Ahad, 8 Januari 2012

29.LIDAH TAK BERTULANG




Sayembara puisi CR.


Berkesan sekali luahan
tajam sekali menikam lembut luaran tiada bertulang
namun kuasa tiada terbatas
bisa memangkas musuh mendatang
tiada akan terhenti selagi belum merasa puas
selagi semua belum terlontar
lidah senjata paling ampuh buat tuan berkot hitam
melontar segala hujah memangkas segala belaan
hebat sekali anak didik membatu
dengar ajaran sang guru telinga harus tebal berinci
untuk menahan bedilan bertalu-talu
daripada si kuasa lidah bagaikan peluru… 


Oleh: Sulaiman Embong
sajak nasihat/20 November 2011 1:41 PTG





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Sulaiman Embong degan sajak tema nasihatnya yang terdapat saikit sinis tajam yang bertajuk: sama dengan perumpamaan LIDAH TAK BERTULANG. Sepatunganya lidah memang tidak bertulang. Pengucapannya ternyata ada emonsioal sehingga terlepas pandang pada sebuah puisi msti ada daya kreatif dan puitisnya. Kiasan pada mesejnya sudah menarik , namun akhir penutupnya agak janggal sadikit. Sepatutnya si kuasa lidah yang tidak bertulang.Apa pun semoga berjaya juga pergi Ke Dubai . Harap maaf namun, penyertaan sajak anda terhenti disini (TK)

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________
Siri 9.

HADI tidak dapat memejamkan kedua matanya. Fikirannya menjadi kusut, bagai tali bersempul mati. Di pipinya mengalir air mata kesayuan, panas terasa. Begitulah kesedehan dan kepedehan penderitaan hadi yang sakit terlantar di rantau orang.

Hadi mengurut-ngurut dadanya. Masih terasa panas, rengkongnya juga kering dan pahit bila ditelah air, Dia cuba memejamkan kedua matanya untuk tidur, tetapi ternyata matanya engan untuk lena. Terasa benar waktu-waktu sakit begini, matanya memang sukar dipujuk untuk membawa dirinya untuk tidur walapun sebentar.

“Aku rasa aku tidak boleh tinggal di sini lagi,” Bisik hati kecil hadi. Malah lewat kebelakangan ini, wajah ibunya sering kali muncul dalam mimpi-mimpi singkatnya. Dan kalangkala hingga terbawa dalam igauannya. Sesekali dia terbayang wajah ibu tuanya di ruang mata.

“Makkk!!” Keluh hadi di dalam hati. Terasa dalam hatinya kerinduan mulai mengoda
pada kampong halaman. Sawah bendang yang ditinggalkan, rumah kampong tempat dia dilahirkan, ibu tua yang selalu uzur dan sering mengharap bantuannya.


“Makkk!” Keluh hati kecil hadi lagi. Dia mulai sedar akan segala perbuatannya selama ini. Dia terasa dosa-dosanya bagai berkumpul di hadapannya. Terlalu sukar untuk dihitung.


Sesekali dia terasa bagai ternampak dua malaikat yang diutuskan untuk mengawal akan dirinya sedang mencatat dan menghitung kembali akan dosa-dosanya yang telah dilakukan selama ini. Lebih-lebih lagi dengan dosanya yang amat dikesali terhadap ibu tuanya yang penuh harap menunggu wang hantarannya yang dijanjikan.


“Betapa berdosanya aku selama ini. Barangkali inilahagaknya balasan yang aku terima?” Bisik hati kecil Hadi lagi. Penyeksaan kesakitan ini cukup amat ketara sekali baginya. Cukup terasa bagai satu hukuman yang setempal dengan sikap zalim dan kejamnya terhadap orang tuanya selama ini.


Hadi masih ingat kata-kata Tuk Khatib sewaktu membaca khutebah jumaat di masjid kampungnya dahulu: Bahawa dosa durhaka seorang anak terhadap ibu dan bapanya. Allah tidak akan menangguh pembalasannya di akhirat nanti, tetapi Allah swt akan memberi pembalasannya di dunia ini lagi.



