Sabtu, 13 Februari 2010

CUMA TINGGAL KENANGAN

 
Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubat.

Lelagu puisi
masih juga berpuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan derita luka parah
cuma tinggal kenangan mengusik jiwa.

Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977.

20 ulasan:

nurimanja berkata...

Sambungan cerpen siri ke 4 bertajuk ; Matahari Merah Dirembang Petang .MK 4
______________________________________________________________________

Ini mungkin saki baki komunis yang tinggal di hulu sungai semak ini telah melarikan diri Kerana diburu pasukan keselamatan membuat operasi pembersihan kawasan hitam.

“Tetapi bagaimana kau dapat pulang ini?”
“Setelah aku sakit mereka menyuruh aku pulang,”
“Keparatttt!!.. Jahanam sungguh penganas komunis ini.”
Tiba-tiba perasaan marah dan geramku timbul di hati, jika aku ikutkan perasaan marah ini mahu sahaja aku pergi mencari dan membunuh pengganas komunis itu.

Waktu tubuhku bergementar, jari-jari tanganku pula menjadi keras, urat-urat tanganku naik tegang, aku tidak sabar lagi dinding pondok itu tempat aku melepaskan geram. Bila aku sedar, baru aku terasa gengaman penumbuk sebelah kanan terasa sakit dan pedih.

“Sandin, aku berjanji , demi mata hari merah dirembang petang ini, aku akan bertindak Sandin,aku akan bertindak, kau tengoklah nanti,” marahku terasa meruap-ruap tidak seperti dua tiga hari yang lalu, aku menjadi kecut dan takut.

“Apa yang hendak kau lakukan? Kita tidak dapat keluar dari kawasan ini Nurin,” celah Sandin pula ingin meng ingatkan aku.

“Aku tahu itu semua, tetapi kawasan ini mesti diselamatkan daripada ancaman pengganas
Komunis itu”, aku seperti tidak sabar lagi, kalau ada sayap sudah lama aku terbang.

“Jangan Nurin, jangan kau buat satu tindakan yang membahayakan dirimu, penganas itu Tidak kira siapa Nurin, dia akan membunuh siapa saja,” Kata Sandin, dia seperti mahu Menahan aku dari meninggalkan tempat itu.

“Aku tahu Sandin, tetapi aku tidak boleh membiarkan kau dalam keadaan bigini, kau tentu diserang malaria,kau perlu diubati segera,”kataku pada Sandin.

“Biarlah aku disini, sakit atau mati,”
“Tidak Sandin,”kataku memotong,
“Jadi kau hendak pergi juga?”
“Ya, biar aku pergi meluluskan diri, aku tak mahu penduduk disini fikiran mereka telah diracuni pihak komunis bedebah itu” Aku bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu Sandin menggeling-gelingkan kepalanya.


BERSAMBUNG ……..

Geletek Pagi berkata...

ISU SEMASA
HAL KEADAAN KETUA MENTERI DULU PP.

Ana bisa singgah solat zohor dekat masjid tanjung tok kong.
Ana rasa tekujut.bila baca buletin bulanan AJK masjid TTKong,
ada ucapan dia memberi semangat dan kejasama membiayai dan
support aktivii masjid tesebut.Tak hairanlah masjid itu cantik
dan berendam di persisiran pantai laut.

Ana degaq hari ini lain pula, tahun ini pearakan maulidurrasul
di pulau ini x ada. benar ke? dulu kita yang biar menang sorak
kampung tergadai,la ni jangan duk biar pula agama dicabar ....

SUARA MEJORITI JENDARASI MUDA PERLU DIDENGAR MEREKA PEWARIS MASA.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CR
SIRI 22 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : ABDULLH BIN UBAI DENGAN JUBAH NABI

______________________________________________________________________________________________________________

Abdullah bin Ubai sewaktu hidupnya berwasiat bila dia mati meminta mayatnya dibungkus dengan jubah nabi.
konon dapat peluang masuk syurga, asalkan ada berkat bekas nabi Muamad SAW .

Bila diketahui oleh Omar al khatab, lalu beliau mengkeritik nabi sambil berkata."Bagaimana sewaktu perang Uhud dulu? Abdulah pernah buat kacau dengan menarik 200 askar keluar dari perang Uhud, malah menntang pula
tentera Islam?"

Jawab nabi Muhamad SAW."Tidak ada kena mengena jubah aku dengan iman sesaorang." sambil tersenyum.
Omar Al Khatab pun terdiam, ternyata sangkaannya meleset, sebab air liur nabi, peluh nabi, tidak menjaminiman sesaorang yang syirik dengan Islam.

Pengajaran;
Jangan sekadar mengaku beriman tetapi tingkah laku tidak pula mencerminkan ciri-ciri Islamic malah sbaliknya.

