Di kampung,
buka saja jendela
kita pun melihat kabus
dan pokok bersama haiwan
kicauwan ungas dan kokok ayam
rasa sunyi, damai, aman dan tenang.
Di Bandar,
buka saja jendela
nampak banyak rumah jiran
orang ramai yang berkeliaran
kebising keinderaan dan penjaja
suara riuh,kesebukan dan kekalutan.
Aku menilai,
Di antara dua jendela ini
telah pun aku alami puluhan tahun
mengajar aku menjadi seorang lebih dewasa.
hidup lebih berhati-hati dan bertimbang rasa
semoga perjalanan ini selamat ke penghujungannya.
Oleh; Nurimanja,
menjiwai erti kehidupan
sesekali melewati kampungku.
Mei, tiga empat bulan yang lalu 2010.
42 ulasan:
CERPEN : SATU BATU TANDA siri 2cuk OLEH : NURIMANJA PERAK 1982.
Man cukup layak dengan jawatan itu. Dan memang Allah menjadikan saseorang itu mengikut kemampuan dirinya. Walaupun kami lebih kurang sama tinggi, tetapi Man lebih tegap dan kental tubuhnya, berbanding dengan aku yang kurung kering melidi Kata oang kalau lembu, Cuma boleh buat sup sahaja.
Man memang anak bendang dan kebun getah, guni padi senang saja dia tanggung, kalau aku pernah bawa beras lima gantang sahaja, naik basikal ayah, belum pun sampai di tengah jalan dengan aku, beras dan basikal sekali terjun masuk parit. Balik kena marah dengan ayah, mereka gelar aku puteri lilin.
Cuma aku yang teruskan menyambung pelajaran tanpa Man di sisi aku, kiranya dahulu ada teman tempat berbincang dan bergurau senda. Aku begitu sayu ,aku terasa bagai kehilangan seuatu. Beitulah kami teman qarib. Bila cuti sekolah aku selalu ke dangau atau tempat rumah menunggu padi masak. Aku masih ingat;
Man buat gulai
Man akan mengajak aku memangcing ikan puyu di telaga depan dangai atau pondoknya, setelah dapat beberapa ekor ikan puyu,Nab akan buat gulai taruh belembing buluh, atau daun keman , Man akan masak nasi beras baru dituai dan kami makan berdua di waktu tengah hari bersama angin sepoi-sepoi bahasa.
Dangau Man yang di kelilingi sawah padi, dan pokok kelapa bersama pinang dan mempelam bumban, cukup memberi suasana yang redup dan tenang, air telaga yang sejuk dan terasa mahu beredam jika tidak aku fikirkan soal pacat dan ular dan lintah. Itulah cerita yang tidak mudah aku lupakan.
Dalam suatnya kepada aku, Man ada menulis;
“Nur! Aku harap kau menghadapi pelajaran dengan tabah dan sabar, jangan jadi seperti aku Nur. Aku terpaksa meningalkan kelas, kerana keadaanku terpaksa,kau lebih faham dengan keluargaku, Ayahku sudah tua, dan adik-adikku pula ramai, aku terpaksa membantu mereka untuk meneruskan mendapatkan pelajaran,”
Itulah surat yang pertama aku baca di antara isi kandungannya, Setelah sebulan dia berada dalam latihan tentera selama enam bulan di kem latihan tentera Sugai Udang
Melaka.
SAMBUNG.
Peniaga Thai jual gula subsidi
BALING: Ketika peniaga dan pengguna di beberapa negeri di negara ini mengeluh kerana sukar
mendapat bekalan gula,keadaan sebaliknya berlaku di selatan Thailand apabila gula pasir
bersubsidi untuk kegunaan rakyat tempatan dijual secara bebas di negara itu. [+] petekan BH
kesian nur? sapa nur tu? en nuri ker?
sedih plak baca cerpen en nuri ni..
sedapnye menu makanan nur dgn man! perghh!!!
sedapnya ikan putu tu... teringat plak suasana kampung
sedih cerpen ni cerita btol ka en nuri?
man pegi jd tentera ker? wah! sedih2....
x sabar nk tunggu sambungan cerpen ni...
wah! mmg sayu je baca cerpen ni...
eh! kawan karib nur ke man ni kesian nur...
