Isnin, 6 Jun 2011

TANYA MINDA



Sajak pilihan warga Cr.

Minda,jiwa,akal dan diri bertanya.
Berbincang,berbahas,bicara,bahasa
tentang orang itu,
Orang itu seorang sahaja,
Cuma dia tapi kenapa semua
tikam lidah mahu
bahas tentang orang itu?
aku celaru,gelisah,risau,takut
Pelbagai rasa dan ragam dirasa,dimakan,dibuang
Kenapa mahu begitu buang semua,
Jatuh kan semua jiwa kosong mu,
Jiwa celarumu, jiwa serabutmu
Kenapa, mengapa mahu begitu.
Hidup besar, lapang, luas
Cuba, tanya sama hati
Tanya sama minda Tanya sama jiwa
Dan tanya sama Tuhan kamu,
Pencipta kamu,apa kau canang..
Jangan gentar, jangan luak seinci.
 
 
Oleh: Atan Yahoo
Kanowit, Sarawak.
19.9.2010
 
 
 


30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

1 ulasan:

Sajak oleh Atan Yahoo bertajuk TANYA MINDA dari kanowit, serawak. Malaysia timur.Sinopsis saja satu persoalan yang perlu ditanya pada minda atau hati dan diri saseorang itu,mengapa mereka ingin berbicara hal seoarng yang mungkin ada kekuatan pengaruhnya,jika dia naik atau jatuh mungkin boleh menggugat akan kesetabilan sesuatu keadaan.
Sebab itu dia diberi perhatian khusus untuknya. Tetapi penulis bagai tidak mahu meniyakan akan kemapuan luar biasa kepada saseorang yang berpengaruh ini.
Walaupun orang ramai suka membincangkannya, penulis cuba membuka minta mereka untuk
kembali kepada pemikiran yang waras, lapang dada, tenangkan jiwa serah pada tuhan jangan gentar menagdapinya. Tetapi sudah menjadi budaya kini, sesuatu yang baru itu
menarik untuk diperbincangkannya oleh orang ramai..

Geletek Petang berkata...

Sambungan siri 3

Mendengar sendiri keterangan Anwar dan keterangan Saiful serta membuat penghakiman sendiri?
mengapa Anwar mahu mengelakkan perbicaraan mahkamah? Anwar mendapat pelbagai keistimewaan undang-undang termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan sedangkan berdasarkan rekod pernah mengugut saksi, salah guna kuasa ke atas Polis dan kes jenayah liwat tidak memungkinkan tertuduh lain mendapat keistimewaan yang sama.

Malah bagi membolehkan Anwar membersihkan diri dari tuduhan, perbicaraan ini diadakan dalam kadar yang segera bagi ukuran kes-kes di malaysia.Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.

Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa masuk ke mahkamah lagi?
Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap sistem kehakiman, perundangan dan juga kepada mangsa liwat beliau. Semua ini adalah usaha awal untuk mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.

Akhirnya pemikiran anarki ini pasti akan diikuti dengan demontrasi jalanan dan kekecohan bagi mengalih perhatian umum dari fakta-fakta perbicaraan beliau kepada isu-isu dijalanan dan teori konspirasi ciptaannya
Anwar, jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah. Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang saiful ada dan Anwar tidak mahu ia terdedah di mahkamah? Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui.

p/s: Artikel ini di CnP d

KOMENTAR

Anda perlu buat penilian sendiri, apa yang penting kita jangan menyokong kerja kemunkaran, jika takut di akhirat nanti dapat semangkok atau diheret bersama,kerana bersubahat dan bersekongkol dengan kerja kemungkaran. Terpulang ada kah ini satu fitnah atau putar belit semata, jangan jadi sudah terang lagi bersuluh. Tuhn itu amat maha mengetahu dan melihatnya.

Madah Pujangga berkata...

TERHAMPAR DI ALAM SEMESTA

terhampar di bawah alam semesta
melindungi insan-insan penuh dosa
tak terpikir untuk menghianati
tercinta di ufuk kegundahan
putih bagaikan kesuciannya
biru melambangkan ketulusannya
menerangi kelam tak berujung
menghentakkan sayang di kala malam
mengheningkan rindu di kala senja
walau lelah berjalan bersanding
hamparan hijau di ladang dunia
senyum terbentang burung biru
di persembahkan lagu berdendang
langkah kaki beradu
menanti kecerlangan cahaya kuasa

Madah Pujangga
sajak simbolik

Brader JOe berkata...

