Isnin, 13 Jun 2011

PEREMPUAN SEPERTI BUIH



-sajak simbolik pada buih.

Perempuan seperti buih berseh
dari tepian sungai mesra alam
lahir dari hembusan  alunan tenang.

lalu  dia dibawa air arus mengalir
ke tengah  kocakkan muara sungai
dan bertemu mesra dengan gelombang.

Hari ini dia hanyut lagi mengikut arus
hingga ketengah muara  sungai luas
hamper diri dipecah gelombang badai.

sesampainya di laut dia lebih sengsara
terpaksa  berhempas pulas melawan  ombak
sering saja  keadaan dijulang dan dilambung.

kehayutannya tidak mungkin kembali lagi
dia tahu akan kemusnahan dirinya nanti
pasti akan pecah dan punah ranah jadinya.

kini dia bersedia lagi dipukul ombak ganas
hanyut hingga ke tengah muara laut dalam
terapung dan terkatung mangsa kemusnahan.


Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
biar tak bisa mengerti utk tapsir erti.
tanggal 30hb dua belas  Sembilan belas tujuh dua.




30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sajak PEREMPUAN SEPERTI BUIH . sajak simbolik daripada en nuri pengambilan buih sebagai contoh .
Apa pun anda boleh buat andaian dan gamvaran apakah maksud disebalik sajak simbolik ini.

Jika buih itu diibaratkan sebagai perempuan? Terpulang pada anda menilainya. apakah maksud dan mesej yang ingin disampaikan kepada kita pembaca.

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke duapuluh lapan.

“Hamba tidak akan menyesal dengan apa saja yang berlaku, walaupun hamba tidak dapat kembali lagi menemui sanak saudara atau isteri hamba, selagi hamba tidak dapat menjejakkan kaki di puncak gunung Metra Alam it,” jawab Putra Wira Syahir dengan keras bunyinya.

“Syaratnya mudah, setelah pintu gerbang ini kami buka sila teruskan perjalanannya, tuan hamba akan bertemu dengan makhluk yang menghuni di daerah sana, kami tidak dapat menceritakannya , kerana kami sendiri tidak pernah menjijikan kaki di puncak sana, silakan,” kata puteri salju pula.

Ketika pintu gerbang dibuka, bunyi rantaianbesi bergemercek dan mengerunkan, lengang sunyi dan sepi sahaja kelihatan. Seketika baru bunyi deruan angin sepoi bahasa. Apabila Putra Wira Syahir melangkah kehadapan beberapa langkah sahaja, pintu gerbang berantai besi itu pun tertutup dengan sendirinya.

Dua orang puteri yang mengiringinya juga sudah tidak kelihatan lagi, terasa dirinya kini terasing di satu daerah yang asing.Terpinga-pinga jadinya Putra wira syahir mencari arah hendak di tuju. Dia bertekat untuk meneruskan perjalanan , walau apa pun sekali yang terjadi nanti, akan dihadapinya.

SEKETIKA dia berada dalam se buah tanam dan kebun sayuran yang berbagai tanaman dan buahan. Di satu suduh dia kelihatan ada seorang perempuan muda dan jelita mengawasi perkerja-pekerjanya. Dia kelihatan sebagai seorang pemaisuri yang tidak beraja. Amat cantek dan menawan, hamper terpaut hati Putra Wira Syahir melihatnya.

Beberapa orang dayang dan pengeringnya begitu berhemah dan taat terhadapnya bagaikan melayani seorang yang amat disayangi oleh seluruh pekerjanya. Setelah bertegur sapa dan berkenalan , dan menceritakan akan niatnya Putra Wira Syahir .

Ratu Pemaisuri Kelakatu itu pun berkata seperti sambil mengoda.

“Tidakkah tuan hamba ingin memperisterikan hamba, kerana telah lama menjada. Kerana semua suami hamba akan mati setelah beberapa hari berkhawin dengan hamba.” kata ratu Pemaisuri Kalkatu itu, sambil tersenyum penuh menawan.

Melihat keadaan itu menjadikan beberapa kali Putra Wira syahir menelan air liur, rasa kegeramanan mulai memuncak, apabila ratu Pemersuri itu yang putih gebu dan melepak itu mengakatkan sadikit kainnya sehingga menanpakan betisnya yang gebu dan menawan itu
.
BERSAMBUNG.

Halilintar berkata...

kena msuk ke pintu gerbang?

Nahul Hidzar berkata...

ada apa kat sebalik pintu gerbang tu?

Salina berkata...

mcm mana dorg bagi tugasan kat syahir tp dorg sndri xpnh pegi?

lagenda pulau berkata...

dia nak msuk pintu gerbang dh nampakya

Atuk berkata...

wah! puteri kelkatu nk goda syahir la plak?

Puteri Bunian berkata...

syahir ada hati ke kat permaisuri tu?

