Selasa, 12 Oktober 2010

AKU PENCATAT MIMIPI MALAM




Hamper 50 buah lebih diary kusimpan
semuanya bagai mencatat mimpi malam
sewaktu-waktu  aku berada di perantauan
aku menjadi seorang pencatat mimpi malam.

mimpi-mimpiku ini bagaikan cerita bersiri
kekadang lama benar diterjemah tafsirannya
ada yang menjadi kenyataan dan sebaliknya
cuma keadaan yang dapat menentukan jawapan

Kini aku bagai tidak terdaya membacanya
untuk menangkap maksud isi pentafsirannya
kerana terlalu banyak catatan cerita yang bertabur
di hujung perjalanan aku yang sepi dan tersendiri
menjadikan aku sentiasa lemah, leteh dan penat
cukuplah sekadar menyimpan catatan menjadi kenangan

Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar, BBP.
tanggal sabtu 9/10/2010

50 ulasan:

nurimanja berkata...

3. HANTU PENANGGAL atau TANGLONG.

Biasanya mereka ini asal dari manusia yang menuntut ilmu penanggal ,sebab sekerat badannya tertinggal dari tengkok ke parat kaki. Cuma kepalanya saja yang tercabut bersama urat perut, kemudian terbang di tengah malam.
mencari makanan darah orang yang beranak atau bersalin untuk menjelat dan mekanannya uri baby baru lahir.

Jadi tidak hairanlah orang dahulu kala mereka percaya bila ada anak perempuan mereka lahir (dikampung) mereka akan meletekan daun duri mengkuang yang panjang sedepa lebeh itu , ambil dua tiga helai letak di bawah rumah. agar bila
hantu menanggal ini hendak masuk menjilas air basuhan darah dari perempuan beranak itu, pasti akan tersangkut perutnya dengan duri mengkuang itu. jadi pastilah hantu penanggal kena fikir dua kali.

Sebab dipanggil juga hantu ini dengan Tanglong. Bila perutnya sudah kenyang , waktu dia terbang nampak macam lampu bulat cahaya
perutnya yang kenyang kembung berjurai itu. Benar atau bohong, jangan atau tidak perlu percaya. kecuali anda pernah menjumpainya.

ANJ berkata...

Sentral: Penjawat awam sewakan kuarters
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2010/10/11
BPH terima aduan kakitangan salah guna kemudahan (petekan akhbar BH)

PUTRAJAYA: Segelintir penjawat awam mengaut keuntungan mencecah beribu ringgit sebulan dengan menyewakan kemudahan kuarters kerajaan yang sepatutnya didiami
mereka di sini, kepada orang lain.

Kegiatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas Bahagian Pengurusan Hartanah
(BPH) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima aduan daripada penduduk mengenai perbuatan penjawat awam terbabit yang menyewakan kuarters berkenaan membabitkan pangsapuri dan rumah teres itu.

Penjawat awam terbabit dikatakan menyewakan bilik di kuarters berkenaan dengan mengenakan bayaran sewa antara RM150 hingga RM180 seorang sebulan.

Malah, ada di kalangan penjawat awam terbabit yang semakin berani apabila mengiklankan bilik kuarters diberikan kepada mereka untuk disewa menerusi internet.

Ini sudah lebih dari tidak betul , ada hamba allah yang betul susah dan sesak tak dapat kuarters. bila ada yang sudah dapat, buat meyewa pula, apa punya malaun......( ANJ )

Pedang Kesatria berkata...

RUNNING AWAY

Running away from the past,
Oh, I’ll let my courage driven me,
Walking cadaver that’s me,
Unleash me from oblivion!
You’ll never catch my soul,
I’m everything but nobody,
Let’s face the truth,
Forever hunting is nothing…
Black sunrise is all I see,
Deep down into the sea,
Where anyone can chase me,
There I’ll be me.
Now come the time where I’ll be free eternally…
The forest sings for me…
The wind blowing me…
These scars,
I’ll come for revenge,
One day you’ll know,
Your error is regretless…

Pedang Kesatria
London
12 mlm

Cikgu Rahim berkata...