BERSAMBUNG ESOK. Siri 10.

Tan Sri Yunus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tan Sri Yunus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Anjang Aki berkata...

JARUM WAKTU

sudah padam sejak seribu tahun lalu
lantas berkelana ke akhir musim kakinya terjerat rahsia alam raya
pohon berubah jadi kayu
lapuk dimakan kenangan
hening dua terus hilang
semua dikorbankan setelah
engkau memanggilnya untuk pergi
tapi jangan kau tolak jiwa
kubersimpuh demi pengampunan
menunggu misteri dari peristiwa cahaya hati waspada ketika jarum-jarum waktu berdetik laju

Anjang Aki
sajak peringatan

Abul Hassan berkata...

SEUMUR HIDUP

apakah seumur hidup aku
mesti begini di sini
betapa anehnya tempat ini
tempat pelik yang pernah ku pergi
lidah dan ludahku berkumpul sendiri
isi kepalanya berceramuk
barangkali pada tombol jiwaku
mengurai dalam serpihan
dugaan yang meninggalkan rasa
sakit di dada, di kepala
mengering di permukaan bibir.
memikirkan yang mana kebenaran

Abul Hassan
sajak apabila tersedar dari lamunan bila terbaca tulisan en nuri mungkin minggu dpn sy pulang ke teluk kumbar insyaallah

JUpri Helmi berkata...

JIKA KITA BERCINTA

Jika saja kita bercinta
Tak perlu racuni paru-patu
Rayu malam punya kelam cahaya
Hembuskan asap ke sendu
Tak lagi perlu cahaya di kota kita
cemburu terbakar Panas
Aku tak harus terjaga hanya untukmu

JUpri Helmi
sajak jiwa2

Ustaz Majusi berkata...

ISNIN JALAN SESAK

isnin jalan sesak kes liwat
itulah yang bakal terjadi
isnin sembilan januari
ramai manusia mahu berkumpul
ada datang dari negeri jauh
ada yang datang dari dekat
ada ramai pencari berita sensasi
ada blogger penuh misteri
semua tak mahu lepas peluang
kes lama sudah di penghujung
kes liwat datuk seri anwar ibrahim
pasti ramai mahu tahu
bersalah atau tidak datuk seri
berapa tahun kena penjara
apakah sampai ke tua di penjara
atau bebas begitu sahaja
jadi buat kita semua
jalani hidup seperti biasa

Ustaz Majusi
sajak isu semasa

Syeikh Al Habib berkata...

BAWAH

menemukan jalan dicari disekeliling
memberinya rasa bangga
karena tiap mereka menyimpan ghaib
semesta dan masa depan.
pasir yang keluar dari mulut
menggelikan meski ia
tak mengerti bahasa mereka
jika ini mimpi indah
jangan pernah izinkan pagi datang
biarkan ia terbuai di bawah
tanpa ada yang ditemukan ia

Syeikh Al Habib
sajak sinis

Tan Sri Yunus berkata...

INDAHNYA

Begitu indahnya kehangatan
keakraban alam pohon dan rumput
Sentuhan hangat sang mentari
setia menemani
Tuhan betapa Indahnya semua ini
Izinkan aku selalu disini
dibawah langit MU yang biru
Untuk mensyukuri setiap detik nikmat kurnia telah Kau berikan

Tan Sri Yunus
sajak bersyukur dpt tinggal di malaysia yang aman

Tuan Haji berkata...

BERHEMBUS

aku berhembus dari kawah
meruap di antara tanaman
terkejut dari hamparan petak tanah berkerumun sementara gigil dedaun
bergunjing bersama langit senja
bersepuh tembaga jelaga sibuk
berkaca pada dermaga besar warna
jauh tersesat dalam percakapan
terpeleset di antara berhenti
karena kabut dingin membuat tanda terlihat jelas namun
takkan pernah bisa pulang

Tuan Haji
sajak simbolik

Lukiee berkata...

