Isnin, 2 Januari 2012

21.PEMIMPIN





puisi ke final.

pemimpin oh pemimpin
anda itu pemimpin
sematlah dalam benak anda pemimpin
fikirlah bertindaklah cara pemimpin
buatlah keputusan cara pemimpin
mana bisa kamu emosional atau lemah
kamu harus kuat hadapi kemelut
tentang badai terjah ke laut
ingatlah watakmu itu kamu itu pemimpin
bukan si pak turut,pak sanggup
bahkah bukan juga pak angguk atau pak kaut jadi
tolonglah sedar jangan jadi
pemimpin tak sedar diri!


Oleh: Ustaz Muda
sajak peril? sinis 24 November 2011 3:02 PTG





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

2 Ulasan
Tutup tetingkap ini Melompat ke borang ulasan

Tanpa Nama Nurimanja berkata...

CERPEN KEMBALINYA AWORANG MUALAF
Siri 8 (akhir)

KURANG lima belas minit masuk waktu maghrib , kini sampai ke senja matahari masih juga tidak menampak dirinya. Kerana hujan renyai-renyai masih menguasaai suasana di tanah perkuburan itu, malah nyamok dan agas sudah mulai mencari mangsa.

Semua orang kampong telah mulai menuju ke masjid dan beberapa orang pemuda India di estate itu, bersama Nyonya Chu Thou dan anak lelakinya pun berangkat pulang. Umai dan Harban Sing , Fatimah dan dua anaknya telah pulang ke rumah peninggalan aruah Mahmood.

Setibanya di persimpanngan jalan Wak Jawa dan isterinya telah menjemput Fatimah dan anak-anaknya tinggal bersama mereka. Sebelum mereka pergi Umai sempat menghulurkan wang sebanyak lima puluh ringgit, besama wang derma orang ramai dari estate. Seratus lima puluh ringgit kepada Fatimah bekas kakak iparnya

Umai juga berjanji akan membantu mereka sekeluarga dengan memberi belanja setiap bulan bila dia mendapat gaji nanti. Umai berasa sayu dan sedih melihat kedua anak saudaranya itu, namun kehendak tuhan tidak siapa pun yang tahu atau boleh menghalanginya

Hampir jam sepuluh setengah malam barulah Umai dan Harban Sing pulangke rumah bujang mereka di estate. Walaupun dalam keadaan hujan masih renyai-renyai yang masih lagi belum berhenti.

Setibanya di rumah , Umai tidak dapat tidur sehinggalah ayam jantan berkokok dua kali,baru saja dia terlelap, dia terkejut semula, bila suara murai berbunyi dan kokokkan ayam bertalu- talu menganggu cuping telinganya.


Di luar rumah hujan mulai beransur-ansur reda. Sang matahari mulai menampakkan dirinya, dengan hati yang sedih bercampur duka. Umai bangun perlahan-lahan ,membuka jendela rumah tumpangannya lalu bermenung panjang di situ.

Dalam hatinya berkata:

“Papaku sudah tiada lagi. Abangku sudah kembali. Mereka semua telah kembali dalam keadaan mualaf, Aku juga seorang malaf, Apakah aku juga akan kembali seperti abang aku. Kembalinya seorang Mualaf,”


S E L E S A I.

29 Disember 2011 12:54 PTG
Padam
Tanpa Nama Nurimanja berkata...

Cerpen ini memang benar berlaku di sebuah Estate berhampiran dengan dua buah kampung melalayu Tanjung Nipis dan Nibung Hangus atau kampung hulu dan hilir.

Cuma ada sadikit ditokok tambah untuk menghidupkan cerita. Cerita
ini terlalu lama mat noh pun sekadar dengan dari bapaknya sendiri. Malah usof nayan belum lagi melihat bulan dan mentari.

Apa pun paparan cerita atau cerpen ini sebenarnya telah mendahului
perpaduan 1 Malaya, semasa itu, bukan Malaysia.

Harap Maaf apa yang baik jadikan tauladan dan setiap yang buruk jadikan sempadan. Amin!

