Sabtu, 8 Mei 2010

SECANGKIR KOPI YANG KUHIRUP


Secangkir kopi yang kuhirup
di sebuah kantin di tepi pantai
masih terasa segar hingga kini
dan terbayang wajah hitam manis
bersama senyuman yang terukir
di bibir seorang anak mami
masih bersemadi disudut hati.
rindu dengan secangkir kopi
yang  kuhirup di tepi pantai
dan senyuman manis anak mami
menjadi igauanku hingga kini
untuk ke Pulau Mutiara lagi.

Oleh; Nurimanja
Rajang, Sarikei,
23\9\82

11 ulasan:

nurimanja berkata...

5 KEIKHLASAN SEORANG HAMBA

Omar pergi ke padang gurun dan melihat seoarang hamba yang menjaga beribu ekor kambing,
Omar ingin menduga hati hamba pengambala kambing itu,lalu Omar berkata , juallah saekor atau
dua ekor kambing itu kepada saya, saya akan bayar dengan harga yang lebih tinggi

Hamba pegembala kambing itu terkejut selama ini dia tidak pernah membuat sesuatu tanpa
pengetahuan tuannya. Maaf saya tak dapat menjualnya kerana kambing-kambing ini kepunyaan orang.
Jawab hamba itu dengan tenang.

“Kenapa tidak boleh, tuan punya kambing ini bukan tahu, Cuma kita berdua saja di sini,
”saya akan bayar dengan harga dua kali ganda? Bagaimana setuju.kata Omar sambil mengeluarkan wang yang ditawarkannya itu dan tersenyum. melihat wajah hamba itu yang agak gelisah.

“Tidak , walaupun sesiapa tidak nampa Cuma kita berdua sahaja, tetapi Allah SWT nampak akan
perbuatan kita , saya tak mahu didakwa di akhirat nanti. “kata hamba itu dengan tenang
“kerana keikhlasan kamu sorang hamba , Hari ini aku bebaskan kamu daripada menjadi hamba, dan pergilah kamu dengan wang upah menjaga kambing ini agar kamu hidup bebas dan merdeka, tidak lagi menjadi seorang hamba. ” Kata Omar sambil tersenyum dan menepuk-nepuk bahu pegembala
kambing yang amanah dan jujur itu.

TAMAT

Julia berkata...

TERPIKAT PEMUDA HARI JUMAAT

Hati berdegup kencang....
kernaku terpikat setiap jumaat...
Pada empunya busana cekak musang..
Pada songkok kopiah
mahupun ketayap serban..
Wajah siraman wudhuk..
Air muka tenang bertawaduk...
Merah..hijau..
apa pun yang tersarung...
Hati ini bagai terpasung...
Mengapa kau bukan yang tergolong........


Julia
hari jumaat dihadapan masjid..
1ptg

Penjejak Badai berkata...

wah! pandai omar tu menguji hamba dia....

Budak Rap berkata...

wah! betol bendul pengembala tu... heeheh

Tanpa Wajah berkata...

pndai dia guna psikologi untuk mnguji hamba dia.....

Bob Kuli berkata...

pandai dia menguji hamba dia...

Mamu Kassim berkata...

nnt aku nk uji la perkerja restoran aku nnt mcm omar ni..

Sudin Ramlee berkata...

klu aku jual je la rugi 2 kali ganda tu...

Raja Zaki berkata...

pandai omar tu klu hamba jual x thu la apa jd...

Ismail Harakam berkata...

omar ni pndai menguji pegembala tu... nsib baik dia x jual klu rugi la dia...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak Julia bertajuk Terpikat Pemuda Hari Jmaat. Andaian cuma , Pengucapan cerita pada setiap jumaat, bila penulis melihat sesaorang yang mungkin hati agak
tergamit minat pada watak cara si pemuda songkok seban, renungan wajah seorang yang sentiasa sahaja berwuduk dan berwatak waraknya. Tetapi bukan daripada golongan hati
penulis yang mungkin ada kefahaman lain tidak seirama..ataupun budaya dan punya tangapan yang berbeza.di antara keduanya.