Selasa, 3 Mei 2011

ANTARA OSAMA DAN OBAMA




Osama kau diistiharkan  mati
Oleh musuhmu kapir  Yahudi
Selepas 10 tahun kau diburu
Sebagai pengganas  anternasioal
Mayat mu dicampakan ke laut
Sebagai kubur besar untukmu.

Obama kau mungkin bertopeng
Janji membawa kedamaian
Tetapi pemusnah segala harapan
Kini  anda perlu bejaga-jaga
Kebangkitan Osama yang baru
Dendam  pada  negara Pakistan
Dan AS bersama negara bersekutu.


Oleh: Nurimanja,
Catatan  rengkas bila mendengarnya.
Berita terkini ahad Tanggal  1hb, Mei, 2011. 




50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke lima.

Seketika datang satu gerombolang yang berkuda dengan muka yang bertopengkan topi besi. Kelihatan semacam bengis dan garang. Mungkin seorang panglima bersama petang terselit di pinggang. Dua pengawal di kiri kanannya dengan bersenjatakan lebing dan perisai. Berdiri di atas kereta kudanya. Sambil melaungkan agar semua penduduk kampung itu berhimpun segera mungkin ada pengumuman hendak di sampaikannya.

Setelah para penduduk pun berhimpun datang dari segenap cucuk rumah yang berhampiran itu. Keketika panglima gagah perkasa itu pun berkata dengan lantanganya; seperti bertempek bunyi suaranya yang garau besar dan kasar itu.

“Wahai penduduk desa setengah mati! Dengan satu pengumuman. Seminggu lagi Sang Naga kepala Tujuh akan meminta korbannya pada tahun ini? Kerana tidak ada lagi anak dara yang berusia tujuh belas tahun di negeri ini.”Ucapan Panglima itu terhenti seketika, semacam berat hatinya untuk menuruskan ucapan , terasa sebak dan sedih. Kemudian diteruskan juga.

Orang ramai pun penjadi cemas. Mereka berpandangan sesama sendiri, ada yang menyeloh dan memukul-mukulkan kepala, minta jangan terkena pula pada anak cucu mereka. Tetiba Pangila arahan di raja itu pun bersuara.

“ Maka tahun ini. korban makanan naga kepala tujuh itu akan menerima hadiah hidangan daripada anaknda Puteri Rambulan Senja sebagai mangsanya , Demi untuk menyelamatkan negeri ini dari mala petaka. Sesungguhnya banginda sultan amat berduka cita.

Namun jika ada sesiapa anak mudaYang berani menentang sang naga kepala tujuh itu, untuk menyelamatkan anaknda Puteri Rambulan Senja. Dia kan dikhawinkan dengan nya. Sekian harap maklum!”

Keketika Panglima yang datang bersama dua pengawal istana itu berlepas pergi dengan kereta kudanya meninggalkan debu merah yang berterbangan. Mungkin dia ingin mengumumkan di desa yang lain pula.

BERSAMBUNG.

Nuri Jaguh berkata...

tentera berkuda pun ada!

Malik Wariya berkata...

siap ada topeng besi mcm cerita pahlawan rom

Ali Conan berkata...

eh! siap pedang pun ada wah!

Nuri Jaguh berkata...

alamak! ada pahlawan berkuda la plak!

Badrolshah berkata...

tentera bengis plak nampaknya

Raja Muda berkata...

eh! ada peperangan plak ke?

Ummu Akilah berkata...

mcm cerita panglima dulu2 kala

Comel berkata...

naga kepala tujuh!!!!!

Tetamu Malam berkata...

eh! naga kepala tujuh tu nak korban?

Tok Mahat berkata...

naga kepala tujuh? mcm cerita merlin jer

Danial berkata...

naga tu nk anak dara 17 thn!!

Halilintar berkata...

kenapa nama desa setengah mati?

