Khamis, 11 Februari 2010

MENCARI MAQAM


Kata Imam Al Ghazali;
Roh sembahyang itu Ksyusuk
Ada pun ubudiah itu terbahagi pada tiga.

Serah diri kepada Allah,
Seperti murid takut dihukum guru
bila dia tidak membuat kerja disuruhnya.

Harapkan syurga semata,
Seperti perniaga yang cuma mahukan
Akan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Cinta kepada Allah SWT,
Sama seperti ibu yang membela anaknya
Tidak mengharap balasan di kemudian hari.

Oleh : Nurimanja,
Ceramah kuliah Maghrib,
Tanjung Piandang, Perak. 1975.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 20 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA : BERTAJUK: NABI MUHAMAD SAW PUN KENA SYEHIR
_________________________________________________________________________________________________________

Pernah Nabi Muhamad SAW disyehir oleh seorang Yahudi bernama Nabil bin Hubaibah (Al Ahsyam)
Keadaan nabi menjadi tidak sihat, Nabi Terus berdoa dan bikhiar agar penyakitnya sempat sembuh.

Dua orang Malaikat Jibrail dan Minkail datang kepada nabi dan menceritakan kepada Nabi Muhamad.
Ahli Syehir itu telah membuat patung dengan sikat rambut dililitnya rambut, dan satu batang
pelepah tamar jantan diikat dan diletaknya di dalam telaga arwan dihimpit dengan batu

Air telaga itu seprti air nanah, kepala patung itu dipebuat dari mayang tawar seperti saekor
syaitan,setelah dimauskannya ke dalam telaga itu dikambusnya telaga itu.

kedua malaikat itu
mengeluarkannya,ada yang mengatakan nabi tidak mengeluarkanya, kerana Allah
telah mengembalikan kesihatannya.


Pengajaran:
Ilmu hitam atau syehir ini memang wujud dan brhati-ailah dengannya, ada pun orang yang mengamal
dan bemain atau membuat syehir ini kepada orang lain , para ulamak bersepakat mereka sepatutnya
dibunuh dan disifatkan sebagai syerik dan kapir.

Adapun bau syurga itu lima ribu tahun perjalanan, jika tidak dibenarkan masuk syurga,apatah lagi
untuk mencium bau syurga. nauzubillahhiminzalik.

nurimanja berkata...

Sambungan cerpen siri ke 2 bertajuk ; Matahari Merah Dirembang Petang .
_________________________________________________________________________
Hatiku kini bebelah bagi,Akhirnya aku telah pun mengambil keputuan untuk menunggu beberapa hari lagi, jika Sandin tidak pulang juga, aku tepaksa mudik ke kuala Sungai Semak untuk memberi tahu tauke Ah Teek atau terus ke Bandar Sibu buat laporan pada
pihak Polis saja.

Kini telah dua malam berlalu, hatiku masih juga memikirkan tentang Sandin. Tiba-tiba pintu pondokku diketok orang bagai hendak pecah, aku terkejut besar,pelahan-lahan aku berdiri ditepi jendela, bila lampu suluh aku halakan kearah orang itu, alangkah terkejut, terasa seluruh tubuhku mengigir, tulang sendiku menjadi longar terasa.

“Buka pintu ini!” sergah orang itu, di belakangnya berdiri beberapa orang lagi yang nampak samar-samar dalam kegelapan malam itu.Hatiku menjadi kecut, dadaku berdebar-debar kerana mereka membawa senapang, suara mereka semacam bengis dan kasar..

Kerana aku terlalu takut, akhirnya aku terpaksa membuka pintu, setelah pintu dibuka mereka dengan pantas menyerbu masuk, sepucuk senapang buatan sendiri telah dihalakannya Kearah tubuhku, aku semakin gementar dan gugup.

“Ingat! Kawasan ini semuanya telah kami kepung, sekarang berada dibawah kekuasaan kami, sesiapa yang cuba keluar melarikan diri dari kawasan ini, mereka akan dibunuh. Fahammm!!!..”Sergah salah seorang daripada kompolan itu, mungkin dia ketua daripada
Kompolan itu.

Aku tidak dapat berkata apa-apa, terasa seluruh tubuhku semakin kuat menggingil kerana Ketakutan, jika senapang itu meletup, pasti tubuhku akan tumbang bila-bila masa sahaja.

“Sekarang awak ada makanan?Beri kepada kami, jika tidak awak akan matii! “kata pula seorang lagi sambil terus masuk ke ruang dapur dan mengambil apa saja yang mereka
jumpa di dapur itu, aku menjadi serba binggung,aku tidak dapat berfikir lagi, aku cuma menunggu saat kematian saja.