Sebenar saya telah lama gantung Pena: Kerana bila tersiar karya saya jarang dapat honorium atau royalti. Cuma dalam blog suka sendiri.

Nurimanja.

.

29 Disember 2011 1:06 PTG

Tinta Azimad. berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011
Ustaz Muda sering dalam delima mengolah sajaknya. Kali ini diketengahkan pula sajaknya bertajuk; PEMIMPIN . Pengucapannya agak terang dan tegas ternyata sebagai lagu pergi berperang menentang musuh. Sebuah puisi punya kelembutan makna pengucapannya , namun disebalik itu ada tersirat dan tersurat erti yang tajam dan sinis demi menyedarkan untuk kewarasan berfikir. Nampak sajak sinis ini cukup menghentamkan! Pastinya tersentak para pemimpin? Apa pun sajak ini tertewas kepada sajak Sdra Ravi Ramachandran dengan ungapan sinis simboliknya yang besahaja. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara.

Nurimanja berkata...

1.CERPEN YANG DITULIS OLEH NURIMANJA: TAHUN 1973 INGGA - 2011.
_____________________________________________________________________


CERPEN BERSIRI KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1432. KISAH LAGENDA.
BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA. 20/6/1981


Sebuah kisah dipendalaman yang terpencil di sewak.
___________________________________



HADI terasa tekaknya pahit macam jadam. Mukanya panas berpinau-pinau, kelihatan
dunia ini bagai kekaburan. Suhu badanya naik entak berapa F mungkin lebih daripada
badan suhu manusia normal. Dia mengeliat beberapa kali. Badannya terasa lemah.

Cuaca di luar cukup membosankan. Angin pagi yang bertiup lembut , sesekali menyelinap masuk di celah-celah dinding lalu menjamah dadanya yang terdedah itu. Sesekali Hati gelisah dua tiga malma ini dia sering kali terjaga malam. Kerana diganggu mimpi yang sedeh sekali.

Aruah ayahnya bagai mengarahkan Sesutu kepadanya, walaupun tidak bercakap, tetapi Hadi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia telah lakukan . Begitu juga dengan wajah tua ibunya, bagai terbongkok-bongkok mengangkat air dan kayu api di tepi sungai.

Dalam bilik sewa rumah kongsinya itu memang tidak pernah tersusun. Sejak hadi masuk rumah sakit sehari dua dulu hingga kini semuanya berselerak, semak samun dan cukup membosankan. Tetapi inilah bilik rumah kongsi sewanya bersama Madian.

Hadi terpaksa tinggal di sini, sehingga kesihatannya kembali pulih, mungkin sehari dua lagi, Dia sudah bertekad datang ke Bandar ini untuk mencari rezeki yang lebih. Untuk ibu tuanya yang berada terpencil di hujung kampong.

Walaupun rumah sewa sekangkaang kera dan terletak di tanah haram di pinggir bandar kuching ini kepunyaan mandornya sendiri, tetapi sewanya tetap kena bayar, cuma RM50 sebulan termasuklah api dan air. Tetapi keadaannya cukup membosankan kerana di kelilingi sampah sarap.

Disebabkan pulang kerja dari pagi hingga petang dalam keadaan leteh, mereka tidak menghiraukan bau busuk keadaan sekeliling, lalu tidur dengan lenanya, dan pagi esoknya sambung bekerja lagi.


SAMBUNGAN ESOK
SIRI 2.

