Kau kenal azab Allah
dulu kau pembunuh utama
umat Islam tanpa dosa
kini kau terlantar terseksa
bagai mayat bangkai brenyawa
kini tinggal kulit dan tulang
tetapi kau maih bernyawa.
Iniah balasan Allah
yang kau anguh dahulu
membunuh sesuka hati
kini azabnya kau rasai
rakyatmu bukan tidak tahu
kau sememang pengganas
pembunuh rakyat Palestine dulu.
Kau bernafas dengan getah
mata terkejip tidak berubah
makan dengan saluran getah
bertahun kini kau terlantar
bagai baby kecil rasanya,
Itulah nilai kesensaraan manusia
yang kau lakukan dulu dan kini,
buat renungan dan pengajaran
wahai! Israel bangsa Yahudi.
wahai! Israel bangsa Yahudi.
Oleh: Nurimanja,
BBTK, Teluk Kumbar,
16/10/2010
50 ulasan:
SAKA: SIRI AKHIR INI BUKAN CERITA SAKA MUNGKIN URAT SEJUK AGAKNYA OLEH: NURIMANJA. 20/10/2010.
___________________________________
SATU hari tetiba saja urat badan saya semua menjadi tegang dan sakit, mnyuluk bagai kanak-kanak kecil baru belajar menarap.
Tak boleh bangun, saya terpaksa ambil masa lama untuk tunaikan solat ubuh. Bergerak saja beraduh, saya solat saya pun tidak syah agaknya. Kerana mungkin banyak termasuk perataan ADUH!
Kerana memang sendi dan urat tegang, bergerak mengaduh, selepas Solat subuh, saya menyangka semua keindahan dunia ini tidak bererti lagi, kereta saya pasti tak boleh memandu lagi, saya akan terlantar dan teriarap Sepanjang masa begini, tenaga ada tapi tak boleh bergerak, sakit, isteri dan anak semuanya cemas.
Isteri saya sudah pun mula menangis dan menalepon bapa saudaranya di Sungai Bakap minta datang. Ada penyakit ganggil yang
menyerang saya. Berbagai minyak angin dan panas dilumur seluruh tubuh. Memang beratus kali saya mengaduh tahan sakit. dengan cara
automatik perkataan itu terkeluar, kerana memang sakit, tidak boleh lagi bergerak. Sakit.
Selepas hamper setengah jam agak lamanya . Kebetulan isteri saya menalephon pula pak Mail duduk di kulin, menceritakan semuanya. Kalau boleh minta dia datang. (dia pun bomoh juga) Dengan selamba dan ketawa dia bekata. “Tak ada rii Urat tu. Elok, bubuh minyak panas dan makan benda panas, nanti eloklah,”
Sambil berdoa saya penuh berharap, Ya Allah, aku selalu juga solat dhuha, kalau urat-uratku tuntut solat tidak patut, ada orang tak
pernah solat dhuha kuat saja dia, malah lebih tua dari diriku. Bila Pak Mail kata begitu, semangatku semakin kuat untuk pulih. Aku cuba
lawan pergerakan yang cukupterhad, Meniarap terkapar, tengkok pun tak boleh angkat.
Malah jari jemari pun susah nak bergerak tarik perlahan-lahan. Aku teringat, macam ini kah orang kena strok atau angin ahmar.
( Petua orang dulu . jangan tidur atau berbaring di tempat angin lalu, contohnya ,di depan muka pintu, tingkap terbuka luas, atau
Bawah pokok) Aku tak pernah buat begitu.
Kebetulan anak saya ada pesan satu ubat yang minum setitik dua boleh panas badan. Saya segera minta isteri menyediakannya. Rupanya
Al hamdulillah, selepas setengah jam minum, badan berpeluh, saya mula boleh bergerak sadikit demi sadikit, saya minum lagi, lebih
dari hadnya yang dibenarkan,
BERSAMBUNG.
