Memaparkan catatan dengan label buat renungan ahli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat renungan ahli. Papar semua catatan

Ahad, 19 Jun 2011

PANAS



sajak pilihan ahli Cr.

termometer pecah
bumi semakin merekah
kemarahan semakin meluap
membentuk awan hitam
menunggu hari hujan
tapi tak kunjung tiba
panas ini tiada apa
panas hati hangat membara
semakin di tahan semakin ketara
hingga ke paris dapat di rasa
menunggu masa untuk meletus
bagai bom di baling ke sarang tikus

kita semua hampa
kecewa bagai nak gila
perasaan bercampur baur
tambah menyayat hati
rasa berbelah bagi
ramai yang menolak
benci berkali kali
tapi kau tidak mengerti
seperti orang buta tuli
katamu buatku panas
tingkah lakumu bikinku rimas
jika di buang menjadi sampah
jika di simpan menjadi racun
sedarlah sebelum tersungkur
sebelum diri hancur lebur
menjadi nangka yang membusuk
di santap kambing yang kelaparan
di kutuk jiran yang bengang

 
Oleh: Inspektor Halim
Bukit Aman
ketika selesai bertugas 2010 Mei 5 12:48






Isnin, 6 Jun 2011

TANYA MINDA



Sajak pilihan warga Cr.

Minda,jiwa,akal dan diri bertanya.
Berbincang,berbahas,bicara,bahasa
tentang orang itu,
Orang itu seorang sahaja,
Cuma dia tapi kenapa semua
tikam lidah mahu
bahas tentang orang itu?
aku celaru,gelisah,risau,takut
Pelbagai rasa dan ragam dirasa,dimakan,dibuang
Kenapa mahu begitu buang semua,
Jatuh kan semua jiwa kosong mu,
Jiwa celarumu, jiwa serabutmu
Kenapa, mengapa mahu begitu.
Hidup besar, lapang, luas
Cuba, tanya sama hati
Tanya sama minda Tanya sama jiwa
Dan tanya sama Tuhan kamu,
Pencipta kamu,apa kau canang..
Jangan gentar, jangan luak seinci.
 
 
Oleh: Atan Yahoo
Kanowit, Sarawak.
19.9.2010