Sabtu, 15 Mei 2010

BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU


-buat guru-guruku tahun 60han-

 Biar pun,
kita bagai lilin
membakar diri
menerangi orang lain,
tugas ini untuk sejagat
usaha kita jangan berhenti,
walaupun kemelut
sepanjang zaman .

Biar pun,
keluarga pendidik
tidak punya apa-apa
cukup sekadar
memahat nama
pada meniti usia
untuk renongan
buat jenarasi muda.

 Biar pun,
setinggi mana imbuhan
pujian dan kurniaan
sekadar melepaskan nafas
kejayaan anak-anak didik
adalah wadah keramat
untuk kita.

Biar pun,
walau tiada siapa
sudi atau mengerti
harga masa terbuang
bagi hayat seorang pendidik
pembangunan kemajuan  rakyat
adalah penawar segala duka

Biar pun,
tiada siapa
yang  dapat menilai
tentang wang dan keringat
walaupun murtabat tiada
mencorak zaman
adalah kita .

Oleh; Nurimanja,
SK Sungai Ara,16/5/2001.

11 ulasan:

nurimanja berkata...

KEMALASANNYA MEMBAWA PADAH


Teo Ah Hook adalah seorang kontrektor berpengalaman bekerja sebagai seorang juru bina perumahan, di sekitar Bandar Georgstwon, Pulau Pinang. Se buah negeri di pulau yang sedang pesat
membangun.

Hampir 30 tahun Encik Teo Ah Hook berkhidmat dengan syarikat juru bina perumahan serba indah,Tahun hadapan merupakan tahun persaraan Encik Teo daripada syarikatnya.

Atas mengenang jasanya . Pihak syarikat telah meminta Encik Teo membina se buah banglo sebelum pesaraannya. Encik Teo diberi kepercayaan penuh dengan memberi kebebasan memelih tempat, waktu dan segala kos ditanggung


Bila tiba hari dan tarikhnya, Encik Teo untuk bersara , Satu majlis perpisahan telah di adakan pada malam itu.Semua kaki tangan syarikat itu datang untuk meraikan majlis tersebut.


Selepas diberi peluang untuk Encik Teo memberi ucapan bagi membakar semangat pekerja yang lebih muda darinya.Kini tibalah Ucapan Tuan Pengarah syarikat tersebut.


Setelah memberi ucapan kata pujian dan selesai makan minum , tuan pengarah pun memberi pengumanan
kepada para hadirin sekelian,

“Pada malam ini, Kami dengan senang hati dan sukacitanya ,atas mengenang jasa dan perkhimatan Encik Teo selama 30 tahun memajukan syarikat ini kami dengan sukacitanya mengumunkan Banglo yang dibina oleh Encil Teo ini diberi dengan percuma.”kata tuan pengarah ,


Diikuti dengan tepokan germuruh oleh para hadirin malam itu,Encik Teo terpinga-pinga . Di dalam hatinya dia berkata ,jika dia tahu Banglo itu untuk dirinya pasti dibuatnya dengan lebih sumpurna dan pembelajaan yang lebih besar.


TAMAT.

Sulaiman Embong berkata...

ROBOT ATAU MANUSIA

Hari ini pemikiran ortodoks
Guna kuasa veto tengah malam
Fikir tentang barang bukan-bukan.
Dua minit aku fikir benda ini.
Susah benar jadi manusia.
Nak jadi pokok lagi ke?
Cuma masih tanya.
Kenapa dihulur madu.
Dicampaknya tuba.
Permainan dunia.
Susah kan jadi manusia.
Rasa macam bagus lagi jadi robot.
Tak pernah ada keinginan.
Tapi jadi robot
Dicipta tak punya kehidupan.
Mahu ke?

Lagi satu robot tak boleh menulis!
Kalau malam tidur yang panjang.
Tuhan,isikan mimpi
aku dengan sungguh dasyat.
Yang pada dunia nyata
Tak pernah sempat tertunai.
Kerana tak pasti.
Ada atau tak esok pagi.

Terfikir kalau aku bukan manusia.
Aku apa ya sekarang?
Kerusi ?
Meja ?
Matahari ?
Lipstick?
Monyet ?
fikirlah sendiri

Sulaiman Embong dan Sheikh Al habib
ketika berkunjung di masjid ingin
berbincang hal politik

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak sepakat Sulaimana Embong dan Sheikh Al Habib dari Terangganu bertajuk ROBOT atau MANUSIA . Masih mempertikaikan keadaan, di anatara baik jadi Robot atau Manusia. Pastinya robot tidak ada mengenal maruah dan dosa pahala.
Malah apabila diarah dan terus melakukannya, begitu juga makhluk yang lain, sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT. Teapi yang pelik, menjadi manusia inilah yang selalu Membuat kerosakkan dimuka bumi ini. Walaupun mereka tahu adanya akan hari pembalasan, dan mengerti adanya syurga dan neraka. Kini cuma berentap di antara akal dengan nafsu. Fikirlah sendiri ?

Penglipur Lara berkata...

kesian teoh? haha rugi je dia buat halai balai...

Yusri Nawab berkata...

ape2pun lain kali kena baut yg terbaik sampai habis.. klu x jd mcm teoh? hehe

Ayu Manja berkata...

kesian teoh pandai dorg nk uji teoh ni...

Adi Cana berkata...

pengajaran btol cerita teoh ni....

Ku Dania berkata...

lawak la cte teoh ni? hahahha padan muka dia! haha

Mona berkata...

kesian teoh tu la buat sambil lewa lagi... ehehheeh

Kopi Susu berkata...

pengajaran cerita ni ape2pun kalau nk buat sungguh2 sampai akhir jgn jd mcm teoh ni... hehe

Olie Pajutdy berkata...

ape la nasib teoh ni... hahaaahha