Jika engkau engan patuh dan tunduk
sila carilah bumi dan langit yang lain
jangan kamu sedut udara dari Allah
kerana bumi tidak semestinya bulat
seperti apa yang engkau sangkakan.
Bumi makhluk bahru pasti ada kurang
pada bentuknya dan juga penghuninya
jika engkau merasai gagah dan kuat
ternyata sangkaan kamu itu meleset
kerana Allah tidak memberi petolongan
kecuali orang yang beriman kepadaNya.
Oleh; Nurimanja,
Catatan Kuliah Maghrib,
21hb, Mei, 2010.
jangan kamu sedut udara dari Allah
kerana bumi tidak semestinya bulat
seperti apa yang engkau sangkakan.
Bumi makhluk bahru pasti ada kurang
pada bentuknya dan juga penghuninya
jika engkau merasai gagah dan kuat
ternyata sangkaan kamu itu meleset
kerana Allah tidak memberi petolongan
kecuali orang yang beriman kepadaNya.
Oleh; Nurimanja,
Catatan Kuliah Maghrib,
21hb, Mei, 2010.
18 ulasan:
CERPEN BERTAJUK CINTAGADISKENYALANG siri6 OLEH : NURIMANJA
“Aku dengar, kau bawa dia ke tempat kau mengajar itu? Kenapa tak bawa saja ke sini?” kata ibunya lagi, agak tinggi sadikit suaranya. Cikgu Kamsiah tunduk. Ibunya bangun berjalan dua tiga langkah, kemudian memandang kea rah cikgu Kamsiah, dia bercekak pinggang.
“Kau percaya dngan budak itu?” Ulang ibunya lagi agak curiga kepada hamid.
“Kami Cuma berkawan saja ibu, tak lebih daripada itu,” jawab cikgu Kamsiah, lalu bangun hendak keluar dari biliknya.
“Heeiii! Kamsiah, jangan kau nak buat malu aku dan bapak kau,”
Langkah cikgu Kamsiah terhenti, dia menoleh dan menundukan sadikit kepalanya.
“Malu apa pula?” Tanya cikgu Kamsiah
”Manshor itu kau nak letek di mana?” Pekek ibunya, sambil mengikuri cikgu Kamsiah daripada belakang , lalu keluar berdii di muka pintu hala kr daput.
Apatah lagi hndak diberi nasihat.
“Manshor, Manshorlah, Hamid ini lain,”
Ibu cikgu kamsiah bertambah bengung. Dia tahu sikap cikgu Kamsiah sejak kecil lagi.Kata-katanya memang susah dibuat kira atau diberi nasihat.
“Kau nak tinggal aku?” kata ibunya pula.
“Tingal apa pula?”
“Kalau kau khawin dengan Hamid itu. Dia akan bawa kau ke semenanjung,” Sangah ibunya , bagai hendak menangis suara ibunya, sayu.
Cikgu Kamsiah Cuma terdiam.
“Kalau budak Manshor itu tak mengapalah, dia orang kampong kita juga, bukan orang lain dengan kita,”tambah ibunya lagi.
“ Keringg! Keringg.!! Keringg!!!”.Tiba-tiba lamunannya terhenti, locing di sekolah itu berbunyi lagi, waktu rehat sudah habis. Cikgu Kamsiah melihat jam di tangannya. Beberapa orang murid telah masuk ke dalam kelas. Sebentar lagi guru lain akan mengamil alih kelas itu.
Cikgu Kamsiah tergesa-gesa keluar, lalu menuju ke bilik pjabat guru. Dia duduk di meja tulisnya. Dan
pura-pura membuka buku latihan dan melihat jadual waktu di papan tanda di bilik guru itu.
BERSAMBUNG.
DULU SENDIRI KINI TIDAK LAGI
Satu ketika dulu aku hanya sendiri
aku tidak mempunyai kekasih
namun aku berteman
lama aku menanti
akhirnya dia datang jua
kami bersatu temanku
seperti aku cemburu
dari hari ke sehari kami membesar
bulan keempat kami bersama
tercipta sana banyak yang terbina
setelah lama kami bersama
kami semakin cergas semakin cerdas
kami makan kami minum
tapi bukan mulut tempatnya
bukan gigi mengunyahnya
satu ketika setelah kami dewasa
akhirnya kami keluar bersama
diiringi tangisan pertama.
Kevin Chong
Kolej Lim Kok Wing
11malam
la..ingatkan dia sembang dgn mak dia rupanya flashback? hehehe
cerita en nuri byk falshback la... hehe
sian mak cikgu kamisah ni? dia ni xde hati perut ke? adoi...
sapa hamid? knal mcm tu trus bwk balik rumah??? gila la....
cikgu kamisah ni islam ke iban?? klu islam kenapa x reti wlpn sy saudara bru pun sy lebih tahu...
truk btol cikgu kamisah ni mmg pmpuan sundal!!
cikgu ni klu nk bersosial pun jgn kat kampung sbb org kmpung mmg semua jaga tepi kain org sikit...
harap2 cikgu ni segera bertaubat... amin...
mmg menconteng arang ke muka keluarga sendiri cikgu kamisah ni!
cikgu ni x balaja agama ke? mne boleh bersedudukan dgn bkn muhrim???
sajak Allah mencabar keengkaran manusia x phm jgk la.. hehe
sajak Allah mencabar keengakaran manusia tentang apa? sy bca byk kali pun xphm....
sajak2 en nuri semenjak 2 menjak ni susah nk mengerti byk ayat2 sastera.....
sajak2 sekarang menarik ayat2nya wlpn mmg susah sikit nk phm...
benar kata en nuri jika xmahu mengikut perintah Allah baik cari planet lain...
ULASAN
barangkali,Sajak oleh Kevin Chong bertajuk Dulu Sendiri Kini Tiada Lagi, menceritakan kehidupan sesaorang mungkin ada saudara kembar, bersama dalam kandungan keluar setelah cukup tempuh, bersama dengan tagisan pertama, bagi menekmati kehidupan di dunia ini, Kita dijadikan daripaNya kemudian membesar melalui perantaraan ibubapa kemudian bila dewasa kita kembali kepadaNya, dan Dialah kekasih sebenarnya. Amin
Catat Ulasan