Isnin, 24 Oktober 2011

AIR MATA MENGALIR (SM)



Pemenang wanita sayembara puisi citranuri 2011


Apakah kau masih buta dalam hati
Hidup dengan menipu diri sendiri? Apabila akal sihat kamu remehkan
Berarti pintu untuk berfikir kelam jadinya
Kejahatan muncul dari sudut-sudut gelap telah kamu bukakan kabut dukacita
Lalu menutup wajah Ibu Pertiwi
Lantas membanggakan si petualang kini air mata sedihku  pun mengalir
Bersama cebisan puisi yang kutulis ini .


Oleh:Datin Hajjah
sajak simbolik/23 Oktober 2011 7:08 PM




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SUKU AKHIR KE2 SAYEMBARA PUISI CITRANURI AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Pn Datin Hajjah bukan makcik hajjah kali ini dengan sajaknya yang bertajuk AIR MATA MENGALIR. Pengucapannya ada sadikit diperbetulkan ungapannya asalkan tidak lari isi ceritanya. Kisah kesedehan yang selalu menjadikan orng hidup lama akan menitis air mata bila mengenang akan situasi kehidupan di hari ini.Terutamanya ibu pertiwinya yang tercinta. Jika ada Segelinter masyarakat atau parti politik yang mendewakan pengkhianat, terasa amat menyedihkan hati nurani. Memang sebak dada malah mengalirkan air mata bila memikirkannya. Sajak anda layak untuk sayembara citranuri ke peringkat akhir (SM)

Qalam.

Ustaz Omar Sharif berkata...

PARI PARI

jika wujud pari-pari
kemalasan kita makin menjadi-jadi
kerana kitakan sekadar goyang kaki
sambil arahkan si pari-pari
untuk dapatkan itu dan ini.
tapi ini realiti sememangnya
tiada wujudnya pari-pari
jika semua memahami realiti
meski tak sekompleks fantasi
hakikatnya lebih mudah dimengerti.

Ustaz Omar Sharif
sajak fantasi

Bos Kacak berkata...

JALAL BUNTU

semalam aku bermimpi temui jalan
tapi aku buntu jalan itu
tak ada penghujung walau
ada angin berlalu dicelahnya
tapi di depan hanya kosong
jadi kubiar hatiku di pasung sunyi
walau nada resah terbuku di hati
ku cuba padamkan hati yang gelisah
kerana hatiku kini terasa
bagaikan bola api di langit
menghujam kencang menumbuk tanah
diriku terasa ingin lari dari bumi
supaya tuhan tak nampak
tapi apakan daya sudah takdirnya
aku pasti akan pergi jua

Sayembara Muzik
sajak misteri di dalam diri

(sajak ni sajak terakhir arwah Bakti Aswira Bin Gunawan 3 hari sebelum beliau ke ramahtullah)

Datin Maimun berkata...

TANGAN DEWA

dia seseorang dari tangan dewa
bangkit kelopak kasih
untuk setiap butir-butir janji
dialah bernama kasih
tapi bukanlah sayap-sayap hitam
karna ada kejujuran disetiap mata

datin maimun
sajak ni bukan sy punya sbb sy xda idea lagi nak buat sajak minta bantuan anak dara saya

Datin Hajjah berkata...

KECELARUAN MINDA

hukuman ke atas kamu sebenarnya
harus lebih tinggi dari darjat raja
kerana mencelarukan minda semua
dalam kelam kabut ketakutan mereka
tapi kamu silap putus asa
di hati kami tak biarkan lentur
Berhentilah sesumpah
dari mencari salah kami
kerana keadilan itu tidak ada
semua hanyalah tipu daya belaka
sekarang kita haruslah
tegakkan bersama kekekuatan kita
dalam menempuh badai yang mendatang
daulat tuanku kita laungkan
kecelaruan minda dari sesumpah
kita mansuhkan biar pupus selamanya

