Isnin, 2 Januari 2012

22. MENYENTUH





 
sayembara ke final 32 

Seandainya aku harus menyakinkan
kau berada disampingku selalu
mengapa ketika aku merasakan kehadiranmu
aku sering  mendengar dendangan senandungmu
kau nyanyikan lagu dengan lantunan suaramu
aku melihat pepohon pun begoyang
air laut pun bagaikan menari bersama
sambil memecahkan ombak keperakan
berkilau diterpa sinar matahari
aku tersadar lagu itu punya erti
kau persembahkan penuh pasrah
pujian biasa untuk menyentuhmu
dengan selembut hatiku yang syahdu. 


Oleh: En Sanusi
sajak lama-lama dulu xda idea nak buat sajak sbb kelam kabut
/23 November 2011 5:59 PTG


30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011
En Sanusi dengan ketandusan idea cuba mengetenaghkan sajak lama nampaknya dengan tajuknya bertajuk : MENYENTUH. Penguapanya juga agak samar dan mengelirukan. Apa yang ingin disentuh. ? Besar kemungkinan cerita jiwa2 juga Bila seorang yang sering bersua dan cuma menyanyikan lagu pemujaan pasti ada mahunya. Sama seperti ombak yang menari di laut bergelora. Apa pun kita perlu sedar kemesraan yang bagaimana untuk di mulakan menyenthnya Sebaiknya dengan selembut hati sepenuhnya.Sajak ini hamper diberi kemenangan, tetapi ternyata sajak Kareem karamjit lebih memberi makna dan artinya. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mtiara.

Geletek Petang berkata...

Anwar dibidas khianati negara

PONTIAN 25 Nov. - Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.

"Jarang kita dengar ada pemimpin pembangkang di negara lain yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri walaupun mereka pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Usahawan Cemerlang (ANC) Parlimen Pontian 2011 di Kompleks Usahawan Pontian, Kampung Kayu Ara Pasong, hari ini.

Ahmad mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.
Anwar turut mendakwa hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, rakyat Indonesia sendiri tidak perlu mudah terpedaya dengan tipu daya Anwar yang menceritakan keburukan Malaysia di negara itu.
"Anwar adalah 'bapa pembohongan' di negaranya sendiri. Beliau pernah menipu rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan pada tarikh 16 September, jadi tidak mustahil dia menipu rakyat Indonesia untuk kepentingannya," katanya.

Mohd. Zahid berkata, tingkah laku Anwar yang mencari publisiti murahan dengan memburukkan Malaysia di luar negara itu menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang itu sudah benar-benar terdesak untuk menyelamatkan diri kerana beliau sudah menyedari bahawa perbicaraan kes liwat keduanya sudah sampai di penghujung jalan.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, Anwar disifatkan seperti gunting dalam lipatan dan duri dalam daging apabila bertindak memburuk-burukkan Malaysia ketika berada di Indonesia.
Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mahupun rakyat Malaysia apabila bertindak sedemikian.
"Rakyat Malaysia sendiri perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Anwar itu. Kita rasa terhina apabila dia berbuat demikian," katanya.

SEDUTAN AKHBAR.

Nurimanja berkata...

CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________

Siri ke 2.

Dalam kepayahan menaham sakit dan bisa-bisa terasa pada urat dan sedinya. Hadi cuba bangun dan duduk tergangkung menongkat lutut di atas pangking tempat tidurnya. Bau peluh kering menyerbu masuk ke dalam lubang hidungnya. Hati terasa
badannya begitu lemah.

Malah selera makanannya huga sudah lebih dua hari terhenti. Seri cahaya di mukanya juga sudah hilang tidak nampak di mukanya lagi. Hadi melihat kedua tapak tangannya, kalau ditoreh bagai tidak berdarah pucat kelihatan. Hadi amat khuatir kalau kematian datang mengundang.

