Sabtu, 22 Mei 2010

SEBUAH KOTA PERJUDIAN



Sebuah kota perjudian,
di dalamnya paling mudah
gugur bintang-bintang kecil
lalu tergelam dirahang malam
sehingga lemas dihujung pagi

Sebuah kota perjudian,
gelanggang perjudian hidup
gadis lincah bermain lumpur
menjual diri dengan harga remaja
di kaki waktu malam mencabar.

Sebuah kota perjudian,
berkeliaran kutu-kutu hantu
di lorong dan rumah rahsia
hidup mempergadaikan maruah
melempar nasib ke gerbang neraka.

Oleh; Nurimanja,
19/8/102.

9 ulasan:

nurimanja berkata...

9. KALDAI DATUK CUCUNYA.

Pada Zaman dahulu ada se buah kampung tinggal seorang datuk bersama cucunya,hidup dalam keadaan yang susah dan melarat, mereka sering jadi mangsa ejekan masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain.

Kerja keluarga meskin ini mencari kayu api untuk dijual ke pasar dengan bantuan seekor kaldai tua, Saban hari mereka membawa kaldai tua itu, hasil jualan kayu api itu untuk menyara hidup mereka
.
Disebabkan tidak tahan dengan umpat keji orang kampong, mereka bercadang untuk berpindah ke kampong lain, Sebaik sahaja mereka melintasi jalan keluar dari kampong itu, orang kampong telah mentertawakannya.

“ Sudahlah kaldai itu tua kena bawa bebanan barang yang berat, tak ada otak punya manusia,” tuss!, sambil meludah ke tanah kata seorang muda yang mengejek, bila melihat keadaan itu.

Bila mendengar perkataan itu, Datuk dan cucunya itu pun membuang bebanan di atas belakang kaldai itu ke dalam sungai. Mereka teruis berjalan . Bila tiba di satu selekoh jalan ada pula orang berkata,

“Bodohnya orang tua ini , ada kaldai tidak ditunggang?”

Orang tua itu pun meminta cucunya menaiki kaldai, dia pun berjalan mengikuri kaldai tua itu. Bila sampai di satu selekoh jalan, Ada pula orang berkata;

“Datuk yang tua berjalan , cucu duduk di belakang kaldai,Apa punya bahalol?" .Cucunya pun turun dan datuknya pula menunggang kaldai tua itu.Bila sampai satu selekoh jalan , ada pula seoarng perempuan tua berkata:

“Cucu berjalan , datuknya duduk di atas kaldai , tak ada otak.”

Si datuk dan cucu mengambil keputusan , memikul kaldai tua dengan se batang kayu, diikat kaki tangan kaldai itu lalu dipikulnya , cucu di hadapan datuknya di belakang. Berjalanlah mereka terhuyung hayang.

Bila sampai satu selekoh jalan orang ramai asyik ketawa melihat kebodohan mereka, Akhirnya si datuk dan cucunya mencampak kaldai tua itu ke dalam sungai.

Kemudian mereka berjalan kaki, tiba-tiba, terasa seperti kehilang sesuatu. Kedua-duanya pun menyesal melenggung panjang rasa rugi pula...


TAMAT.


ULASAN; jika kita ingin membuat sesuatu , jangan peduli apa yang lain kata, jika tidak kita yang akan menanggong kerugiannya.

Mentari Senja berkata...

PANTAI DAN GADIS

Aku ke pantai berasa nakal.
Aku dapat akal.
Botol kaca jernih cacatan sulit
Dilontar ke laut ombak memutih.
Datang gadis kerinduan sisir ayu,
rambutnya mekar disapa bayu.

Sepi gadis yang paling cantik,
curiga hatinya pada sinar pantulan,
botol kaca berisi pesanan.
Dibuka dibaca penuh harapan,
mungkin harta karun zaman,
mungkin wasiat mungkin utusan
buat insan terpilih ditakdir tuhan.


Mentari Senja
USM penang
5ptg

Guest berkata...

cerita keldai ni mcm pnh baca jer...

Mentari Senja berkata...

PANTAI DAN GADIS

Aku ke pantai berasa nakal.
Aku dapat akal.
Botol kaca jernih cacatan sulit
Dilontar ke laut ombak memutih.
Datang gadis kerinduan sisir ayu,
rambutnya mekar disapa bayu.

Sepi gadis yang paling cantik,
curiga hatinya pada sinar pantulan,
botol kaca berisi pesanan.
Dibuka dibaca penuh harapan,
mungkin harta karun zaman,
mungkin wasiat mungkin utusan
buat insan terpilih ditakdir tuhan.


Mentari Senja
USM penang
5ptg

Ustaz Rahman berkata...

bg sy pengajaran cerita keldai ni ape kita nk buat kita buat je jgn fikir tentang org lain...

Geletek Malam berkata...

mmg ada pengajaran btol cerita keldai ni..

Nama Aku berkata...

kesian datuk dgn cucu? adoi.. mcm2 karenah org masa tu...

PENYAIR AGUNG berkata...

CERITA KELDAI NI MMG MENARIK DAN BERPENGAJARAN JADI JANGAN DENGAR CAKAP ORG SEBAB PENDAPAT ORG LAIN BERBEZA-BEZA JADI KITA IKUT CARA KITA....

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak oleh Mentari Senja bertajuk Pantai Dan Gadis menceritakan Saturday kehidupan di zaman Aladin, kerana tiada perhubungan seperti zaman SMS. Sekadar andaian saja, sesekali seprti menceritakan rasa jiwa-jiwa pada sajak bila ada warkah ada sorang jejaka ataupun peria dan wanita, Katakan saja apa yang telah tersurat, jika benar suka, dan tuhan gemar melihat ada pasangan yang brkasih sayang dngan mengikut syariatnya. amin