Sayembara puisi Cr ke 4
Ketika angin ke belantara
matahari mula bersembunyi layar yang tersandar di bahu
mengepak pelan membelah kenyataan
menemukan dalam kesesatan
segala luka di sekujur sejarah
terkapar lalu bangun lagi
tersandung tapi bangkit kembali.
dibekukan oleh dalam dingin
berlapis harapan lembut
terhampar membentang dikelam cahaya
menuju ke pada rohnya sendiri
Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak sinis/30 Disember 2011 12:45 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRARASANURI PERINGKAT AKHIR AHLI DAN P.BLOG 2011
Membaca sajak Ustaz Mahfuz nampaknya penuh simbolik dan sinis untuk peringkat akhir ini bertajuk: ROH.Tema sinis tajam dan simbolik berbau politik. Pengucapannya agak kabur danmengelirukan, tapi punya maksudnya yang tersendiri .Mesejnya menyentuh tentang isu semasa terutama politik tanah air yang dirasakannya kurang selesa. Seolah2 roh perundangan dan demokerasi berpelimen telah dipermainkan oleh pihak tertentu. Tetapi kini harap masa akan menentukannya. bagi menyembalikan semula roh yang dahulu menhidupkan suasana di bumi yang telah 53 tahun merdeka ini..? Hanya andain sahaja. Syabas! Layak untuk tempat ke empat dalam sayembara puisi citrasanuri ke final atau peringakat akhir kali ini. (SM)
Qalam
CERPEN YANG KE 3 SIRI 1
CERPEN BERSIRI BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA ____________________________________________________________________
LAMA dia termenung, setelah surat itu dibuka dan dibacanya. Bintik-bintik peluh halus tumbuh bergeregih di gigi rambutnya yang telah bercampur aduk hitam dan putih di selang seli rambut beruban itu.
Mukanya jadi merah. Giginya yang tinggal sebatang dua lagi itu memgigit bibir. Kening dan dahinya berkerut-kerut. Digengamnya surat itu sekuat hati hingga menjadi terperunyok seperti bola kertas.
Isterinya sedang membawa secawang kopi untuk minuman petang. Tiba-tiba terhenti,
Kemudian pelahan-lahan dia meletakkan minuman itu di atas meja di sisi suaminya.
Dengan pelahan dia berkata.
“Kenapa Bang?” Tanya isterinya ingin tahu.
Dia tidak menjawab. Seolah-olah dia sedang berhadapan dengan anak lelakinya yang sedang dimarahi itu.
“Abang! Minumlah kopi ini dahulu.” Pujuk isterinya, sambil mengangkat kembali cawang kopi itu dengan penuh hormat menghulurkan kepada suaminya.
Dia menyambut cawan kopi itu, kemudian digagahinya menghirup barang sedeguk, untuk membasahi rengkongnya, ternyata keenakkannya tidak seperti hari-hari yang lalu sebelum dia menerima surat dari luar negara itu.
“Surat siapa itu bang?” Tanya isterinya lagi, kelembutan suara isterinya memang tidak pernah berubah sejak dia berkhawin lima puluh lima tahun dahulu. Suara itu selalu melemahkan hatinya. Kekadang cukup menyenangkan.
“Ya bang! Surat siapa tu bang?”
“Anak awak!” jawabnya
“Darimana bang?”
“London,”
“Taip ia bang?”
“Emmm!”
Dia membuka gemgaman, surat yang telah terperonyok menjadi bebola kertas itu lalu jatuh tergolek di atas lantai di hujung kaki suaminya. Isterinya mengambil dengan segera, dan memperbetulkan kembali surat yang telah terperoyok menjadi bola kertas itu.
“Surat Taip?”
“Ya Taip!”
“Apa katanya bang?” Tanya isterinya ingin tahu. Begitulah isterinya seorang perempuan dusun yang tidak pandai membaca dan menulis, selalu sahaja merendah diri.
BERSAMBUNG ESOK siri ke 2.
Anwar tidak boleh dipercayai
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.
Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.
Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.
Lihat KOMENTAR DI BAWAH!
KOMENTAR
Sepatutnya Ketua Umum PKR boleh relax tak perlu pergi ceramah luar dan dalam negara cari sokongan, jika dia sudah bebas daripada tuduhan fitnah walaupun takut menagkat sumpah pengakuan atau laknat dikandang atau masjid. Ternyata dia lebih gentar
sehingga tak boleh tidur lena. Kerana kian ramai pula musuh politiknya di luar UMNO sendiri yang akan menjejakki kemana saja kempennya untuk memunahkan agenda pecaturannya . Seorang pendatang baru musuh utamanya Dr Hassan Ali akan mengembor dan
memusnahkan agenda jelajahnya.
