Pertama doa dalam solat wustaq
atau solat lima waktu sehari semalam
tersembunyi waktu mustajab bila berdoa.
Kedua tidak mengenal dirinya wali
sedangkan orang lain yang mengetahui
tersembunyi akan keramat atau pun walinya.
Ketiga bilakah turun lailatul qadar?
bagai tersembunyi akan kehadirannya
kita terpaksa cari malam 10 akhir ramadan.
Keempat tiada siapa tahu kematian,
Allah tidak akan beri tahu sesaorang itu
tersembunyi akan kedatangan maut seorang.
Kelima tidak ada siapa tahu hari qiamat,
Allah sekadar menunjuk bunganya sahaja
cuma dikatakan saja berlaku pada hari jumaat.
Keenam jodoh pun tidak siapa mengetahui,
kita sekadar berikhtiar mencari pasangan
yang menentukan jodoh hanya Allah swt sahaja.
Oleh: Nurimanja,
petang jumaat balik ziarah
kembalinya seorang hamba allah.
tanggal 7 oktober dua ribu sepuluh.
50 ulasan:
4. HANTU RAYA ORANG BELA HANTU RAYA MATANYA MERAH
Biasanya pembelanya akan sama berwajah seperti orangnya. Ini amat merbahaya, silap hari bulan. isteri tuannya akan ditidurinya. sebab berwajah serupa. dalam blog ini ada seorang tapi dia tak kahwin lagi hantu raya. Dia ini
adik beradik juga dengan toyol nak makan darah. hang tak bagi dia tak mahu buat kerja.
Biasa orang yang bela hantu raya ini, dia arah untuk menjaga rumah tangga dan kebun dan harta benda tuannya jangan dicuri atau diambil orang. Hang ambil satu saja harta tuanya . hang akan melupur, kalau tak pulang balik.Orang bela hantu raya ini matanya merah. Macam orang tak cukup tidur.
Biasanya tidak begitu suka untuk bercakap dengan orang lain, suka bersendirian. Dia boleh tinggal rumah dan isterinya, berpergian
berbulan, tetapi jika ada orang cuba masuk rumahnya, mesti ada nampak kelibat tuannya. Hantu raya itulah yang menyerupai tuannya.
Itu yang dikatakan tadi si isteri sangka suaminya telah balik dari kerja luar, janji nak pergi cuma seminggu, tetiba sudah ada dalam kelambu, tersilap peluk naaslah khawin dengan hantu. kekadang boleh jadi juga begitu, bila sudah isteri tidak tahan menunggu, suami pula pulang tak bagi tahu.
Biasanya si Hantu Raya ini, kalau tuan dia sudah meninggal. dia akan buat kacau. silap hari bulan satu rumah dia akan buat kacau. suka mengusek anak dara sunti, janda dan bini orang. Malah lagi mudah dapat dekat dia, orang yang lemah, banyak masalah, fikiran terganggu. mudah sangat diperkuda.
2010/10/11
GUA MUSANG: Pembukaan 'Ladang Rakyat' di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar
untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas
4 November ini kerana tanah yang terbabit didakwa diambil daripada penerokanya oleh
kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.
SEDUTAN AKHBAR (UM) semalam
Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu kerana tidak
berlaku adil kepada rakyat.
Mat Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri, berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.
"Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak bertahun-tahun."
"Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan, sepatutnya mereka diberikan geran," katanya.
Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk
dividen serta pembangunan untuk menghapuskan kemiskinan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek perladangan swasta pasti boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang. - BERNAMA
SENYUMAN MISTERI
inginku petik bintang
kan kutempah jadi kalung indah
kukalungkan ke lehermu
pasti kau bersinar terang
bagai bulan dipagari bintang
inginku selam laut dalam
mencari mutiara paling cantik
kan kutempah jadi cincin indah
kan kusarungkan ke jari manismu
inginku tenun sutera paling halus
kan kujadikan persalinan indah
inginku kumpul semua keindahan
kan kuhadiahkan semua padamu
agar kumiliki senyuman indah
senyuman penawar pengubat rindu
senyuman misteri penuh syahdu
senyuman paling kudambakan
senyuman misterimu...
Mata Langit
Melaka
11malam
AKU MENULIS ADA SEBAB
belayar di udara berdiri
getar degupan sukar dimengerti
kencangnya menjerut hati
perlahannya melemaskan hembusan
kilasan bayangan diri berangan
lurus menerang segala ukiran
ranum merah tak tercapai tangan
ditambat ikat rapi dalam genggaman
aku tulis kerana sebab
tanpa sebab aku tidak menulis
aku akan menulis bila sebak
bila aku marah juga mula menulis
kali ini aku menulis kerana sebab
sebab rindu sawan
kau tak pernah rasa apaaku rasa?
atau kau saja buatku terasa?
tolonglah dan cukuplah
aku derita berkecai dengan ayat
sudah , padam ego itu
kikis prejudis itu
aku tau masih ada rindu
aku tak nafikan aku juga begitu
hukuman apa patut aku terima lagi?
