sajak pilihan ahli Cr.
termometer pecah
bumi semakin merekah
kemarahan semakin meluap
membentuk awan hitam
menunggu hari hujan
tapi tak kunjung tiba
panas ini tiada apa
panas hati hangat membara
semakin di tahan semakin ketara
hingga ke paris dapat di rasa
menunggu masa untuk meletus
bagai bom di baling ke sarang tikus
kita semua hampa
kecewa bagai nak gila
perasaan bercampur baur
tambah menyayat hati
rasa berbelah bagi
ramai yang menolak
benci berkali kali
tapi kau tidak mengerti
seperti orang buta tuli
katamu buatku panas
tingkah lakumu bikinku rimas
jika di buang menjadi sampah
jika di simpan menjadi racun
sedarlah sebelum tersungkur
sebelum diri hancur lebur
menjadi nangka yang membusuk
di santap kambing yang kelaparan
di kutuk jiran yang bengang
bumi semakin merekah
kemarahan semakin meluap
membentuk awan hitam
menunggu hari hujan
tapi tak kunjung tiba
panas ini tiada apa
panas hati hangat membara
semakin di tahan semakin ketara
hingga ke paris dapat di rasa
menunggu masa untuk meletus
bagai bom di baling ke sarang tikus
kita semua hampa
kecewa bagai nak gila
perasaan bercampur baur
tambah menyayat hati
rasa berbelah bagi
ramai yang menolak
benci berkali kali
tapi kau tidak mengerti
seperti orang buta tuli
katamu buatku panas
tingkah lakumu bikinku rimas
jika di buang menjadi sampah
jika di simpan menjadi racun
sedarlah sebelum tersungkur
sebelum diri hancur lebur
menjadi nangka yang membusuk
di santap kambing yang kelaparan
di kutuk jiran yang bengang
Oleh: Inspektor Halim
Bukit Aman
ketika selesai bertugas 2010 Mei 5 12:48
Bukit Aman
ketika selesai bertugas 2010 Mei 5 12:48
30 ulasan:
sajak Inspektor Halim kita kena ulas bersama .
Ulasan dulu oleh en nuri telah terdelek.
Harap maklum.
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBASATAUOLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke Tiga puluh dua
Di istana mambang di awan inilah Putra Wira Syahir diberi rawatan untuk memulihkan tubuhnya yang lemah dan sakit bagaikan tidak bermaya itu. Apabila Putra Wira syahir tersedar dia tidak rasa takut kerana diberi layanan dan kemesraan serta dikelilingi oleh dayang-dayang tuan puteri Ratu Lebah yang cantik jelita berwajah manusia itu.
Setelah diberi mkan dan minum serta rehat secukupnya. Kini Putra Wira Syahir pun melai berasur boleh seperti sedia kala. Dia mulai merenung lagi ke puncak Gunung Metra Alam itu. Dia terasa tidak jauh lagi perdakiannya. untuk samapi ke puncak. Walau apa pun terjadi dia mesti bersabar dan berhati-hati.
Kini dia benar-benar rasa terhibur dengan layanan yang diberikan oleh penghuni di istana mambang di awan ini. hatinya mulai rasa terpikat dengan kecantikannya mahu rasanya dia ingin mengawini sang puteri ratu lebah ini Tuan Puteri Ratu Lebah ini juga berseorangan dan bersedia untuk dijadikan isteri. Apa lagi peluang ini tidak ditolak oleh Putra Wira Syahir. di sambutlah oleh dayang-dayang di istana mambang di awan itu dengan tepuk sorak dan riuh rendah bunyinya.
Tetapi Putra Wira Syahir kena melaksanakan satu syarat lagi, sekiranya dia Berjaya akan termakbulah hajatnya untuk mengawini tuan puteri Ratu Lebah itu. jika dia gagal nescaya dirinya akan disumpah menjadi batu.
“Esok mulai terbit matahari sehingga terbenam matari. Putera Wira Syahir kena mencari madu bunga yang banyak terdapat disekeliling istana ini dan mengisinya kedalam sebuah sarang lebah tualang yang panjangnya sama dengan ketinggian dirimya.” kata sang Putri ratu Lebah.
Hati Putera wira Syahir bagaikan rasa amat tercabar sebagai hak keinginan seorang lelaki. Dia sanggup melakukannya demi untuk mendapatkan perkhawinannya dengan Puteri Ratu lebah itu.
“Ya! hamba sedia melaksanakannya tuan puteri Ratu Lebah yang cantek rupawan” jawab Putra Wira Syahir dengan penuh keyakinan, walaupun sudah dua kali dia gagal melaksanakan tugas yang diberi selama ini.
BERSAMBUNG.