Harimau Berantai berkata...

naga kepala tujuh pun ada menarik ni

Lelangit Biru berkata...

naga kepala tujuh tu mcm certa merlin la

Saizul Maizav berkata...

naga kepala tujuh mcm cerita maharaja cina dulu plak?

Jalil Janggut berkata...

eh! naga kepala tujuh! seram plak bunyi

Rembulan Senja berkata...

eh! ada puteri rembulan senja??? kenapa pakai nama aku plak?

Wasiril Aswad berkata...

puteri rembulan senja? mcm nama ahli jer

Sarah berkata...

eh! puteri ada 1 hero ada 2 mcm mana ni?

Srikandi Juwita berkata...

byk btol kepala naga tu

Salikin Samsudin berkata...

sampai 7 kepala banyaknya!

Mona berkata...

mana syahir dgn syakir tu?

Olie Pajutdy berkata...

agaknya sapa yg dpt puteri tu syahir ke syakir?

Putera Damien berkata...

mcm cerita qabil dan habil la plak?

Atuk berkata...

eh! makin lama makin suspen la cerita ni

Abul Hassan berkata...

mcm tgk filem dulu2 plak cerita ni

Muhamad Rabbi berkata...

seram plak baca naga ada kepala tjuuh

Salina berkata...

wah! mmg sebijik mcm hikayat merong la

Dayang berkata...

en nuri buat cerpen merong mahawangsa nampaknya

Abang berkata...

x lama nnt ada la director ambik cerpen en nuri ni buat filem

Seri Suri berkata...

nampaknya cerpen en nuri ni boleh suruh KRU buat filem hikayat merong mahawangsa 2

Qalam Musoffa berkata...

hikayat merong pun xde naga en nuri pnya cerpen lagi best

Mozaire berkata...

siap ada tentera berkuda lagi? mcm cerita pahlawan rom

Nurse Lisa berkata...

buat filem epik cerpen en nuri best ni

Jupri Helmi berkata...

bila la pengarah nk buat filem cerpen en nuri ni bru la best

Saudagar Emas berkata...

cerpen kali ni nampaknya msti penuh aksi ni

Datuk Murad berkata...

msti ada pertempuran sengit ni

Mak mah berkata...

mcm cerita orang putih dulu2 plak cerpen en nuri ni

Umar Haslam berkata...

makin menarik la cerpen ni

Bos Kacak berkata...

ada peperang besar ke nnt?

Yusri Nawab berkata...

nampaknya makin lama makin mencabar la cerpen ni

Mak Cik Senah berkata...

SI PEMILIK MATA

wahai si pemilik mata,
di remang matamu yang luka,
ada penawar yang tak tawar,
menghunjam ia jatuh,
api pun bisa pudar,
cahaya lumpuh layuh,
hatiku karah jiwaku lelah, perit dalam sujud aku menjerit,
dunia pun telah berpaling tadah,
bersama sama angin gasar melayangkan seribu kerambit,

Mak Cik Senah
sajak simbolik

Ustaz Sahzan berkata...

TUAH

tuah ayam nampak di kaki
tuah gajah nampak di gading
tuah kerbau nampak di tanduk
tuah harimau nampak di belang
tuah kita di mana
kita makhluk terhebat
ciptaan maha hebat
kita makhluk bertuah
tuah kita ada di mana sahaja
kadang kadang ada di tangan
tangan kuat tewaskan semua
kadang kadang ada di kaki
jejak kita seluruh dunia
kadang kadang ada di mulut
petah kita lontar bicara
kadang kadang ada di suara
lunak merdu hiburkan semua
kadang kadang ada di akal
kunci segala tindak
ibu segala fikir
kurniaan paling besar
kita manusia bertuah…

Ustaz Sahzan
sajak simbolik

Pak Haji berkata...

