Ghaflah,
hilang pertimbangan
akalnya lalai,
tanda orang lalai kerugian,
lupa hari berlalu
jumaat tidak hadir,
lupa keduanya
dunia dan akhirat,
lupa hari pertemuan
mengadap dengan Allah,
lupa hari-hari terakhir
waktu hisab di akhirat.
Oleh ; Nurimanja,
Kampung Che Teek. Air itam.
Ziarah orang meninggal 23/2/2010.
hilang pertimbangan
akalnya lalai,
tanda orang lalai kerugian,
lupa hari berlalu
jumaat tidak hadir,
lupa keduanya
dunia dan akhirat,
lupa hari pertemuan
mengadap dengan Allah,
lupa hari-hari terakhir
waktu hisab di akhirat.
Oleh ; Nurimanja,
Kampung Che Teek. Air itam.
Ziarah orang meninggal 23/2/2010.
25 ulasan:
KISAH DAN TAULADAN MENGUMPAT
_________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada zamana dahulu,
Ada seorang Tok guru berkhawin agak muda, satu hari mungkin tidak pergi solat subuh di masjid, telah menjadi
buah mulut orang kampung.
Bila isterinya pergi mencuci kain di tepi telaga, terdengar beberapa orang suri rumah mengatakannya, "Tok guru apa! solat subuh pun tidak pergi ke masjid pagi tadi.." Isterinya balik dan menceritakan perihal itu kepada Tok Guru.
Tiba-tiba Tok Guru menyuruh isterinya menghadiahkan setalam seorang buah tamar.
Orang kampung pun terkejut, sambil itu Tok Guru berpesan " Baik kamu umpatkan ibu saya di dalam kubur, supaya dia dapat pahala," suri -suri rumah itu pun terasa malu .
Pengajaran;
Biasanya seorang itu akan menerima dua dosa jika mengumpat;
1. Jika orang yang diumpat itu tidak melakukannya, kita berdosa.
2. Tujuan untuk menjatuhkan sesaorang bagi menyokong niatnya.
3. Diakhirat kita akan menjadi miskin pahala, bankrup dan moflis.
ISU SEMASA ; KELAPA MUDA ADA HARGA
______________________________________________________________________________________________________________
Dulu zaman buah
kelapa tak ada harga, buah kelapa jatuh tumbuh berkelempar, itu sebab dinamakan teluk kumbar agaknya biasanya pokok kelapa tumbuh di tepi teluk persisiran pantai, bila jatuh tak ada siapa
perduli dibiarkan lama kelamaan dia tumbuh , asalnya dari kumboi, bila tumbuhya sudah keluar dari sabut ada daun pula sehelai dua
dinamakannya kumbar, terlalu banyak sangat kumboi dan kumbar ini di teluk, dinamakanyalah ) ianya TELUK KUMBAR. nak percaya tak nak percaya , terpulang.
Kini pendapatan jualan kelapa muda hampir 1200. 00 ringgit sehari di Alor Star, pulau pinang dua kali
ganda jualan dari biasa, peminum kelapa yang biasa ambil sebiji atau dua, kini dua kali ganda, orang India menopoli syarikat ini, di Pulau Pinang. Dulu dia jual kelapa tua untuk kawadi kini kelapa muda pula konon boleh menghilangkan kepanasan badan. sebiji kini RM2.00 hingga RM2.50 . Dulu durian mahal sekarang kelapa muda ambil alih (menyesal siapa tebang kelapa tanam pula pokok durian, selonggok RM5,00)
Ada orang kata minum air kelapa urat mudah kembang, ada keracunan ke atau kebaikan, orang sakit
pinggang @, lepas bersalin, pantang orang tua-tua, tapi kalau kena sautau, boleh jadi penawar pula ,pelek! tapi kalau nak cuba boleh, ambil air kepala tuang atas tanah, lihat tanah itu akan jadi biru kehitaman,cuba tengok sehari dua, kalau jadi betulah tu. kalau tak jadi saya pun tak tahu....
@ anunya nanti lembek ha ha ha ha . jangan buat main! Kecuali bila nira sudah jadi tuak, tapi haram pula.
3. SALAH SILAH KETRUNAN NABI MUHAMAD
_____________________________________________________________________________________________________________________
salah silah keturuna nabi secara rengkas;
- Bangsa Arab keturunan Quraish.
