Sayembara puisi Cr. ke 8
Apakah akan berakhir? kerana semuanya tidak abadi
Matahari mengintip derunya di ruang hari waktu berlalu,
mula tumpah cahaya ke segenap arah.
aku terbangun dari tidur lena yang panjang
menggeliat memulih mencari kekuatan
kerana terlalu lama dibuai mimpi
kini terlalu banyak cerita berlaku tanpa sempat aku fahaminya
Seperti aku yang tampil sejenak
bermain secuit mimpi berteka-teki di halaman pekarangan cerita berilusi.
naum aku gagal menangkap maksudnya
lalu biarkanlah hari-hari bergerak pantas dengan penuh pertanyaan tidak terjawab
dalam dunia pengertiannya yang tersendiri.
Oleh: Brader Joe
sajak simbolik/26 Disember 2011 12:50 PTG
mula tumpah cahaya ke segenap arah.
aku terbangun dari tidur lena yang panjang
menggeliat memulih mencari kekuatan
kerana terlalu lama dibuai mimpi
kini terlalu banyak cerita berlaku tanpa sempat aku fahaminya
Seperti aku yang tampil sejenak
bermain secuit mimpi berteka-teki di halaman pekarangan cerita berilusi.
naum aku gagal menangkap maksudnya
lalu biarkanlah hari-hari bergerak pantas dengan penuh pertanyaan tidak terjawab
dalam dunia pengertiannya yang tersendiri.
Oleh: Brader Joe
sajak simbolik/26 Disember 2011 12:50 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra Brader Joe dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk APAKAH AKAN BERAKHIR? Tema simbolik dilanda kemelut persoalan. Pengucapannya menarik dan bersahaja ada simbolik pada ungapannya.Sadikit pembetulan dilakukan tanpa menjejaskan maksud. Mesejnya menyentuh isu-isu semasa tentang keresahan yang dialaminya berbagai persoalan tidak terjawab. Umpama berada di alam mimpi dengan tidur lena yang lama? Apa pun si penulis membiarkan kemelut persoalan itu apakah akan berakhir ? atau biarkan ianya berlalu bersama hari dengan pengertiannya yang tersendiri. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. .____________________________________________________________________
TETAPI hari ini Taip telah mengecewakan harapannya itu. Dia amat terasa malu dengan teman-temannya itu. Bila Taip tidak pernah menyatakan bila dia hendak pulang ke tanah airnya ini. Segala harapannya selama ini telah musnah.
Sedang hari kemerdekaan negaranya akan tiba tidak berapa hari saja lagi.Sedangkan rasa kemarahannya kepada Taip kian memuncak sepanjang bulan dan minggu ini. Tetiba di sebelah petang dia di datangi pembawa telegram.
Apa bila suat itu dibuka ternyata ayat rengkas dan pendek itu berbunyi: Taip akan pulang esok bersama isteri dan seorang anaknya untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.
Betapa gembira hatinya terasa dia ingin memekek sekuat hati mengkhabarkan kepada
Dunia, doanya juga telah dikabulkan Allah, Rasa kemenangan merayap seluruh tubuh tuanya. Dia bangun dari kerusi malasnya sebagai seorang perkasa, kopi pahit di hadapnya dihirup sekali gus. Dia nampak wajah kemenangan.
“Taip akan pulang juga bersama isteri dan anaknya, sempena hari ulang tahun menyambut ulang tahun kemerdekaan negaranya.” Dia bercakap sendirian dengan senyum yang melebar.
Terasa dia ingin menkhabarkan berita ini kerpada teman-temannya yang masih hidup dan menyedut udara kemerdekaan ini. Anak tunggal Abdul Taib bin Sulaiman Embong akan pulang. Rumah yang selama ini sepi akan bersiri kembali.
Inilah rumah yang dibeli hasil wang simpanan pekerjaannya, sebelum Taip berangkat ke luar negara , lebih sepuluh tahun rasanya Taip tidak pulang, rumah ini juga tidak lama dia tinggal bersama Taip. Kini Taip mungkin sudah menjangkau umurnya 33 tahun.
Taip tentu banyak berubah, kalau di ikutkan sebelah aruah datuknya Embong merupakan seorang tokoh yang pandai berbicara dan berpengaruh di kampungnya itu.
Tidak hairan Sulaiman layak jadi budak pejabat dari beratus anak muda di kampunya itu. Sebab dia sahaja yang boleh membaca dan menulis.
Di mengharap agar Taip akan pulang dan melangsungkan perkhawinan dengan ustazah Hamidah. Tetapi bila tamat pengajian Taip tidak pulang. Terus menetap di kota London. Harapan mengunungnya terhadap Taip runtuh berkecai .Ini yang membuatkan hatinya dibaham rasa kecewa.