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1
1 Saizul Maizav
2 Geletek Malam
3 Asyar Mujid
4 Bos Kacak
5 Guest
6 Saudagar EMas
7 Salikin Samsudin
8 Roy Rashid

KUM 2
1 Pak Kassim
2 Jalil Janggut
3 Raju Linggam
4 Kembara Budiman
5 Dam Catur
6 Mat Noh
7 Syed Faizal
8 Brader Joe

KUM 3
1 Ustaz Rahman
2 Harimau Berantai
3 ustaz zamree
4 panglima Sakti
5 Yusri Nawab
6 Usop Nayan
7 Haji Hamdan
8 Prof Lanang

KUM 4
1 Raja Muda
2 Karim Ghani
3 Nahul HIdzar
4 Petualang Tiga
5 Bob Kuli
6 Abang
7 Haji Abkam
8 Ustaz Mahfuz

KUM 5
1 Ravi Ramachandran
2 Hadi Hamzah
3 Nuri Jaguh
4 Gelora Maya
5 Tetamu Malam
6 Badrolshah
7 EN Sanusi
8 Prof Naquib

KUM6
1 Mr Tan
2 Mozaire
3 Pak Awang
4 Ustaz Nasarudin
5 Pak Ngah But
6 Madah Pujangga
7 Zainal Arifin
8 Datuk Borhan

KUM 7
1 Vijay Kumar
2 Salam
3 Apek Liew
4 Ustaz Sahzan
5 Ziarah Makrifat
6 Lagenda Pulau
7 Jalal Rafzee
8 Nabil Quldi

KUM 8
1 Syeikh AL Habib
2 ABul Hassan
3 Tan Sri Yunus
4 Ustaz Majusi
5 Tuan Haji
6 Lukiee
7 Jupri Helmi
8 Anjang Aki

KUM 9
1 sohibul wakdiamin
2 ustaz muda
3 pak hussin
4 ustaz saad
5 Ambuyak
6 Muhamad Akmal
7 Qalam Musoffa
8 Panglima Ketot

KUM 10
1 ismail harakam
2 husni kola
3 penghuni maya
4 denilson fata fat
5 datuk hasbi
6 Zain Issac
7 Richard Sirosa
8 Satria Juragan

KUM 11
1 Eddy Gapil
2 Latif Bomba
3 Pendekar Waja
4 Inspektor Halim
5 Bulan Terang
6 Paloi Atang
7 Jeffry
8 Naga Samudera

KUM 12
1 Sulaiman EMbong
2 Guru Yahya
3 Roslan Bidin
4 Pagok Lana
5 Lelangit Biru
6 Suara Rakyat
7 Jengking Perak
8 Penyair Agung

KUM 13
1 Sufian Al Zahri
2 Putera Damien
3 Muhamad Badawee
4 Kevin Khairudin
5 Ezad Emir
6 Doktor Hasmawi
7 Nakhoda Belantara
8 Orang Lama

KUM 14
1 Ungku Zubir
2 Penghibur Di raja
3 Muhamad Rabbi
4 Man Pendek
5 Supain Sipaun
6 Datuk Murad
7 Mat Toopa
8 Mr Casanova

KUM 15
1 seri suri
2 Nur Atikah
3 Julia
4 Dayang
5 Maisarah An Nisa
6 Mia Safiyah
7 Salina
8 Ummu Akilah

KUM 16
1 Sarah
2 Anis Syahila
3 Yusmanira
4 Mak Mah
5 Datin Maimun
6 Mona
7 Sharifah AL Habsi
8 Nurse Lisa

senarai peserta utk bulan januari nnt

Guest berkata...

OSBON

tiada perlu dinafikan lagi
mereka terbaik dikalangan terbaik
ternyata mereka bukan sembarangan
bukan sekadar pelengkap ruangan
mereka masih mampu menyengat
walaupun sudah dimamah usia
namun lawak mereka punya kelas
ternobat sebagai juara mutlak
maharaja lawak mega astro
tiada siapa lagi mampu bangkang
semua juri bersatu mata hati
osbon yang mereka cari selama ini
mereka ternyata bisa bertahan
sudah kalis dengan kata cacian
sudah biasa dengan kata pujian
itulah lagak sang otai lawak

Guest
sajak isu semasa

Bos Kacak berkata...

EVOLUSI

Biarkan saja rakyat jelata,
berkicau seperti burung pipit
kita ini kan tuli dan buta
karena semua media mengutuk kita
Lupakan perjuangan kita
biarkan mereka tinggal sejarah
mereka bukan di dada!
tapi di kepala kita!
mereka sedang berevolusi
dari manusia jadi orang utan!