Geletek Petang.
MENCIPTA
mencipta atas bumi ini akan tewas,
karena kehidupan kita mencipta
akan berlaku dengan cinta,
akan jatuh seperti permata
berdiri sebutir demi sebutir
Apa juga masih akan tiba,
Mesra yang kita bawa,
tiada biarkan hilang
karena kebenaranmu keluasan
ditimpa angin dan hujan
Maisarah An Nisa
sajak simbolik
MERINDUI SENJA
Jika suara hilang
Maka aku akan berduka
semua berdiri di belakang
suatu malam kegelapan tiada
Dari waktu terlalu cepat
tiada mungkin sinar mata terlupakan
Seru supaya kita
ada dalam satu barisan
supaya jangan ada merindukan senja
Mia Safiyah
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang sbb jalal ajak msuk bagi ckup koataa sy sebenarnya x larat baru lps pantang..
KEMARAU TUA
Terik matahari tidak lagi
mengeringkan pohon berdahan panjang
buah-buahan matang
pada tahun yang akan datang.
Aku minta supaya engkau berdiri
atas puncak dibakar panas
Waktu itu angin bertambah tenang
Karena kemarau akan berangkat tua
Dayang
sajak sedih
DEMI KATA
Di sini telah datang suatu perasaan
bahawa aku akan menderita tertawa
derita dari yang tewas
tatapan yang sangat membiusku
hingga turun ke gelak tawa
merekahnya senyum manis.
Aku terpesona dengan satu ini. Layaknya ombak menghempaskan
isi hatiku untuk menyatakan rasa di dalam relung hatiku.
demi kata yang aku tuliskan,
Julia
sajak terkenang
PENUH BAYANGMU
Terhenyak satu panah tertuju padaku
hingga tiap cairan darahku mengalir
tumbuh disana bunga yang mekar
indah penuh warna-warni
semerbak wanginya Apa terjadi??
ternyata aku tak dapat menghembuskan nafas terasa sesak, Terdengar gonggongan angin memenuhi telingaku,
Mengapa setiap aku terjaga,
di pelukan mentari indah,
sangat indah tapi ternyata
hanya ciptaan otak penuh bayangmu
Ummu AKilah
sajak kerinduain
PAK SAMAD PENGERUSI BERSIH
pak samad sasterawan negara
pasti banyak mata memandang
pasti banyak suara mahu diluah
pasti banyak kisah mahu dicerita
pasti banyak telinga mahu mendengar
kepada mata semua yang ada
siapa tak kenal datuk a. samad said
tokoh sasterawan negara
tiada galang ganti
tokoh terbilang lagi tersohor
punya minda idea jelas kedepan
rasa hati penuh fikiran
bukan di takuk murahan
namun bila dia mula bersuara
semua cuma diam sahaja hilang kata
Salina
sajak dari ayah sy
PELAJAR USM UGUT BOM PM
benarlah kata orang-orang lama
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
kerana tulisan diri binasa
akibat kelantangan keluar kata
tidak bisa diundur lagi
biarpun cuma sekadar gurauan
berhati-hati bila berkata
kerna lidah itu tajam
Seri Suri
sajak nasihat
SEPI DINGIN
apakah hanya aku yang sepi..?
kuyakin tidak karena kau kini ada
tak usah kau jawab disini
kita berbagi sepi tak perlu ada
bicara diantara kita
biarkan sepi dan dingin datang lalu…
Nur Atikah
sajak marah
1. Maisarah An Nisa berkata...
KITA DICIPTA (TBD)-P
Pencipta atas bumi ini akan tewas,
karena kehidupan kita dicipta
jika berlaku dengan cinta,
akan jatuh seperti permata
sebutir demi sebutir
Apakah kita juga akan merasaa,
harapan mesra yang kita bawa,
mengapa perlu dibiarkan hilang
karena kebenaranmu itu keikhlasan hati
bagi menahan ditimpa angin dan hujan
Oleh: Maisarah An Nisa
sajak simbolik/17 Januari 2012 11:25 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Naisarah An Nisa kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya: KITA DICIPTA Temanya simbolik tiada penerangan?. pengucapannya bersahaja perlu diperbaiki ungapannya.. Mesejnya soal pribadi keluarga agaknya... Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)