Rossa Long berkata...

rasanya ada udang disebalik batu permaisuri utk

Tan Sri Yunus berkata...

permaisuri tu mcm ada muslihat

Atan yahoo berkata...

hahaha kalau aku sah aku akan kwin dgn permaisuri tu.. hahaha

Wasiril Asawad berkata...

kenapa tiba2 dia goda syahir?

Saizul Maizav berkata...

entah2 msti ada musilhat permaisuri tu

Ustaz Rahman berkata...

wah! siap tunjuk betis plak kt syahir? hahahaha

Jalil Janggut berkata...

janda rupanya permaisuri tu

Nasruq Haqq berkata...

syahir tu agaknya dia dpt tahan ke goadaan?

Nabil Quldi berkata...

agaknya syahir ni tebal atau x iman dia

Seri Suri berkata...

agaknya syahir tu kwin ke x?

Julia berkata...

syahir harap2 dia x lupa bini dia

Pak Ngah But berkata...

hbis la iman syahir tercalar

Jalal Rafzee berkata...

agaknya syahir akan tergoda ke x?

Petualang Tiga berkata...

cerita psl syahir je syakir mana?

Marjinah Markonah berkata...

AH HA

ah! nanti dulu
ha! kerja tak siap lagi
ah! kejap lagi
ha! cerita tak habis lagi
ah! tunggu sebentar
ha! kopi belum habis
ah! tak senang
ha! mahu solat sunat
ah! ada ada sahaja
ha! tak boleh tengok orang senang
ah! nampak sangat kecil
cuma ah! ha!saja kesan cukup besar
terasa hati ibutak cium bau syurga
jadi penghuni neraka kamu sanggup?
teringat kisah si tanggang
harap kita jangan jadi dia

Marjinah Markonah
sajak nsihata

Ku Dania berkata...

KOTA RAYA

kotarayaku jalan penuh sesak
penuh umat manusia cari makan
ada cari peluang ada duduk sahaja
tadah minta kasihan ada cuci mata
sambil cari idea apa mahu makan
mana mahu makan siapa mahu dimakan
kotarayaku nadi ibu kota
pusat segala lubang
lubang penuh duit penuh nikmat
lubang penuh dendam
lubuk si bijak pandai
neraka si lemah longlai
syurga si teguh kental
semua di depan mata
tunggu direbut sahaja
lambat pasti tertinggal

Ku Dania
sajak tentang bandar

tengku Anita berkata...

KEPERGIANMU

Jangan pernah lupakan kepergianmu
Yang mengantar kesendirianku kini
Jangan hilangkan dari pelukmu
Karena ku yang menghampirimu
Ingatlah bahagia yang kita cipta
Dalam sentuhan indahnya dunia
Ingatlah derita yang mengusik
Kebersamaan kita mengukir rasa

tengku anita
sajak perpisahan

Nurse Lisa berkata...

USIR SEPIKU

Selalu ku cari waktu tuk merindu
Namun tak jua mampu usir sepiku
Walau dirimu dalam dekapku
Ku rasa kau tiada di sisiku
Hanya jasadmu tak ada jiwamu
Bahagiakah yang ku pinta
Dalam relung mimpi seperti ini

Nurse Lisa
sajak pasrah

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Marjinag Markonah dengan sajaknya AH HA Pengucapanya sebagai biasa tetapi punya nasihat yang berkesan untuk dinilaikan.Kerana kewibawaan pengucapannya dan penceritaan yang senang ditangkap maksudnya bersama mesejnya yang mudah difahami. kami memilih untuk diberi peluang utk
menyertai sajak seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Begitu juga dengan Ku Dania dengan sajak KOTA RAYA . Pengucapannya mudah kurang rasa puitis tapi ada penceritaannya yang hendak disampaikan. Mudah dan jelas mesejnya. Apa pun kerana nasib anda baik kerana tidak ada persaingan yang hebat kebanyaknya sajak kabur dan jiwa-jiwa yang terlalu biasa. Anda diberi peluang untuk ke sayembara seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Tengku Anita dengan sajaknya bertajuk: KEPERGIANMU. Pengucapannya agak mengelirukan. siapa yang pergi siapa yang menghanatar? Penceritaannya juga kabur. walaupun banyak saja yang kami memperbaikinya untuk lebih menghidup dan menyakinkan. tetapi bila ditambah tokokmasih gagal juga, kami terpaksa memberhentikan penyertaannya. Harap maklum. dan baca ulasan orang lain. usaha lagi. Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Nurse Lisa ,orang lama agaknya tak Nampak lama? Sajak bertajuk USIR SEPIKU. tajuknya cukup menarik. Pengucapannya terlalu biasa tidak begitu menghidupkan daya kreatif dan puitisnya. tema menyerah nampaknya Penceritaan juga nampak kabur, perlu mencari ungapan kata yang menyengat hati. kami sekadar member tokok tambah pada yang perlu. Apa pun kena berusaha lagi. Maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)