Bos Kacak
sajak sinis tajam

Saizul Maizav berkata...

GELOMBANG NAIK TURUN

Hidup sebuah gelombang naik turun
kita diciptakan agar Bijaksana
Melihat sesuatu dari empat sudut
Melakukan sesuatu dengan pertimbangan sebab akibat
kita diciptakan Sujud padaNYA
Mensyukuri nafas terhembus terhisap pada hidung dan paru paru
menjadi bingkai hidup kita
setiap waktu yang kita lewati, detik,menit dan jam
dimana kita berpijak berfikir
bahwa alam adalah media
hidup itu berusaha menjaganya

Saizul Maizav
sajak kehidupan

Asyar Mujid berkata...

BATAS

langit tenggelam lalu datang
dari balik bayangan bintang
sebuah suatu ketenangan
kumpulan dari impian dulu
hanya mampu kuangankan
keanggunan dari masa lalu
hidup tanpa mengenal batas waktu
suatu kehidupan tak mengenal logika
sisi senyuman balutan kesunyian
keinginan tanpa haus akan kepuasan
suatu keindahan tanpa batas

Asyar Mujid
sajak misteri

Roy Rahsid berkata...

MEREKA BILANG

mereka bilang ini hanya sesaat
aku terus menapak waktu
mereka bilang ini ujian,
aku terus mengasah kekuatanku
andaikata kebenaran selalu tersilap
mereka bilang aku serigala berbulu
bila aku selalu bertahan
ada cahaya diujung sana,
adakah itu nyata atau bayangan
mereka bilang memintalah selalu,
akupun meminta dan menunggu…
menunggu atau berlalu

Roy Rahsid
sajak kesedihan

Saudagar Emas berkata...

Sajak hati buat Bunda

Hari ini kulihat bunda termenung
Saat bicara air mata berlinang
Tapi apa daya bunda tak mengerti
Cuma bahagia kudapat tangis ada
Jangan salahkan aku lagi
Aku muak tapi tak benci
Bunda jangan pasung aku
Dengan derita yang pernah terasa
Biar aku bebas aku tahu jalanku
Ditiap linang air mataku
Ditiap tutur bahasa mulutku
Bunda tetap ku sayang

Saudagar Emas
sajak buat mak sy yg bersedih bila dgr sy nk berhenti keja di kedai emas dan mahu ke kota

Salikin Samsudin berkata...

INGAT JANJI DULU

ingatkah janjiku dulu
Saat senjakala perlahan
datang menumpu hari
Tentang untung rugi dan pengeluaran
Tentang tulang yang tak tertahankan
luka gores tangan telah mengering
jika aku mampu tidur beralas tikar
Tak boleh basuh muka dengan air
Jangan pernah melangkah kaki

Salikin Samsudin
sajak simbolik

Geletek Malam berkata...

BINTANG REDUP

Cantiknya malam
memanggilku penuh rindu
duduk diam terpaut senyum kecil
angin malam adalah sahabatku
tolong hantarkan suratan hatiku
Termangu aku membayang
Tersipu aku mengungkap
Bunga mawar kini tumbuh
menjadi pagoda dalam alam cinta
Hangat mentari pagi merasuk
Gagahnya sang rembulan,
bintang tak akan pernah redup,

Geletek Malam
sajak terkenang zaman muda

Qalam Mutiara berkata...