KUNANG-KUNANG
tenung dalam awan hitam,
bersama bangunan gelap di kakinya
bosan terbang seekor kunang-kunang
membawa cahaya di akhir jejaknya
dan bagai terselak bidai cahaya
malam terang penuh bintang
bangunan gelap berseri bersinar
apalah kudratnya seekor kunang
ditengah jalan ditimpa hujan pula
dan patah lah sayapnya
malap pula cahaya gelap lah semula
awan hitam dan bangunannya…
si kunang, jangan berhenti terbang
bila hujan kurang
bawakan kembali cahaya terang…
Rembulan Senja
11malam
11.10.2010
PASRAH
musim ini aku gugur
mengering mencium bumi
pada ketandusan merekah
meminta belas menyembah kehinaan sugul menebal mungkin aku harus dibiar keselesaan itu panggil hujan
belai kehibaan aku penuh kebencian
terik cahaya meratah setiap seluruh
jauhkan kasihan aku sedang diajar
menangis itu adakah perluku
sedih itu adakah takdirku
aku gadai semuanya utk kamu
tapi dimana mahumu padaku?
kasih bila jauh menyising
bila dekat cemburu
bila mahu dia lari
bila sibuk dia kemari..
pilihan aku dan pilihan keluarga
perlukah aku dalam hatinya
pilihan keluarga diutamakan dulu?
aku disini sendiri tiada mencari
mungkin sudah takdir tertulis
tapi aku terima biarlah biar
mungkin perlu berlegar begitu..
ayatku runcing tak tersusun, seperti hidupku jiwaku musnah, hatiku parah bila semua ini mengila aku pasrah..
Emily Bayans
Singapore
10malam
ANJING DAN CERMIN
Sebodoh-bodoh manusia
Mereka tak macam kau
Sebab dalam cermin itu
Kau ibarat anjin gila
Tak percaya pergilah lihat.
Ini kerana kau heret bangkai
Canang ke seluruh kampung luar,
Sebar berita buruk
Tentang pemerintahan negara kita
Padahal disini aman
Kau memang serupa macam anjing
Anjing dahagakan kuasa
Kau tahu kau sekarang umpama
Menabung dosa kerana
Untuk menempah tiket ke neraka.
Sekarang aku sudahkan perbualan ini
Jadi kau pergilah
Lekas lihat cermin itu,
Kemudian ceritakan pada aku
Adakah manusia atau anjing
Kau lihat dalam cermin itu
Kalau ia anjing Anjing
Memang anjing yang sangat dahaga
jadi agaknya siapakah engkau lihat?
Tan Sri Yunus
Kelantan
11malam
Rembulan Senja dengan sajaknya KUNANG-KUNANG (sejenis serangga perutnya bagai ada cahaya lampu bila terbang diwaktu malam, dipanggil juga ia kelip-kelip).
Pengucapanya bagai terasa ada kekecewaan yang di lalui oleh saekor kunang daripada beribu kunang yang masih terus memuja malam dan bulan, kerana kefahaman fanatik yang telah disemai sejak bertahun lamanya bukan calang-calang untuk dimusnahkan.
Malah disulam pula dengan keyakinan tuhan dan agama. Maka apa saja kata sang ketua itulah kebenarannya, jangan siapa cuba ganggu gugat. Kami tetap bersama dahulu , sekarang dan akan datang. Kecuali kunang-kunang yang ada sadikit pemikiran agak kedepan yang dapat membaca nawaitu si ketua yang dikatakan bersandar pada agama bukan kepentingan, sehingga sanggup bersekongkol dengan orang yang bertentangan dengan aqidah Islamiah. Semuga seekur kunang-kunang ini terus sukses mendapat hidayah sebenar membangun bersama Islam. Amin
Emily Bayans dengan sajaknya PASRAH . pengucapanya yan g saya dapat tangkap Menceritakan tentan keadaan yang bagai memaksa dirinya menyerah, pada sesuatu Yang kurang menyenangkan hatinya. Mungkin kemahuan keluarga yang mendesak.
Lalu dia akur tentang kemahuan orang lain, sedangkan dirinya sendiri agak terseksa.
Sesekali terasa ia bagai mahu menyerah kepada taqdir Allah yang telah menentukan Perjalanan hidupnya ini, tetapi lama mana dia akan dapat bertahan, jika dirinya di Perlakukan bagai pakaian, sekadar ada keperluan. Semoga cerita ini tidak berterusan.
Harap bersabar berdoa selalu kepada Allah , semoga keadaan anda selama ini akan ada perubahan. Amin.