Muhamad ibni Abdullah ibni Abdul Mutalib ibni Qusai ibni Qilap... hingga ke pada nabi Ismail
Keturunan adnan ibni Ismail sehibgga nabi Irahim..
- Keturunan datuk nabi bernama Muad,selalu berberang dengan bani Israil, tidak pernah kalah, pandai bermain pedang dan menunggang kuda,
Kita ambil pengajaran;
- kita keturunan baik, tetapi tidak boleh buat apa-apa dalam masyarakat.
- kita keturunan jahat, tetapi lebih terkenal dalam masyarakat setempat.
- Kita sepatutnya menjaga keturunan supaya disenangi dalam masyarakat.
KELAHIRAN NABI;
1. Sebelum bulan Rabiul awal bulan Sabar ertinya kuning, musim dauh luruh.
- Nabi lahir pada malam isnin, 12 rabiul awal, 20hb, April, 570 mesihi.
- Nabi berumur 63 tahun, 3 jam, 8.30 pagi, meninggal dunia pada 12 Rabiul awal.
- Nabi mula berhijerah pada 12 Rabiul awal juga.
DILAHIR DIANTARA DUA PENGOEBANAN(Telah diceritakan)
hahaha pandai tok guru sekali dia sound trus dorg diam! hahaha
mngkin tok guru tu sakit ker/ dorg ni pandai2 jer x pergi mbhyg sehari dh kata mcm2????
ha! kisah en nuri ni mmg utk kaum pmpuan dgr tu wei! korg jjgn ske dok mngumpat lagi! hahahaha
ape2 lps ni aku xnk mngata org dh.... insaf...
tu la klu nk mngumpat sgt umpat mak dia dlm kubur tu lagi byk pahala tok guru ni dpt...
wah! org mngata kat dia? pun dia masih buat baik klu aku la dh lama aku mengamuk kat kmpung tu...
geletek mmg lawak!!! hahhahahhaha mne ko tau pasal info ni? ko ni dok kat teluk kumbar ker? aku agak ko ni msti pak kassin kat blok 2 sbb ade sorg hamba allah ni dia lawak... nnt aku nk try tnye dia aku syak geletek ni pak kassin la...
sah! geletek pun dok teluk kumbar! bru aku tau... tp sapa la agaknyer geletek ni? hmm....
geletek mcm biasa selalu dgn cerita yg lawak2! hahahahahahah ini utk bacaan lelaki sahaja! hahahahha
geletek ni mcm2 info dia tau? entah betol entah tidak? hehe
geletek ni jahat la! ade ke cte pasal tu plak???? eeee....
ohh.. jd aku xmau makan buah kepala jom ramai2 kita boikot!!!! sbb nnt mati pucuk! geletek yg bgthu! hahahahahhaahaha
bila aku tgk je nama geletek mmg nk tergelek tah apa plak info dia bagi? tp hahahhahahaahahahahahah info psal ni mmg lawak!!! hahahhhaa
ko jgn main2 geletek? aku dh la ske minum air kelapa harap2 xde ape2?
geletek oi geletek! hahahahahahahahhahahaha mcm biasa msti info lawak2...
ghaflah ni ape mksud dia?
sajak psl ari kiamat ker? seram plak aku baca....
ghaflah ni bahsa apa? x pnh dgr pun.....
sajak ketuhanan yg menarik tp apa tu ghaflah?
ghaflah ni ari pembalasan ker? tah la sy agak je en nuri... hehehe
ALAM MAYA
Kekasih;
Berkali kucuba sentuh dalam otakku
Agar saat ketika ingin mendekapmu
Cukup kusentuh dalam mimpi
Tapi ternyata jiwaku tak mampu
Betapa dirimu tak tersentuh
Bukankah dulu pernah kukatakan
Bahwa rembulan takkan lupa datang mewarnai setiap sudut malam
Tapi mengapa malam ini
dia terlelap di selimut bohongnya
Bukankah dulu kau juga pernah kata
Bahwa kau akan selalu hadir
setiap jengkal perjalananku
Tapi hari ini aku rasa tidak pernah mengenalmu
Puteri Bunga
di asrama Kolej Mara
11mlm
Ulasan
Buat Puteri Bunga Pendatang baru!
Sesuatu yang kita penuh harap dan menanti, Telah mengecewakan hati kita
Sudah pasti rasa kurang percaya akan timbul dibenak hati kita, sehingga kita Rasa tidak perlu lagi mengingatinya.
Catat Ulasan