu berakar
Lihat lautan kasih membiru meraja
gelombang kasar penuh angkara
rembulan bersinar dalam kelam
Tetap saja hampa menikam
Alangkah anggun berjalan
Berkisah luka mendalam

Suara Rakyat
sajak ni sajak lama jumpa balik

Raja Muda berkata...

JANTUNG BERKENCANG

Jantung fikiran berlari kencang
Secepat angin berhembus
dari selatan ke utara
Awan tak lepaskan mahkota,
ia dilengkapi butiran bintang
nyawa tengah dilanda resah disana
Daun menari bimbang
Seperti rindu tak henti mendera
Melebihi bunyi siren kelmarin
Sekarangku mengukur jarak
Angin semakin kencang
dalam kibaran daun yang gugur

Raja Muda
sajak dari yg datuk sy baginda minat sajak2 ni jd dia sumbangkan sajak melalui sy sajak tentang isu semasa

Putera Damien berkata...

PAGI MERAYAP

pagi mulai merayap
tapi aku belum juga hendak terlelap
aku ingin menghirup harum bunga
hingga hatiku tertumpu disana
mmembuatku menyesali kejujuran
tak pernah ku akui karena
tak pernah ku mengerti lalu
kita sama-sama tetap tersenyum
meski hati luka

Putera Damien
sajak terkenang

Vijay KUmar berkata...

Cinta diujung senja

Senja hari ini
mengapa begitu berbeza
tak tampak langit barat
berarak merah pekat
semua tertututp awan jingga
mengapa begitu berbeza
saat hidup semakin senja
cinta sejati peluk raga
buatku rasakan kejam
cinta belum merekah
bak bunga belum ternoda
tapi rasa ini telah
tenggelam dalam sanubari jiwa
terantuk di ujung senja
lewat harum kamboja di pelabuhan

Vijay Kumar
sajak ni seperti biasa sy minta bantuan utaya lagi mngkin sepanjang sayembara sy akan minta bantuan dia

Dewi Sagennta berkata...

SERAUT WAJAH

Melintas di depan mata
Bayangan seraut wajah biasa……
Tapi membuatku gila
Kemanapun aku pergi
Selalu saja mengikuti
Kearah mana kulangkahkan kaki
Selalu membayangi seraut wajah
Begitu erat melekat
Membuatku serba salah

Dewi Sageenta
sajak kegelisahan

MOna berkata...

SEL SEL KELABU

Aku hanyalah sel sel kelabu diantara menjelajah jiwa…
berdiri di atas meteor
rambutku berkibar memercikkan debu bintang mataku menggenang,
menyusun tangis pilu…
air mataku kristal menghujani
Tak bisakah kau temukan kembali tanda mata dulu pernah terbuang.

Mona
sajak kesedihan

Mia Safiyah berkata...

RAPUHNYA SAYAPKU

Sayap rapuh tak bisa menerjemahkan
hatimu terlalu rendah
langkahku sempit aku tak bisa menelusuri luas pikiranmu..
Terlaru kecilnya aku…
Pelukku pun tak erat
Tak bisa benamkan emosimu
Terlalu lemahnya aku…
Biarkan aku tetap disini
menjadi teman dari sepi
semakin menghimpit hari

Mia Safiyah
sajak simbolik

Datin maimun berkata...

HAMBAR

Hampa Hambar kenapa tak bicara?
aku makin terperosok dalam gelap
kau warnai dengan gundah
kalut cinta kujaga sedemikian rupa
berakhir sebagai selonggok
dilema kenapa kau diam saja?