KETIKA PULANG BERKERJA

ketika selesai bertugas
badan ku lelah seperti di hentam
kakiku bergetar
seakan bumi bergempa
saat pulang terlihat anak
istri tercinta menanti
di tanya ayah bawa apa?
istriku yang cantik hanya tersenyum
dengan malas aku menjawab
ayah hanya bawa pisang goreng, selalu saja begitu setiap hari tidak ada sesuatu yang hebat
dapat ku bawa pulang
tapi anakku melompat ke girangan

Brader Joe
rutin hari2 ke rumah

lagenda Pulau berkata...

DUNIA HITAM PUTIH

bila cangkung tepi laut
bayu angin bertiup lalu
bawak aku terbang jauh
masuk zaman hitam putih dulu
tapi kau hebat main wayang gambar
aku hanya belakang tabir
tak mampu nak seiring kau
kemudian berjalan seiring sedarjat
tapi aku tahu kau
akan ku tggal nanti
kerana kau sibuk mengejar depanmu
benar kataku kau kau akan sisihku tapi tak mengapa kau tetapku rindu
skrang zaman hitam putih
sudah bewarna biar tak indah
tapi ianya sudah berubah
hitam putih itu takkan kembali
tapi warna luka ini takkan pudar
kau harus menikmati kepudaran ini

lagenda pulau
sajak kenangan sewaktu muda sebelum kawin

Petualang TIga berkata...

MINYAK DAN GAS

minyak semakin berkurang
Tidak di jual aku sangat memerukan
Namun tiba-tiba hilang di pasaran
yang banyak hanyalah minyak tanah aku mengeluh takkan nak memasak
pakai minyak tanah
semua memandang bertambah heran
mungkin mereka semua ada minyak
tanya kedai lain pun tiada jawapan
Padahal aku sangatperlukan sekarang
Karena minyak punya hal bila
balik rumah gas pun hilang

petualang tiga
sajak geram minyak habis dan tong gas plak dicuri

Panglima Sakti berkata...

SUSU

Susu memang penuh khasiat
Menyehatkan Mencerdaskan
Kita semua perlu susu
Dari kecil sampai tua
Namun bila kecil mahu susu
harus menjerit memekik
tapi bila besar nak beli susu pun
hanya tinggal dompet duit tiada
macam mana nak beli susu
Kalau harganya semakin gila
Jadinya aku kena kurang minum susu
Atau stop minum susu
jadi susah badan nak sihat cerdas


PAnglima sakti
sajak tentang susu jer.. hehe

Jengking Perak berkata...

CINTA KEPALA BATU

bagaimanapun kita tak bisa mengerti
cinta yang sederhana
selalu meruang dalam jiwa
petang kau bertanya ada kepala batu mempertahankan kelebatan cinta
meski lebih banyak menerima kemarau
apakah memang kita mau mencari
kenapa kata-kata menjajah jiwa
hingga lahirkan sajak renyah
di tengah bait-bait luka

Jengking perak
sajak jiwa2

Sang Arjuna berkata...

KEMANA HARUSKU MENGADU

Hidup kian sulit
Segalanya semakin rumit
Negeri terumbang ambing
Kaum tertindas terus dilibas
Para pejabat semakin keparat
Ke mana harus mengadu?
Ke mana harus kukatakan ini semua?
Semuanya sama bengapnya
Wakil rakyat cuma boleh tidur
polis hanya tahu menninggikan suara
Dan para pemimpin terus berwacana
Bahkan pengadilan bisa dibayar
Lantas ke manakah harus mengadu?
Ataukah dipasrahkan saja?
Karena tak ada tempat mengadu
Sungguh malang kasihan

Sang Arjuna
sajak ni bukan sy punya ayah sy punya sajak politik

Hamba Allah berkata...

