Rabu, 25 Januari 2012

MULUT JERANGKUNG KEDAI KOPI





 
Ramai telah naik muak
Mendengar pitnah  mulut dari jerangkung kedai kopi

 Terlalu ramai memperkatakan
Lawan tetap lawan!
Sehingga terlupa dasar demokerasi

Adakah kita perlu menyokong?
Pada orang yang ada kepentingan diri
Angkuh cuba merosakan  sistem Negara ini


Berehati-hatilah anda semua
Dengan mulut jerangkong kedai kopi
Cakap berdegar-degar tetapi hati berniat busuk . 


Oleh: Nirimanja,
Bandar Baru Perda , Teluk Kumbar, Penang, 
13hb, Disember 2011





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BUAT SAHABAT CITRA RASA BETAJUK : PENGKALAN BATU.Oleh : Nurimanja Serawak. : Sempena Tahun Baru China Gong Xi Fa Chai 2012.

LIM AH HOCK lemah mnghayung langkah menuju ke Pengkalan Batu yang mengala ke muara sungai. Lim Ah Hock berdiri lama di situ, matanya merenung jauh di tengah sungai Muara Tuang..

Matahari petang sedang mengisut di kaki langit,air sungai bergemrcik di tiup angin bayu petang, burung-buung camar betrbangan mencari kawan.Lim Ah Hock tekenang peistiwa hitam yang pernah mencengkam sejarah hidupnya beberapatahun yang lalu, sehinga kini dia kehilangan seorang isteri yang amat dikasihinya.

“Lim! Esok aku ingin brsamamu?” Kata Swee Lan memecah kesunyian hening malam itu. Lim yang kurang sihat dan sering diserang bantuk-batuk kecil malam hari, telah membiarkan peranyaan itu dibawa angin malam berlalu.

“Lim,esok aku ingin bersamamu,””
Ulang Swee Lan lagi sekali dengan penuh harapan.
“Hendak kemana?”
“Ke hutan,”
“Buat apa?”
“Menebang bakau,”





Lim Ah Hock memanang muka Swee Lan yang berwajah bujur sireh itu. Swee Lan tunduk, hatinya begitu sayu bila melihat tubuh Lim yang bertambah kurus dan cengkong kerana bekerja kuat di hutan bakau itu.

“Benarkanlah aku pergi Lim.”Rayu Swee Lan. Lim Ah Hock menarik nafas panjang, kemudian melepaskannya pelahan-lahan, jari-jari tangannya memicit-memicit dahi kepalanya yang terasa pening.

“Tak usahlah Swee Lan,” jawab Lim, sambil merebahkan tubuhnya di pangking kayu yang bersirat tali jerami, Dia terbatuk-batuk kecil, kemudian bertambah kuat bunyinya.

Swee Lan segera menghampirinya, dia segera mengurut-ngurut dada Lim, sebotol ubat batuk yang tinggal separuh isinya diberi minum kepada Lim Ah Hock.Setelah batuknya
reda.

“Di hutan itu bukannya senang,”Kata Lim, matanya merenung ke tulang bumbung, saolah-olah dia sedang melihat hutan bakau yang penuh dengan lumpur, agas, naymuk,
ular kapak, babi hutan dan akar –akar bakau yang berceracak tajam menikam kaki.
“Terdayakah oleh kau?”
“Aku akan cuba,”s
“Tak usahlah, “
“Tapi, aku ingin menolongmu Lim,” kata Swee Lan member pengakuan.
“Cukuplah kau memasak, membasuh dan mengemas rumah ini,”kata Lim Ah Hock.
“Kau sakit Lim, jika aku bersamamu, tentu dapat mngurangkan bebanmu selama ini,”

SAMBUNGAN SIRI 2

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK: PENGKALAN BATU INI
pernah ersiar di dalam blog Cr.

Cuma bagi mereka ahli baru yang belum mengikuti kisah rakyat 1 Malaysia. Mungkin belum menetahuiny!


Salam 1 Malaysia!
Selamat Tahun baru buat ahli Cr. dan kaum china di malysia.

Gelora Maya berkata...

BAYANGAN GELAP

Bimbang mataku memandang
kulihat sebuah dunia yang kukenal
penuh warna dan begitu mempesona
Namun ku tak tersenyum tak tertawa
Adakah keraguan ataukah penyesalan
Pada akhir kutanya diriku,
Mengapa hatiku dipenuhi keraguan Awan gelap pun menyelimuti hatiku
Kabut menutup jalan pikiranku
Kucoba menjernihkan segala
Kegelapan tetap bersama bayangku

Gelora Maya
sajak kegelisahan

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
En Sanusi berkata...