ELEMEN

Hadirmu bagai angin datang
segarkan hariku walau sekejab saja
Hadirmu bagai air datang sekejab
Lalu kau mengalir kembali
kau juga bagai tanah menyuburkan ladang keceriaan di hatiku Kemudian banjir membawanya pergi
kau juga bagaikan api
mencairkan hatiku telah membeku
aKu adalah bumi kerana aku memerlukan semua elemenmu
untuk mengisi duniaku…

Lukiee
sajak simbolik

Salikin Samusidin berkata...

cerita anak derhaka ke

Ambuyak berkata...

bapak dia mana mak dia je dlm cerpen ni

Bulan terang berkata...

bahaya kalau derhaka

Warga Emas berkata...

pengajaran cerpen ni

Tuan Haji berkata...

hrp2 ada yg sedar baca cerpen ni

Saizul maizav berkata...

moga2 si abul sedar bila bca cerpen ni

Qalam Musoffa berkata...

sedih cerpen ni

Anjang Aki berkata...

akhir sekali dia mati ke mak dia yg mati

Ustaz Muda berkata...

cerpen ni sama dgn cerpen jiman ke

Anis Syahila berkata...

sambung lagi menyayatkan hati

Qalam Mutiara berkata...

1 Anjang Aki berkata...

JARUM WAKTU (TBD)

sudah padam sejak seribu tahun lalu
lantas berkelana ke akhir musim
kakinya terjerat rahsia alam raya
pohon berubah jadi kayu
lapuk dimakan kenangan
hening dua terus hilang
semua dikorbankan setelah
engkau memanggilnya untuk pergi
tapi jangan kau tolak jiwa
kubersimpuh demi pengampunan
menunggu misteri dari peristiwa
cahaya hati waspada ketika
jarum waktu berdetik laju

Oleh Anjang Aki
sajak peringatan 8 Januari 2012 1:31 PTG



SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Anjang Aki muncul kembali walaupun pernah melangkah ke gerbang akhir sayembara puisi Cr. . Namun kali ini dengan sajak JARUM WAKTU . tema peringatan . Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan, sukar menangkap maksudnya Mesejnya juga gagal dikesan. Andaiansaja, mungkin putaran masa dalam hidup ini. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2 Abul Hassan berkata...

SEUMUR HIDUP (LSS)

apakah seumur hidup aku
mesti begini di sini
betapa anehnya tempat ini
tempat pelik yang pernah ku pergi
lidah dan ludahku berkumpul sendiri
isi kepalanya berceramuk
barangkali pada tombol jiwaku
mengurai dalam serpihan
dugaan yang meninggalkan rasa
sakit di dada, di kepala
mengering di permukaan bibir.
memikirkan yang mana kebenaran

Oleh Abul Hassan
sajak apabila tersedar dari lamunan bila terbaca tulisan cerpen en nuri mungkin minggu dpn sy pulang ke teluk kumbar insyaallah 8 Januari 2012 1:37 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Sdra.Abu Hassan kini muncul kembali walaupun belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak bertajuk: SEUMUR HIDUP . tema keinsafan diri nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Mesejnya ada rasa kesedaran dalam hidup ini kita saling perlu dan memerlui diantara satu sama lain, bukan keegoan.. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

3 Jupri Helmi berkata...

JIKA KITA BERCINTA (TBD)

Jika saja kita bercinta
Tak perlu racuni paru-patu
Rayu malam punya kelam cahaya
Hembuskan asap ke sendu
Tak lagi perlu cahaya di kota kita
cemburu terbakar Panas
Aku tak harus terjaga hanya untukmu

Oleh Jupri Helmi
sajak jiwa2

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Sdra. Jupri Helmi muncul kembali walaupun belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak JIKA KITA BERCINTA. tema masih jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima tapi perlu diperbaiki lagi. Mesejnya cerita penyakit orang muda punya biasa Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