ADA KUASA TAK GUNA

kamu punya kuasa tapi untuk apa
hanya kenyangkan perut
langsung tiada guna
ada kuasa pun tapi untuk siapa
hanya senangkan mereka
langsung tiada makna
tangan kuat mencengkam
sayang kamu sembunyikan
mungkar berlegar di hadapan
langsung tiada dikekang
kaki pantas menerobos
sayang kamu silangkan
langsung tiada dibentes
lidah kuat mengherdik
sayang kamu lembutkan
mungkar berputar keliling
langsung tiada dibantah sia-sia
percuma semuanya…


Hamba Allah
sajak perli seseorang

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Madah Pujangga dengan sajak simbolik tidak dinyatak sadikit penyata. Bertajuk: TERHAMPAR DALAM SEMESTA. Pengucapannya agak menarik dan ada sadikit puitisnya. Namun ungapannya terlalu kabur dan sukar menterjemahkannya. Penceritanya juga samar, kami gagal menangkap maksud. Sekadar andain saja mungkin kisah pengembaraan yang agak terasing kini, seorang diri di tempat orang. Apa pun uasaha lagi. Maaf kerana kegagalan mentafsirkan maana dan maksud mesej sajak ini. maka sajak anda terpaksa dikeluarkan dalam sayembara ini. (TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Brader Joe dengan sajak KETIKA PULANGBEKERJA . Pengucapannya biasa tenyata ada rasa kebenarannya.Buat tugas seorang ahli bomba, biasa ramai yang buat dua kerja sampingan. cari tambahan. Penceritaan buat kehidupan seharian rutin balik kerja.Jika isteri tidak berkerja hidup dizaman yang mencabar ini sama seperti en nuri isteri suri rumah sepenuh masa. Susah sadikit apatah lagi hidup selepas bersara.Apa pun ungapan sajka dapat menjalinkan kisah lucu yang penuh maana. ada tajumggung jawab, sempati, dan kesedihan. menghidupkan cerita pada isteri yang setia menunggu ke pulangan suami. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


Lagenda Pulau yang banyak merantau.Kini memaparkan sajaknya bertajuk DUNIA HITAM PUTIH , Pengucapannya ada rasa puitis namun tercemar pula dengan ungapan bisa. Penceritaan sekadar terkenangan kemasa dahulu (zaman Tv hitam putih) tema memori lama. Apa pun bila kita lama tidak pulang apatah lagi dengan keluarga yang kian bertambah , belanja besar perlu disediakan untuk pulang. Jika jarang pula pulang ingatan lama sering menjelma kembali. kisah sewaktu muda dahulu.mungkin kampong halaman, kawan dan keluarga. Walaupun kini zaman

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Petualang Tiga geng pang6 dulu. tajuk sajak MINYAK DAN GAS. Pengucapan sajak ini terlalu
biasa. tidak berusaha mengujudkan kepuitisannya. cuma ada keyakinannya.Penceritaannya isu semasa, tema delima dalam mencari minyak dan gas untuk keperluan seharian. Isi dan maksud sudah ternya dapat ditangkap dengan mudah oleh pembaca. Kwrana sajak ini ada persaniangan dengan sajak Berader Joe lebih sadikit puitis dan komedi dan bersimpati papar cerita yang digarapkannya menyanyat hati, Sajak ada terpaksa berhenti di sini saja.(TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Panglima Sakti sajaknya nak cerita pasal susu dan tahuknya pun SUSU semacam tak puas isap susu ke sewaktu kecil dulu? Kau dulu ahli kata banyak duit anak orang kaya . Hari pun bapak kau beri sehingga puluh ribu, Abang kau di luar Negara makan apa kena kerja dengan kata dia.macam cerita dalam tulisan en nuri pula kauorang berdua ini . Berpisah tak tentu arah. Apa pun sajak kau ini ada baik buat rencana atau komentar hantar dekat sms cosmo. boleh siar ini. Harap maaf usaha lagi . Cuma disini terpaksa berhenti. (TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Jengking Perak dengan sajak jiwa-jiwanya yang bertajuk: CINTA KEPALA BATU. Pengucapannya agak mengelirukan kerana terlalu mengharapkan kepuitisan. Ia bagai menyekat pergerakan pada ungapan yang sepatutnya bebas dan member kesan pada audie menekmatinya. Penceritaanya juga kabur. sukar ditangkap maksud pengucapannya. Walau pun tema cinta . kau kena usaha lagi buat sajak sajak mudah dan lebih difahami/ maaf cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sang Arjuna sajak bersama ayahnya yang bertajuk: KEMANA HARUSKU MENGADU. Pun pengucapannya biasa saja . tema penyesalan dengan keadaan lebih kurang sama dengan saja sdra Hamba Allah. Penceritaanya bagai menonton sandiwara bila kedua pihak berlawan kita tidak ada
tempat hendak mengadu. Dari kenyataan inilah menjadikan ramai pengundi duduk atas pagar. YB. sepatutnya padang serius keadaan yang diceritakan melalu sajak ini. Ini baru seorang dan kita tidak tahu berates dan berpuluh ribu lagi. Kalau 60% peratus tak keluar mengundi.40% peratus saja yang mengundi. Dalam 40% inilah bila bila ramai orang kampong dan kaki tangan awam yang tak puas hati Pembangkang dapat undi protes. Pembangkan pun tak boleh menanbit dada kata rakyat sokong mereka.Kalau 60% ini sokong pemerentah atas dasar baru ini. Pembangkang akan bungkus. Kecuali Ibrahim Ali tubuh parti bebas untuk 60% ini. Bebas akan memerentah. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senjata berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sajak hamba Allah budak kuat sms kolum cosmo bertajuk ADA KUASA TAK GUNA. Rasanya
pengucapan ini berbau politik sinis juga untuk mereka yang bergelar wakil dan pemerentah kepada rakyat. Khusus Yb. apa pun kenyataan atau penceritaan ini , bukan semua, ada yang ikhlas dan benar bertugas dan sebaliknya. Apa yang sedih rakyat jelata, kekadang menjadi mangsa. Apa pun jua yang berlaku , Rakyat perlu guna kuasa undi yang ada , jika tidak puas hati