2. Mia Safiyah berkata...
MERINDUI SENJA (TBD)
Jika suara hilang
Maka aku akan berduka
semua berdiri di belakang
suatu malam kegelapan tiada
Dari waktu terlalu cepat
tiada mungkin sinar mata terlupakan
Seru supaya kita
ada dalam satu barisan
supaya jangan ada merindukan senja
Oleh: Mia Safiyah
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang sbb jalal ajak msuk bagi ckup koataa sy sebenarnya x larat baru lps pantang../17 Januari 2012 11:29 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Mia Safiayah kini muncul kembali walaupun dahulu pernah menguasai ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya: MERENDU SENJA Tema simbolik tapi tiada penerangan?. pengucapannya agak kabur perlu diperbaiki ungapannya.. Mesejnya mungkin kisah anak dan keluarga Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)
3. Dayang berkata...
KEMARAU TUA (LSS)
Terik matahari tidak lagi
mengeringkan pohon berdahan panjang
buah-buahan matang
pada tahun yang akan datang.
Aku minta supaya engkau berdiri
atas puncak dibakar panas
Waktu itu angin bertambah tenang
Karena kemarau akan berangkat tua
Oleh: Dayang
sajak sedih/17 Januari 2012 11:31 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Dayang kali ini kembali dengan sajaknya bertajuk: KEMARAU TUA Temanya sedih nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya soal mengenang nasib bila usia kian bertambah , wajahpun tersa dimamah kemau tua. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
4. Julia berkata...
DEMI KATA (TBD)
Di sini telah datang suatu perasaan
bahawa aku akan menderita dan tertawa
derita dari yang tertewas
tatapan yang sangat membiusku
hingga turun ke gelak tawa
merekahnya senyum manis.
Aku terpesona dengan satu ini.
Layaknya ombak menghempaskan
isi hatiku untuk menyatakan rasa di dalam relung hatiku.
demi kata yang aku tuliskan,
Oleh: Julia
sajak terkenang/17 Januari 2012 11:35 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Julia kini muncul kembali walaupun pernah jga melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya: DEMI KATA Tema terkenang tiada penerangan?. pengucapannya agak kabur perlu diperbaiki ungapannya.. Mesejnya juga gagal dikesan. Mungkin jiwa2.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)
5. Ummu AKilah berkata...
PENUH BAYANGMU (TBD)
Tersusuk satu panah di dadaku
terasa cairnya darahku mengalir
sehingga tumbuh disana bunga yang mekar
indah dan penuh dengan warna-warni
semerbak wanginya Apakah akan terjadi??
ternyata aku tak dapat menghembuskan nafas terasa sesak,
Terdengar gonggongan angin memenuhi telingaku,
Mengapa setiap aku terjaga,
di pelukan mentari indah,
sangat indah tapi ternyata
hanya ciptaan otak penuh bayangmu
Oleh: Ummu Akilah
sajak kerinduain/17 Januari 2012 11:38 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Ummu Akilah kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya: PENUH BAYANGANMU Tema kerinduan tiada penerangan?. pengucapannya agak kabur perlu diperbaiki ungapannya.. Mesejnya soal berjauhan dengan orang tersayang agaknya ... Maaf cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)
6. Salina berkata...
PAK SAMAD PENGERUSI BERSIH (LSS)
pak samad sasterawan negara
pasti banyak mata memandang
pasti banyak suara mahu diluah
pasti banyak kisah mahu dicerita
pasti banyak telinga mahu mendengar
kepada mata semua yang ada
siapa tak kenal datuk a. samad said
tokoh sasterawan negara
tiada galang ganti
tokoh terbilang lagi tersohor
punya minda idea jelas kedepan
rasa hati penuh fikiran
bukan di takuk murahan
namun bila dia mula bersuara
semua cuma diam sahaja hilang kata
Oleh: Salina
sajak dari ayah sy/17 Januari 2012 11:41 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Salina kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final? Dengan sajaknya bertajuk: PAK SAMAD PNGERUSI BRSIH. Tema tidak dinyatakannya Tapi penuh dengan tanda tanya. Pengucapannya biasa dan bersahaja. Mesejnya menyentuh soal issu semasa . Apa pu manusia hatinya tidak sama kekadang kita pun bercelaru memikirkannya.minta jangan ada dalang disebaliknya .Layak untuk sayembara seterusnya (LSS
7. Seri Suri berkata...
PELAJAR USM UGUT BOM PM (LSS)
benarlah kata orang-orang lama
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
kerana tulisan diri binasa
akibat kelantangan mengeluar kata
tidak bisa diundur lagi
biarpun cuma sekadar gurauan
berhati-hati bila berkata
kerna lidah itu tajam dan berbisa
Oleh: Seri Suri
sajak nasihat/17 Januari 2012 11:44 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Seri Suri kali ini kembali dengan sajaknya bertajuk: PUSMUB Temanya nasihat nampaknya. Pengucapannya bersahaja. Mesejnya berkaitan dengan isu semasa. Berhati2lah bila melontarkan kata dalam gurauan trsalah sangka padah jadinya.. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
8. Nur Atikah berkata...
SEPI DINGIN (LSS)
apakah hanya aku yang sepi..?
