Ahad, 30 Mei 2010

RINDU SEORANG AKU



Rindu seorang aku
adalah lebeh hebat
ketika rembang petang
ingatan semuanya terpunggut
menjadikan longgokan rindu

Rindu seorang aku
masakah yang mendesak
melempar aku diperantauwan
memaksa aku  mencari pengalaman
belajar erti sebuah kesusahan,
 
Rindu seorang aku
terasa sepi di hujung waktu
bla malam lambat beridar
mentari pagi malas betapak
menjadikan resah dicengkam sayu
 
Oleh : Nurimanja,
Di teratak sepi desa pengitan,
Hujung September, 1981.

10 ulasan:

nurimanja berkata...

11. PENCURI YANG TERTIPU


Omar seorang ketua khafilah yang hidup berpindah randah dengan 4o orang pekerjanya sebagai hadam membantu menjual minyak wangi yang berbagai.Dia sering berkhemah di sesuatu kawasan sebelum meneruskan perjalanananya.


Pada suatu hari ada seorang saudagar yangsinggah bermalam di khemahnya, Pada keeokan hari , saudagar itu mengadu kepadanya , dia kehilangan wang seribu dinar, wang itu diletakan di bawah bantal sewaktu tidur.


Omar seorang khafilah yang pintar, dia memerentah semua pekerjanya berkumpul, sesiapa yang mengambil wang itu , harap pulangkan kembali, sebelum penyesatan dijalankan. Tetapi tiada siapa pun yang mahu mengaku


Oleh sebab tiada seorang pun mengaku, Omar meminta setiap orang mesti memengang ekor kaldai yang.ada di dalam kemah itu, didalam kemah itu ada kaldai tua yang tahu siapa pencuri wang seribu denar itu,pasti dia akan tendang keluar.Saya akan mencium tangan kamu.


Setelah hamper 40 orang masuk keluar di dalam khemah itu, tiada siapa pun yang ditendang keluar oleh kaldai itu. Namun Omar dengan tenang memanggil seorang daripa hampanya yang tidak memengang ekor kaldai itu.


Pekerja itu menjadi pucat ketakutan,dan mengaku bersalah. Mereka semua hairan bagaimana omar boleh tahu, Omar berkata dia telah menyapu minyak wangi di ekor kaldai itu, , si pencuri takut hendak memengan ekor kaldai itu, tangannya tidak berbau minyak wangi.

TAMAT.

ULASAN; Orang yang bersalah biasanya tidak dapat berfikir dengan waras, oleh sebab itu mudah dikesan oleh penyisat, sebab berani kerana benar dan takut kerana salah.

Abu; Hassan berkata...

HANYA KERANA TERLEWAT

pada satu hari lalu
aku lewat ke tempat kerja
bukannya sengaja
tapi musibah menimpa
mereka memandangku sinis
kerana lewat aku tak mengerti
adakah ini satu konspirasi
hari ini aku tidak lewat lagi
tapi meraka masih lagi berbicara
berbual sambil ketawa
hanya kerana kelewatan dulu
jiwaku tertekan hati kecil berkata
aku hanya lewat sekali
tapi mengapa aku di hukum begini
sebenarnya lewatku bersebab
aku di peralatkan temanku
sedangkan aku tidak pernah lewat
apakan daya aku hampir meluat
loya dengan tuduhan lewat
aku terpaksa berhenti kerja
walaupun terpaksa

kini aku di tempat kerja baru
aman damai dan permai
aku tidak pernah lewat
tapi ada hati yang cemburu
melihat prestasi kerjaku
mereka menuduhku sekali lagi
lewat untuk kedua kali
namun aku tidak sendiri
ramai teman yang membelaku
ramai yang bersamaku
walau dilabelkan seorang lewat
aku tidak kecewa
kami akan melawannya
kerana aku percaya
kebenaran akan terbukti
kebenaran akan menjelma
kebenaran akan membongkar segalanya


Abul Hassan
8pagi
27.5.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak Abul Hassan bertajuk Hanya Kerana Terlewat, lebih suspen lagi jika dinamakan sajak ini tajuknya;
diletakan Terlewat,orang akan rasa ingin tahu dan bertanya. Di tempat keja biasalah, dimana-mana pun
ada saja orang tak senang melihat org lain senang, x ada pasal cari pasal,.Kau kerja sajalah dengan ikhlas dan niat kerana Allah, keadaan sentiasa terjaga dan terpelihara dan terbela. Amin.

Olie Pajutdy berkata...

wah! pandai omar tu dgn buat mcm tu je dapatthu sapa pencuri..

Brader Joe berkata...

mula2 baca ingatkan cerita ali baba dgn 40 penyamun rupanya cerita lain ker? hehe

Juragan Desa berkata...

hahaha pandai omar ni.... hebat!

Ali Omar berkata...

adoi.. x sangka pegang ekor keldai je dh dapat thu penrompak tu...

Halilintar berkata...

ade ke wujud keldai mcm cerita ni? hehe

Danial berkata...

hebat omar ni! hehe dia buat mcmtupun dorg dh takut...

Teratai Mekar berkata...

haha tak tik je omar tu buat mcm tu mne ade keldai boleh kesan pencuri... hehe