SURAT WANGI
Ingin aku merintih tanpa suara
Menangis tanpa air mata
Bersedih tanpa rasa hiba
Ingin seluruh alam ku kongsikan cebis-cebisan bahagia
tersisa di hujung senyuman
terukir di bibir
Di sudut hati yang terpinggir....
setiap insan ku curah sayang..
Yang menebal segenap tubuh diri..
Mendalam di kolam cinta misteri...
Ingin malam baluti mimpi indah...
Menyambut fajar kerdipan..
lentaran cahayanya nan merah....
Surat wangi Berpaling masa lalu.
Ketika itu dia masih muda
si kenit yang pemalu
jarang bercakap menyimpan segala perihal lucu dan sedih sendirian.
Sehingga satu petang yang redup
melihat temanberutus surat wangi
nampak comel dia mahu rasa begitu.
Sambil mengulum senyum
dia menunggu pilihan hati
mungkin akan diberi surat wangi.
Tiga minit,empat minit,lima minit.
datang si pilihan hati
tapi bukan membawa surat wangi
hanya balang kaca dipenuhi guli.
Malu-malulah dia sendiri
terlalu berharap surat wangi.
Pak Ngah But
sajak lagenda 1990
di rusila
sajak perbandingan yg best!
sy sokong sajak en nuri ni! hehe
ape2pun di kampung lagi best.. hehe
di kampung lebih tenang dr dibandar yg bising gila ni... hehe
sajak menarik! eh! kat teluk kumbar ni bandar ke kmpung?? hehe
wah! sajak lain dr yg lain! best!
tempat tinggal pun en nuri buat perbandingan? menarik ni...
sajak kali ni lain dari yg lain! tahniah en nuri!
sajak en nuri mmg kepelbagaian btol... hehe
ape2pun aku ske lagi dok bandar kt kmpung sunyi sgt... hehe
dok bandar best! hehe dulu aku dok bandar jgk kat KL lsp tu pindah teluk kumbar jd kampung balik adoi? yg paling susah kt kmpung nk cari makanan la....
rasanya dok kmpung best lagi? sunyi dn tenang...
dok kmpung best! tenang dok bandar bising susah nk study...
sy suka lagi dok kmpung tenang je fikiran....
dok kmpung smua benda senang dapat dok bandar semua kena beli... adoi...
dok bandar klu gaji 1000 ke atas bolehlah klu bawah 1000 baik dok kmpung,...
dok bandar selesa sikit dok kmpung byk nyamuk? hehehe
dok kmpung dn bandar ada baik dn buruk tp sy ske lagi dok kmpung... hehe
dok bndar dan kmpung bg sy tiada beza sangat...
dok bandar ok lagi kot? ssebab semua kemudahan ada... hehe
kmpung dan bandar rasanya di bandar seronok lagi dok kmpung minda tak berkembang,,...
aku ske lagi dok bandar tp nk buat mcm mne skrg aku dok kmpung? adoi terima je apa yg ada...
bandar dan kmpung? kampung ada kebaikan dan bandar pun sma tp best lagi dok kmpung... hehe
dok bandar lagi best kot? sbb minda terbuka sikit dok kmpung tercorok jer...
kmpung best lagi kot? sbb aku ske lagi suasana tenang dr bising2...
aku ske lagi dok bandar! hehe klu dok kmpung silap2 aku bunuh diri x tahan... hahaha
best lagi kot dok bandar sbb semua kemudahan ada dr kmpung yg sbb nak mandi pun kena pegi luar? adoi..
dok bandar lagi seronok kot? sbb banyak jiran dok kmpung semua sebiji2....
aku ske dok dalam desa! eh! tu kampoung ke bandar?
ULASAN
Sajak ini seperti cerita memory masa muda, surat cinta (wangi kad jemputan khawin), Bagai cerita seorang yang mengharap, dia diberi harapan, tetapi cuma asyik menunggu, Akhirnya harapan itu tidak juga tiba sebagaimana harapan kawan-kawanya yang telah berjaya, dia mahu tetapi malu. Kesudahannya dia menerima botol kaca yang berisi guli (tabung derma ke?) dia terasa malu kerana bukan surat wangi yangdan nanti-nantikan diharapkannya, mungkin dia rasa kecewa. Harap maaf! Jika ulasan kurang tepat.
Catat Ulasan