Sabtu, 22 Mei 2010

SEKADAR CUMA ANDAIAN



Andaian biasa cuma kata dua
boleh jadi atau boleh jadi tidak
tidak salah sesiapa mungkin membuat
satu andaian telahan rekaan atau gurauan.

Andain ada betul dan ada salah
kekadang benar pula, tidak mengapa
terkadang salah tidak salahkan sesiapa
sekadar andaian tidak semestinya diterima.

Dalam kehidupan banyak andaian
jika seorang yang punya hartabenda
berbagai andaian wujud di dalam kepala
kalau hidup miskin andaiannya pula berbeza.

Oleh ; Nurimanja,
Setelah banyak ulasan
dan andaian diterima 2010.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN BERTAJUK CINTAGADISKENYALANG siri5 OLEH : NURIMANJA


SETELAH Cikgu Kamsiah menukar pakaiannya. Dia melangkah keluar dari biliknya.Diikuti oleh ibunya dari bakang,

“Siapa budak lelaki itu?” Tanya ibunya
“Budak lelaki mana pula?” Cikgu Kamsiah cuba pula bertanya ibunya kembali.

Ibunya yang memang sudah seminggu menahan marah itu,kian meruap naik darah panasnya.
“Haii! Kau tak tahu pula? Aku ini dah nak pecah anak telinga asyih mendengar dari orang-orang kampung tempat kau mengajar itu, kau pula buat tak tahu?” cemuh ibunya.

“Kawan saja,” jawab cikgu Kamsiah selamba.
“Kawan apa dengan budak lelaki? Hey Kam! Budak mana dia tu? Kerja apa? Dimana kau temu dia?” Soal ibunya.

Cikgu Kamsiah menjadi serba salah mendengar soalan ibunya begitu banyak sekali, dia juga tidak menduga; Cerita dia membawa Hamid ke Quates guru di kampung tempat dia menajar itu, telah pun sampai ketelinga ibunya.

Cikgu Kamsiah masuk ke dalam biliknya kembali, tetapi ibunya masih tidak puas hati, tetap mengikuri dari belakang,cikgu Kamsiah mengambil kain bajunya yang telonggok di atas katil, kmudian melipat-lipatkannya.

“Siapa budak lelaki tu?” Tanya ibunya lagi.
“Hamid , budak Semenanjung, ibu bapanya sudah tiada lagi,” cikgu Kamsiah memberi tahu kemudian dia diam.

“Kerja apa?”
“Tentera udara, di Kuching,”
“Bagaimana kau kenal dia?”

Cikgu Kamsiah diam seketika, dia terasa ibunya bertanya terlalu banyak.
”Dimana kau jumpa diaa?”Ulang ibunya lagi, kuat sedikit bunyi suaranya.

“Di hari perayaan kemerdekaan di bandar Sarikei dua bulan yang lalu,”
“Jadi, kau nak kawin dengan budak itu?” Tanya ibunya lagi.

“Siapa kata?”Soal cikgu Kamsiah memandang muka ibunya. Dia terasa pertanyaan ibunya itu seperti mengejek.

BERSAMBUNG.

Rossa Long berkata...

BIAR HATI MATI

Biar hati mati...
Agar kau tak aku tangisi...
Dia tak aku sakiti...
Diri tak aku lukai...
Semua tak perlu aku bohongi...
Biar hati mati...
Cinta akan membunuh mu..
Kasih akan mendera mu..
Sayang akan menjerat mu...
Biar hati mati...
Persis layang tidak bertali...
Terbang tinggi...
Akhirnya tinggal lidi....

Rossa Long
percubaan sajak pertama saya

Tengku Aisyah berkata...

bongeklah kamsiah ni! kwin je la dgn hamid! adoi...

Olie Pajutdy berkata...

kamsiah ni pmpuan teruk la bwk jantan! cis!

Sharifah berkata...

dr buat dosa byk2? kwin je snang!

Shuhada berkata...

padan muka kamsiah! kenapa x kwin je dgn hamid???

Olie Pajutdy berkata...

kamsiah ni pmpuan teruk la bwk jantan! cis!

Malik Wariya berkata...

bodo la dorg ni x tkut dosa ker? tgk mcm ak dating dalam beberapa minggu terus kwin! kan senang?

Pak Awang berkata...

bila nk kwin dorg ni?? bkn salah pun klu nk mendirikan masjid...

Lagenda Pulau berkata...

patut serbu je dorg ni kasi kwin trus!

dam catur berkata...

teruklah org mlyu dulu2 x reti agama!!

Seri Suri berkata...

kalau aku jd mak dia sah ak bunuh kamsiah! hahahaha

Madah Pujangga berkata...

bilalah dorg nk insaf dorsa dh byk dh...

Kamal berkata...

giler la kamsiah ni buat malu keluarga jer...

Saizul Maizav berkata...

kamsiah ni bila nak lari dari rumah ni???? hehe

Bumi Hijau berkata...

sajak ni mmg xphm.. en nuri berteka-teki ker?

Sukidin berkata...

sajak susah nk phm sikit la... hehe

Ustazah Hamidah berkata...

menarik sajak2 en nuri ni tp sajak andaian sukar utk difahami...

Juragan Desa berkata...

sajak andaian ni mmg pening sikit..

Abul Hassan berkata...

hrp qalam boleh ulas sajak ni... hehe

Bintang Kejora berkata...

hamid ni casanova ape? entah2 kat semenaanjung dia dh ada bini lain?

Umar Haslam berkata...

hamid ni btol ke tentera? entah2 kutu haprak mne dia ambik? bodo pnya cikgu kamisah!

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak oleh Rosa Long bertajuk Biar Hati Mati, pengucapannya agak menarik juga, Menceritakan tentang bicara hati atau kata hati, rasa kekecewaan, mungkin satu sebab penulis terasa marah dan kecewa ingin melarikan diri, kerana terasa cinta, kasih dan sayang bagai tidak berharga lagi, bunyi bagai dipermainkan oleh si dia. Sehingga diumpamakan bagai lelayang terbang tinggi, dan tidak bertali akhir kesudahannya kena hujan dan panas tinggal lidi. Kisah lama biarkan dia blalu, tidak baik berputus asa, cari saja yang lain sebagai penganti, kerana Tuhan jadikan atau membuat sesuatu itu mesi ada hikmahnya. Amin.