Tan Sri Yunus lama tidak muncul, kini dengan sajaknya agak sinid bertajuk iaitu:ANJING DAN CERMIN; Penceritaan atau maksud yang saya dapat tangkap dari pengucapan sajak Tan Sri Yunus, umpama sebuah pantun melayu lama, DALAM
SEMAK ADA DURI, AYAM PUTIH BUAT SARANG, ORANG YANG TAMAK, SELALU RUGI, MACAM ANJING LIHAT CERMIN NAMPAKLAH BAYANG BAYANG.
Teringan juga dengan lagu Wahid Satay: KUSERU LANGIT, HAI! BUMI BERTEPUK.TEPENYEKLAH ENGKAU WAHAI SI KODOK....MABUK KUASA BULAN PUN
JADI GILA. Saya kira sajak Tan Sri Yunus telah jelas,malah khalayak dapat menangkap. Apa isi maksud yang tersirat dan tersurat.Syabas! Tan Sri Yunus. Ini Kenyataan!!.
reherhreherh
rtjtrj
rjtrjrtj
en nuri pun kena saka jgk ke?
huh! kesian btol sy baca en nuri bergerak sikit aduh....
sy pun pnh mengalami mcm en nuri sakitnya hanya Allah saja yg thu betapa peritnya...
sedih sy baca cerita en nuri alami ni...
menitis air mata sy sapalah punya angkara en nuri jd mcm tu?
eh! pak mail x bagithu ke angkara siapa?
sy rasaa itu buatan org rasanya mngkin dia nk tuju kepada org lain terkena en nuri? sy pnh berubat org kena mcm ni.....
huh! kesian en nuri! sedih sy baca...
SAYA RASA ITU ADA ORANG YANG BUAT LA ANAK SY PNH BERUBAT JGK ANAK SAYA TANYA EN NURI NAK KE DIA TUJU BALIK KAT ORANG YANG BUAT TU???
en nuri kena panyakit apa tu? aneh la...
ha! sy pun pnh mengalami sakit mcm ni ni smua sbb angin sejuk ni....
mungkin en nuri suka tido di atas simen agaknya? mmg bahaya kalau tido atas simen nnt urat sejuk mmg x boleh jalan sbb sy pnh kena....
en nuri pergi kat bomoh mana plak boleh hilang?
en nuri ada terpijak anak jin agaknya....
klu mengikut kepercyaan cina rsanya en nuri ada buat org dari sana marah?
ayo! en nuri kena penyakit apa plak? sampai teruk mcm tu sekali....
rasanya en nuri kena teguran kot?
en nuri dah berubat ke masa tu atau hilang sndiri?
en nuri minum apa? sy slalu jgk sakit pinggang kdg2 lps mengali kubur...
ni msti ada org hntr suruh ganggu en nuri? celaka btol! saapalah agaknya...
misteri jgk ni mungkin sakit biasa atau boleh jd buatan org....
pak mail x bagithu ke en nuri kena apa?
en nuri msti ada terlanggar anak setan kot???
eh! pak mail tu boleh gelak plak? hehe
permainan takdir ni sajak tentang apa plak/???
sajak susah nk paham mksudnya... hehe
sajak en nuri ni tinggi2 jgk ye? en nuri ni org sastera agaknya
kalau ambik semua sajak2 en nuri buah lagu? cukup 10 album ni... hehe
wah! sajak yg lain dari yg lain....
alamak! susah nk paham sajak ni x thu nk komen ape? HEHE
ha! sy ada bca jgk pasal ariel syaron ni x mati2 lagi.....
sepatutnya doktor boleh suntik suntikan maut sbb wlpn dia masih hidup tp kesian terseksa....
dulu meluat kat sharon skrg tgk rasa kesian pun ada....
ni msti ariel sharon ni org islam menyumpah dia sbb tu jd mcm ni..
mula2 sharon yg kena lps ni aku rasa msti bush plak? stand by la....
tu la bunuh org islam lagi skrg padan muka...!
rasanya sorg nyawa org islam dia bunuh shari tuhan bagi dia terseksa....
aku berbelah bagi ni nk kutuk ke nak simpati tgk sharon ni.. hmmm....
begitu besar azab tuhan kat sharon ni...
semoga sharon dapat bertaubat sebelum terlambat...
Catat Ulasan