Datin hajjah
sajak buat rakyat dari tuan haji

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Ustaz Omar Sharif kali ini sajak jauh menyelam ke dasar fantasi pula. Apa pun syabas anda lagak ke pusingan akhir. Tajuk PARI-PARI , sajak lama barangkali? Tema ini sesuai untuk anak kecil yang suka berkhayal. Memang benarlah jika wujud keadaan begini relax saja kita. Tetapi ini cuma cerita doging rakyat semacam cerita en nuri yang dia tulis 20 tahun dulu. Apa pun terima kasih diatas penyertaan anada tempat ke dua sayembara bulan oktober 2011 (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Satu sayembara yang luar biasa dari sahabat Bos Kacak buat aruah sahabat qaribnya yang telah amanahkan sajaknya untuk disertakan dalam sayembra puisi sahabat citrasa atau cintranuri. Apa yang anehnya semua puisi terakhirnya terasa semacam aruah sudah tahu apa yang akan berlaku. Amat menyanyat hati dan perasaan pembaca. Apa pun sebagai dijangkan sama seperti semalam. Beliau layak untuk dinobatkan sebagai pemenang terutama lelaki sayembara puisi cintarasa bulan oktober 2011. Terima kasih sdra Bos Kacak kerana menghantar puisi beliau . Dan terima kasih juga buat Jalal yang tidak menolak penyertaannya. Al Fatehah (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Pn Datin Maimun syabas kerana sampai ke peringkat akhir dalam sayembara kali ini. Sajak yang diketengah kali ini bertajuk: TANGAN DEWA. Pengucapannya menarik tetapi samar untuk mencari maksud. Anda boleh buat berbagai andaian. Apa pun munkin cerita pasal kuasa atau tangan ajaib yang membantu pada janji-janjinya dengan penuh kejujuran dan keikhlasan bukan satu dogengan.setiap orang boleh menilainya. Mungkin pemerentah agaknya Cuma andaian. Apa pun terima kasih diatas penyertaan anda tempat ke dua sayembara bulan oktober 2011 (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRANURI BERSAMA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Datin Hajjah bertajuk: KECELARUAN MINDA buat penutup final telah dinyatakan kemenbang semalam sama dengan hari ini, Datin Hajjah dinobatkan pemenang terutama dalam sayembara bulan oktober ini bersama dengan aruah sdra Bakti Aswira (sayembara muzik) kawan bos kacak. Pengucapannya mudah tetapi punya pengertiannya yang tersendiri, semua orang faham ,jika sengaja tidak mahu faham bersubahat namanya. Tunggu saja balasan di akhirat nanti. Layak diangakat untuk kemenangan terutama (SM).

Geletek Petang berkata...

POLITIK

Pembangkang hipokrit berkenaan isu elaun

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pemimpin pakatan pembangkang di Selangor diselar kerana mengamalkan sikap hipokrit berhubung isu kenaikan elaun terhadap Ahli Parlimen yang dibangkitkan baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, sikap itu jelas apabila mereka menolak kenaikan elaun untuk Ahli Parlimen namun bersikap sebaliknya di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
"Mereka hipokrit kerana di Parlimen tolak tetapi terima di DUN.

Azmin Ali pula berpura-pura lantang menentang kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 tetapi kebenarannya mereka bersetuju dengan kenaikan elaun di peringkat negeri dan ada kalangan mereka yang menikmati dua gaji.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah ADUN Ijok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Azmin pula ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

"Teresa Kok pun sama, dia Ahli Parlimen Seputeh dan juga ADUN Kinrara malah berjawatan Exco. Mereka ini hipokrit, dua-dua mereka 'sebat'," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.



KOMENTAR;

Kebanyak Pemimpin PKR pegang dua kawasan DUN dan PARLIMEN. Pas pun sama sadikit masa dulu Hasan Ali dan Hadi Awang. untuyk apa mereka berpolitik. berjuang untuk rakyat
atau untuk saku sendiri. ramai lagi pelapis muda ada kena bolot sampai dua tiga kerusi. Penyokong patut nilai kem,bali niat dan nawaitu mereka. jangan cakap x serupa bikin. Di Perlimen menentang elaun di DUN memekek minta elaun pula.Inilah sebenbarnya pemimpin hipokrit kata datuk seri noh omar.

Geletek Petang.

Salina berkata...

dh jangka sayembara muzik msti menang bulan ni

Zainal Abidin berkata...

sian sayembara muzik sajak smua bgus2 tp dia dh xde

Jalal Rafzee berkata...

sayangnya sayembara muzik dh xde klau ada msti dia boleh menang lagi

Nur Atikah berkata...

tahniah buat sayembara muzik dgn datin hajjah!

Datuk Hasbi berkata...

wah! 2 org yg xpnh masuk sayembara masuk pertama kali terus menang!

Saizul Maizav berkata...

sayembara dh tamat pun bila nak mula sayembara lagi ni?

Jalal Rafzee berkata...

sayembara bulan 11 aku ambik smua yg ke final dulu berentap semula

Raja Muda berkata...

sajak datin hajjah sedih plak kali ni

Inspektor Halim berkata...

sajak tema sedih2 plak dpt tempat di hati qalam

Badrolshah berkata...

tahniah buat pemenang sayembara!

Geletek Malam berkata...

nmpknya kali ni sayembara muzik mmg terbaik sejak dari mula sampai akhir

Kembara Budiman berkata...

sajak sedih ke datin hajjah?

Ustaz Rahman berkata...

eh! sajak kali ni semua hebat2 jgk

Seri suri berkata...

nmpk menang mudah je sayembara muzik kali ni

Yusri Nawab berkata...

mmg layak dia menang semua sajak dia menyedihkan

Dayang berkata...

al fatihah buat pemenang bulan ni

Syeikh AL habib berkata...

eh! sajak kali ni dari sayembara muzik mmg menyentuh perasan

Harimau Berantai berkata...

semoga arwah tenang di sana

Lagenda Pulau berkata...

terbaik btol sajak sayembara muzik!

Tanpa Nama berkata...

al fatihah