4 Ustaz Majusi berkata...

ISNIN JALAN SESAK 109 (TBD)-P

isnin jalan sesak kes liwat
itulah yang bakal terjadi
isnin sembilan januari
ramai manusia mahu berkumpul
ada datang dari negeri jauh
ada yang datang dari dekat
ada ramai pencari berita sensasi
ada blogger penuh misteri
semua tak mahu lepas peluang
kes lama sudah di penghujung
kes liwat datuk seri anwar ibrahim
pasti ramai mahumengetahui
bersalah atau tidak datuk seri
berapa tahun kena penjara
apakah sampai ke tua di penjara
atau bebas begitu sahaja
jadi buat kita semua
jalani hidup seperti biasa

Oleh Ustaz Majusi
sajak isu semasa 8 Januari 2012 1:44 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Ustaz Majusi walaupun belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajakISNIN JALAN SESAK . tema isu sesama. Pengucapannya bagaikan laporan Mesejnya berkaitan dengan persoalan orang tertentu yang begitu panjang kes pembicaraannya.. Maaf cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

5 Syeikh Al Habib berkata...

BAWAH (TBD)

menemukan jalan dicari disekeliling
memberinya rasa bangga
karena tiap mereka menyimpan ghaib
semesta dan masa depan.
pasir yang keluar dari mulut
menggelikan meski ia
tak mengerti bahasa mereka
jika ini mimpi indah
jangan pernah izinkan pagi datang
biarkan ia terbuai di bawah
tanpa ada yang ditemukan ia

Oleh Syeikh Al Habib
sajak sinis 8 Januari 2012 1:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Sdra.Syeikh Al Habib muncul kembali walaupun pernah melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak BAWAH. tema sinis . Pengucapannya agak kabur dan sukar menangkap maksudnya Mesejnya juga gagal dikesan. Apatah lagi andaian. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6 Tan Sri Yunus berkata...

INDAHNYA (LSS)

Begitu indahnya kehangatan
keakraban alam pohon dan rumput
Sentuhan hangat sang mentari
setia menemani
Tuhan betapa Indahnya semua ini
Izinkan aku selalu disini
dibawah langit MU yang biru
Untuk mensyukuri setiap detik
nikmat kurnia telah Kau berikan

Oleh Tan Sri Yunus
sajak bersyukur dpt tinggal di malaysia yang aman8 Januari 2012 1:47 PTG


SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Tan Sri Yusus muncul kembali walaupun pernah melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak bertajuk: INDAHNYA. tema bersyukur nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Mesejnya jelas dalam hidup ini kita perlu bersykur dengan apa yang tuhan berikan. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

7.Tuan Haji berkata...

BERHEMBUS (LSS)

aku berhembus dari kawah
meruap di antara tanaman
terkejut dari hamparan petak tanah
berkerumun sementara gigil dedaun
bergunjing bersama langit senja
bersepuh tembaga jelaga sibuk
berkaca pada dermaga besar warna
jauh tersesat dalam percakapan
terpeleset di antara berhenti
karena kabut dingin membuat
tanda terlihat jelas namun
takkan pernah bisa pulang

Oleh Tuan Haji
sajak simbolik 8 Januari 2012 1:48 PTG


SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Tuan Haji muncul kembali walaupun pernah melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak BERHEMBUS . tema simbolik . Pengucapannya agak kabur dan sukar menangkap maksudnya Mesejnya juga gagal dikesan. Sekadar andaian bila terikat dengan tanggungjawab sepatutnya jangan berhenti selagi diri dihargai. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

8 Lukiee berkata...

ELEMEN (LSS)

Hadirmu bagai angin datang
segarkan hariku walau sekejab saja
Hadirmu bagai air datang sekejab
Lalu kau mengalir kembali
kau juga bagai tanah
menyuburkan ladang keceriaan di hatiku
Kemudian banjir membawanya pergi
kau juga bagaikan api
mencairkan hatiku telah membeku
aKu adalah bumi kerana aku
memerlukan semua elemenmu
untuk mengisi duniaku…

Oleh Lukiee
sajak simbolik
SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS

Buat Sdra. Lukiee muncul kembali walaupun belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak ELEMEN. tema simbolik nampaknya. Pengucapannya bersahaja boleh diterima Mesejnya dalam hidup ini kita saling perlu dan memerlui diantara satu sama lain.. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)