BERSAMBUNG ESOKsiri 6
KUM 3
1 Ustaz Rahman
2 Yusri Nawab
3 Usop Nayan
4 Prof Lanang
5 Eddy Gapil
6 Pendekar Waja
7 Inspektor Halim
8 Bulan Terang
KUM 3
1 Ustaz Rahman
2 Yusri Nawab
3 Usop Nayan
4 Prof Lanang
5 Eddy Gapil
6 Pendekar Waja
7 Inspektor Halim
8 Bulan Terang
TERSEMBUNYI
masih kujelang malam dingin
di bawah taburan bintang
di langit yang angkuh
Malam ini aku kembali
beranjak sendiri meniti jalanan
di tepian kota kecil,
bersama deretan api yang bernyala Dalam udara yang dingin beku,
setitik cahaya api yang kecil
cuba melawan gelap malam besar,
menyingkapkan sudut tersembunyi
Inspektor Halim
sajak sinis
CAHAYA SOMBONG
manusia yang sepi dan terasing
dalam bentang senja.
di akhir sebuah deretan
sepanjang tepi jalanan kota ini.
Pejalan kecil berjalan
setapak demi setapak
langkah kaki yang beranjak
tetaplah dalam kelip kecil
setiap pejalan melintasi jalanan
seperti tak menjadi bintang tinggi
cahaya terang yang sombong.
Ustaz Rahman
sajak simbolik
TERASING
Walau pejalanan ini terus melangkah
meski membayangkan kepada kehidupan
bukan hanya untuk satu setia,
tapi terus mencari ketulusan cinta
walaupun hari ini masih sepi.
kutatap wajahmu dan tersenyum
aku berjalan mencintai takdirku,
teruslah mencintai hidup walau
mungkin kau kan terasing
yusri nawab
Sajak jiwa2
ADA APA DENGAN CINTA
pasti maksud bicara penuh tanda
luhur coretan rasa telus hati merungkai segala kasih dan sayang
saling bergandingan
cinta perlukan kasih
kasih perlukan sayang
sayang perlukan keduanya
tanpa salah satunya
tiada lagi makna cinta
pincang istilah cinta
ibarat malam perlukan rembulan
siang perlukan mentari
besar sekali makna cinta
kurniaan agung dari yang esa
buat makhluknya
Pendekar Waja
sajak cinta
MENGIGIL LIRIK
Tentulah dalam adamu
kasih yang memikat seluruh ingatan
hingga terasa mistik
tiap kali ku cuba hanyutkan,
tapi kembali tertambat angan-angan
rindukah desiran tak tertafsir?
kala mengigil lirik yang merasuki
panjang air mata terus ku tanda
selalu saja ada yang tertinggal
di saat waktu tak lagi menjengkal
di sini rengkuhan purnama berganti
Usop Nayan
sajak ceria
TANPA DISEDARI
tanpa sadari telah kau
sobek mulut semua yang berbicara
dan kau jadikan selimut
tanpa kau sadari
aku pula telah potong tulangmu
untuk kujadikan kau kursiku
tanpa kau sadari telah ku
cungkil matamu untuk
ku jadikan kau pintu kamarku
air mata untuk mengisi jiwaku
Eddy Gapil
sajak marah
SAMPAU BERHENTI SENDIRI
sampai berhenti sendiri,
Kemudian datang lagi,
tapi harus terus terang
dikirimkan pagi tertutup rapi,
Selepas suasana hening sepi lagi,
cuma ada bunyi burung sekali-sekali
terdengar begitu indah.
mengalun indah pagi ini
Bulan Terang
sajak simbolik
MAAF JIKA
Maaf jika untai kataku
memburaikan mimpi kita
Aku ingin jujur aku tersadar
Ini bukan salah kerana
hanya melanjut hidup tergarisdidahi
Hidup menghantar sungguh sederhana
beri angin untuk mengepak
tanpa minta dahan tuk balasan
Prof Lanang
sajak simboolik
1.Inspektor Halim berkata...
TERSEMBUNYI (LSS)
Masih kujelang malam dingin
di bawah taburan bintang
di langit yang angkuh
Malam ini aku kembali
beranjak sendiri meniti jalanan
di tepian kota kecil ini ,
bersama deretan api yang bernyala
Dalam udara yang dingin beku,
setitik cahaya api yang kecil
cuba melawan gelap malam besar,
menyingkapkan sudut tersembunyi
Oleh: Inspektor Halim
sajak sinis/23 Januari 2012 10:37 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra.Inspektor Halim kini kembali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: BERSEMBUNYI Tema sinis katanya .Maksudnya Penulis cuba mengambaran kehidupan yang mencengkam dan tersembunyi manusia dengan tugasan hariannya. . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).