Hadi menyerlangkan kedua tangannya lalu mengalangkan di antara kedua kepala lututnya, kemudian dia menyelangkumkan dahi kepalanya ke atas lengannya. Kedua matanya begitu berat untuk di buka, melainkan terpejam. Dadanya terasa bigitu panas,
Tetapi seluruh tubuhnya terasa bagai dicengkam kesejukan yang amat sangat.

Sesekali batuknya datang menyerang tetapi bagai tersekat di kerongkong, semua ubat yang diberi oleh doctor semuanya telah habis ditelan, tetapi penyakitnya bukan bertambah kurang atau beransur sembuh tetapi lebih memerekannya lagi.

Hari ini hadi tidak dapat bekerja lagi, biarlah mandor Ah kau memerahinya atau memaki hamun dirinya lagi, biarlah, dia memang tidak terdaya lagi. Tenaganya semacam kehabisan, lemah, selemah-lemahnya dan tidak bermaya lagi.

“Haya! Hadi, keleja mutut-mutut la, wa tenguk lu manyak main-main, nanti tauke datang tengok ini macam kerja ha , wa susah lo, kerja lambat siap tauke lugi musat maa…Wa kena malah” Kata mandor Ah kau yang berbadan besar pendek macam badan sumbu itu.

Waktu itu Hadi cuma berhenti sekejap untuk membuang air kecil di tepi bangunan batu tujug belas tingkat yang belum siap itu. Sekali dia tidak menyangka rupanya mandor Ah Kau ada di tepi bagunan itu.

“Wa kencing la mandor ! “ jawab hadi.
“Kencing boleh, tapi jangan lama-lama, selupa babi kencing maa,” Kata mandor Ah Kau lagi, sambil berlalu dari situ.

Hadi Nampak muka mandor Ah kau yang sememanganya sukar untuk senyum pada sesiapa saja, apatah lagi pada kuli-kuli bawah jagaannya. Sehingga ada di antara pekerja di bawa jagaannya mengelarkannya mandor muka penyu, kerana terlalu tegas
Dan tidak boleh bertolak ansur dalam bekerja.


BERSAMBUNG. ESOK

SIRI 3.

WasrilAswad berkata...

hadi ni sakit apa

Abang berkata...

mcm pnh baca cerita ni

Nabil Quldi berkata...

eh! ni cerita yang jiman mati kena langgar tu ke tp kenapa nama hadi plak

Bulan Terang berkata...

aik! cerpen kali ni mcm xpnh baca lagi

Ustaz Sahzan berkata...

eh! mcm pnh baca klu x salah yg dia kencing kt kubah masjid tu kan

Bob Kuli berkata...

aik! kencing serupa babi? teruk btol apek tu hina dia

Gust berkata...

muka penyu la plak? hahhaa

Dam Catur berkata...

eh! cerita ni cerita sedih jgk ke

Raja Muda berkata...

cerita kali ni ingat2 lupa la

Seri Suri berkata...

kisah benar ke ni

Mozaire berkata...

eh! mcm pnh baca je

Pak Awang berkata...

misteri cerita ni sbb xphm lagi

Orang Lama berkata...

apa jai kat hadi ni

Lagenda Pulau berkata...

hadi ni mcm cerita jiman je

Geletek Malam berkata...

kisah benar ke rekaan

Ummu AKilah berkata...

menarik cepen ni

Tengku Anita berkata...

boleh tahan jgk cerpen kali ni sbb xpnh baca lagi

Atan Yahoo berkata...

mcm pnh baca je cerpen ni

Pak Ngah But berkata...

eh! cerpen hantu ke kisah masyarat

Mat Noh berkata...

KITA HAMBA

kita belajar menjadi dewasa
atas diri kita sendiri
syukuri tentang banyak hal
keinginan TUHAN selalu ingin
makhluknya tidak menangis
tentang sebuah kematian
kerana kita belajar
menghadapi mati itu sendiri
Tidak tertawa dalam kesenangan
kita belajar untuk setiap tangisan
kita bukan makhluk yang abadi.
kita hanyalah HAMBA
siapa dan tidak punya apa apa

Mat Noh
sajak nasihat

Dam Catur berkata...