Datin Maimun
sajak dulu2 pnya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Suara Rakyat bertajuk REMBULAN DALAM KELAM.. Sajak ini tidak dinyatakan sinoksisnya, nampak tema munkin politik agaknya. Apa pun pengucapannya agak kabur dan Mmayangkan suatu puak yang dalamkegeliahan engharapkan sebuah sinar masa depan yang agak mencabar kerana gelagat dan keceluparan memutar biltkan fakta ketua kepimpinan mereka sendiri.lain kata senja menikam diri sendiri. Krana sebuah parti yang ingin mnegakkan Agama menyokong tidakkan yang bertentangan dengan agama kerana menghomati kawankawan seperjuanannya. Apa pun sajak berbau politik ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Raja Muda juga hasil catatan pena datukndanya bertajuk; FIKIRANKU BERLARI, JANTUNG BERDEBAR KENCANG. Pengucapannya agak simbolik tetapi boleh dikesan maksudnya. Sajak ini mengatasi sajak Sdra Suara Rakyat dengan tema berbau politik. Tetapi berbeza dengan datuknda raja muda menyentuh tentang segelinter rakyat yang cuba menganggu gugat intiutusi kesultanan dalam negeri dan nagara ini. Lantas menyebabkan keadaan menjadi resah raja-raja menjadi murka kerana mencabar kewibawaan raja-raja melayu di atas pendurhakaan yang biadap itu.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Putera Damien kali ini bertajuk; PAGI MERAYAP. Pengucapannya biasa sebagai mengenang kisah silam agaknya. Temanya juga kisah jiwa2 Apa pun sebuah pengalaman Kisah orang muda punya biasa, bertemu dan bermesra sehinga lupa segala., akhirnya berpisah dan uma tinggal kenangan sahaja. Apa pun sajak ltema rangmuda ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Sajak Sdra Vijay Kumar juga kali ini meminta bantuan sdra Utaya Sangker yang bertajuk CINTA DIHUJUNG SENJA. Pengucapannya menarik. Sajak ini mengatasi sajak Putera Damein sama bertemakan kisah jiwa2. Apa pun ungapan Vijay Kumar ini ada sadikit perbezaanya. Kerana ia boleh ditafsirkan pada andaian yang lain walaupun tajuknya berbau jiwa2.Lebih nyata nampaknya bagaikan seorang yang mengharapkan sebuah cinta yang terlewat. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Sdri Dewi Sageenta dengan sajak bertajuk: SERAUT WAJAH. Pengucapannya sama dengan sajak terdahulu nampaknya. Penceritaan dan tema juga sama. Rasa kegelisahan dan keraguan sering melanda hati kini terasa kekecewaan yang menjadi persoalan.Siapakah seraut wajah yang sering menghantui jiwasi penulis, masih menjadi Tanya Tanya? Apa pun sajak tema jiwa dalam kegelisahan ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Pn Mona dengan sajaknya bertajuk: SEL SEL KELABU . Pengucapannya bagaikan mengetenahkan minda bawah sedar memandangkan pada tajuknya , Apa pun minda bukanlah satu yang mengukuhkan keadaan tetapi sel-sel pada jiwa kita yang menjadi keutuhan hati kepada ketuhanan (jiwa tenang) Justeru itu kegagalan dan kekecewaan cuma pada minda bukan pada jiwa yang diserang sel sel kelabu. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011

Mia Safiyah dengan sajaknya bertajuk: RAPUHNYA SAYAPKU. Pengucapannya juga agak kabur, apa pun mencabar minda. Penceritaannya mungkin kisah hilang semangat atau rapuhnya sayap untuk meneruskan penerbangan menuju puncak.Munkin kerana situasi yang mencabar atau permasalahan yang menganggu gugat kelangsung untuk terus memperjuangkan cita-cita yang diharapkan. (admin juga bekas pelajar kuis sebelum sambung ma-nya ke sintok) Kini bersyukurlah sekadar apa yang didapati, ada lagi manusia lain yang gagal memburu cita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI DIANTARA PARA PEMENANG BULANAN 2011


Datin Maimun dengan sajak: HAMBAR. Pengucapannya sama dengan sajak Mia mengenang Kisah lama Apa pun penceritaanya sekadar mengenang kisah lama mungkin berbau jiwa2, yang terasa bicaranya bagaikan tidak terjawab dan sepi. Cuma ada sadikit perbezaannya dengan sajak Mia rapuh sayapku kerana gagal meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Apa pun sajak tema kisah dulu2 ini tertewas dengan 4 buah sajak yang lebih mengancam ikut tema dan isu semasa. Harap maaf dan maklum usaha lagi lain kali. (TK)

Tanpa Nama berkata...

ergherher

Tanpa Nama berkata...

erherhreherh

Tanpa Nama berkata...

erherherhr

Tanpa Nama berkata...

rtjtye4tdrghdh

Tanpa Nama berkata...

hrtht34t34h4

Tanpa Nama berkata...

rthj5j5n6

Tanpa Nama berkata...

rtjj546ujjnngg

Ustaz Rahman berkata...

selamat hari raya!

pak Ngah BUt berkata...

selamat menyambut aidiladha

Dam Catur berkata...

selamat menunaikan ibadah haji dan selamat hari raya korban!

Pak Kassim berkata...

esok sy terlibat utk menyembelih lembu.... hehe

Tuna Tatiati berkata...

selamat aidiladha!