Azab Allah itu amatlah pedeh
bila kemungkaran dibiarkan
malah semuanya akan menerima
pembalasan di atas kesilapan
bila masyarakat telah membiarkan
bersubahat menyokong kemaksiatan.
Maka terimalah azab Allah swt
tidak kira alim ataupun kejahilan
akan diberi diazab kesemuanya
tidak kira baik ataupun jahatnya
itulah cara penyseksa amat dahsat
dalam cengkaman tanpa dilepaskan.
Oleh: Nurimanja,
Catatan Ahmad 8hb, Mei, 2011.
jam lima pagi .
54 ulasan:
ULASAN:
Sajak catatan oleh nurimanja mengingatkan kita pada tajuknya BILA KEMUNGKARAN DIBIARKAN. Sesungguhnya bila kemungkaran itu dibiarkan tidak ditegah , malah ada pula yang cuba bersubahat dan memberi sokongan. ternyata disatu masa dan ketika Allah akan menurunkan azabNya yang amat pedeh dan dahsat. Apa yang lebih membimbangkan. Musibah yang Allah turunkan tidak dikira bulu rupa atau agama, diborong semua, semacam tsunami. orang alim atau jahil pukul rata, kerana Allah tidak akan melepaskan cengkaman di tangannya.
Kemudian bila di akhirat barulah diasingkan siapa yang baik dan mungkar. Apa yang amat menyedehkan dasar undang-undang kita semacam membiarkan buat orang tertentu, walaupun pemerentah berkata tidak kira bulu, tetapi kalau orang lain yang tidak punya nama kes begini mudah saja. ambil DNA habis cerita.
Tidak ada berdolak dalih lagi dalam soal ini. Jangan wujudkan panglima ketot ke dua di negara kita yang telah membuka pintu kota melaka kepada penjajah. Sejarah telah memberi pengajaran buat kita. renungkanlah..
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBASOLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke tujuh.
KINI genap serahun Naga Sang Rajunatapa berkurung di dalam persada Gunung Mentera Alam. Petang ini dia turun untuk mendapatkan janjinya dengan penghuni Desa Negeri Setengah Mati.Itulah kata sepakat yang telah dimenterainya. Jika tidak lebih ramai lagi akan menjadi mangsa habuan isi perutnya.
Dia mahu hidangan anak gadis ayu berusia tujuh belas tahun ke atas sebagai ulaman santapannya. Bersama beberapa orang putera, panglima atau hulubalang yang sanggup menentangnya. Akan di jadikan habuan untuk ditelan untuk menyedatkan isi perutnya.
Sudah genap setahun perutnya tidak di isi, kekosongan dan kelaparan berkeroncong bunyi di ruang kosong perutnya.Petang ini dia akan menelan sebanyak mungkin habuannya.tidak kora siapa saja yang cuba menentang dan menghalang perjanjiannya dengan penghuni Desa Negeri Setengah Mati itu.
Orang ramai mulai menyembunyikan diri dicelah perdu pokok-pokok besar dan dicelah batu –batu pejal di celah kaki gunung Mentera Alam itu. Kelihatan ancah-ancah bergoyangan akibat gegaran gemurun bunyinya deruman Sang Naga Rajunatapa turun dari Gunung Mentera Alam.
Anak-anak kecil menangis ketakutan, perempuan tua dan muda bertempiaran lari, Memekek dan menjerit dalam ketakutan, begitu hebat dan dahsatnya troma yang datang setahun sekali yang menyerang desa negeri setengah mati itu Kini barulah Syahir mengetahui akan duduk perkara, kemurungan penghuni di desa itu.
Dari kejauhan kelihatan Tuan Puteri Rembulan Senja yang terikat dengan mulutnya yang tersumbat dengan kain , agar mengelak dari suaranya memekek dan menjerit ketakutan meminta tolong, pastinya akan lebih menyedehkan lagi rasa pilu hati penghuni desa negeri setengah mati itu.
Seketeka beberapa orang anak muda kampung yang gagah perkasa, bersama beberapa orang putera anak raja berpakain kemas bersama alat senjata datang dari negeri masing –masing jauh dan dekat , Begitu juga dengan panglima dan hulubalang yang ingin mencuba nasib untuk mentang dan membunuh Naga Sang Rajunatapa kepala tujuh itu.
BERSAMBUNG.