Geletek Petang berkata...

Friday, May 27th, 2011 | Posted by AIDC (BB)
99.9% adalah Anwar…Kenapa Tak Saman Datuk Nalla ?

Oleh Rajahmas – Anwar baru saja mengemukakan saman saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks dan menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.
“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.”
“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.
Peliknya, kenapa Anwar tak mahu saman Nallakarupan. Bukankah dia terang-terang sebut nama Anwar. Lebih teruk, dia kata 99.9% itu adalah Anwar.. Tak cukup terang lagi ke?


KEMENTAR:
Sesumpah ini hanya berani saman orang yang tidak mengenali peribadinya kalau mereka yang pernah bersamanya . Dia agak gementar sadikit. Itulah sang sesumpah . hanya mereka terdekat saja tahu warna dan keadaan kehidupannya.

Geletek Petang berkata...

Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington (BB)

SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.
"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika berucap turut mencabar kerajaan negeri pimpinan PKR yang mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor supaya mendedahkan perbelanjaan yang dilakukan dalam melantik dua perunding luar untuk merangka draf pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebelum ini.
Katanya, pindaan itu yang dibuat menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada Januari lalu adalah satu tindakan sia-sia.

Menurutnya, pelantikan pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk merangka draf pindaan itu hanyalah satu pembaziran kewangan kerajaan negeri.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sepatutnya hanya merujuk pindaan tersebut kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk menentukan sama ada perkara itu boleh dilakukan atau sebaliknya.

"Jadi kita mahu kerajaan negeri dedahkan berapa wang rakyat digunakan untuk bayar kepada kedua-dua perunding tersebut.

"Pindaan Perlembagaan negeri tidak menjadi kenyataan kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan, maka ia adalah satu tindakan membuang masa dan pembaziran wang rakyat," katanya.

SAMBUNG KOMENTAR

Geletek Petang berkata...

KOMENTAR:

TERNYATA sewaktu dia menjadi menteri keuwangan dahulu banyak syarikat dia tubuh atas nama keluarganya.

Tidak hairan bapak dia orang yang ketiga kaya di Malaysia, Ini petekan dari blog susek-susek, jangan terus percaya kena siasat dahulu nanti timbul fitnah. Orang BN kena berhati-hati, kerana anda pemimpin Negara.

Belah sana mereka tak kisah sudah mangli dan sebati. putar belit menjadi kisah seribu hikayat. (Contoh: Baru ini utz Nasaruddin kata dalam Pas x ada Yes Man.

Kenapa nik Aziz tolak perpaduan tidak membantah , malah ada faktua rekaan sendiri kerana ada kepentingan parti sendiri , bercangah dengan agama tidak pula membantah?Malah salahkan parti lain untuk memecah belahkan PAS.

Kini ternyata dalam parti itu sendiri tidak ramai lagi penyokong pada kepimpinan ulamak bila jawatan tertentu di kuasai kumpulan erdogan pro Anuar Ibrahim yang kita telah tahi latar belakangnya.

Buat renungan tiga budak bebal

Geletek Petang berkata...