cuba aku yakinkan karena disisiku kau ada
tak usahlah kau jawab semuanya disini
sepatutnya hidup diantara kita tak perlu sepi
kerana perbicaraan diantara kita penuh harapan
agar biarkan sepi dan dingin ini datang dan pergi …
Oleh: Nur Atikah
sajak marah/17 Januari 2012 11:47 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
BICARARENGKAS
Buat Nur Atikah kali ini kembali dengan sajaknya bertajuk: JASAD Temanya marah nampaknya. Pengucapannya trnyata marah cuma ada sadikit pembetulan. Mesejnya mungkin ada rasa kesepian bila antaranya ada keegowan orang baru perlu bersabar. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
DEBARAN DEGUP JANTUNG
Debaran degupan jantung
seakan berirama mengandungi arti hingga mungkin bibirku menjadi
ungkapan kata-kata indah.
Kau yang dicintai hatiku,
hingga ragaku melunglai
oleh getaran jiwa aku hanya
ingin kamu mengerti,
setiap hembusan kalimat terucap,
mak mah
sajak dari anak dara saya sy x mahu masuk sayembara tapi jalal ajak utk penuhkan koata sy x ada idea.
OTAK
awalnya dari teriakan hati,
hingga menuntun jemariku
menulis kata-kata mungkin berarti Aku ingin kamu tahu,
apa yang ingin disampaikan hati seorang manusia dicipta
Sesaat aku tersadar dari buaian.
aku jatuh dari tempatku menulis menatap langit kamar
sesaat aku terbangun dari otakku
Datin maimun
sajak simbolik maaf agak tunggang langgang xda ilham
CENGKAM LANGIT
Suara detik berputar
menyusuri masa aroma lilin
terbakar menenangkan
bagai kejutan bulan dari balik awan
hingga terpesona menatap
Masih suara berkumandang, melantunkan pujian datang
bersama rentetan burung samudera,
seakan menyapaku disini
mencengkam langit senja
Anis Syahila
sajak fantasi
SEMUA TAHU
Tersadar bahwa aku berteman kertas
pohon merindukan bisikan angin.
terik panas matahari membakar kulit
Tidak ku sangka hati keras
hanya karena senyuman dan hangatnya dapat mencair
aku jatuh ke dalam alurmu.
aku juga membayangkan disuatu masa
dirimu damai penuh dengan kasih
mengelilingi bumi sejagad raya ini,
agar semuanya tahu,
Sarah
sajak simbolik
LONCAT KUCING
dari dunia kuturunkan wajah
ke buku terus pudar
keletihan ku tersimpan
pada loncatan si kucing
kelincahanmu menyelinap pergi menumbuk kepalaku dalam sepi dunia merindu tubrukmu menempa kaki
jika kau tak kunjung
aku akan di angin saja
kupindahkan angkasa
ke mataku yang silau
Mona
sajak simbolik
CAHAYA SURIA
cahaya suria kuraba di udara
tiada meluncuri dinding
aku turun melamun sembunyi
di titik entah mana
sana langkahku sunyi
kuseret longlai langkahku,
kuberi kakiku pulang
nanti di rumah kubilas
semua kepedulian ini
akan kujemur di tali sikapku
tidur dalam rentang
waktu pendek yang penuh sandung
Nurse Lisa
sajak simbolik
PENING DI KENING
ketika ku tidur petang itu
aku dibangunkan oleh pening di kening
bangkit dari kekejangan tidur
ku gagahi dan kupakai baju yang lusuh
mencarimu sesautu tatkala
kudapati mataku sendiri yang buta.
Yusmanira
sajak ketika pening bangun dari tidur petang
TIKAM DIULU HATI
Apalah arti senyummu itu
ketikaku sakit kau tikam diulu hati
Aku tak perlu senyum seindah itu
Bagiku tetaplah keindahan
sebilah pisau telah terlanjur
kau benamkan di dada
Lalu dengan senyum di bibir
Kau menari bersama setumpuk tawa
terkapar aku oleh rasa sakit
yang kau torehkan dengan sempurna.
Jangan kau tebus sebuah kata maaf
Sharifah AL Habsi
sajak marah
wegewgegewg
wergergergreger
Catat Ulasan