JANTUNG BERDENGUP

Bagimu hanya saat ini memang
aku yang berdusta kutunjukkan
depan kesunyian ketika
tersentak oleh pilihan sendiri
di atas jalan yang udaranya
tak nyaman lagi ku tersenyum
menyambut kehidupan ketika
rangkai kata jantung berdegup
Untuk pergi entah kemana
tanpa perlu kau seka keringat
di jemariku yang tertahan

En Sanusi
sajak simbolik

Sufian Al Zahri berkata...

SEMBAH

Pada akhirnya takdir dan nasibku
mulai rasa pudar berharap
menemukan sang penjawab
Jika dunia begitu indah
Mengapa hidup penuh musibah
Sang takdir pun telah kusembah
Berharap kau memberi berkah

Sufian Al Zahri
sajak mengenang nasib

Muhamad Badawee berkata...

BERSEMANYAM

ku beri telinga saat
kuingin tentang segala kulalui ini
Ia beri aku bicara yang bisa
beri aku perlindungan
Semua saat kau berkubang
dalam harimu perlahan membenamhadir
aku telah berkhianat padamu
Dia telah ambil tempat
dihatiku dan bersemayamkan dirimu

Muhamad Badawee
sajak dari abang

Kevin Khairudin berkata...

HIDUP INDAH

hidup indah penuh cahaya bersinar
bersama warna ceria
jelma corak gemilang
jadi corak kehidupan
di situ ada suka duka cabaran
yang menduga agar sabar dan cekal
nikmatilah hingga hujung nyawa
adakala indahnya sementara
terselit rasa pahit sukar ditelan
namun tetap juga ditelan
kerna pahit itu bisa jadi penawar

Kevin Khairudin
sajak nasihat

Prof Naquib berkata...

RINDU PADA ALAM

kian jauh musim berlalu
meninggalkan pelabuhan ingatan
kmerentang jauh memisahkan kita
kelam suram talian rindu
padam ilham untuk bicara
kerna musim silam jauh berlari
meninggalkan aku yang baru
kini kukembali memeta kata
demi rindu pada alam

Prof Naquib
sajak simbolik

Nuri Jaguh berkata...

BERLARI BAHAGIA

aku sangat bahagia lihat
ada orang berlari mengejar pelangi
berkejar sana sini tanpa lelah
bagai langsung tiada duka
ceria tiap ketika tanpa tangis
puas jelas terpancar di wajah
tanpa igauan yang akan melanda

Nuri Jaguh
sajak misteri

Doktor Hasmawi berkata...

UTUSKAN PERKHABARAN

Utuskan sesuatu perkhabaran
dari pepohon ini untuk
di singgah di dada
supaya dapat aku mengerti
Saban hari aku menjadi berani,
sebuah bukti yang termaktub
melenyapkan prasangka
Temukan aku dengan pengertian
di sebalik maksud yang hilang
menyelit maksud penuh rahsia.
kerana ku kini dalam dilema

Doktor Hasmawi
sajak sinis politik

Qalam Mutiara berkata...

1. Gelora Maya berkata...

BAYANGAN GELAP (TBD)-P

Bimbang mataku memandang
kulihat sebuah dunia yang kukenal
penuh warna dan begitu mempesona
namun ku tak tersenyum tak tertawa
adakah keraguan atau pun penyesalan
Pada akhirnya kutanya diriku,
mengapa hatiku dipenuhi keraguan
awan gelap pun menyelimuti hatiku
sang kabut menutup jalan pikiranku
kucoba menjernihkan segala
tapi kegelapan tetap bersama bayangku

Oleh:Gelora Maya
sajak kegelisahan/25 Januari 2012 11:02 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Gelora Maya kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:BAYANGAN GELAP.Tema kegelisahan nampaknya. Pengucapannya boleh diterima dan bersahaja. Mesejnya membayangkan kegelapan bagai teka teki dalam kehidupan yang dialaminya.Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

2. En Sanusi berkata...

DENGUP JANTUNGKU (LSS)

Bagimu hanya saat ini
memang aku yang berdusta
kutunjukkan depan kesunyian
ketika tersentak oleh pilihan sendiri
di atas jalan yang udaranya tak nyaman lagi
aku tersenyum menyambut kehidupan
ketika rangkai kata degup jantungku
untuk pergi jauh entah kemana
tanpa perlu kau sekat keringat
di jemariku yang tertahan ini

Oleh:En Sanusi
sajak simbolik/25 Januari 2012 11:08 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD

En Sanusi kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: DEGUP JANTUNGKU.Tema simbolik nampaknya .Pengucapannya kabur tetapi boleh diterima Maksudnya degup jantung selalu menjadi kencang dengan telatah majikan atasan ditempat kerja namapanya. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3. Sufian Al Zahri berkata...