Lima belas .minit kemudian mereka pun pergi dengan membawa barang-barang makanan yang mereka ambil tadi. Nasib aku agak baik,mujurlah snapang itu tidak meletup, jika tidak sudah pasti aku telah menjadi aruah.

Hampir setengah jam aku dibelenggu perasaan takut, tubuh masih lagi rasa menggigil dan berpeluh, letih dan lesu tidak bermaya, malam itu aku tidak dapat tidur hingga ke pagi

BERSAMBUNG…

Silap Mata berkata...

klu sy ni ahli silap mata pun salah jgk ker??? huh! alamak!

Nama Aku berkata...

minta simpang la sihir2 ni takut aku dgr...

Brader Joe berkata...

cte psl sihir ni aku pnh kena masa tu biasalah aku keje pub slalu gak gaduh dgn bdk2 rempit lps tu aku mcm kena sihir la sakit2 badan slalu panas jer pergi la bomoh alhamdulilah dh sihat bomoh tu kata ada org x puas ati dgn aku aku rsa sbb aku blasah mat rempit tu la... masa tu thn 2008....

Julia berkata...

isk! mmg org yg ska main sihir2 ni org yg dilaknat Allah!!! sbb sian la org yg kena sihir tu....

Orang Lama berkata...

sy klu sihir x pnh la kena lagi santau tu pnh la masa saya bertugas di sungai ara jadi askar kat sana masa zaman2 80an la...

gelora maya berkata...

aku doakn kita semua ahli2 sahabat citra rasa x terlibat la alam sihir2 ni... amin...

Ali Conan berkata...

selalunya org yg ske main sihir solat dia x diterima 44 ari tau!!!

Nahul Hidzar berkata...

klu sihir aku xpnh dgr lagi la klu main spirit of the coin slalu la....

Pengembara Masa berkata...

mmg xde agama la org yg main sihir2 ni..... sbb sihir ni smua saitan pnyer keja....

Sayembara Musik berkata...

aku dgr sihir2 ni takut la.. harap2 la aku xkna... amin..

nurimanja berkata...

Ilmu syihir ini sebab dilang oleh Islam dan dimukai Allah
Contoh; Jika seorang hilang motoskal berharga3,000 atau 4,000 ribu sebuah,Engkau geram dan marah kau bomohkan dia, si pencuri itu, lalu mati .....

Diakhirat nanti, dia akan dakwa kau
semula,bila anak dia lima orang jadi yatim, isterinya jadi ibu tunggal, hidupnya jadi merempat, bila dinilai lebih dari itu kau kena balik bayar balik .......

Malik Wariya berkata...

cis! komunis nimmg kuang ajo btol!!!

Yusri Nawab berkata...

huh! seram aku dgr klu aku pun mmg akan bagijgkla.. bahaya senapang kat dada tu!!!!

Nama Aku berkata...

komunis mmg mcm ni ke keje dorg asyik peras ugut jer,..

Putera Damien berkata...

sapa2 org tua nnt cerita lakat kitaorag pengalaman komunis ni? mne orang lama????

Nakhoda Belantara berkata...

huh! sian watak utama dlm cerita ni... dh la kwn hilang? skrg makanan pun hilanggak..

Abul Hassan berkata...

aku rsa sandin kena culik komunis la.... jahat btol dorg ni..

Halilintar berkata...

komunis ke bintang tiga yang jahat???? hehee

Tanpa Wajah berkata...

sajak ni psl apa?x brapa phm la...

Hatta Zaide berkata...

sajak ni ketuhanan ker? mg pening sikit la...

Ali Conan berkata...

sajak imam al ghozali??? waH! menarik jgk sajak ni...

Lelangit Biru berkata...

sajak nk ulas pun aku x reti x brapa phm la... hehehe

Mozaire berkata...

MALAM TANPA LUKA

Tak perlu kembali mengingat
setiap ceritaku hari esok
malam beku rembulan pun tertusuk
diam melantun lagu-lagu mimpi
pada bayang masa lalu
apakah kau selalu di sana...
terduduk malu menjaring katakata
aku luka dan kau membiru...

kuharap kau tak pernah bertanya
Sebab tak kunjung kuhitung waktu
lupa bayang hitam meghadang pandang
biarkan tetap maya mata kita
jangan pikirkan ratapan luka
setiap kedatanganmu adalah
malam tanpa luka


Mozaire
Di balkoni flat
20.12.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak MOZAIRE pengulas aktif di blogs CR bertajuk Malam Tanpa Luka.
Membangkitkan cerita lama yang mungkin telah berlaku diantara kedua insan Sehingga tdak mahu membuat hati terus terluka. Kini masing-masing perlu membawa arah kehidupannya sendiri. Cerita lama kita tamatkan tanpa luka.