Usah gentar jika berada di pihak benar (BB)

KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah seharusnya tidak gentar menyahut cabaran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk melakukan empat perkara asas sekiranya mereka yakin berada di pihak benar.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, cabaran itu juga penting untuk disahut bagi menolak tuduhan bahawa skandal yang membelenggu Anwar adalah konspirasi semata-mata.

“Jika satu pun daripada empat perkara asas ini tidak mampu mereka lakukan, maka rakyat boleh menilai apakah kebenaran sebenar yang cuba dipertahankan oleh Anwar sekeluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cabaran Mohamad Ezam supaya Anwar sekeluarga melakukan empat perkara asas iaitu bersumpah laknat, membuat ujian pembohongan, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh beliau berbohong.

Empat perkara asas tersebut kata Mohamad Ezam, perlu dilakukan oleh tiga beranak itu bagi membersihkan nama Ketua Pembangkang tersebut, sekali gus menafikan beliau terlibat dalam skandal rakaman video seks.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Anwar, Azizah dan Nurul Izzah sudah berada ‘sebelah kaki’ untuk melangkah ke Putrajaya sekiranya sanggup melakukan salah satu daripada empat cabaran tersebut.

Katanya, langkah itu dengan sendirinya akan meletakkan mereka di pihak yang benar serta tertindas sekali gus mendapat sokongan dan simpati rakyat. (UM)


KOMENTAR

DULU penyokong PR (Pembohong Rakyat) hamper 65 peratus kerana gagal melakukan empat perkara penting ini.menjadikan rakyat sudah melarikan diri daripada PKR atau PR sendiri termasuk china dan India. Banci terkini tinggal 40 atau 35 peratus sahaja.

Geletek Petang berkata...

Jangan terpengaruh 'drama' Anwar (BB)

KUALA LUMPUR 17 Mei - Rakyat digesa supaya tidak mudah tertipu dengan 'drama' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menafikan dakwaan penglibatannya dalam kes liwat dan perlakuan seks haram.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad berkata, sepanjang siri jelajahnya itu, Anwar akan membawa ahli keluarganya termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mencetuskan emosi simpati rakyat terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar juga bertindak dangkal apabila mudah meletakkan segala yang berlaku terhadapnya termasuk dakwaan penglibatan dalam rakaman video aksi seks adalah hasil kerja UMNO.
"Seperkara lain, Anwar kini dilihat sudah mula mencetuskan kembali gerakan reformasi dan mengheret rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

"Bibit-bibit itu sudah ada dan buktinya hari ini apabila sebilangan penyokongnya berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta sambil melaungkan reformasi serta provokasi.

"Saya dahulu pernah terpengaruh dengan reformasi yang dilaungkan Anwar. Tetapi itu dahulu dan selepas mendapat petunjuk, saya tinggalkan PKR pada 2000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Dalam keputusan mahkamah semalam, Anwar diperintahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, atas segala yang berlaku dan dilakukan Anwar sebelum ini, rakyat perlu sedar siapa lelaki itu sebenarnya."Saya sendiri telah nampak kebenaran itu di hadapan mata sendiri," jelasnya.
Ditanya tentang dakwaan bahawa kebanyakan bekas pemimpin PKR ditawarkan sejumlah wang oleh UMNO untuk meninggalkan parti itu, katanya, itu hanyalah permainan pembangkang.

"Dengan nama Allah, saya tidak dapat walau satu sen pun daripada mana-mana pihak. Saya sendiri dengan rela hati keluar PKR," tambahnya.

KOMENTAR:

KAPAL SING Patut mengajar PR cara menghormati mahkamah sebagaimana dia sendiri buatlupa bila keputusan diumumkan. Sehingga 500 orang penyokong gila kuasa PR bawa di hadapan mahkamah. Rakyat sedang menilai kelakuan KETUA Pembangkang semua.Lagi banyak anda buat karut lagi ramai akan meninggalkan parti PKR. PAS dan DAP.

Geletek Pagi berkata...

DAP cakap tak serupa bikin - Zainal Abidin (BB)

KEPALA BATAS 12 Mei - Keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang dianggap melanggar batas kebebasan akhbar yang dilaung- laungkan mereka sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, dengan keputusan tersebut membuktikan kepimpinan DAP 'cakap tak serupa bikin'.
"Kalau dulu mereka (DAP) cuba menjadi juara dalam isu kebebasan media, mahu media bebas memberi laporan serta meraikan kebebasan bersuara secara mutlak.