MENGAPA KAU JADI MANUSIA
satu soalan ikhlas dariku
mengapa kau jadi manusia
mengapa tidak kau jadi kayu batu
atau kau jadi bola
senang buat ku sepak
agar jauh sejauhnya dariku
lagi satu soalanku
mana kau letak otakmu
mengapa tidak di kepala
mengapa kau letak di lutut
susah nak kau gunakan
lagi satu mana hilang akalmu
mengapa tiada diguna
sia-sia tuhan kurniakan
agar jadi makhluk bijak
makhluk hebat lagi mantap
makhluk bernama manusia
kau tetap jadi binatang
Abul Hassan
sajak buat sesumpah
SENJA MENYAPA
Senja menyapa
memberi warna jingga keemasan
kau berdiri menatap kosong
Dengan basahan hujan yang lebat
Memberi sepi di dada
Tatapan hampa penuh harap
penuh rindu menanti
kau takkan kembali
Menanti bibirmu mengucap kata cinta
Menanti harapan panjang tak bertepi
Ai Kutubudin
sajak jiwa2
SATU KIRI SATU KANAN
kiri dan kanan satu kiri satu kanan
berputar menadah kearah senja
menelan liur menghela nafas
kulit terkelupas dan terbiarkan
tak peduli malam siang
aku masih menadah dengan tenang
langkah terus terulang
ada satu tujuan tak jelas arah
entah kiri atau kanan
entah siang atau malam
Inspektor Halim
sajak dalam dilema
SANGGUP MEMANGKU BULAN
jauh mana pun kau lempar
aku tetap masih sabar
jauh mana pun kau maki
aku tetap masih kenang
kalau gelap jadi halang
aku sanggup pangku bulan
biar terang takkan suram
biar hilang seribu penghalang
aku masih tetap bertahan
biar perit aku takkan lari
aku tunggu smpai kau mahu
malam masih seperti biasa
seperti malam yang sama
tapi bila akan tiba waktu pagi ?
aku setia menunggu pagi
moga yang tiba bukan mimpi
Brader Joe
sajak simbolik percubaan pertama kali
SANGGUP MEMANGKU BULAN
jauh mana pun kau lempar
aku tetap masih sabar
jauh mana pun kau maki
aku tetap masih tenang
kalau gelap jadi halang
aku sanggup pangku bulan
biar terang takkan suram
biar hilang seribu penghalang
aku masih tetap bertahan
biar perit aku takkan lari
aku tunggu smpai kau mahu
malam masih seperti biasa
seperti malam yang sama
tapi bila akan tiba waktu pagi ?
aku setia menunggu mentari
moga yang tiba bukan mimpi
Oleh: Brader Joe
sajak simbolik percubaan pertama kali/12 Mei 2011 11:56 AM
SATU KIRI SATU KANAN
kiri dan kanan satu kiri satu kanan
berputar menadah kearah senja
menelan liur menghela nafas
kulit terkelupas dan terbiarkan
tak peduli malam siang
aku masih menadah dengan tenang
langkah terus terulang
ada satu tujuan tak jelas arah
entah kiri atau kanan
entah siang atau malam
Oleh: Inspektor Halim
sajak dalam dilema.12 Mei 2011 11:54 AM
SENJA MENYAPA
Senja menyapa
memberi warna jingga keemasan
kau berdiri menatap kosong
Dengan basahan hujan yang lebat
Memberi sepi di dada
Tatapan hampa penuh harap
penuh rindu menanti
kau takkan kembali
Menanti bibirmu mengucap kata cinta
Menanti harapan panjang tak bertepi
Oleh: Ai Kutubudin
sajak jiwa2/12 Mei 2011 11:50 AM
MENGAPA KAU JADI MANUSIA
satu soalan ikhlas dariku
mengapa kau jadi manusia
mengapa tidak kau jadi kayu batu
atau kau jadi bola
senang buat ku sepak
agar jauh sejauhnya dariku
lagi satu soalanku
mana kau letak otakmu
mengapa tidak di kepala
mengapa kau letak di lutut
susah nak kau gunakan
lagi satu mana hilang akalmu
mengapa tiada diguna
sia-sia tuhan kurniakan
agar jadi makhluk bijak
makhluk hebat lagi mantap
makhluk bernama manusia
kau tetap jadi binatang
Oleh: Abul Hassan
sajak buat sesumpah/12 Mei 2011 11:49 AM
mantera alama nama gunung tu wah!!!
semua nama hebat2 dalam cerita en nuri
mana en nuri dpt semua nama2 dalam cerita ni unik2 semuanya
kenapa nama desa tu desa setangah mati? hehe
setiap tahun msti ada yg terkorban ke?
kenapa x guna nama sy je en nuri? hehe
kenapa dia nak makan orang naga ni bukan kenyang pun makan lagajah lagi byk isi.. hehe
gila la naga tu asyik makan orang je x keracunan makanan ke? hahaha
mcm cerita BOUWOLF pun ada cerita en nuri ni
naga tu asal dari mana puncak gunung ke?
kenapa naga tu nak makan orang pmpuan je?
kenapa naga tu x makan org tua isi liat ke? hahahha
kenapa semua penduduk kampung x mhu menyembunyikan diri jer...