1. Guest berkata...
OSBON (TK)

tiada perlu dinafikan lagi
mereka terbaik dikalangan terbaik
ternyata mereka bukan sembarangan
bukan sekadar pelengkap ruangan
mereka masih mampu menyengat
walaupun sudah dimamah usia
namun lawak mereka punya kelas
ternobat sebagai juara mutlak
maharaja lawak mega astro
tiada siapa lagi mampu bangkang
semua juri bersatu mata hati
osbon yang mereka cari selama ini
mereka ternyata bisa bertahan
sudah kalis dengan kata cacian
sudah biasa dengan kata pujian
itulah lagak sang otai lawak

Oleh: Guest
sajak isu semasa/4 Januari 2012 1:46 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Guest yang masih aktif menulis masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak tema isu semasa OSBON dengan mesej maharajá lawak mega astro.Apa pun irama komedi ini cerita biasa . Pengucapannya masih tercari-cari daya kreatif dan puitis dalam menghasilkan sebuah puisi yang diharapkan.Maaf .cuma disini terpaksa nberhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2.. Bos Kacak berkata

EVOLUSI (LSS)

Biarkan saja rakyat jelata,
berkicau seperti burung pipit
kita ini kan tuli dan buta
karena semua media mengutuk kita
Lupakan perjuangan kita
biarkan mereka tinggal sejarah
mereka bukan di dada!
tapi di kepala kita!
mereka sedang berevolusi
dari manusia jadi orang utan yang gila!

Oleh: Bos Kacak
sajak sinis tajam/4 Januari 2012 2:06 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Bos Kacak walaupun sebuk masih aktif menulis dan belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak EVOLUSI tema sinis dengan mesejmengingatkan.Apa pun. Pengucapannya buat OKU mereka ada perjuangannya yang tersendiri. Jika mereka yang ukan OKU ingin menjadi orang utan atau gorilla yang akan menjadi gila biarkan! Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

3.Saizul Maizav berkata...
GELOMBANG NAIK TURUN (LSS)

Hidup bagaikan sebuah gelombang naik dan turun
kita diciptakan agar berhemah dan bijaksana
untuk melihat sesuatu dari empat sudut
Melakukan sesuatu dengan pertimbangan sebab akibat
kita diciptakan Sujud padaNYA
Mensyukuri nafas terhembus terhisap pada hidung dan paru paru
menjadi bingkai hidup kita
setiap waktu yang kita lewati, detik,menit dan jam
dimana kita berpijak cuba berfikirlah
bahwa alam adalah media
hidup itu berusaha menjaganya

Oleh: Saizul Maizav
sajak kehidupa/4 Januari 2012 2:10 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Saizul Maizav walaupun acapkali melangkah ke gerbang final. Namun terkandas kali ini dengan sajak GELOMBANG NAIK TURUN tema kehidupan dan ketuhanan dengan mesej mengingatkan. Apa pun. Pengucapannya buat mereka yang lupa dalam perjuangan hidup ini ada pasang surutnya. Perlulah berfikir dengan waras! Sebaiknya jangan terjebak ke jalan yang onar. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

4. Asyar Mujid berkata...
BATAS (TK)

langit tenggelam lalu datang
dari balik bayangan bintang
sebuah suatu ketenangan
kumpulan dari impian dulu
hanya mampu kuangankan
keanggunan dari masa lalu
hidup tanpa mengenal batas waktu
suatu kehidupan tak mengenal logika
sisi senyuman balutan kesunyian
keinginan tanpa haus akan kepuasan
suatu keindahan tanpa batas

Oleh: Asyar Mujid
sajak misteri/4 Januari 2012 2:12 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Asyar Mujid yang masih aktif menulis masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak BATAS tema misteri dengan mesejnya agak kabur.Apa pun cerita fantasi biasa Pengucapannya masih tercari-cari daya kreatif dan puitis dalam menghasilkan sebuah puisi yang diharapkan.Maaf .cuma disini terpaksa nberhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

5.Roy Rahsid berkata...