"Tetapi dalam isu ini mereka pula yang bertindak melarang Utusan Malaysia daripada membuat liputan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Kemajuan Persekutuan negeri, Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.

Selasa lalu, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan usul supaya akhbar Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sesi persidangan atau berada di pekarangan DUN kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai kos ubah suai banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng berjumlah RM1.5 juta.

Keputusan itu dibuat selepas Utusan Malaysia dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

KOMENTAR

DAP tak perlu takut jika akhbar lain menulis benar jika UM saja berat sebelah, ini membuktikan anda benar. semacam mana Harakah menulis apa saja yang bercangah dengan dasar BN. Najib tidak mengharamkannya. Yang menilai adalah rakyat.

Bagaimana dulu PR yang melaungkan kebebasan akhbar tak perlu disekat.Kini keadaan sudah jadi sebaliknya, jika benar tidak perlu takut. Ini baru akhbar , tidak termasuk dalam enternit lagi, blog dan sebagainya. Rakyat boleh fikir sendiri.

Geletek Pagi berkata...

Biar rakyat hukum tindakan Anwar (BB)
KUALA LUMPUR 12 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melemparkan fitnah dalam siri ceramah politiknya di beberapa negeri ketika ini merupakan satu tindakan terdesak bagi meraih semula kepercayaan rakyat.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, kerajaan tidak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar walaupun ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.
Jelasnya, terserah kepada rakyat untuk menghukum tindakan Anwar itu kerana mereka boleh berfikir dengan bijak dan pandai menilai kebenaran.

"Tindakan Anwar ini menunjukkan bahawa karier politik beliau akan tenggelam disebabkan sikap beliau sendiri yang suka memfitnah.
"Rakyat boleh menilai sendiri. Jika betul Anwar di pihak benar kenapa sehingga hari ini beliau tidak melakukan sumpah berhubung penyebaran video seksnya.

"Anwar tidak perlu menggelarkan orang lain dengan perkataan tidak sepatutnya hanya untuk meraih sokongan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi.

Fakhrul Azman berkata, sudah tiba masanya Pas membuat perhitungan semula untuk berada dalam pakatan pembangkang jika benar mereka memperjuangkan Islam.

Jelasnya, Pas tidak harus bersekongkol membabitkan perbuatan tidak bermoral Anwar dalam masa sama DAP bersorak di belakang mereka.

KOMENTAR:

Jika orang luar Negara telah mengelarkan dirinya sesumpah bagaimana mungkin rakyat di dalam Negara sendiri boleh percaya .

Ini ternyata kekeliruan minda telah dipermainkan oleh sesumpah yang bijak sana. maka ramailah yang dikira bersubahat dan jadi pengkianat Negara. Berbeza dengan rakyat Amarikat , biar pun berlainan parti demi Negara sanggup ketepikan apa sahaja.

Geletek Pagi berkata...

isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah (BB)

KUALA LUMPUR 19 Mei – Isu rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terlibat walaupun ia telah disahkan tulen.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini, pihak berkuasa tidak membuat kenyataan siapakah watak di dalam video meskipun pengesahan ketulenan dilakukan sebanyak dua kali termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tegas beliau, pendirian Pas dalam isu tersebut jelas iaitu parti itu tidak akan terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf.

‘‘Isu itu tidak selesai. Mana nak selesai kerana satu badan yang berkuasa pun tidak boleh kata siapa pelakon watak dalam video itu. Video ini kemudian telah disebarkan sebab itu Pas berpendapat ini tidak bertanggungjawab. Polis pula telah sahkan dua kali tulen.

‘Apabila Bukit Aman membuat penyiasatan ia disahkan tulen. Namun, kita perlu pula pakar daripada AS dan mereka siasat.

Kemudian ia disahkan tulen. Ini bermakna ada pakar pun tulen tidak ada pakar pun tulen, tetapi tidak pula dedahkan siapa yang sebenarnya. Perlu ada satu badan berkuasa uruskan perkara ini,’’ katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip Anwar.
Sebelum ini, beberapa pihak mahukan pelaku video seks berkenaan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sama ada dalam bentuk hukuman mahkamah sivil atau syariah.

Salahuddin berkata, pendirian Pas tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu, tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

‘Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi,’’ katanya.Menjawab satu soalan, beliau berkata, pendirian Pas adalah atas pertimbangan agama kerana ia berkaitan dengan satu tuduhan yang memerlukan keterangan empat orang saksi.