BAHASA MELAYU

bahasa melayu dulu bahasa bangsaku
lingua franca pelbagai bangsa
berada dipuncak bahasa dunia
bahasa bangsaku itu permata
indah dipandang cantik dipakai
manisnya laksana gula serawa
membelai kalbu menusuk jiwa
bangsaku santun dengan bahasanya
pantun,kias sedarkan penuh ikhlas
kini wajahnya seolah samar
umpama bukit yang diselimut kabus
bahasa bangsaku tenaganya hilang
jasadnya terbang kerana pudarnya
tidak dibendung bahasa penjajah diagung-agung tidak salah ilmu
budaya asing jadi pedoman,
inikan pula warisan melayu
janganlah di buang
dek dagang nak lalu
sedarlah jangan berlengah
sebelum semuanya mula berpecah

Cikgu Rahim
sedih apa bila sy mengajar di kelas bahasa melayu ada jgk murid speaking

Ummu Akilah berkata...

CUKUP SAMPAI DISINI

Tuhan mencipta aku untuk dicintai
aku hidup untuk mencintai
bila usaha kecekalan menyatu
dia datang tanpa rasa segan silu
aku dia dan Engkau semua menangis
namun air mata ini telah habis
habis kerna segala telah terhuris
aku palukan diri ini sekuatnya
meniarap sampai hujung lelah
segalanya untuk dia
tapi mungkin semua ini tidak jadi
cukup sampai disini..
Bila mentari bersinar seadanya
kupu-kupu ditaman berterbang rendah
ditemani alunan muzik lemah
tapi aku kini kian tabah
bila semua ini amat menjijikkan
aku pun putuskan sendirian
didalam dada ini terus melangkah melangkah tanpa lelah
nukilanku semuanya duka
kerna tiada suka dapat ku gambarkan
Bukan pandangan sinis
mungkin sudah tulis habis kata
terangkai mengembirakan hati ini
aku mohon TUhan warnai hidupku
pelangikan jiwaku terus hidup..


Ummu Akilah
SMK Teluk Kumbar
8pagi

Qalam mutiara berkata...

Sajak Pedang Kesatria bertajuk Running Away. Jauh berlari . Penceritaannya; hidup ini adalah satu perjalanan, yang diibaratkan Perlarian yang jauh. Sesekali tersingkap kembali. Walaupun selama ini terasa diri bagai mayat yang berjalan. Hati tetap tabah
untuk bangun kembali. Bersama dendam kesumat, kebenaran tetap ada dan kau akan tahu segala kesalahan yang kau lakukan. Syabas! Buat Pedang Kesatria.

Qalam Mutiara berkata...

Cikgu Rahim seorang perjuang bahasa ibunda dalam sajaknya bertajuk: Bahasa Melayu. Walaupun rakyat Malaysia diwajibkan menguna dan lulus kepujian BM. namun untuk kita Berkomenikasi atau berhubung dengan dunia luar perlu jiga bahasa kedua dan ketiga. Untuk menuju negara maju kita kena jadi rakyat atau manusia serba tahu. Kita sepatutnya contohi sahabat kita berbangsa Cina,Indian, dan lainnya.

Mereka nampaknya lebeh terkehadapan dari kita, kerana dapat menguasai dua dan tiga bahasa. Selain Malaysia dan Inggeris, Ibunda sendiri. Orang Melayu sepatutnya menguasai empat bahasa, Engliseh, Arabic, Chaina, Tamel, selain ibunda sendiri. Yang sedeh bahasa orang tak faham bahasa sendiri pun bertaburan, ejaan pun salah, nahu pula tungang-langang, termasuk juga diri saya sendiri dapat 6 SPM dim 1976 dulu .

Apakah jadahnya tak tahu. Apa pun kita patut sangat memurtabakkan bangsa BM ini, sedangkan bangsa lain di dunia telah mula mempelajari pengajian melayu di universiti tempatan kita dewasa ini, kita sepatutnya buka mata celek minda .. Amin. Syabas cikgu Rahim

Qalam Mutiara berkata...

Sajak-jiwa2 daripada Ummu Akilah bertajuk Cukup Sampai Di sini .mungkin pada dasarnya mengisahkan cinta moyet. Apabila cerita penghakhirnya di habiskan dengan putus perhubungan, walaupun susah untuk diterima , tetapi itulah kenyataan, mungkin ada hikmah daripada tuhan atau persengketaan dengan rasa prajudis kurang yakin dan tidak menyenangkan . kini minta tuhan beri satu kehidupan yanglain atau baru.Amin.