SANG TAKDIR YANGKU SEMBAH (LSS)

Pada akhirnya takdir dan nasibku
mulai rasa pudar mengharap
menemukan sang penjawab
Jika dunia begitu indah
Mengapa hidup penuh musibah
Sang takdir pun telah kusembah
Berharap kau memberi berkah

Oleh:Sufian Al Zahri
sajak mengenang nasib/25 Januari 2012 11:08 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Sufian Al Zahri kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: SANG TAKDIR YANG KUSEMBAH Tema mengenang nasib. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Maksudnya \mengambarkan ujian musibah yang sering datang menimpa adakah satu takdir mnilai keimanan? . Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

4. Muhamad Badawee berkata...

BERSEMANYAM (TBD)

ku beri telinga saat
kuingin tentang segala kulalui ini
Ia beri aku bicara yang bisa
beri aku perlindungan
Semua saat kau berkubang
dalam harimu perlahan membenam hadir
aku telah berkhianat padamu
Dia telah ambil tempat
dihatiku dan bersemayamkan dirimu

Oleh:Muhamad Badawee
sajak dari abang/25 Januari 2012 11:11 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Abang kpd Muhamad Badawee kini cuba pula mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:BERSEMAYAM Tema terasa semcam jiwa2 nampaknya. Pengucapannya atau pengolahan perlu diperbaiki lagi. Mesejnya menceritakan kegelisahan hati mencari kepastian. Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5. Kevin Khairudin berkata...

HIDUP INDAH (TBD)

hidup indah penuh cahaya bersinar
bersama warna ceria
jelma corak gemilang
jadi corak kehidupan
di situ ada suka duka cabaran
yang menduga agar sabar dan cekal
nikmatilah hingga hujung nyawa
adakala indahnya sementara
terselit rasa pahit sukar ditelan
namun tetap juga ditelan
kerna pahit itu bisa jadi penawar

Oleh:Kevin Khairudin
sajak nasihat/25 Januari 2012 11:13 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Kevin Khairudin kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEHIDUPAN INDAH . Tema sekadar nasihat nampaknya. Pengucapannya bersahaja. Mesejnya menceritakan jika inginkan kebahagian perlu tabah dan cekar hati berkerja.Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6. Prof Naquib berkata...

RINDU PADA ALAM (LSS)

Kini kian jauh musim berlalu
meninggalkan pelabuhan ingatan
merentang jauh memisahkan kita
terasa kelam suram talian rindu
memadamkan ilham untuk bicara
kerna musim silam jauh berlari
meninggalkan aku yang termanggu
kini aku cuba kembali memeta kata
demi mencari rindu pada alam yang lalu

Oleh:Prof Naquib
sajak simbolik/25 Januari 2012 11:15 PTGA

SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ptof Naquib kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk:RINDU PADA ALAM. Tema cerita simbolik pada alam .Pengucapannya kabur tapi boleh diterima Maksudnya mengenangkan zaman lalu yang telah lupa dengan kekalutan kini cuba dihimpunkan kembali untuk melepaskan rindu.. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

7. Nuri Jaguh berkata...

BERLARI BAHAGIA (TBD)

aku sangat bahagia lihat
ada orang berlari mengejar pelangi
berkejar sana sini tanpa lelah
bagai langsung tiada duka
ceria tiap ketika tanpa tangis
puas jelas terpancar di wajah
tanpa igauan yang akan melanda

Oleh:Nuri Jaguh
sajak misteri/25 Januari 2012 11:17 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Nuri Jaguh cuba mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BERLARI BAHAGIA Tema misteri katanya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima. Mesejnya mengambarkan situasi seharian manusia memburu kehidupan penuh dengan misteri . Maaf cuma disini saja terpaksa berhenti! Usaha lagi. (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

8. Doktor Hasmawi berkata...

UTUSKAN PERKHABARAN (LSS)

Utuskan sesuatu perkhabaran
dari pepohon ini untuk
di singgah di dada yang bertanya
supaya dapat aku mengerti
Saban hari aku menjadi berani,
sebuah bukti yang termaktub
melenyapkan prasangka
Temukan aku dengan pengertian
di sebalik maksud yang hilang
menyelit maksud penuh rahsia.
kerana aku kini penuh dalam dilema

Oleh: Doktor Hasmawi
sajak sinis politik/25 Januari 2012 11:21 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN KE 2 AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Doktor Hasmawi kini kembali lagi mengetengahkan pula sajaknya yang bertajuk: UTUSAN PERKHABARAN Tema sinis politik .Pengucapannya kabur tapi boleh diterima Maksudnya Penulis menjadi bengung menilai politik tanah air yang dilihat selama ini,penuh dengan dilema. Dikira layak untuk sayembara seterusnya (LSS).

