Selasa, 24 Mei 2011

HIDUP BAGAIKAN LELAYANG




Janganlah kamu engkar
akan ketetapan Allah
kerana perjalanan hidup ini,
kita berada dibawah terajunya
Bebila saja kalau Dia mahu
akan direntapnya turun
sebagaimana yang kita lihat
jatuhnya lelayang di udara.

Pernahkah kita terfikir?
naik dan jatuhnya kita
dibawah kekuasaaNya
jadi mengapa mesti angkuh?
dengan  kerja mungkar dan onar
bercakap sengaja berputar belit
menegak benang yang basah
Apakah tuhan tidak mengerti?


Oleh: Nurimanja,
Catatan bila melihat tanda kebenaran
Tanggal  hari Jumaat  bulan Mei, dua ribu sebelas




50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri kali ini semacam biasa-biasa sahaja untuk dibuat renungan. Kerana lewat kebelakangan ini penipuan sudah menjadi lumrah kehidupan( juga mengingatkan diri saya juga kerna banyak pula megunakan nama pena, namun ini tidak ada keberuntungan apa-apa sekadar suka-suka) Apa pun yang amat menyedehkan anak pinak, saudara mari, isteri suami, sahabat handai pun tersilap cara akan menipu juga, Demi wang dan kemewahan dan nafsu serapah iblis akan Berjaya mengodakannya. Inilah fenomena yang sepatuntnya kita renungkan. Tidakah kita tahu disebalik kemewahan dan kelakuan kita ada satu kuasa yang memerhati disabaliknya?

Nurimanja berkata...

BERSAMBUNG.
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri Ke empatbelas.

Bila mentari mulai condong ke timur . Kelihatan orang ramai telah pun berkumpul di sekeliling gelanggang. Setelah semuanya bersiap sedia termasuk kepala juri Sang Arjuna Tapa dan Panglima sakti dan Pendekar Waja .

Maka permulaan buka gelanggang dibunyikan sebanyak tujuh kali.
Dari jauh kelihatan Putera Sateria Juragan berdiri di tepi gelanggang menunnggu arahan untuk masuk ke gelanggang menyambungkan sayembara bertikam pedang. Putera Wira Syahir juga kelihatan di penjuru sebelah kanan semacam sedang bertafakur membaca doa laganya.

Bila gong isyarat akhir dibunyikan. Putera Pendekar Waja meluru ke tengah gelangan dengan pedangnya yang bersinar tajam yang terhunus, Nampak bengis mukanya untuk menikam mangsa. Putera Wira Syahir melangkah dengan penuh berhati-hati.

Belum pun sempat Putera Wira Sharil masuk ke gelanggang satu tikaman maut dating bertubi-tubi dating menyeranginya. Dengan ilmunya yang ada dan beberapa kali menjuara sayembara di kampong dan di daerahnya dengan tangkas dia melompat mengelak dan menepis dengan perisainya.

Orang ramai dan para penyokong bertempek sorak memberi semangat. Ternyata sokongan nampanya lebih ramai kepada Putera Wira Syahir, kerana para penyokong Putera Naga samudera yang telah kalah berpaling datah menyokong Putera Wira Syahir.

Melihat akan kepintaran Putera Wira Syahir bermain pedang dengan gaya tangkis dan lompatnya yang penuh berirama memperdayakan lawan, tanpa melepaskan tikaman, orang ramai bertepek sorak gembira. Semunya gaya dan lagat Putera Wira Syahir telah di perhatikan oleh Neneknda Puteri Rambulan Senja.

Beberapa kali dia terkenang akan anakndanya yang bernama Putera Damain Sari yang telah merantau jauh meninggalkan istana beberapa dekat yang lalu dengan khabarnya dia telah berkawin dengan seorang puteri dusun yang bernama Seri kandi Juwita Sakti. Menjadikan air mata neneknda Mayang Mengurai menitiskan air mata.

BERSAMBUNG.

Yusmanira berkata...