Brader Joe berkata...

en nuri tulis mimpi2 en nuri???

Angker 13 berkata...

hebat jgk jarang ada manusia tulis mimpi2 dia...

Roslan Bidin berkata...

eh! mimpi2 en nuri klu kumpul buat buku msti best! hehe

Pak Bostamam berkata...

en nuri selalu mimpi apa???? masa dpn atau lampau?

Pak Kassim berkata...

eh! en nuri catat mimpi! wah! buat pertama kali sy dgr org catat mimpi...

Atuk berkata...

kuat ingatkan en nuri? sy slalu mimpi bila terjaga trus lupa

Malik Wariya berkata...

50 buah diari!!! byk tu....

Seri Suri berkata...

en nuri start menulis msa umor brapa? sampai 50 diari!!!

Ali Conan berkata...

diary en nuri xkn en nuri catat pasal mimpi jer???

Mat Noh berkata...

en nuri rajin jgk tulis diary klu sy malas jgk...

Sudin Ramlee berkata...

boleh buat novel tu! sampai 50 diari!

Julia berkata...

mcti mcm2 cerita ada dlm tu yela sampai 50 diari...

Badrolshah berkata...

en nuri hanya catat mimpi saja ke? rutin harian en nuri x tulis ker?

Mawar Baiduri berkata...

hebat en nuri ingat jgk mimpi2 en nuri....

Nuri Ketitel berkata...

selalunya org akan lupa mimpi2 dorg? en nuri ingat jgk...

Pak Ngah But berkata...

en nuri start menulis diari masa belum kwin lagi ke?

Halilintar berkata...

en nuri tulis stiap hari ke en nuri mimpi atau setiap minggu?

Julia berkata...

en nuri masih ingat lagi mimpi2? selalunya org akan lupa bila dia dh bngun...

Sharifah berkata...

en nuri tulis diari sampai 50!! wah! patutlah en nuri boleh jd penulis...

Tanpa Wajah berkata...

eh! en nuri simpan lagi x 50 diari tu?

Firasat Hikayat berkata...

en nuri tulis diari sampai 50? tp hanya tulis mimpi saja ke?

Jeffry berkata...

mcm mne en nuri boleh minat menulis diari ni..

Ustaz Majusi berkata...

hantu penanggal ni wujud en nuri sbb kwn sy pnh menangkap...

Saizul Maizav berkata...

sy x pcya mula2 pasal hantu tanglung ni tp dh tgk dlm youtube mmg kena pcya la..

Abul Hassan berkata...

ha! dlam youtube heboh psl hantu tanglung ni...

Kota Gersang berkata...

eh! hantu tanglung mcm ni ke asal usul dia?

Man Pendek berkata...

hantu tanglung dgn penanggal sama ke?

Mozaire berkata...

hantu tanglung ni asal dari setan ke jin?

Dayang berkata...

klu kt sarawak tanglung ni org pggl hantu balan-balan..

Zain Issac berkata...

hantu tanglung ni dia mkan org x?

Pak Awang berkata...

hantu tanglung ni asal dari org klu x salah sy...

Adi Cana berkata...

kenapa dia buat mcm tu? gila apa? cabut kepala?

Ali Omar berkata...

hantu tanglung ni dia pun mcm hantu toyol suka hisap darah ke?

Bob Kuli berkata...

hantu tanglung asal dari manusia kan? atau jin?

Kevin Chong berkata...

kenapa dorg bodoh sgt? sampai sanggup cabut kepala?? hahhaa

Ustaz Sahzan berkata...

klu toyol motif curi duit dpt untung jgk? yg tanglung ni apa motif plak?

Teratai Mekar berkata...

hantu tanglung tu klu kepala dia org dpt? mati la....

Ummu Akilah berkata...

klu kepala dia tersangkut kat mana mcm mne badan dia nnt?

Tok Mahat berkata...

hantu tanglung ni ada penjaga jgk ke?

Jengking Perak berkata...

hantu tanglung plak? dia wujud sbb sy pnh dlm youtube...

Kembara Budiman berkata...

penanggal ni aku ingat dongeng tp mmg wujud sbb heboh dalam youtube...

Capricorn berkata...

esok hantu apa plak en nuri??/ hehehe