PENTAS OPERA CINA

hidup bagai pentas opera cina
tirai hidup dibuka
ceritapun bermula
hidup sehari-hari
celik sahaja mata
sudah di pentas dunia
apakah mantap lakonan kita
kita sendiri tentukan
mahu dapat anugerah
lakonan mesti bersungguh
ikut segala arahan
tinggal segala larangan
pasti berjaya kita
dapat anugerah pahala
nawaitu fillah
jika lakonan tidak menjadi
sebelum tutup tirai
muhasabah diri sendiri
betulkan mana silap
esok cuba lagi

Pak Haji
dpt idea bila terbaca sajak en nuri dulu2 pnya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.


Sajak SI PEMILIK MATA oleh Mak Cik Senah nampaknya kian mengancam peserta lain nampaknya? Pengucapnya punya maksud yang tersendiri dan luas pentafsirannya. begitu juga dengan skop penceritaannya. Berbagai andaian boleh diterjemahkan. lihat sajak pada tajuknya. ada motif yang tersurat dan tersirat. Betapa manusia yang mungkin terluka. marahnya yang tidak menentu, tidak mudah diberi nasihat, malah api pun boleh pudar dan cahaya pun tidak bermaya menjadi lumpuh. Tidak tahui sinis kepada siapa? Malah bukan buat penulis sahaja, sesiapa pun melihatnya hati jadi luka, rasa ingin menjerit sewaktu mengadap Ilahi. kenapa keadaan dunia jadi begini?, perkara mungkar dibiarkan, malah semacam membenarkan. Ini mungkin akan menimbulkan situasi yang lebih parah. bila khalayak lebih ramai yang akan marah. Sajak ini pun
layak dicalunkan ke sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

Sajak Ustaz Sahzan bertajuk TUAH pengucapannya sebagai orang ingin bermadah dalam puisi. biasanya kalau kita bermadah , biasanya dia tidak akan jadi puisi, rema dan antonasinya akan akan hilang, apa lagi untuk mencari isi dan pengucapannya yang puitis. sekadar kata nasihat dan perbandingan sahaja. mungkin sajak lama agaknya. Harap maaf cuba lagi lain kali. Hanya disini sahaja terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

Sajak Pak haji bertajuk PENTAS OPERA CINA . Walaupun lahir dari ilham setelah membaca sajak en nuri sajak tajuk yang mana satu kami tidak pasti kerana terlalu banyak juumlahnya.Apa-apa pun ada penceritaan yang mencabar minda dan merenungkan akan kehidupan kita di dunia ini. setiap hari kita bagaikan berlakon. (Elok Jamal Hisyam membacanya) jika kita tersalah pilih watak itulah cermin hidup kita. Orang lain akan menilainya. sebaiknya muhasabah diri, kerana iman tidak boleh diwaris atau boleh dapat ditepian pantai. Sajak ini layak sayembara seterusnya. (SM)

Ustaz Saad berkata...

SUMPAH LAKNAT

ini sumpahku sumpah sejak dahulu
bukan sumpah laknat
tapi sumpah seorang hamba
tunduk hanya pada tuhan
taqwa hanya pada tuhan
waktu di alam roh dahulu
namun tibanya ke dunia
aku lupa sumpah itu
lupa dan terus terleka
oleh nikmatnya dunia fana
asyiknya mainan sementara
bersama godaan hebat
musuh manusia sejak dahulu
tolong maafkan aku tuhan
jangan laknati aku
berilah aku peluang
buatku betulkan kesilapan
sesungguhnya aku hamba
hambamu yang lemah…

Ustaz Saad
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SEPARUH AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

Sajak Ustaz Saad bertajuk SUMPAH LAKNAT [engucapannya menceritakan akan kelalian manusia pada janjinya dahulu semasa alam roh dengan tuhan sebelum ia lahir kedunia ini.Tetapi setelah dia berada di dunia yang fana ini segalanya menjadi alfa, bersama godaan syitan, asyik dan mekhayalkan, dunia ini cuma tempat mainan dan suka-suka, binasalah orang yang lalai dan leka. Sebgai manusia ciptaannya. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan bila terasa atau sedar dari kesilapan dan banyak melakukan dosa, sajak peringatan dan nasihat buat yang lupa. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)