ISTIREHAT
Sedikit rasa akan kutuangkan
Untuk terakhir kalinya
Apa kuingin semoga kau mengerti
Telah ku indahkan
harum dengan kesempurnaanku
Ku korbankan waktu buatmu bahagia
Mengertilah aku lelah…
Berikan sedikit waktu untukku
Istirahatkan hati untukmu kembali
Karena aku ada untukmu
Jangan kau korbankan ragaku
Mengertilah aku lelah…
Ambuyak
sajak kenangan
HEMBUS MIMPI
Dalam hatiku
segenap hembus mimpi
penuhi damainya hati
Berlepas renggangkan makna
Yang telah lama kupahami
tak mampu aku mengerti
Dan yang kini kumiliki
aku tetap bertahan
Walau derai deras menghadang
Untuk dan selamanya
Ustaz Zulkarnain
sajak simbolik
MATA TERATAI
Mata teratai manja senyum
teratai di tasik mataku
harum baunya mengubat rindu
aku pun terkulai layu dalam jaga
terpesona kelembutan wajahmu
inikah cinta pandang tanpa nota?
Bersenang bersamamu di pantai kasih
menanti senja berinsut jingga
menunggu rambulan masak
mata bertentang senyummu
menguntum kembang mekar pagi
terlalu pantas fajar menjelma siang
Tinta Bayu
sajak jiwa2
TAK DAPAT KU LUPAKAN
bumi suci zaman remaja
bukit biru tempat bercanda
hijaunya Selat Tebrau
pokok cempedak di pagar limau.
tak dapat kubayangkan
tahun berlari berlumba-lumba
matahari subuh mengejar senja
kelopak bunga cempaka
direstu setanggi setangkai doa
tak dapat kucatatkan
Madah Pujangga
sajak simbolik
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
ISTEREHAT sajak daripada Ambuyak Pengucapannya biasa sahaja. Ceita kehdupan, tema Pengorbanan agaknya. Sajak semacam mengeangkan pengorbannan yang telah dilaksanakan untuk sesaorang ,kini minta diri berehat untuk menilai akan segala apa yang dilakukan demi kemesraan bersama. Maaf Kerana ada puisi lain yang lebih menepati ciri puisi ang kreatif dan puitis dan mencabar , Harap maaf sajak anda cuma disini sahaja terpaksa berhenti. Usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Ustaz Zulkarnain dengan sajaknya bertajuk:HEMBUS MIMPI. Pengucapannya agak bersimbolik pada ungapannya.Punya cerita prjuangan semacam berhempas pulas dengan kehidupan yang kekadang bagaikan mimpi dalam tidur , berbagai cerita dan mimpi datang timpa menimpa. Malah iri tkah terbiasa menghadapi semuanya itu. Sampai bila akan berhenti belum ada jawapannya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Tinta Bayu dengan sajak jiwa-jiwa. Bertajuk MATA TERATAI . Pengucapnya terlalu biasa dan ada rasa samar. Sibolik pada alam semuala jadi. Penceritaannya mungkin ibaratkan si dia bagai Bunga teratai agaknya. Kembang di tasek nampak cantek. Ungapannya semacam cuba pula melukis latar belakang untuk gambaran atau suasana. Malah malam pun terasa semacam ingkat dan pendek. Kerana ada puisi lain yang lebih menepati ciri puisi yang kreatif dan puitis dan mencabar , Harap maaf sajak anda cuma disini sahaja terpaksa berhenti. Usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
TAK DAPAT KU LUPAKAN oleh Mdah Pujangga . Pengucapannya boleh dikatakan simbolik agak samar Maananya.. tema kenangan pada sesorang.Penceritaannya bagai memuja kehidupan bersama. TetapiMesejnya agak kabur dan ada tersembunyi cerita yang hendak disampaikan. Pemba terpaksa berfikir. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)
wa! lebah plak!
eh! jmpamuka lebah plak?
wah! ada plak ratu lebah jmpa dia
wah! syahir terpikat kat ratu lebah ke?
kali ni x kna humban plak?
kali ni trus jadi batu plak?
sah! tugas ni pun dia x boleh buat
syahir ni apa pun x boleh
boleh ke dia laksanakan tugas tu
tugas ni pun x boleh jgk ni
agaknya tugasan kali ni mcm mana?
en nuri kena tukar passwaord ni Ainullah90 senang org nk detect ni
syahir boleh ke buat tugas ni?
kutip madu plak? hehe
kutip madu ni nampaknya mcm senang je
kutip madu ni senang plak
kutip madu lagi snang rasanya
eh! tugas ni pun syahir x pass jgk ni
hbis la ayshir kalau mcm ni
syahir agaknya pun x boleh buat tugas ni
Catat Ulasan