METEOR

Jika disana banyak bebatuan
dirimu adalah emas
jika disana banyak emas
dirimu bagai erlian
Jika disana banyak bintang
dirimu adalah meteor
Jika disana ada taufan
dirimu adalah angin
Jika disana banyak pokok
dan bagiku dirimu
adalah bidadari kehidupanku

Dam Catur
sajak puja

Pak Kassim berkata...

KAU IBARAT BAYANGAN PUTIH

kau ibarat bayangan putih
yang bersembunyi di balik batu
sedang memerhati sesuatu
tanpa kau sedari ramai dah tahu
mata semua sudah menangkapmu
usah kau rayu simpati
kerana kami sudah tahu
kau mula bermain kata
ketika kau mula tertangkap
mula gagah mengibarkan kepak
tapi kakimu tetap menjejak tanah
terbongkarlah segala penipuan.

Pak Kassim
sajak sinis tajam

kembara budiman berkata...

SEJUTA MIMPI

harapan itu selalu ingin kulihat
unik cahaya auramu aku bersyukur
Mungkin aku hanyalah seorang
tak mampu memberi sesuatu berarti
Aku hanyalah mahluk lemah
penuh dengan segala keterbatasan
Terlalu banyak kelemahan diungkap
Aku hanyalah sepenggal cerita
dari untaian sejarah panjang
Aku memiliki sejuta mimpi
Tapi aku tak bisa wujudkan mimpi kecuali sepenggal kenangan
bisa di simpan dihatiku…


Kembara Budiman
sajak simbolik

Raju Lianggam berkata...

KENANGAN MASIH KU MILIKI

kenangan yang masih kumiliki
selalu tersimpan rapi di dalam hati
Tak banyak cerita tak tercerita
Mungkin kau tidak mengerti….
Tidak perlu bertanya maksudnya
karena hanya dipahami dengan hati
Jangan pernah ada kepedihan
di balik senyum indah
Jangan pernah ada duka
di saat kau gengam erat tangan
Tidak pernah rasa yang terkubur…
Karena rasa itu tetap ada

Raju Linggam
sajak sedih

Syed Faizal berkata...

SAMPAN HATIKU

ada bunga tumbuh di ladang hati
seberkas cahaya bahagia menghampir
Aku bersyukur karena
perahu perjalananmu akan
menemukan sampan hidupku
Kau tak perlu berlari lagi…
Karena jauh disana ada
sampan hatiku menantimu
Kau tak perlu merasa lelah…
Karena di tengah banyak sinarku beri kekuatan buat kau bisa berdiri
Mengenang rindu yang menggebu
Memanjatkan seribu harapan
aku berterima kasih atas semuanya

Syed Faizal
sajak buat kekeasih

Jalil Janggut berkata...

SERULING

sayup kedengaran bunyi seruling
dikedalaman malam bagai
menidurkan buluh kesedihan
terjaga di belantara kesadaran
mengatakan kepada pikiran tegang
bahwa segalanya akan baik saja
mencelupkan kaki ke air segar
telaga berwarna hijau tua
melayang sendiri buka pintu mimpi

Jalil Janggut
sajak fantasi

Brader Joe berkata...

SEKOLAH 2012 BERMULA

pelbagai reaksi seluruh negara
pelbagai ragam cerita
wajah ceria pelajar tahun satu
mula berlegar di kepala
segala keletah mereka jadi tumpuan
ada berkejaran bersama teman
ada meraung mencari emak
ada yang diam seribu bahasa
ada terkencing terberak
cikgu pening telatah saban tahun
apa yang pasti semua bersemangat mahu tuntut segala ilmu
jadi terpelajar banggakan ibu ayah
capai cita jadi manusia berguna
pada agama bangsa dan negara

Brader Joe
sajak ketika menghantar anak sulung saya ke darjah 1