Ramai kita lihat pada luarnya berpakaian ala islamic tetapi gaya hidup banyak yang munafik dan syirik kepada Allah SWT.

____________________________________________________________________________________

Qalam Mutiara berkata...

Sajak mencari maqam dan saekor tekukur.Dua sajak yang berbeza;

satu Mencari Maqam, Tiga maqam kata iman alghazal; erti maqam ialah satu
tempat tertinggi dalam solat kita.
Seperti ibu membela anaknya dari
kecil hingga dewasa x harap balasan.

dua Saekor Terkukur, manusia tidak
sepaunya beresamkan spi burung balam
atau terkukur.Dimana ada padi masak dia akan datang mengawal
sawah,dan menghalang oang lain
datang memakannya. seperti dia punya, kerja x penah buat pun....

nurimanja berkata...

dempena gong xi fa cai atau heppy new year tahun baru china, tahun ini tahun harimau, smoga banyak ong!

Saya akan menyiarkan cerpen brtajuk;
PENGKALAN BATU, tidak penah dihantar
kemana penbitan, kecuali cerpen
PENYEKSAAN hadiah sagu hati PERENTAS,
Kerian Perak. MAAHARI MERAH DIREMBANG
PETANG, tersiar di Majalah Balai Muhibbah.janji tesiar RM100.00 tapi
saya terima bayar, selpas itu saya kecewa an tidak hantar kemana-mana penebitan.

Mawar Puih berkata...

KERINDUAN



Kerinduan
seringkali menyapa
dan betanya
di benak hati

Dimana keutuhan
cinta suci
kasih sejati
atau mainan bibir,

Tahun demi tahun
kau masih menyepi
bagai tidak mengerti
akan segala isi hati
yang kini kurasai


Oleh; Mawar Putih
Telok bayu, Pulau Penang.
10hb, Februar, 2010

Abul Hassan berkata...

mcm game perang counterstrike plak? nk serang komunis...

Ummu Akilah berkata...

wah! baikbtol dia snggup berkorban katkwn dia... nurin ni laki ker pmpuan?

Kalasia berkata...

sedih betol ceritakomunis ni..

Usop Saripan berkata...

aku rasa msti sandin matisbb diakan nazak?

Saizul Maizav berkata...

ade ke nk baut dgn jubah nabi? bleh masuk surga ker?

Kamal berkata...

huh! ni syikrik ni ade ke jubah nabi leh masuk surga gilr ape??

Tinta Bayu berkata...

manrik 200 tentera yahudi masuk islam ker?

Sheikh Al Habib berkata...

sajak antammg puistis!

Mozaire berkata...

ajak yg menarik! best! tp x phm sgt la...

Sofia Ofilia berkata...

lama x join sini... hehe ha! ape2 pun sajak mmg best! mne dpt idea?

nurimanja berkata...

Lama tidak menglas, sekadar cuma jangan menghampakan.

Sajak Mawar Putih betajuk atau berkpalakan KERIDUAN bertepatan
dengan hari kekasih. {khas utk kisah seorang paderi Krestian)

pengucapanya agak piutis dan menari
hati jiwa remaja yang dilamun rasa penyakit jiwa-jiwa .

Yzng sedih sidia bagai tidak peduli,siapakah GP? Gabugan Penulis
atau Geletek Pagi?

Apapun dibicarakan tepulang kepada
yang iitanya. Usaha lagi, anda ada
kemampuan untuk menulis smoga sukses.

Ziarah Makrifat berkata...

MELIHAT POTRET SENDIRI

Mencaci rindu tiap hari tak tahu
Padahal serak mengikuti teriaknya
Setumpuk ilmu yang terbungkus
Mengejek tarian pena
Detik jarum waktu heningnya hitam
bersaing dengan siulan hembus

Lelaki muda mengeja mimpi
Mencuba susun kisah
Ah... kisah apa ini...
Ketika kebingungan sepotong nyawa
Mencuba fahami sekitar jasad
Hanya satu buat terpegun
Sepasang cicak lakukan tugas suci
Lanjutkan tugas cicak yang lain

Seloroh mencoba melihat
Ingin kuasai ruang otak
Sebongkah yang lain lagi
Ingin segera membunuh dirinya


Ziarah Makrifah
di malam hari
1.2.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak Ziarah Makrifah bertajuk Melihat Potrek Sendiri,

Pengucapannya membawa banyak erti apa yang tersurat dan tersirat. Menyetuh kehidupan alam duniawi dan akhirawi. Juga perbandingan pada kehidupan haiwan alam melata. Juga menyetuh tentang kehidupan gelagat manusa di alam maya ini.

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Mawar Putih dengan sajak kerinduan mengesahkan satu penantian yang merupakan satu penyeksaan. Apatah lagi begitu lama menunggu hingga memakan masa lama,Orang yang dinanti semacam tidak mengerti. Lalu hati menjadi cemas hingga ke hujung hayat.