KOMENTAR:

Kalau nak cari 4 orang saksi baru nak sah? Kalau CCTV itu direkacacipta lebih daripada empat orang, malah satu syarikat dengan pekerjanya ramai. Buktinya lebih dari 4 orang saksi.Islam itu ikut situasi sebenarnya.

Cuma pengikut dan penyokong taksup dan berkepentingan yang kurang
arif atau sengaja memutarbelitkan fakta. Di akhirat semuanya kulit tangan dan kaki akan menjadi saksi di atas kelakuan kita di dunia ini. Di akhir zaman ramai orang keliru dengan keadaan.

Geletek Pagi berkata...

Layan Anwar seperti rakyat biasa (BB)

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya. Kata Mohd.
Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah. (UM)

KOMENTAR:

SAMA ada sokong tidak sokong atau atas pagar semuanya dikira berdosa jika membiarkan kerja onar dan mungkar berluasa. Malah lebih berdosa lagi jika kita cuba pula bersubahat, lemah iman membiarkannya. Orang yang buat teguan ada rasa keimanan, malah mungkin dia tidak disoal diakhirat kerana telah melepaskan tanggung jawabnya sebagai orang Islam Tegur dan pesan atau nasihat perkara yang benar (Datuk tiga T)

Geletek Petang berkata...

Anwar sudah jauh berubah - Zahid (BB)

KUALA LUMPUR 12 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perjuangan dahulu.

Menurut Ahmad Zahid, selaku individu yang mengenali Anwar dengan begitu rapat terutama ketika sama-sama berjuang dalam UMNO, tiada lagi ketenangan jiwa terpancar di wajah ketua pembangkang itu ketika ini.

"Mengenali Anwar secara dekat saya rumuskan beliau sebagai pemimpin yang jauh berubah. Dahulu Anwar seorang yang gemar menggunakan istilah Islam, tetapi kini sanggup mengeluarkan perkataan kesat seperti 'anak babi.'

"Saya simpati dengan beliau. Ternyata Anwar tidak mampu mengawal tekanan perasaan sedangkan beliau seorang pemimpin yang bercita-cita besar," katanya di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Sabtu lalu, ketika berceramah di Klang, Anwar menyebut perkataan bahasa Tamil 'pandi kutty' yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu, tetapi beliau menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya apakah tekanan perasaan Anwar itu berpunca daripada salah laku moralnya sendiri, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menuduh, tetapi yang pasti imej ketua pembangkang itu musnah teruk akibat nafsu sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, UMNO dan kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis sama ada mahu mendedahkan atau tidak identiti pelaku video seks yang didakwa mirip Anwar.

"Elok kita serah kepada polis untuk tangani isu ini kerana jika orang politik yang bercakap, kita akan dianggap mempunyai agenda. Jadi, cara terbaik kita serah kepada pihak polis untuk membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Biro Latihan UMNO memberitahu, menjelang hujung Julai ini, seramai 60,000 jentera UMNO daripada pelbagai peringkat akan selesai menjalani kursus persiapan pilihan raya umum.

Katanya, kursus-kursus tersebut dilaksanakan setiap hujung minggu bagi mendedahkan jentera parti dengan peraturan pilihan raya sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

KOMENTAR

SELALUNYA orang yang ada nama tunjuk kealimannya mudah dijatuhkan oleh ahli syaitan bila riak, takbur, ujub dan samah mulai melingkar diri. ditambah dengan ada nama dan kewangan yang kukuh, semuanya adalah perangkap pancaroba dunia.

Ingatlah berapa ramai orang-orang yang terkenal akhir jatuh di celah kangkang perempuan murahan.

Geletek Petang berkata...

2.Pandi kutty: Anwar kian panik (BB)

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.
“Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor.

Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.

BERSAMBUNG

Geletek Petang berkata...

BERSAMBUNG

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

“Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS,” katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

“Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun,” katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

“Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

“Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.

KOMENTAR:

Jika member dia bukan Islam pun pandai meletak hokum , setelah menilai keperibadiannya. Bagaimana anda yang mengaku Islam masih mahu bersekongkol dengannya. Tidak takut bembalasan di hari akhirat? Buktikan dengan sumpah laknat , jika benar bagai dikata jika fitnah atau dusta.Kononnya rekaan BN semata.