Tinta Azimad berkata...

KUM 5
1 Nuri Jaguh
2 Gelora Maya-P
3 En Sanusi@
4 Prof Naquib@
5 Sufian Al Zahri@
6 Muhamad Badawee
7 Kevin Khairudin
8 Doktor Hasmawi@

Muhamad Rabbi berkata...

CEBIS-CEBIS

aku kuis cebis-cebis dulu
ada yang tajam ada juga
tumpah dengan perit semalam
buat dikumpul dibukukan
bila-bila aku perlu
untuk capai dan lihat
sakit yang menggigit.

Muhamad Rabbi
sajak simbolik

Supain Sipaun berkata...

MENGHADAPINYA

darah yang mengalir dalam darahku
jangan dihentikan mengah nafas itu jangan tertutup ruang kecil itu
sehina mana kau pandang diriku ini
kau tetap lebih rendah dimata aku
kerana aku Tuhanku justeru itu
kau bila ku terima bermacam ujian
aku kuatkan diri untukmenghadapinya

Supain Sipaun
sajak sedih

Datuk Borhan berkata...

BERNYAWA LAGI

malam kemarin aku pejam mata.
pejam erat-erat sebab
aku mahu lupa semua duka.
malam semalam aku tekup telinga.
tekup kuat-kuat sebab
aku benci tawa gembira.
malam ini aku biar apa berlaku.
aku biar rasa dunia ratah jiwa aku.
agar aku tak rasa ia bernyawa lagi.

Datuk Borhan
sajak simbolik

Mr Tan berkata...

PERAYAAN

bila semua orang sedia duduk
aku bangun berdiri
bila orang bertepuk
aku duduk ghairah berbincang
tapi bila aku tengok ada orang
lepaskan merpati aku taburkan padi
Maafkan aku kalau aku sering
melalukan kesilapan kerana
perayaan tahun ini terasa berbeza

Mr Tan
sajak sedih terkenang mendiang pak kiyai

Zainal Arifin berkata...

BERTEMU

setiap hari aku bertemu
taman yang indah
dari hasil hujung lalu dan kini
ku mencuba membuka tabir alam ini
dengan cinta dan harapan
Karena aku tahu dalam kehidupan
aku melintasi mimpi
terbang mengarungi cakerawala
tersenyum dalam kenyataan indah

Zainal Arifin
sajak simbolik

Mr Casanova berkata...

TERIMA KASIH

terima kasih teman kerana doa
kebahagiaan terus berkekalan
menyelonsuri hidup dihari mendatang
sesungguhnya ku tak kesaorangan
ada kalian dibelakang
memberi semangat bukan kepalang
hati yang kuncup menjadi kembang

Mr Casanova
sajak buat teman2 yang hadir di walimatulurus sy

Datuk Murad berkata...

ANUGERAH

Hadirnya suatu anugerah
Bumi kelam terasa cerah
Tanah kontang dirasa basah
memang suatu hadiah terindah
Aku disini tegak memegah
Menjunjung sehingga tinggi sudah
Tiada maknanya berpaling tadah
Setiaku ini ibarat gagah
Tetap disini walau di tegah
Hilangnya dikau sesalku tak sudah

Datuk Murad
sajak nasihat

Ustaz Nasarudin berkata...

JANGAN PEDULI

Dalam kepayahan aku merangkak
melewati detik silam
kesepian itu mengigit
kerna aku perlu sendiri
tanpa mereka bisa simpati
namun tak bisa mengerti
kerna hanya aku mengerti erti sepi tetapi aku tak akan benar
biarkan saja aku sendiri
kalaupun sampai mati
aku harus begini
jangan pernah peduli lagi.
aku memilih untuk begini.

Ustaz Nasarudin
sajak marah

Tinta Azimad berkata...

Bagaimana dengan BR1M?

Semuanya dapat asalkan gaji bawah RM2800 kebawah. Cikgu pun ramai yang minta.

En nuri ini tak layar lagi bayar zakat. Yang dulu itu dikira sedekah,
kata pegawai zakat.

Tinta Azimad berkata...

Di Parda ini ada tujuh block kata
eorang hamba Allah En Ghani, cuma 6 orang yang tak dapat. mungkin boleh rujuk mana silapnya.

Tetapi yang sedihnya ada juga ambil kesempatan. Laki bini dapat. Dia tak baca syarat ke?

Mentang2 free nak sapu semua . Inilah perangai Melayu yang tercmar
buat malu aja .....