sian anak dara kt kmpung tu di jadikan korban
kenapa nak anak dara umur 17 sian muda2 lagi dah kena baham
patutlah semua murung je rupanya takut naga
boleh ke syahir nak selamatkan kmpung tu?
org kmpung tu x berpakat ke bunuh naga tu dgn cara lain?
selamatlah cerita ni hanya dulu2 je berlaku klu skrg berlaku xthu la
rsanya syahir akan bunuh naga tu mcm cerpen sebelum ni maharaja cina bunuh naga dgn meriam
ada ke cara nak bunuh naga tu nampak mcm semua mustahil jer
msti syahir mati la nnt mngkin syakir nnt dtg tolong
sapalah yg akan jadi hero nnt adakah syahir ke syahir? hehe
harap2 anak aku dah besar jgn jd mcm syahir dan syahir sbb merbahaya la keja bunuh naga
kenapa syahir x turut serta sekali dlm pertempuran tu?
rasanya semua nak nak tolong puteri tu semua mati katak jer
mcm misi nak bunuh diri je mana boleh manusia nak bunuh naga
lps ni terjadi la pmbunuhan beramai2 sbb naga tu msti baham semua sekali
cerita ni mmg susah nak teka sbb byk x dijangka
cerita ni mmg meyerupai cerita org putih dulu2 la.... tp en nuri pnya lagi menarik
boleh ke dorang nak menentang naga tu?
rasanya naga tu x jadi nak makan puteri tu sbb kenyang makan panglima yang ramai2 tu
semua akan jadi mayat la sbb naga tu besar mcm mana nak lawan
pakai la meriam baru boleh bunuh naga mcm cerpen sebelum ni
agaknya boleh ke syahir nak bunuh naga tu?
nak bunuh naga kena pakai akal yg licik
dorang kena pasang perangkap baru boleh bunuh naga tu
nampaknya pejuangan dorang semua sia2 rasanya smua mati
mustahil la panglima ramai2 tu nak bunuh naga kepala tujuh tu
makin lama makin enjoy la jalan cerita yg menarik!
SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Sajak mengharap oleh Brade Joe bersimbolikkan SANGKUP MEMANGKU BULAN. Ternyata Penucapannya menatang bulan selama ini untuk agama bangsa dan negara. Biar seribu halangan Jiwa tetap memujanya, kini terlalu banyak pula cerita yang kurang menyenangkan, namun untuk megharap pagi, pastikah sang mentari bukan cerita mimpi. Harap maaf Cuma cerita biasa yang masing-masing punya pilihan hati kurang ada keyakinan mana satu untuk ditatang. Apa yang menyedihkan bulan pun hilang , bintang pun malap, mntari juga tengelam. Yang berjaya kini roket kian bertambah naik di angkasa, berbaun politik (TK)
SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Sajak dalam delima oleh Inspektor Halim bertajuk: SATU KIRI SATU KANAN pengucapannya Bagai berada ditengah pesimpangan jalan mana akan dipilih, jika mendengar cerita dan berita keduanya sama seperti sing dan malamm dua baik dan dunia ada kelemahan dan kekuatannya. Tapi apa yang lebih mendebarkan, kebanyakan cerita semuanya bagai ada kepentingan, namun siapa yang agak banyak memantu rakyat mungkin hati akan terdekit unk menytujuinya.Kini masih perhati dan lihat. Krana engan melihat kerenah poliik. Layak unuk seterusnya (SM)
SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
SENJA MENYAPA daripada sdra Ai Kutubudin penceritaanya bagai mengharapkan seuatu dari seorang yang dinanti ,mungkin telah pergi meninggalkan kekosongan di hati, bagai basahan hujan lebat yang memberi sepi di dada, malah rindu dan haraan kian menjadi hampa. Si dia yang pergi tidak akan kembali jauh sekali untuk mengucap kata cinta, bagai hanyut di lautan yang tidak bertepi.. Sajak mengharap dan kekecewaan.Terpilih dari pegucapan bahasanya ada puitinya
Layak kesayembara seterunya (SM)
SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Abul Hassan dengan motif sajak pertanyaan buat sesaorang yang semacam cuba pula mempermainkan keadaan atau kerana ada orang yang berpengaruh di belakangan yang menjadikan dia lebih berani dan ingin meneruskan agenda rantaian dalam dan luar negara yang si pembangkang kini boleh bermaharajalela.dengan demontarasi jalanan.Tetapi kita yakin jika mereka brjaya, kekuasaan bukan untuk kita,untuk dijadikan ukurannya, tetapi menang boleh sekadar jadi boneka dalam sangkar .Sahaja. Maaf sajak politik kurang diberi tumpuan kini. Terpaksa deluarkan (TK)
Catat Ulasan