MEREKA BILANG (LSS)

mereka bilang ini hanya sesaat
aku terus menapak waktu
mereka bilang ini ujian,
aku terus mengasah kekuatanku
andaikata kebenaran selalu tersilap
mereka bilang aku serigala berbulu
bila aku selalu bertahan
ada cahaya diujung sana,
adakah itu nyata atau bayangan
mereka bilang memintalah selalu,
akupun meminta dan menunggu…
dan menunggu bersama masa yang berlalu

Oleh: Roy Rahsid
sajak kesedihan/4 Januari 2012 2:14 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Roy Rahid walaupun acapkali hampir melangkah ke gerbang final. Namun terkandas kali ini dengan sajak MEREKA BILANG tema kesedihan dengan mesej mengharapkan. Apa pun. Pengucapannya bersahaja cerita bagai orang menunggu buat tidak jatuh. Perlulah bersabarjika tidak dikurniakan di dunia mungkin di akhirat.. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

6. Saudagar Emas berkata...

HATI BONDA (TK)

Hari ini kulihat bunda termenung
Saat bicara air mata berlinang
Tapi apa daya bunda tak mengerti
Cuma bahagia kudapat tangis ada
Jangan salahkan aku lagi
Aku muak tapi tak benci
Bunda jangan pasung aku
Dengan derita yang pernah terasa
Biar aku bebas aku tahu jalanku
Ditiap linang air mataku
Ditiap tutur bahasa mulutku
Bunda tetap ku sayang

Oleh: Saudagar Emas
sajak buat mak sy yg bersedih bila dgr sy nk berhenti keja di kedai emas dan mahu ke kota/4 Januari 2012 2:18 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Saudagar Emas yang masih aktif menulis masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak HATI BONDA tema kesedihan berpisah dengan ibu adalah mesej biasa Apa pun Pengucapannya masih tercari-cari daya kreatif dan puitis dalam menghasilkan sebuah puisi yang diharapkan.berbeza dengan puisi dahulu Maaf .cuma disini terpaksa nberhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

7.Salikin Samsudin berkata...
INGAT JANJI DULU (TK)

ingatkah janjiku dulu
Saat senjakala perlahan
datang menumpu hari
Tentang untung rugi dan pengeluaran
Tentang tulang yang tak tertahankan
luka gores tangan telah mengering
jika aku mampu tidur beralas tikar
Tak boleh basuh muka dengan air
Jangan pernah melangkah kaki

Oleh: Salikin Samsudin
sajak simbolik/4 Januari 2012 2:18 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Salikin Samsudin yang aktif menulis namun masih juga belum melangkah ke gerbang final. kali ini dengan sajak INGAT JANJI DULU tema simbolik mesej biasa orang muda Apa pun Pengucapannya masih ada daya kemampuan sayang tertewas dengan sajak Geletek Malam yang mempunyai dua maksudnya dalam jiwa2 dan politik. . Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

8. Geletek Malam berkata...

BINTANG REDUP (SM)

Cantiknya malam
memanggilku penuh rindu
duduk diam terpaut senyum kecil
angin malam adalah sahabatku
tolong hantarkan suratan hatiku
Termangu aku membayang
Tersipu aku mengungkap
Bunga mawar kini tumbuh
menjadi pagoda dalam alam cinta
Hangat mentari pagi merasuk
Gagahnya sang rembulan,
bintang tak akan pernah redup,

Oleh: Geletek Malam
sajak terkenang zaman muda/4 Januari 2012 2:22 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

BICARA RENGKAS
Buat sdra Geletek Malam walaupun acapkali melangkah ke gerbang final. Namun terkandas juga Kali ini dengan sajak BINTANG REDUP tema terkenang zaman muda dengan mesej bleh mebaa dua maksud.orang muda punya biasa atau sinis politik. Apa pun. Pengucapannya bersahaja Cuma kita perlu berfikir jangan terjebak ke jalan yang onar dan mungkar . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Hadi Hamzah berkata...

nama aku plak dlm cerpen kali ni

Abul Hassan berkata...

jadam tu apa

Anjang Aki berkata...

cerita apa plak ni en nuri

Paloi Atang berkata...

cerita sambungan mahmood ke

Pak hussin berkata...

kenapa dgn rumah sewa dia tu

Nurse Lisa berkata...

cerita apa plak ni

Salam berkata...

misteri cerita kali ni

Syeikh Al Habib berkata...

tema apa cerita kali ini

Saizul Maizav berkata...

dia balik rumah ke?

Nuri Jaguh berkata...

cerpen berkenaan apa ni