2. Ustaz Rahman berkata...
CAHAYA SOMBONG (LSS)
manusia yang sepi dan terasing
dalam bentang senja.
di akhir sebuah deretan
sepanjang tepi jalanan kota ini.
Pejalan kecil berjalan
setapak demi setapak
langkah kaki yang beranjak
tetaplah dalam kelip kecil
setiap pejalan melintasi jalanan
seperti tak menjadi bintang tinggi
cahaya terang yang sombong.
Oleh: Ustaz Rahman
sajak simbolik/23 Januari 2012 10:40 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Ustaz Rahman kini masih setia bersama blog CR. Kini mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: CAHAYA SOMBONG Tema simbolik katanya Maksudnya menceritakan rasa sedih mungkin ada manusia memburu kehidupan tinggi hingga lupa segala. . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).
3.yusri nawab berkata...
TERASING (TBD)
Walau pejalanan ini terus melangkah
meski membayangkan kepada kehidupan
bukan hanya untuk satu kesetiaan,
namun terus mencari ketulusan cinta
walaupun hari ini masih terasa sepi.
kutatap wajahmu dan tersenyum
aku berjalan mencari cintai takdirku,
teruslah mencintai hidup walau
mungkin kau kan terasing
Oleh: Yusri Nawab
Sajak jiwa2/23 Januari 2012 10:43 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Yusri Nawab Kambali ini mengetengahkan sajak yang bertajuk:TERASING. Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja penutup agak tergantung.Perlu iperbaiki lagi. Mesejnya soa
l peribadi agaknya kisah orang muda punya biasa. Maaf .cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD
4. Pendekar Waja berkata...
ADA APA DENGAN CINTA (TBD)
Pasti maksud bicara penuh tanda
luhur coretan rasa telus hati merungkai
segala kasih dan sayang
saling bergandingan
cinta perlukan kasih
kasih perlukan sayang
sayang perlukan keduanya
tanpa salah satunya
tiada lagi makna cinta
pincang istilah cinta
ibarat malam perlukan rembulan
siang perlukan mentari
besar sekali makna cinta
kurniaan agung dari yang esa
buat makhluknya
Oleh: Pendekar Waja
sajak cinta/23 Januari 2012 10:45 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra, Pendekar Waja masih setia dengan blog CR. Kali ini Cuma mengetengahkan sajak yang bertajuk:ADA APA DENGAN CINTA . Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Mesejnya soal pribadi kisah orang muda punya biasa juga nampaknya. Cuma ada persaiangan hebat . Maaf cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD
5. Usop Nayan berkata...
MENGIGIL LIRIK (TBD)-P
Tentulah dalam adamu
kasih yang memikat seluruh ingatan
sehingga terasa mistik
tiap kali ku cuba bayangkan,
tapi kembali tertambat angan-angan
rindukah desiran tak tertafsir?
kala mengigil lirik yang merasuki
titis air mata terus ku tanda
selalu saja ada yang tertinggal
di saat waktu tak lagi menjengkal
di sini rengkuhan purnama berganti
Oleh: Usop Nayan
sajak ceria/23 Januari 2012 10:49 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Usop Nayan Kali ini mengetengahkan sajak yang bertajuk: MENGIGILLIRIK . Tema ceria katanya. Pengucapannya bersahaja ada sadikit kabur Mesejnya soal peribadi kisah kehidupan dalam rumah tangga punya biasa juga nampaknya.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD
6. Eddy Gapil berkata...
TANPA DISEDARI (TBD)
tanpa sadari telah kau
sobek mulut semua yang berbicara
dan kau jadikan selimut
tanpa kau sadari
aku pula telah potong tulangmu
untuk kujadikan kau kursiku
tanpa kau sadari telah ku
cungkil matamu untuk
ku jadikan kau pintu kamarku
air mata untuk mengisi jiwaku
Oleh: Eddy Gapil
sajak marah/23 Januari 2012 10:51 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Eddy Gapil Kali ini mengetengahkan sajak yang bertajuk:TANPA SEDARI . Tema marah katanya. Pengucapannya maih perlu pengolahan yang rapi Mesejnya soal hati agaknya .Pastilah rasa marah bila perasaannya dipermainkan. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD
7.Bulan Terang berkata...