CEMBURU BAGAI ULAR

cemburu bagai ular melilit meracuni
tiap jengkal relung jiwa
mengoyak bukan hati
tapi nurani sebuah harga diri
mestikah aku kuat dan terus kuat
sementara jelas dihatimu
aku telah kalah telak
oleh pesona dan harta
janji biarlah janji
aku akan terus menggengamnya
meski panas dan kosong
kuputuskan untuk terus bertahan
sebagai laki hidup sebuah janji

Yusmanira
sajak simbolik

Salina berkata...

KETUK PINTU

semalam hari yang tak biasa
aku berbuka puasa tanpa selera
airmata berada di pelupuk mata
hati kecewa penuh duka lara
tengah asik ku melayan rasa
mendengarkan lagu-lagu cinta
pintu bilikku di ketuk tiba-tiba
otakku bertanya siapa di luar sana?
sejurus kemudian pintu ku buka
kudapati tiada siapa?
adakah aku berkhayal atau hantu?

Salina
ni sebenarnya sajak sy dan suami masa baru pindah ke rumah sewa hari pertama

Ramona Singh berkata...

MEMBUNUH DENGAN TAK SENGAJA

kalau aku ini buta sekali pun ,
aku boleh hidu apa kau sembunyikan
sialan apa yang kau cuba mainkan
seumpama aku binatang
kau lupa asal usul mu .
kau bongkak dengan kedudukan mu
apa kau fikir kau sudah cukup gah
untuk kau terus berpura pura ?
jangan anggap hidup ini enteng
maka kau akan menyesal nanti .
ini amaran jadi kau jaga jaga
aku takut di tahan penguas
kerana ada dibunuh tersengaja .


Ramona Singh
sajak kemarahan kpd tunang sy

Masyitah berkata...

HILANG RESAH

terkadang rasa resah
berlegar di ruang fikir
bertamu di pelusuk hati
bagai ada tidak kena
duduk rasa mahu berdiri
berdiri rasa mahu berlari
tidur rasa mahu jaga
jaga rasa mahu menjerit
hilangkan rasa resah
bacalah al-quran
jika belum cukup
berkhalwat dengan Allah
jika masih resah
ingatilah saat mati
masih ada lagi cubalah berpuasa
kawal sedikit nafsu
akhirnya bersolatlah

Masyitah
sajak peringatan

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

CEMBURU BAGAI ULAR sajak Yusmanira pengucapannya biasa Cuma kisah kekasih cemburu agaknya . Penceritannya seperti dalam delima kehidupan nampaknya diantara janji dan cemburu membuta tuli. Apa pun mungkin ini perasaan kerana terlalu saying dan ciunta sejati agaknya. Perlulah bertahan kerana sudah seia sekata buat janji. Cuma kesabaran dan keikhlasan yang dapat mengatasinya. Biasalah orang di dalam fantasi kisah orang muda punya biasa. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Cikgu Salina dengan cerita misteri nampaknya . Ini mungkin khalayalan jika badan terlalu letih, atau pun ada orang cuba mengusik sebagai tetamu baru di tempat yang baru. Jarang sangat orangpergi sewa di Geretak Sanggul , malah orang yang beli disitu pun mahu jual rumah mereka. sudah sewa mahal jauh di curuk jalan mati. Sajak KETUK PINTU nampaknya penceritaan biasa pengucapan puisi sudah jauh larinya, semacam cerita seram pula. Apa pun Cuma disini usahala lagi Harap maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Ramona Sing dengan sajak marahnya lagi bertajuk MEMBUNUH DENGAN TAK SENGAJA. Apa punya cerita dalam sajak pun anda boleh tulis pasal cerita dendam dan marah. alah cabar mencabar pula.dan ugut mengugut pun ada. Sinder menynder, umpat dan cela. Semacam satu petengkaran pula. Apa pun sajak ini tidak wujud rasa puitis lagi kerana tercemar dengan bahasa kemarahan. Maaf Cuma disini, usaha lagi lain kali. Dipohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Masyitah dengan sajaknya HILANG RESAH pengucapannya juga kurang bertenaga, malah rasa puitisnya juha hilang. Cuma ceritanya sahaja ada sadiki menyakinkan dengan tema kesedaran danmemberi pengajarannya, nasihat dan peringatan. kerana ada dua sajak terpaksa dipilih dan persaingan tiada hebat diantara empat peserta wanita anda diberi peluang untuk menyertai lagi sayembara seterusnya (SM)

Jalal Rafzee berkata...