aku sudah tak mampu melihat
tapi aku tetap mampu menunggu
Kau sampai akhir hayat aku
kerana janji kau aku satu masa dulu
Dayang
K.Lumpur
2ptg
HIDUPKU UNTUKMU RABBI
Dingin terasa
Hingga mencengkam jiwa
Kelu lidahku untuk berbicara
Lemah tubuhku tidak bermaya
Sunyi sepi waktu bagai terhenti
Seperti kematian menghampiri
Mengenang dosa menggunung tinggi
Kini air mata mengalir akhirnya
Ketakutan ini menguasai diri
KebesaranMu melemahkanku
Aku malu pada diri sendiri
Hidupku ini pasti akan berakhir
Sebelum langkahku terhenti
Ampunkan aku Ya Rabbi
Atuk
selasa
8malam
MATA LANGIT seorang yang rajin dalam ruang sms kosmo yang sering memberi idea pandangan dan pendapat serta komentar atau keritikan panas dan pedas. Kali ini dengan sajaknya berkepalakan: SENYUMAN MISTERI untuk siapa agaknya. Maseh ada jua sadekit unsur jiwa-jiwa, kisah rangmuda punya biasa. Hajat besar kalau boleh untuk di hadiahkan buat si dia yang diingati, tetapi anehnya si dia dalam pengucapan ini bagaikan bayang-banyak penuh misteri untuk berbicara,apatah lagi untuk melihat senyumanannya. Mungkin ada keanehan pada gadis yang sukar memberi senyum ini. Membuatkan si penulis mengangapnya sebagai gadis yang dipujanya maseh sukar mengharapkan senyuman misterinya. Syabas! Ada kemapuan. Usaha lagi.
DAYANG dengan sajak jiwa-jiwanya,pengucapannya dalam sajak bertajuk:AKU MENULIS ADA SEBAB menceritakan tentang harapan yang ditunggu dan dipujanya sehingga kini tidak menjadi kenyataan. Terasa lemah dan marah dan kecewa dengan keadaan yang mungkin melemaskan diri menghadapi kenyataan. Walau bagaimana pun DAYANG maseh lagi menepati janji dan maseh juga setia menanti hingga akhir ini. Syabas! Semoga sukses, ada kemapuan meluah perasaan dlm sajak aku munulis ada sebab. Amin.
ATUK dengan sajak kesedrannya yang tulus ikhlas mengaku kesalahan masa lamapau, Inilah taubat yang sebenar, menyesal apa yang terlah berlau. Sesungguhnya masih belum terlambat, kecuali bila nyanya di pangkal halkum. Maka lahirlah sajakATUK berkepalakan HIDUPKU UNTUKMU RABBI. Berunsur ketuhanan. Bukan ATUK seorang yang rasa bersalah atau berdosa ramai lagi manusia jagat yang masehBanyak dosa, tetapi enngan sujud dan memohon ampun. Sesungguhnya marilah kitaBerdoa, agar Allah memberi taufik dan hidayahNya. Amin, terima Kaseh ATUK beri sajak kesedaran buat renungan. Teruskan berkarya sajak-sajak nasihat. Amin!
eh! kenapa kalau bela hantu raya mata merah plak?
huh! hbis org yg hisap ganja pun mata merah gak? hehe
eh! hantu raya dalam chatbox tu hantu raya btol ke?
eh! kalau hantu raya dlm blog ni hantu raya btol? sapa yg bela? xkn en nuri plak?
bahaya jgk hantu raya ni....
eh! mcm tu rupanya cerita hantu raya...
asal usul sy mcm mne plak? hehe
kenapa mata dorg jd merah? hmm...
lps ni snang nk cam sapa mata merah sah! bela hantu raya..
huh! hantu raya boleh berupa ke?
seram jgk cerita pasal hantu raya ni...
mcm mne en nuri thu?
trhrtj
jtrjtrtjr
kjhlkjl
hantu raya makan ape?
hantu raya ni asal dari mana?
hantu raya ni katogori ape? jin ke?
kenapa mata dorg msti merah???
mata dia merah sbb apa? hantu raya tu hisap darah ke?
dulu saka skrg hantu raya plak? hehe
bahaya klu org bela hantu raya ni takut isteri dia pun dia rampas..
hantu raya ni dorg ambik kat mana?
selalunya org bela hantu raya susah nk mati...
hantu raya ni mcm mne nk bunuh dorg?
hantu raya dgn saka 1 spesis ke?
menyeramkan bila hantu raya boleh berupa tuan dia...
hantu raya ni msti ada tuan? ada x hantu raya yg xde tuan?
asal usul hantu raya dari mana en nuri?
bahaya klu isteri dia xthu takut nnt bila beranak anak dia anak hantu raya,,,
hantu raya ni ada jgk ke keturunan?
mcm mne nak buang hantu raya ni?
byk jgk allah sembunyikan....
nmpknya kita kena cari sndiri yg allah sembunyikan...
6 saja ke? atau byk lagi Allah sembunyi?
mana en nuri thu psal 6 perkara ni?
sajak yg menarik 6 perkara allah sembunyikan dari kita..
sajak yg menarik utk di kongsi bersama..
jd kita kena carilah apa yg Allah sorokan ni...
byk nikmat2 yg Allah sorok? hmmm...
rupanya semua Allah rahsia dari kita...
byk jgk kisah2 hantu en nuri tulis ni...
Catat Ulasan