SAMPAI BERHENTI SENDIRI (LSS)
Sampai berhenti sendiri,
Kemudian datang lagi,
tapi harus terus terang
dikirimkan pagi tertutup rapi,
Selepas suasana hening sepi lagi,
cuma ada bunyi burung sekali-sekali
terdengar begitu indah.
mengalun indah pagi ini
Oleh: Bulan Terang
sajak simbolik/23 Januari 2012 11:00 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Bulan Terang kini masih setia bersama blog CR. Kini mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: SAMPAI BERHENTI SENDIRI Tema simbolik panorama alam Maksudnya dalam kehidupan ini biasa saja pergi dan kembali kekadang bising dan sunyi kembali ada sinis juga nampaknya.. Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS).
8. Prof Lanang berkata...
MAAF JIKA (LSS)
Maaf jika untai kataku
memburaikan mimpi kita
Aku ingin jujur bila tersadar
Ini bukan salah kerana kita
hanya melanjut cerita tergaris didahi
Hidup menghantar sungguh sederhana
memberi angin untuk mengepak
tanpa meminta dahan untuk balasannya.
Oleh: Prof Lanang
sajak simboolik/24 Januari 2012 6:57 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Prof Lanang Kini kembali mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: MAAF JIKA . Tema sembolik katanya. Pengucapannya agak kabur..Mesej menceritakan dalam hidup ini kita punya pandangan tersendiri, jika ada yang terasa maaf saja ,tidak ada harapan atau balsan apa-apa. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).
MUNCUL
diantara seribu akankah
dia muncul dengan senyum
seindah mentari timur…
diantara sejuta akankah
dia datang dengan keceriaan
pucat pasi embun pagi…
menari-nari dipelupuk mata
membawa kedamaian surga
Haji Abkam
sajak simbolik
BERGOYANG
bergoyang pokok menghembuskan
sepoi angin berlagu merdu
menidurkanku di teriknya hati
menyeruak kegalauan jiwa
melantun melodi cintaku…
yang meniliskan cerita
hitam dan putih hidupku
Sulaiman EMbong
sajak simbolik
DUNIA CEDERA
Melalui ufuk senja
kulihat suratan hati terukir
mengatakan sebuah kata yang lepas,
bebas seperti rajawali terbang
suci seperti api malam
Dibayang wajah kulihat senyum
lambaian kasih yang tegar
tiada gentar menjelang
gelap malam yang mulai membayang.
Dalam temaram senja ini,
kulihat pelita memancarkan
harapan manusiawi yang suci
untuk dunia yang cedera,
Raja Muda
sajak sinis
SEPI BERTAHTA
letih dengan penuh kepalsuan.
Sebelum malam ini beranjak gelap, engkau dengan senyum sinis
masih memerlukan para pengikut
agar tempat ini hidup
menyandarkan makna ceritakan
kepada mereka yang masih setia
Sejenak aku lihat senja jadi gelap
matahari yang lepas dari cakrawala.
Kemudian sepi mulai bertahta
Abang
sajak semangat
ALLAH LIHATLAH
Allah dan malaikatnya bershalawat empat alam dan penghuninya
Kau penghulu pembawa washilah
cermin Tuhan di bumi ini
cintamu jalan lurus diatas neraka
diluar barisa ada cuma kebinasaan
Tapi lihatlah wahai Rasul
lihatlah umatmu kau penuh cinta
seolah tak ada lagi harapan
kerana kian mula berpecah
bagai serpihan buih di lautan
Penyair Agung
sajak mengadu kepada yang Esa
SELAMAT
Aku terasing di bumi asing
di jalan cinta dihiasi dosa-dosa
hanya tetap ku ingat
agar aku sentiasa dapat hidup disini
lagi sepenggal dan aku cuba
berharap sampai dengan selamat.
Jengking Perak
sajak dilema
CENGKAMAN
Cengkaman amarah didada ini
tak dapat ku tahan lagi
terasa ingin amuk di serata semesta
pergi ke setiap penjuru
lintasi waktu cuba dinginkan hatiku
Akan kurobek langit yang masih biru
Ku pecah dinding galaksi
sampai bergetar tak perduli
batu yang menghujani kepala
Ustaz Mahfuz
sajak marah
RAKYAT BIASA
kami bukanlah sesiapa.
tapi ingatlah bahawa kami bukan
orang yang terhina.
mungkin kami lemah sahaja
tapi kami juga ada
akal,hati,agama, dan maruah.
usah persendakan
layan kami seperti sampah.
jangan membantu menindas kami.
kami tahu kau bangga
dengan apa yang kau ada.
tapi jangan lupa satu perkara:
kau juga rakyat biasa seperti kau
Suara Rakyat
sajak bukan saya punya sajak sumbangan dari ayahanda saya luahan tak puas hati katanya
54h45hy5454
Catat Ulasan