2 atau 8 bulan 6 baru sy balik khusus insyaallah saya jaga balik

Jalal Rafzee berkata...

habis smua hilang bagi kat jamil ni

Nur Atikah berkata...

rasanya ahli x perasan kot sbb gambar pun hilang jgk adeh...

Nuri Jaguh berkata...

wah! syahir lawan sgn satria

lelangit biru berkata...

boleh ke dia kalahkan syahir?

Geletek Malam berkata...

hbis la kalah la satria tu

Olie Pajutdy berkata...

kalau satria juragan menang hbis la syahir

Simsalabin berkata...

syahir ni keturunan raja jgk ke sbb selalunya hanya anak raja je yg pandai main pedang

Sang ARjuna berkata...

dasyat jgk dorg berlawan ni

Tan Sri Yunus berkata...

menarik cerita ni bila baca boleh buat imaginasi sendiri mcm manaa dorg berlwan

Nabil Quldi berkata...

kalau ada gambar lagi best baca cerpen ni

Muahamd Akmal berkata...

mcm baca komik plak cerpen en nuri ni sbb byk aksi

Putera Damien berkata...

rasanya syahir menang dgn mudah je ni

Puteri Bunian berkata...

x mngkin syahir kalah msti menang pnya

Kembara Budiman berkata...

selalunya hero xkn kalah pnya hehe

Tengku Anita berkata...

ramai jgk penyokong syahir

Nahul Hidza berkata...

org ramai lagi byk sokong syahir nampaknya

Jupri Helmi berkata...

perlawanan agak sengit jgk nampaknya

Putera Damien berkata...

putera damian sari tu mcm mana saya jer? heehe

Tetamu Malam berkata...

wah! perlawanan sengit jgk ni

Atuk berkata...

lompatam pun penuh irama? pelik2....

Srikandi Juwita berkata...

eh! saya kawin dgn putera damien ke? hahahaha

Jengking Perak berkata...

wah! byk jgk nama ahli dah msuk dalam cerpen ni

PENYAIR AGUNG berkata...

agaknya bila nama sy nk kluar dalam cerpen en nuri ni

Penyajak Istana berkata...

makin mencabar jgk perlawanan dorg ni

Warga Emas berkata...

eh! makin lama makin rancak perlawanan dorang dua ni

Roslan Bidin berkata...

eh nenda dia teringat sapa plak?

Tengku Hasbullah berkata...

nenda dia terkenang anak dia????

hamba Allah berkata...

kenapa dgn nenda dia terkejut tgk syahir?

Puteri Salju berkata...

mana la syakir ni

Ibrahim LEe berkata...

sampai skrg syakir x nampak pun kelibat dia

Pak Haji berkata...

syakir tu entah hidup ke mati

Ziarah Makrifat berkata...

makin lama byk plak plot tp agak menarik

Jalil Janggut berkata...

eh! ada kena mengena ke syahir dgn nenda puteri tu?

Nuri Kecil berkata...

eh! mcm mana la dia nak kalahkan satria

Harimau Berantai berkata...

alamak! syahir dia keturunan di raja ke?

Angker 13 berkata...

puteri dusun plak sapa tu?

Halintar berkata...

eH! apa cerita dgn syakir?

Badrolshah berkata...

eh! kenapa dia x cari adik dia balik?

Brader Joe berkata...

hmm... sapa yg menang kali ni?